10 ramuan ubat pencuci dosa

Posted: December 6, 2009 in sharing.is.caring
Tags: , , ,

بسم الله الرحمان الرحيم

Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah.

Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?”.

Berkata Tabib itu: “Ya, saya ada”.

Lalu pemuda itu berkata: “Berilah pada saya”.

Berkata Tabib itu: “Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:

1.    Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk
2.    Campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat.
3.    Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha
4.    Giling sampai halus dengan pengetam Qana’ah.
5.    Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa
6.    Tuangkan ke dalamnya air hayak (malu).
7.    Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta).
8.    Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur
9.    Kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan).
10.    Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian.

Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat”.

Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami.

(Ali Imran : 250)”

Wallahu’alam.

<Aduhai teman, tidakkah kau sedar bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan? Maka, perlulah kita bersegera kembali kepada hakiki. Menuai bekalan bagi menempuh perjalanan ke negeri abadi itu… Sesungguhnya teman, persinggahan ini cumalah satu… sekali sahaja… hanya satu tiket, satu perhentian… bangunlah, usah kita terus terleka dalam mimpi yang sementara ini…>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s