lafaz yang tersimpan…suatu permulaan…

Posted: November 8, 2009 in ~mind-blogging~

بســـــــــم الله الرحمان الرحيم

eye-crying

“Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Andai akhir nafas di hujung helaan

Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Tiada lagi ertinya pengucapan…”

“Lafaz yang tersimpan…” ini merupakan diilhamkan daripada lagu UNIC. Tidak dinafikan, ana terpaut untuk kembali `mind-blogging’ di alam maya setelah beberapa tahun bersara. Pada suatu masa dulu ana menganggap blogging adalah suatu yang sia-sia untuk ana, memandangkan ana sedar terlalu ramai bloggers yang hebat-hebat diluar sana. Namun, ana sedar kini. Sesungguhnya, blog membantu untuk menyebarkan ilmu, berkongsi-sua-rasa, mencetuskan pemikiran, melatih diri `mengolah’ minda…dan yang paling penting… sebagai medium menzahirkan apa yang sering ana pendamkan…

Benar, banyak sungguh ayat-ayat karangan yang terbuku di hati ana. Bahkan, setiap kali ana cuba zahirkan melalui penulisan pun, belum pasti ia `terlahir’ seperti yang ana inginkan. Sungguh la… ana seorang yang sangat sukar untuk melafazkan sesuatu perkara… sehingga hati sendiri bisa menjadi buku…barangkali ensiklopedia suda… hehe

yang lebih memilukan… apabila ana juga sukar untuk melahirkan kecintaan ana pada Nya… Ya Rabbi…ini menjadikan ana berasa miskin dalam meletakkan kekangan pada diri dalam memperjuangkan dan mempelajari tentang Dia…

semoga ana mampu untuk `menarikan pena’ di wordpress ini. tunjuk ajar dari para bloggers yang dihormati juga matlah dihargai. Sesungguhnya, sebarang kelemahan yang bakal terisi di wordpress ini adalah dari kelemahan anan sendiri. wallahu’alam.

syukran.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s