Matahari

Posted: December 11, 2009 in sharing.is.caring
Tags: , , , , ,

بسم الله الرحمان الرحيم

Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

Matahari dari dekat (5,000 KM)

Sedikit Fakta Sains Berkenaan Matahari:

Dipersetujui oleh para saintis [dan kebanyakan orang sekarang😀 ) bahawa  matahari merupakan objek terbesar dalam sistem solar kita.

Lapisan luar matahari dianggarkan lebih 6,000 centigrade. Lapisan ini kelihatan menggelegak kerana ledakan tanpa henti dipermukaannya. Di dalam lapisan kerak matahari suhunya ialah 15 juta centigrade.

Tekanannya pula 340 bilion kali ganda berbanding dengan tekanan di bumi sehingga menyebabkan reaksi nuklear terjadi di dalamnya.

Tenaga di dalam kerak matahari mengambil masa sejuta tahun untuk muncul di permukaannya. Pada setiap saat, 700 juta tan hidrogen terbakar menjadi abu helium. Ketika proses ini berlaku, 5 juta tan tenaga telah terhasil.

Bayangkan… kepanasan matahari yang kita rasai saban hari dari bumi sudah cukup menyakitkan. Apatah lagi andainya kita menghampirinya, sedekat yang kita lihat di foto-foto yang dipaparkan.

Wallahu’alam.

AL-KISAH SI MATAHARI [sebagai renungan]:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.

Setelah nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam as.

Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: Wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.

Zabaniah: Sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: Sebesar kurma…

Zabaniah: Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah: Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.

Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai,= 70 x 70.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN:

Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Dari Abu Hurairah katanya: “Telah berkata Rasulullah saw:

“Jika matahari terlalu amat panas, maka akhirkan solat zuhur hingga matahari agak dingin, sesungguhnya sinar matahari yang terlalu panas termasuk bahagian panasnya jahanam(neraka).”

(Hadis Sunan An Nasa’iy Jilid 1. Hadis Nombor 0487.)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya”

(Riwayat Muslim)

Lembutkan hati mu, takuti lah azab akhirat dan kembalilah pada  Allah swt.

Wallahu’alam.

Kredit: Siti Sarinah, Marcela Hasan, Syarifah dan kepada semua yg terlibat dalam mem-foward message ini, PISM IPGM Sains Keningau, etc.

<Membirkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi… [U.Z.A.R]>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s