Masjid Negara Kembali Digegarkan Dengan Seruan Dari HTM Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Posted: March 3, 2010 in berita sana > situ > sini
Tags: , , , ,

Masjid Negara Kuala Lumpur, Jumaat, 26hb Februari 2010

Selepas selesai solat Jumaat, para syabab HTM telah menggegarkan Masjid Negara dengan aktiviti seruan
sempena kedatangan dan sambutan Maulidur Rasul 1431H. Seruan ini dilakukan dengan bertujuan untuk mengingatkan umat Islam khususnya di Malaysia tentang tanggunjgawab mereka dalam menerapkan dan mengembangkan Islam. Dalam kesempatan kali ini, seruan tersebut telah disampaikan oleh syabab HTM, Ustaz Ahmad Firdaus. Di antara perkara yang disentuh di dalam seruan tersebut adalah:

  • Kelahiran Rasulullah SAW adalah sebenarnya kelahiran Islam. Ini adalah kerana Rasulullah SAW merupakan manusia yang telah dipilih oleh Alllah SWT untuk membawa dan menyampaikan cahaya Islam.
  • Kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW itu bukanlah hanya sekadar menyambut dan merayakan serta memperingati kelahiran baginda SAW semata-mata. Bahkan lebih jauh dari itu umat Islam wajib melaksanakan Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda SAW samada dalam kehidupan individu, masyarakat mahupun negara.
  • Seruan ini juga ditujukan kepada para pemimpin umat Islam khususnya, yang di saat ini secara terang-terangan telah mengabaikan kewajiban menerapkan Islam dalam kehidupan bernegara. Para pemimpin sekular yang ada pada hari ini tidak menerapkan pemerintahan Islam sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda SAW. Padahal pada waktu yang sama mereka turut menyambut dan merayakan Maulidur Rasul.

HTM kemudiannya mengakhiri seruan ini dengan menyeru kepada semua pihak – umat Islam, pemimpin umat Islam dan tidak ketinggalan kepada semua gerakan Islam agar bergerak untuk menegakkan Islam. Di antara kata-kata utama seruan adalah:

WAHAI UMAT ISLAM! PADA HARI INI HIZBUT TAHRIR MENYERU KEPADA KALIAN
UNTUK BERSAMA-SAMA MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MANHAJ KENABIAN…

WAHAI PARA PEMEGANG KEKUASAAN! BERIKAN NUSRAH(BANTUAN KEKUASAAN) KEPADA HIZBUT TAHRIR BAGI MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MANHAJ KENABIAN INI…

WAHAI SELURUH GERAKAN ISLAM! MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BAHU MEMBAHU

MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH DI ATAS MANHAJ KENABIAN.

KETAHUILAH BAHAWA MENEGAKKAN KEMBALI KHILAFAH ADALAH SUATU KEWAJIBAN BAGI SELURUH UMAT ISLAM DISAAT INI…

SEMOGA USAHA-USAHA KITA INI AKAN MEMBUKA PINTU-PINTU KEBAIKAN AGAR MANUSIA BERBONDONG-BONDONG MASUK KE DALAM ISLAM DAN RAHMATNYA TERSEBAR KESELURUH ALAM INI…. TAKBIR … TAKBIR … TAKBIR …

Sumber/Endnote: Ahmd Ghoni@KSI

<Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan. (TMQ Ibrahim [14]: 52)>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s