Hipokrit Atau Jahil

Posted: December 2, 2009 in artikel.pilihan.ku, sharing.is.caring
Tags: , , , , ,

بسم الله الرحمان الرحيم

Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan di sini. Walaupun berusaha untuk menulis topik ini, ternyata belum mampu untuk menyiapkannya sampai kesudah. [becos i’m not really good to put everything in writing] :p Maka, apabila saya mendpati Jundu asy-Syabab [by Diagnea] [my favorite blog]  telah pun mengupas isu ini, rasanya cukuplah saya re-post kembali artikel berkenaan isu ini di sini. Saya yakin bahawa artikel beliau sudah agak mantap dan jelas dalam menjelaskan isu ini. InshaAllah.🙂 Marilah sama-sama kita menghayati isu yang terkandung – hijab

—————————————————–


“Nah, ambil tudung ni, pakai. Kita nak jumpa mak I kat kampung ni, nanti bising pulak dia tengok U pakai macam ni”.

“Sorry, I bukan hipokrit ok. U tau kan, I tak pakai benda ni? I nak jadi diri I ok”.

Begitulah ayat perbualan satu drama yang diminati ramai pelajar UIA. Ayat-ayat sebegini bukan saja dalam cerita yang sama, malah banyak lagi cerita lain yang mengguna pakai ayat sebegini, seolah-olah untuk mempromosi bahawa kehendak untuk pakai tudung tu adalah hak individu, dan jadilah jujur, iaitu kalau tak nak pakai jangan pura-pura pakai. Tidak diketahui sama ada ayat-ayat sebegini menjadi propaganda bagi sesetengah pihak atau bertujuan mendedahkan realiti. Apa yang ingin diketengahkan di sini ialah sedikit penerangan tentang hukum memakai tudung.

“…Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya…”(An-Nur:31)
Ayat ini merupakan dalil utama lagi jelas yang memerintahkan muslimah bukan saja memakai khimar malah mewajibkan mereka untuk melabuhkannya menutupi dada. Ayat tentang khimar di atas turun untuk menanggapi model pakaian perempuan yang ketika itu menggunakan penutup kepala (muqani’), tetapi tidak menjangkau bagian dada, sehingga bagian dada dan leher tetap kelihatan.

Kata khumur pada ayat menurut tafsir Ibnu Katsir merupakan jamak dari “khimar”, artinya apa yang dipakai untuk menutupi kepalanya. Menurut Said bin Jubair ayat tersebut memerintahkan pada perempuan untuk menutup dada dan leher jangan sampai kelihatan sesuatu pun darinya. Batas yang ditutup dengan kerudung dinamakan juyuub yang merupakan jamak dari Al Juyuub atau jayib merupakan bagian kerah baju yang memperlihatkan leher dan dada (Tafsir Al Ahzar juz XVIII; Al Baghdadi, 1991).

Justeru itu, dapat difahami apabila satu ayat perintah itu turun, maka perintah itu berkuatkuasa serta merta tanpa ada rasa sangsi mahupun persoalan. Wanita ansar ketika ayat ini diturunkan dengan segera mencapai apa saja cebisan kain yang boleh dipakai untuk memenuhi khitab syarie ini. Hal ini berbeza pula dengan wanita hari ini, bila mana syariat Islam tidak lagi menjadi undang-undang negara, wanita dengan sesuka hati mereka tidak mempedulikan lagi perintah khimar dan berpegang pada akal mereka yang dangkal lagi sesat.

Ditambah lagi dengan seruan-seruan dan dakyah sesat SIS dan golongan sekular lain yang tidak mewajibkan tudung kerana tudung dianggap tradisi masyarakat arab, maka semakin bertambahlah golongan yang tidak mahu memakai tudung ini.

Point-point berikut akan menjelaskan lagi tentang pemakaian khimar:

  • Pemakaian khimar adalah WAJIB, tidak kira sama ada rela atau tidak rela.
  • Pemakaian khimar adalah WAJIB, sekalipun wanita itu hipokrit atau ikhlas.
  • Pemakaian khimar adalah WAJIB, meskipun wanita itu berkata “saya pakai tak ikhlas, bukan dapat pahala pun”. Perkara wajib tidak diukur dengan ikhlas atau tidak, tapi diukur dengan kemestian melakukannya.
  • “ini hak saya, suka hati saya”. Wanita itu jahil, maka perbetulkanlah. Hak memakai khimar adalah hak Allah yang perlu dipenuhi manusia, bukan hak manusia. Apa guna menjadi muslim sekiranya hak-hak milik Allah tidak dijalankan.
Namun, point-point di atas tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya yang menegur tidak memiliki kekuasaan untuk memaksa. Kita hanya sebagai masyarakat biasa, hanya berkuasa jika wanita yang ditegur itu adalah ahli keluarga. selain daripada itu kita hanya mampu menegur dan memberi nasihat yang tidak mustahil hanya akan menjadi seperti mencurah air ke daun keladi. Jadi siapa lagi yang berkuasa mutlak untuk melaksanakannya jika bukan NEGARA?

Wahai pejuang-pejuang dakwah yang ikhlas, buka mata kamu dan saksikan realiti ini bahawa Islam itu memerlukan negara untuk berjalan secara kaffah, bukan seperti apa yang kamu fikirkan, iaitu secara partial atau dakwah mencakupi hal-hal hubungan diri dengan Allah saja. Tidak sakitkah mata kamu melihat muslimah sekarang berjalan seperti perempuan telanjang meskipun mereka berbaju dan bertudung? Apatah lagi yang langsung tidak memakai tudung? Adapun mereka memakainya, tidak pula menepati syariat tatkala tudung itu telus kainnya dan disingkap di atas dada.

Ayuh wahai sahabatku, jangan jadikan Islam sebagai teori, tapi jadikan Islam sebagai realiti dan hal itu bermula daripada kita.

Sekian. Wallahu’alam.

<Allahu ma’i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi…>

الحمد لله و بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s