Muharam menjelang lagi!

Posted: December 15, 2009 in sharing.is.caring, Takwim Hijrah, ~mind-blogging~
Tags: , , , ,

بسم الله الرحمان الرحيم

Awal Muharam menjelma lagi

MasyaAllah, nampaknya beberapa hari lagi kita akan menyambut awal Muharram 1432, inshaAllah. Jika saya tak silap, tanggal 1 Muharam adalah pada 18 Disember. Wallahu’alam. Sila lah merujuk takwim Hijrah segera ya, agar tidak terlepas untuk membaca doa akhir tahun, dan doa awal tahun.🙂

Entry kali ini akan memaparkan perkongsian berkenaan beberapa perkara tentang bulan Muharam serta kelebihannya. Semoga kita semua dapat menghayati dan melakukan banyak perkara bermanfaat sebagai mana yang cuba kita lakukan di dalam bulan-bulan Islam yang lain.

MUHARAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

Terdapat dua tarikh yang amat penting dalam bulan Muharam iaitu:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan ‘Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.

Amalan-amalan sunat:

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

1.  Berpuasa.

Maksud Hadis:

“Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.”

Maksud Hadis:

“Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.”

2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X

4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharam selepas Maghrib 3x

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12.  Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13.  Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wallahu’alam. 14 perkara sunat ini dipetik dari mymesra.

Adapun, jika diteliti perkara-perkara seperti di atas i.e. puasa sunat, berbuat baik sesama kita etc merupakan suatu amal yang dituntut untuk diamalkan secara berterusan, istiqamah dalam diri individu Muslim.

Maka, janganlah kita melakukan amal kebaikan ini di dalam bulan Muharam sahaja. Sebaiknya jadikanlah ianya sebagai amalan berterusan termasuklah dalam bulan-bulan Islam yang lain. Kerana, setiapnya terkandung janji istimewa Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi, bukankah ianya merupakan “the way of life” yang dituntut.

Sekian, senantiasalah mengingati Allah. Bangkitlah berjuang menegakkan hukumnya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepadaa semua Muslimin dan Muslimat. Semoga andaa mengampuni salah dan silap saya, semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua. Amin.

Selamat beribadah dan salam Maal Hijrah. 8)

Kredit: MyMesra

*Sekiranya terdapat sebarang kesalahan di dalam perkongsian di atas, mohon Muslimin dan Muslimat membetulkannya.

UPDATE: 21.45p.m – Sekiranya anda telah membaca artikel ini, anda sangatlah disarankan agar membaca Artikel ke-2 berkenaan Awal Muharam bagi membetulkan beberapa fakta yg terdapat di dalam artikel ini. You can read it via this LINK [click on it].

<Ilaahi…Anta MaqSuudi, wa ridhoka maTluubi>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s