Macamana Nak Keluar Dari Riba’?

Posted: April 30, 2010 in artikel.pilihan.ku, Economics, sharing.is.caring, ~mind-blogging~
Tags: , , , , , , ,

Soalan:
en helmis,jika kita dah terjebak membuat pinjaman melibatkan riba,macamana nak keluar dari situasi itu?katalah saya ada buat pinjaman untuk membeli sebuah motosikal,kini dalam tahun kedua,ada lagi 3 tahun untuk proses ini berakhir.untuk bertaubat dari dosa akibat riba ini,adakah saya harus berusaha untuk membayar utk 3 thn yg akan datang secara cash?adakah dosa riba itu boleh terhapus atau teruskan membayar setiap bulan hingga tamat kerana telah terlanjur membuat pinjaman dan bertaubat.situasi masa mula2 tu buat pinjaman tu adalah kerana terpaksa.nak beli cash tak ckp duit,takde motor suami susah nak pegi kerja.bagaimana nak selesaikan masalah ini?harap en helmis boleh tolong beri pandangan.terima kasih

Jawapan saya:

Penipulah saya jika saya katakan saya sudah bebas dari riba, malah Nabi telah bersabda bahawa pada akhir zaman, jika seseorang itu berkata dia tidak terlibat dengan riba, wap riba itu sendiri akan terkena kepadanya.

Sudah semestilah langkah pertama adalah dengan bertaubat nasuha dan sedar akan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan. Perkara riba’ ini pada akhir zaman amat susah untuk mengenalinya kerana ianya didalangi oleh Dajjal. Hanya mereka yang cuba berusaha menghampiri Allah sahaja yang akan diberikan “nur” untuk melihat kebathilan itu. Tanamkan niat untuk tidak lagi membeli secara hutang yang tidak berlandaskan Islam, iaitu tiada unsur penindasan, baik yang konvensional ataupun yang berselindung disebalik jual beli ataupun bayaran pentadbiran.

Langkah kedua adalah dengan meningkatan keimanan kita kepada Allah, jika dahulu kita solat berlengah, maka solatlah pada awal waktu. jika dahulu solat tidak khusyuk, maka cuba berusaha untuk khusyuk kearah itu. Jika dahulu bertudung jambul berdada luas, maka perbetullah cara berpakaian agar mengikut apa yang Allah perintahkan. Kesemua perintah ALlah itu sebenarnya hadiah unutuk manusia itu sendriri, cuma disebabkn kita tidak boleh melihatnya dengan segera maka kita menjadi lalai dan hanya hilang ketakwaan kita kepad Allah, sedangkan dari ketakwaan itulah datangnya rezeki yang tidak disangka-sangka seperti maksud ayat seribu dinar, bukannya dengan menggantungkan ayat itu dan berpeluk tubuh menunggu datangnya pertolongan Allah.


Langkah ketiga adalah dengan berusaha mengumpul wang seberapa mampu untuk membayar balik hutang berlandaskan riba’ itu. Memang rata-rata umat Islam akan berkata, kalau hidup cukup makan sahaja macamana nak kumpul wang? Jawapan saya cuba bermuhasabah diri dan membuat pembentangan perbelanjaan harian dan bulanan. Catitkan kesemuanya kemana wang kita pergi dan cuba pastikan apa perbelanjaan sia-sia yang boleh dipotong, satu contoh yang saya boleh nampak adalah satelite TV dan bagi suami mungkin rokok. Walaupun beberapa puluh sahaja sebulan akan tetapi jika dikumpul-kumpulkan, sekurang-kurangnya boleh membayar balik pinjaman, dalam contoh saudari hutang motor suami mungkin seawal 6 bulan dari tempoh sebenar.


Sekurang-kurangnya kita menunjukkan kepada Allah yang kita telah melakukan usaha untuk lari dari riba dan Allah yang lebih hampir dari urat leher kita sendiri akan menghampiri kita 10 langkah lebih dari kita sendiri jika kita berusaha mendekatiNya, iaitu dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk meninggalkan laranganNya.

Langkah keempat adalah dengan memperbanyakkan sedekah, mungkin ramai yang akan berkata “kalau duit nak bayar hutang pun tak ada macamana nak bagi sedekah?”. Ini berbalik kembali kepada keimanan kita, sebab rata-rata manusia beriman dan menerima Allah itu tuhan yang esa, tetapi rata-rata juga tidak percaya yang Allah itu maha pemurah, maha adil dan sebagainya. Bukti sangat jelas yang mana manusia lebih takutkan polis atau BPR dari Allah sendiri. Sedekah tidak semestinya beribu-ribu, ratus atau puluhan ringgit, yang paling utama adalah ikhlas dan Allah tahu apa ada didalam isi hati kita.


Jika kita fahami perkara buruk disebalik riba’ itu sendiri, kita akan dapati riba’ itu bukan sahaja kita menindas diri sendiri malah menindas insan-insan lain dengan membantu mencairkan nilai wang. Disebabkan nilai wang itu tidak terletak didalam wang itu sendiri seperti emas dan perak, maka nilainya boleh dimanipulasikan oleh pihak tertentu. Sebab itulah inflasi adalah suatu yang tetap didalam ekonomi kerana setiap tahun barang semakin mahal, hakikatnya nilai wang itu sendiri yang menyusut.

Dengan mengambil pinjaman, bank dengan senang lenangnya mencipta wang baru, lebih banyak wang akan berada didalam kitaran maka lebih cairlah nilai wang tersebut, jika 5 tahun lepas dengan 1 ringgit kita boleh menikmati nasi lemak dengan telur goreng, sekarang hanya nasi lemak kosong sahaja, maka kita yang meminjam 5 tahun lepas sebenarnya terlibat sama menyusahkan diri sendiri dan juga insan lain.

Cara untuk mem”bayar” balik kejahatan kita itu adalah dengan lebih ringan tulang membantu sesama manusia. Sedekah itu yang pertama dan seterusnya adalah dengan mengurangkan kesusahan insan lain. Dari memberi senyuman, berkongsi ilmu hinggalah membuang halangan dijalanan, ini semua adalah contoh-contoh kecil yang dianggap remeh akan tetapi tetap dicatit oleh malaikat dibahu kanan kita. Walaupun mungkin pahalanya sebesar zarah, moga dengan usaha kita ini sedikit demi sedikit boleh mengurangkan dosa kita bergelumang dengan riba’.

Langkah kelima pula adalah dengan berusaha mempastikan kita tidak menyokong mereka yang menyebabkan ekonomi ikut riba’ ini berleluasa. Sebarkan maklumat mengenai keburukan riba’ itu agar lebih banyak rakan-rakan lain yang masih lena bangun dari tidur yang panjang itu. Diakhirat nanti golongan ini akan cuba lari dari perhitungan Allah dan mereka barangkali akan memberi alasan “mereka yang pangkah aku”, maka ketika itu apa yang kita nak jawab?


Mungkin ada lagi langkah-langkah lain yang boleh dikongsi oleh rakan-rakan. Yang penting sekali adalah niat dan Allah maha mengetahui apa yang ada didalam hati kita. Insyaallah, bantuan Allah itu sentiasa hampir, cuma mungkin dengan sikap ketidak syukuran kita itu sahaja yang menolaknya.

___________________
Ini pendapat beliau. Bagaimana pula anda?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s