Kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s

Posted: December 5, 2009 in .Sirah & Kisah Teladan.
Tags: , , , , ,

بسم الله الرحمان الرحيم

Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami (Nabi Khidir) yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

Nabi Musa berkata kepadanya: “Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”

Dia menjawab: “Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku. Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?”

Nabi Musa berkata: “Engkau akan dapati aku, InsyaAllah, orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu.”

Dia (Nabi Khidir) menjawab: “Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu.”

Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka menaiki sebuah perahu, dia (Nabi Khidir) membocorkannya.

Nabi Musa berkata: “Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar.” Dia (Nabi Khidir) menjawab: “Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?”

Nabi Musa berkata: “Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu).”

Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu dia (Nabi Khidir) membunuhnya. Nabi Musa berkata “Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!” Dia (Nabi Khidir) menjawab: “Bukankah, aku telah katakana kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?” Nabi Musa berkata: “Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku.”

Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia (Nabi Khidir) membinanya. Nabi Musa berkata: “Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!” Dia (Nabi Khidir) menjawab: “Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

Adapun perahu itu adalah dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur. Oleh itu kami ingin dan berharap supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa dan lebih mesra kasih sayangnya.

Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada harta terpendam kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang shalih. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka).

Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.” (sumber – Al-Kahfi : 65-82)

——————————————————————

sesungguhnya terdapat banyak pengajaran boleh kita pelajari daan perolehi daripada kisah ini. Antaranya;

1. Kita hendaklah senantiasa sabar. Terutamanya dalam menuntut ilmu. dalam kisah ini, ada pun nabi Musa a.s. telah berjanji bahawa baginda akan sabar dalam menuntut ilmu dari Nabi Khidir, ternyata dek kerana fitrah manusia yang sentiasa ingin tahu dan kurang sabar, Nabi Musa a.s. telah melanggar syarat2 yg ditetapkan oleh Nabi Khidir; yang mana menjadi akibat kepada berakhirnya journey mereka.

2. Begitu juga dengan sikap amanah. Apabila kita menyanggupi untuk menerima sesuatu, maka kita perlulah amanah terhadapnya. Di sini terdapat dua bentuk amanah, i.e. amanah terhadap syarat2 yang telah dipersetujui dan kedua, Nabi Khidir sangat berpegang pada amanah sebagaimana beliau begitu amanah dalam melaksanakan arahan Allah s.w.t.

3. Ikhlas, yakin & komited. Nabi Khidir ikhlas dalam melakukan tugasannya. Melakukannya kerana ia adalah suatu obigasi yang disyariatkan Allah padanya. dan bukanlah melaksanakannya mengikut kehendak atau kepentingan dirinya sendiri atau orang lain. Beliau juga tidak lah melaksanakan perintah ke atasnya dengan ragu-ragu ataupun memikirkan kebarangkalian lain. Semuanya dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Berbaik sangka. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang ada sebab musababnya. Baik atau buruk sebab2 itu adalah bergantung pada si pelakunya. Ini keran, hanya Allah dan individu itulah yang mengetahui putih atau hitam hatinya.

Adapun, masih terdapat banyak pengajaran yang boleh diperolahi daripada cerita ini. Apa yang extract kan daripada cerita ini boleh saja merupakan sebahagian kecil pengajaran yang boleh kita elajari dari kisah ini.

W.bagaimanapun, pengajaran2 di atas mmerupakan antara aspek penting yang perlu dilihat bagi individu yg ingin menuntut ilmu mahupun seorang da’ie. Kesabaran dn sikap amanah merupakan satu kejayaan bagi seorang penuntut untuk memperolehi ilmu yang berkesan kepada dirinya dan org ramai.Begitu juga kepada para da’ie. InshaAllah.

Begitulah juga ikhlas, komited, baik sangka etc. Sikap sebegini amat penting bagi menjaga hati kita supaya sentiasa berada di landasan yang benar apabila melakukan sesuatu i.e. kerana Allah. Dan tidak lah wajar kita memersoalkan sesuatu yang diperintahkan@disyariatkan oleh Allah kepada kita, walaupun kita tidak menyukai atau senang dengan perkara itu. hal ini kerana, sesungguhnya Allah lah yang lebih mengetahui baik dan buruk sesuatu. Dan tidaklah Allah mensyariatkan sesuatu melainkan demi kebaikan hambaNya.

Sekian. Wallahu’alam.

<Aduhai teman, tidakkah kau sedar bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan? Maka, perlulah kita bersegera kembali kepada hakiki. Menuai bekalan bagi menempuh perjalanan ke negeri abadi itu… Sesungguhnya teman, persinggahan ini cumalah satu… sekali sahaja… hanya satu tiket, satu perhentian… bangunlah, usah kita terus terleka dalam mimpi yang sementara ini…>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء


Comments
  1. sharifah ramlah syed harun says:

    salam… i like the article about ‘ kembali pada mu’. Can i have your permission to write it in my fbook…..utk tatapan sendiri & family……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s