Cerita Kita: Dua mata…

Posted: April 20, 2010 in my.bed-tyme.stories, ~mind-blogging~
Tags:

RahmatNya mencurah-curah….

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa) – al-Baqarah:22

Bumi yang panas dan dilumuri dosa manusia seakan dibersihkan…

(Ingatlah) ketika kamu diliputi perasaan mengantuk sebagai satu (pemberian) aman dari Allah (untuk menghapuskan kecemasan kamu) dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengannya dan menghapuskan dari kamu gangguan Syaitan dan juga untuk menguatkan hati kamu dan menetapkan dengannya tapak pendirian (kamu di medan perjuangan). –al-Anfal:11

Mampukah dosa dibersihkan begitu sahaja? Hanya Dia yang mampu melakukannya…

Kerana Dia Maha Pemngampun, dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Allah s.w.t…


**********

“Assalamu’alaikum.”

Aiseymenn… sape pulok nih…

Mendongak ke arah sapaan lembut itu.. “Wa’alaikumussalam w.b.t.”

Kami bertukar senyuman.

“Boleh saya duduk di sini?”

Ku kalih ke kiri ke kanan depan dan belakang… kosong! “Boleh je. Silakan.”

Hurm… ape dah nak tulis tadi… pandangan kembali ku lontarkan pada buku kecil ku… berbunga purple lembut. Menghalusi bait-bait perkataan yang ada di atasnya. Kemudian pandangan kembali menala ke luar cermin bangunan… hujan lebat masih pada kadaran yang sama… ahh.. sungguh kudrat Allah menentu kadaran sesuatu… ada sebab-sebabnya…

Tiba-tiba, baru ku sedar tenatnag dia… Si dia yang memilih untuk duduk di sebelah ku. Walhal semua tempat duduk kosong. Mungkin dia takut tengok hujan di luar sana? Atau mungkin kerana ruang legar ini sunyi sepi? Hoho.. dah macam cerita hantu da…😄

“Kenapa senyum?”

Aiseh..kantoi daa… ni ada telepati ke. Tau-tau je…

“Tak ada ape.” Senyum makin jelas =)

“Hurm… awak tak kisahkah saya duduk di sini?”

Menggeleng. “Tidak pun.” Pandangan masih di luar sana… I don’t want to talk to anyone… Especially to a stranger… particularly right now, after having a real dreadful moment with `my beloved stranger’. Satu-satunya alien yang aku letakkan sebuah kepercayaan… tapi…

“Tak mengganggu awak ke?”

Ku pandang dia. “Tidak.” =) Pandangan kembali tertancap pada buku kecil ku.

“Boleh kita berbual-bual? Tapi kalau awak busy, tak mengapalah…” ada bait-bait pengharapan di situ.

“Ku tutup buku kecil ku. Kali ini memberikan lebih perhatian kepada si dia yang baru dikenali.

“Ya, boleh. Apa salahnya.”

“Awak buat apa kat sini? Tunggu orang kah? Atau melawat orangkah?”

“Hurm.. dua-dua pun tidak.” Aku tergelak sendiri dengan jawapan ku. DIsebalik cadar itu, pun aku yakin dia tersenyum dengan gelagat ku. Ketawa terhadap kerenah diri sendiri?!

“Dah selalu nampak awak… biasanya nampak kat sini lah. Dah lama nak tegur tapi baru hari ni nak berani agaknyar… hehe.” Akhirnya. Dia pun tergelak sendiri. Sekurang-kurangnya sangkaan kami masing-masing tepat. Respon yang menyenangkan.

“Eh, ooo stalking ea? Waaa!”

“Eh, eh! Tak ada la sampai macam tu.” Menggelabah.

“Haha.. relaks la… main-main je.” Aku masih bermain-main. Sebenarnya tidak mahu berbual tentang apa-apa yang serius. Sekadar mahu memberi peluang bagi yang nak berbual untuk berbual, disamping mahukan sesuatu yang santai… lagi pun.. dia masih asing bagi ku…

“Awak ni datang sini buat apa ya? Rasanya melawat orang kan? Takkan dirawat kot? Cam sehat jerp. Huhu.” Ku bertanya – direct! Cess!

“Hehe. Hurm ye lah.” Matanya mengecil. Menunjukkan dia tersenyum.

“Boleh saya tanya awak sesuatu?” Tiba-tiba dia bersikap lebih misterius. Aisehh… ni yang cuak nih…

“InsyaAllah, saya akan jawab setakat mana mampu… silakan.” Jawapan yang mungkin agak formal, tapi itulah yang mampu ku tuturkan…

“Enti ada masalah ?” Renungannya seakan mendalami ku. Persoalan yang cukup berani bagi yang tak pernah mengenali…

“Huhu..” tergelak kecil..macam dibuat-buat pun ada… kerana soalan? Atau kerana kata ganti diri yang sudah berubah jadi enti. Barangkali nanti keluar ana..antuma…antunna dan dot dot…

“Kenapa ya? Because.. you know what… that kind of question is a lil’ bit privacy. Especially, when we are strangers to each other.”

Adakah senyuman ini dibuat-buat atau ikhlas? Kerana dihiasi dengan riak kehairanan.. atau.. kurang senang.. wajarkah diangkat kaki pergi ke mana-mana?

Aku mencari ketenangan sendirian dengan ingatan padaNya.. Sudah cukup bosan berhadapan dengan hingar bingar kerenah manusia.

Dan tahanlah dirimu bersama dengan orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan di senja hari dengan mengharap keredhaanNya, dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka. Al-Kahfi:28

“Eh…ehm..” Membetulkan duduknya. Barangkali menyedari keterlanjuran diri.

“Ana minta maaf. Tidak bermaksud untuk busy body hal enti…” Diam

“Saya tak kata busy body… tapi, ye lah. Nak tahu. Takkan semudah itu saya nak bercerita tentang diri pada orang. Itu bukan saya. Melainkan orang tersebut dah dapat meraih keyakinan yang tinggi dari saya.Lagi pun, hairan juga. Wajah saya ni wajah bermasalah ke? Masalah dermatologi? Hehe.” Penjelasan disusuli lawak.. harapnya dapat mengimbangi ketegangan yang ada.

Dia tergelak kecil. “Ish..comel sangatla macam tu enti ni.”

Isk… apakah????? Aish… makin pening la minah ni….

“Erm..ana sebenarnya dah lama perhatikan enti. Selalu Nampak enti di sini. Menulis-nulis. Kadang-kadang termenung. Erm… mungkin enti tak perasaan ana… Baru hari ni dapat peluang…”

Ku biarkan dia menguasai bicara… sesuatu yang sudah dijelaskan awal tadi… lagipun terasa kosong tiba-tiba… Pandangan lontarkan ke arah titik hujan yang berderai di permukaan kaca…

“Ana nak kenal enti… Nak berkenalan lah kiranya… bolehkah? Jika enti rasa ana mengganggu, ana mohon maaf..”

Frasa yang sering aku sendiri gunakan…

Agak lama kubiarkan dia tanpa jawaban, sehingga tampak resahnya…

“Tak kisah… Tak ganggu pun. Kenapa tanya saya ada masalah ke tak?” sekadar meneruskan perbualan.

“Ehm… jujurnya… hari tu nampak macam kurang gembira ya?” Dia menduga.

“Haha..sopannya! nak kata I sedih la ea?” Sekarang giliran ku menukar kata.

“Hehe…”

“Apa la awak ni…. Tak ada apa lah. Ada-ada saja..” Dalih ku. Semestinya kejadian lalu yang dimaksudkan….

“Kalau macam tu, boleh kita bertukar maklumat atau berbual tentang perkara-perkara lain?” Macam teruja la pulak…

“Hurm… saya tak ada apa-apa yang menarik untuk dikongsikan.. kehidupan saya biasa saja kot… may be tak ada apa yang menarik..” berbasa-basi… cuba mengelak.

Cukuplah. Tidak mungkin ada perkongsian lagi. Hidup ku milik Nya… manusia membuktikan mereka menambah barah dalam kehidupan… Sungguh… hanya sebilangan kecil yang menjadi penawar…

“Erm..kalau macam tu, apa kata kita bicara tentang `ukhwah’?” Masih cuba untuk mewujudkan sebuah perbualan…

Aduh..parah…

“Hurm…Allah ciptakan manusia ber`ukhwah’ kerna itu fitrah manusia. Ada kalanya dia tak mampu menghadapi cabaran di dunia ini sendirian. Kerana itulah Allah ciptakan fitrah ukhwah pada manusia. Tapi… zaman sekarang ramai yang tak mengerti… Ramai yang mengamalkan sistem friendship tapi tidak berukhwah.. wallahu’alam.” Fullstop. Spontan.

Mungkin bukan ini yang dia harapkan sebagai jawaban…..

“Ya ukhti… itu cabaran dalam memperhalusi ukhwah itu… Bagi yang mengamalkan fikrah Islam dalam kehidupan dapat melaksanakan ertikata ukhwah sebenar… jika tidak, yang tinggal hanya ukhwah fi dunya sahaja..”

“Ya….mudah-mudahan semua dapat mempraktikkannya… kerana Islam bukan teori… Islam bukan sains.. sains itu milik Islam… Islam bukan falsafah…” Tak mampu meneruskan… kata `teori’ sudah cukup mengingatkan aku pada satu nama…

Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah. [49:10]” Ku titipkan ayat itu sebaiknya…

Ya Allah… kenapa ku rasa kelainan.. ingatan..

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya…” Subhanallah… peringatan buat diriku sendiri…

“Islam itu agama fitrah… hidup menelusuri syariat merupakan jalan ketaqwaan yang selamat… memenuhi setiap fitrah dengan mengikut apa yang ditetapkannya.. “ kembali diam. Dia juga diam. Seolah-olah member ruang pada ku untuk  menguasai bicara… TENTANG APA SAJA!

“Sebagaimana Jibrail bertanya pada Rasulullah s.a.w yang mana beliau pilih antara kedua-dua air itu (satunya susu, satu lagi arak), beliau memilih susu. Kata Jibrail yang mafhumnya, `Sesungguhnya engkau telah memilih agama fitrah!’ …” sambung ku.

Tiba-tiba terasa sayu dan lemah…. Fikiran kembali berkecamuk dengan pelbagai perkara yang terpendam…

**********

“Sebab itulah…ukhwah fillah… merupakan jalinan ukhwah yang juga merupakan penawar bagi penyakit `lemah’ yang ada pada manusia.”

“Betul, selain tanggungjawab untuk menegur… ukhwah… menjadikan para Muslim lebih kukuh untuk menghadapi cabaran dunia hari ini dalam menegakkan syariat Islam..” Sambungnya..

“Dan juga kerana saudara yang Muslim, tidak akan membiarkan saudara Muslimnya terus hanyut dengan ehwal dunia…apa lagi yang bertentangan dengan syarak… betul kan?”

Tiba-tiba…

Seorang wanita berpakaian putih menghampiri kami.

“Cik, giliran cik. Kawan dibenarkan ikut sekali.” Ujarnya lembut.

Seraya berpusing ke belakang, “Awak nak ikut? Kot-kot awak tak ada hal. Jom la.” Pelawa ku. Ikhlas. Serasa ingin ber`teman’. Dan… membuka ruang baru bagi diri ku untuknya…

“Boleh!” Jawab si dia pantas.

Alhamdulillah…tidak ada apa yang divert… perbualan yang focus…

**********

Sepasang wanita berjilbab hitam beriringan mengikuti Cik Putih…

“Nice jilbab!”

“And nice niqab..” Balas ku.

Akhirnya aku mampu benar-benar senyum kerana kegembiraan yang nyata berbunga di hati.. ? Kenapa? Hanya Allah yang tahu… Dan dia juga tersenyum disebalik tabir itu…

Sungguh, kami berkongsi kepuasan yang luar biasa…. Satu ukhwah yang tak disangka-sangka baru terjalin… Mudah-mudahan diberkatiNya… Mudah-mudahan tetap dijalanNya… Mudah-mudahan terus hidup di dalam syariatNya…

Maha Suci Allah yang menjalinkan hati-hati hambaNya…

-end-

[undedited vers. 2]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s