Mengapa Saya Kata Pinjaman Rumah Perbankan Islam Haram?

Posted: April 30, 2010 in artikel.pilihan.ku, Economics, sharing.is.caring, Usul & Fiqh; and Various Legal Studies
Tags: , , , , ,
Katalah salah seorang dari saudara saya Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,“ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba’ haram jadinya, baik aku ubah sikit”.


Saya: “Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.
Mat: “Syarat macamana pulak tu?.
Saya: “Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik”.
Mat: “Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli”.

Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba’ 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.

Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit “darah” Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?

Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel “bank Islam” tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Yang membezakan adalah dizaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti “beli lebih baik dari menyewa”, untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri (sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan nafsu dan bukan desakan hidup. Didalam kes kedua (contoh Mat membelui rumah), 70 ribu “darah” Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat “keuntungan”, adakah wang itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar, Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri? Letakkan diri anda ditempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan sedemikian?

Apa bezanya jika kita sebagai individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana mereka perlu memastikan “kebajikan” pelabur. Disebabkan bank adalah institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur tidak rasa bersalah kerana “kerja kotor” ini dilakukan oleh pihak ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular. Bagi saya pula jika saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan keatas diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya sendiri satu hari nanti baik didunia mahupun diakhirat. Inilah salah satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat atau mengambil kesempatan keatas diri mereka sedangkan mereka sendiri melakukannya tanpa sedar keatas orang lain.

Jika kita meng”islam”kan sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing sini, bagi nama lain “muserakah” atau “mudah rebah”, pembiayaan dan bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak jelas kelihatan kerana ia berselindung disebalik nama Islam itu sendiri.

Ini jika kita lihat diri kita sebagai pelabur, bagaimana pula jika kita adalah Mat atau peminjam didalam cerita ini? Ramai yang akan berkata,
“tak mengapalah, pihak bank Islam kan berjual beli dengan kita, lagi pun bank mahu membayar gaji pekerja-pekerjanya”.

Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper”hamba”kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena “menyedut darah” masyarakat Islam dinegara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka.

Baik konvensional atau islamik, manusia tetap diperhambakan oleh golongan bank ini, disini kita boleh kategorikan dua jenis perhambaan perhambaan yang berlaku,

1) Perhambaan fizikal yang mana setiap bulan selama 20-30 tahun atau berapa tahun sekalipun tempoh pinjaman, peminjam akan menjadi pembayar yang setia kepada bank walaupun rumah yang mereka beli itu terbengkalai ataupun harganya jatuh. Jika bank itu sebuah perniagaan maka bank juga harus mengambil risiko kehilangan wang apabila projek terbengkalai atau harga rumah jatuh dengan memulangkan kembali wang lebihan bayaran selepas mengira harga rumah pada pasaran selepas tamat tempoh pinjaman. Ini tidak, terbengkalai ke, harga jatuh ke, Islam tak Islam, bayar sampai habis. Adakah ini suatu yang islamik atau sesuatu yang zalim atau menindas?

2) Perhambaan mental. Katalah anda mengambil pinjaman rumah dan kereta secara Islamik, setiap bulan anda ada komitmen untuk membayar ansuran kepada bank. Satu hari anda mendapati bos anda mengambil rasuah. Jika anda lapurkan kepada pihak atasan, bos kamceng dengan pihak atasan, nak lapur pada BPR, bos anda ini ahli politik ternama, jadi disebabkan anda takut kehilangan kerja yang mana bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta akan tersangkut , kemungkinan besar anda hanya akan mendiamkan diri sahaja terhadap kemungkaran yang berlaku didepan mata. Tindakan anda pasti akan berbeza jika anda tiada apa-apa komitmen untuk dirisaukan. Ini hanyalah satu contoh kecil yang mana disebabkan hutang baik islamik atau tidak, ramai antara kita yang sanggup menutup mata dari menghukum kemungkaran. Bagi yang tidak beriman maka dia pun akan meneladani bosnya, bagi yang masih ada saki baki iman, maka hiduplah didalam keadaan tertekan, stress dan sebagainya.

Sistem perbankan islamik diwujudkan selepas manusia bertahun-tahun hidup didalam keadaan stress dan tertekan dengan sistem konvensional. Disebabkan sistem ekonomi ala barat ini semakin hari harga barang semakin meningkat (walaupun sebenarnya nilai wang itu sendiri yang menyusut), manusia terpaksa bersaing untuk mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk menampung kenaikan harga barang dan semakin hari semakin tertekan.

Apabila hidup didalam keadaan tertekan, keadaan “fight or flight”, mentaliti manusia menjadi lebih kepada kepentingan atau keselesaan individu (selfish) akan menyerlah berbanding dengan kepentingan kumpulan atau masyarakat. Contoh yang paling nyata amat jelas sekali didalam kehidupan seharian kita, lihat bagaimana umat Islam kita sembahyang berjemaah hari ini, masing-masing suka kepada keselesaan sendiri dan menjarakkan antara satu sama lain sedangkan Nabi sudah berpesan agar rapat antara satu sama lain ketika solat jemaah. Ini adalah antara kesan psikologi yang manusia tidak sedari sedikit demi sedikit telah mempengaruhi kehidupan dari segi tingkah laku dan perbuatan mereka, termasuklah dalam bab mencari kekayaan. Jadi mereka yang Islam dan mahu menjadi semakin kaya akan memutarbelitkan sistem perbankan dan mengislamkannya untuk memastikan duit mereka tidak hilang (kekal selesa), sedangkan wang itu sendiri bukanlah suatu untuk diniagakan, malah pada pendapat saya bank itu sendiri tidak perlu wujud sebenarnya. Jika perlu wujud sekalipun hanyalah sebagai badan untuk mejaga kepentingan seluruh umat manusia dan bukan sebagai alat atau mekanisme untuk memastikan kekayaan kepada golongan tertentu sahaja.

Hanya selepas 1100 tahun kedatangan Islam baru lah wujud “makhluk” yang dinamakan bank, dan siapa yang mengasaskannya? Tidak lain adalah Yahudi yang mengawal ekonomi British dengan penubuhan Bank of England pada abad ke 17. Dan dunia Islam yang telah lama hidup dengan sistem riba’ didikan barat ini hanya memutarbelitkan proses pinjaman dengan terma, nama, akad dan sebagainya sedangkan prinsip disebaliknya adalah sama. Jangan terkejut ada “Sheikh” British yang menentang sistem jajaan Yahudi ini, siapakah “sheikh” tersebut? Tidak lain beliau adalah William Shakespere menerusi karya klasiknya “Merchant of Venice”. Ini antara bukti kristian pada awal kurun ke 17-18 juga amat menentang riba’ akan tetapi sebab kawalan minda yang berkesan maka sedikit demi sedikit ianya lenyap dari kamus keagamaan mereka.

Jika kita lihat wang kertas itu sendiri, adakah nilai wang itu tersimpan didalamnya? Adakah nilainya disandarkan kepada emas dan kita sebagai rakyat boleh pergi ke bank untuk menukarkan dengan emas? Mengapa inflasi tetap didalam ekonomi? Mengapa nilai wang semakin hari semakin menurun? Jika wang didalam sistem kewangan moden itu sendiri tidak wujud sebagai suatu yang nyata iaitu punyai nilai didalamnya maka bagaimana kita boleh me”niaga”kan suatu yang tidak jelas itu?

Seperti yang telah saya ceritakan didalam artikel Cerita Wang 1, barat menakluk hampir kesemua negara didunia ini dan meninggalkan dua virus pemusnah manusia yang utama iaitu kerajaan sekular dan juga sistem perbankan barat. Kerajaan sekular adalah kerajaan yang menidakkan hukum Allah, apa yang diharamkan oleh Allah dihalalkan contohnya riba’, judi dan arak. Virus kedua pula adalah sistem kewangan berasaskan riba’. Dan apabila virus ini sudah menyelinap kedalam salur darah masyarakat maka mereka hanya perlu memberi arahan jarak jauh “remote control” sahaja untuk mengawal sesuatu negara itu, tak percaya lihatlah hutang luar negara yang tak habis-habis dibayar dan sudah semestinyalah beserta dengan riba’nya sekali.

Pada pendapat saya bank tidak sepatutnya diwujudkan sebagai perniagaan kerana wang bukanlah sesuatu yang sepatutnya diniagakan lebih-lebih lagi apabila nilai wang itu tidak berada didalam wang itu sendiri. Nilai wang kita berada didalam genggaman mereka yang mengawalnya iaitu Yahudi laknatullah dan amat sedih sekali berapa ramai pemimpin kita yang sedar akan keadaan ini?

Saya perhatikan di hospital kerajaan dengan hanya membayar RM1 sahaja kita sudah boleh mendapat rawatan doktor, maka timbul persoalan difikiran saya mengapa kerajaan tidak boleh memberi pinjaman tanpa riba’ atau tanpa faedah kepada rakyat dengan mewujudkan bank yang beroperasi sedemikian dan sebaliknya mengenakan jumlah sebenar kos perubatan kepada rakyat? Bukankah tekanan atau stress itu penyebab utama peyakit merbahaya dinegara kita seperti sakit jantung dan darah tinggi yang mana jika dikaji kembali puncanya adalah dari wang. Dan apabila saya berfikir lagi saya mendapat jawapannya, kerana jika manusia tidak stress atau tertekan, mereka akan lebih sihat jadi industri perubatan swasta tidak boleh mengaut darinya. Jika kekal ikut cara biasa, dari bank boleh buat duit dan begitu juga dengan dari industri perubatan swasta, maka semakin cepatlah yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.

Seperkara lagi yang boleh difikirkan dalam bab menghalal atau mengharamkan sistem pinjaman islamik ini, cuba perhatikan apakah faedah yang akan didapati oleh mereka yang mencanangkan untuk menghalalkannya dan faedah bagi mereka yang mengharamkannya. Jika sistem perbankan islamik ini membayar gaji atau memberi pulangan dalam bentuk pelaburan kepada seseorang itu adakah dia akan membantahnya? Bak kata pepatah barat;
“kamu tidak akan menggigit tangan yang menyuapkan makanan kepada kamu”.

Cuba perhatikan pula mereka yang mencanangkan ianya haram, adakah mereka akan mendapat faedah dari pengharaman tersebut? Sheikh Imran Hossein adalah antara ulama yang keras menentang cara yang diamalkan oleh perbankan islam, apakah faedah yang akan beliau dapat dari usaha beliau? Pada pendapat saya apa yang akan diperolehinya adalah pahala yang teramat banyak dari Allah kerana beliau boleh “melihat” kemungkaran, kezaliman dan penindasan yang berlaku disebalik sistem yang kononnya Islamik itu.

Saya memohon ampun dan maaf kiranya ada rakan-rakan yang marah atau terasa hati dengan artikel-artikel saya berkenaan riba’ terutamanya yang menyentuh berkenaan bank Islam. Saya banyak merantau dan apabila pergi kenegara-negara miskin terdetik dihati saya mengapa dunia jadi begini. Hasil dari pembacaan dan berfikir secara mendalam maka jawapan yang nyata kepadanya adalah sistem riba’ itu sendiri yang telah menakluk seluruh dunia dan memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk mengawal dunia dari segenap aspek kehidupan termasuklah hingga ke tahap memastikan siapa pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya sesebuah negara yang kritikal bagi memastikan keuntungan korporat mereka. Perhambaan fizikal telah lama berlaku akan tetapi perhambaan kewangan sedang memuncak dengan hebatnya dan sistem perbankan inilah mekanismanya.

Memang idea-idea dan pemikiran baru agak sukar diterima lebih-lebih lagi jika manusia perlu melakukan banyak perubahan dalam kehidupannya yang sudah selesa untuk menerima idea baru itu. Lihatlah apa yang terjadi kepada Galileo Galilei yang menyatakan bumi yang mengelilingi matahari sedangkan pihak gereja dari rujukan kitab Bible telah mem”fatwa”kan sebaliknya. Pada tahun 1633 beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah atas tuduhan mendustakan agama. Begitu hebat sekali tentangan yang dihadapinya, beliau menjadi buta dan mati pada tahun 1642, hanya selepas 370 tahun kematiannya baru pihak gereja meminta maaf atas layanan yang dikenakan terhadap Galileo. Begitu jugalah dengan Islam yang ditentang hebat semasa mula disebarkan oleh Nabi SAW.

Haramnya pinjaman perbankan islam ini adalah untuk saya dan keluarga. Ini bukan “fatwa” untuk diikuti oleh rakan-rakan sekalian. Akan tetapi jika artikel-artikel saya ini mampu memberi ketukan diminda rakan-rakan agar kembali memikirkan betulkah halal seperti apa yang dicanang-canangkan oleh perbankan islam, itu sahaja sudah cukup bagi saya untuk bersyukur kepada Allah dan berpuas hati dari usaha yang tidak seberapa ini. Moga ianya menjadi titik permulaan pemikiran baru dikalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi generasi baru iaitu adik-adik dan anak-anak yang masih belum merasai “nikmat” meminjam dan memberi pinjaman. Agak sukar untuk menerima dan berubah bagi mereka yang sudah cukup selesa dengan cara lama, kecuali jika dibuka hati mereka oleh Allah untuk menyedarinya.

Marilah bersama merenung kembali tujuan sebenar perbankan itu sendiri, adakah untuk membantu umat islam atau mengambil kesempatan keatas kejahilan umat islam itu sendiri.

Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Surah Ar Rum 30:39)

Manusia akhir zaman tidak lagi percaya bahawa rezeki mereka sebenarnya datang dari Allah, maka mereka menggunakan akal pendek mereka untuk memastikan harta mereka bertambah dengan pelaburan walaupun ianya menindas manusia hatta dengan label islamik sekalipun. Apa yang saya coretkan disini hanyalah membawa pemikiran baru, terpulang kepada anda untuk menerimanya, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya untuk menyampaikan sudah selesai, ahamdulillah. Saya hanya ingin membina minda yang bebas dari perhambaan kewangan baik yang islamik atau tidak. Tepuk dada tanya iman dan berfikirlah samada anda akan diperhambakan atau tidak dengan sistem kewangan moden ini. Bukan hak saya untuk menghalang, apa yang saya lakukan hanyalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan beresan-pesan dengan kesabaran.

SUMBER: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/04/mengapa-saya-kata-pinjaman-rumah_25.html#ixzz0mdpWhyxH

Sekian.
Wallahu’alam
Comments
  1. Ed says:

    Dunia islam sebenarnya tidak memerlukan kepada sistem perbankan dan mata wang, tetapi perlu akan suatu sistem yang tidak terikat pada nilai ‘rekaan’ barat sendiri. Dinar emas dan baitulmal yang lebih meluas fungsinya mungkin boleh menjadi jawapan bagi kita hari ini. Selagimana intitusi perbankan diguna pakai, selagi itulah amalan riba tetap berleluasa. Wallahualam

  2. mustafa says:

    saya setuju pendapat anda berkenaan dengan isu bank tersebut, dan saya memehak kepada anda bahawa bank tetap haram kerana mengambil riba. saya tidak dapat jelaskan di sini kerana isu ini panjang kalau diterjemahkan. kalau berminat hubunggi saya secara terus.

    • alhamdulillah…
      segala puji bagi Allah yg mengurniakan taufik dan hidayah kpd hamba2Nya…
      mudah2an Allah sentiasa menetapkan kita dijalan yg lurus…
      sesungguhnya hambaNya yg berpegang dgn hukum hukum Allah tidak akan pernah mengalami kerugian…
      dunia mahu pun akhirat…
      moga kita semua terus istiqomah menegakkan syariatNya, dan menentang kebatilan…

      Akhi Mustafa,
      benar, isu ini sgt panjang utk dibincangkan secara men-details. bermula dari asal muamalat itu sendiri sehinggalah ke tertubuhnya institusi Perbankan, dan muamalat dlm sistem perbankan etc. penjelasan dr segi ilmu fiqh nya sendiri, bukan semata2 ke atas produk perbankan ttp ke atas sistem itu sendiri yg jelasnya haram. bukanlah kerana riba’ semata2. semua ini menuntut penjelasan yg panjang dan ana kira perlu mengadakan kuliah khas yg durationnya kira2 2 semester i.e. setahun paling cepat. (hehe).

      demikian, ana sarankan, kpd sesiapa yg berminat ingin memahami dan mengkaji dgn lebih lanjut mengenai sistem perbankan atau apa2 saja mengenai muamalat, lebih2 lagi isu riba’, bolehlah menghubungi mana komentor. atau boleh menghubungi ana. insyaAllah ana sendiri akan menjelaskan mengenai isu ini. atau, memperkenalkan siapa2 yg berkenaan yg arif berkenaan isu ini (termasuklah akhi mustafa) utk meluangkan masa demi perbincangan ilmiah.

      barakallahufeekum.

  3. Salam’alayk
    sekadar tambahan, jika ada yang salah, minta diperbetulkan. artikel di atas ada mentioned about ‘jual beli’ pihak bank dan individu meminjam. Saya teringat sepotong ayat al-quran,
    “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Bahawa sesungguhnya jual beli itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.” (2:275)

    ada yang mengatakan jual beli ini dibolehkan kerana ia mengikut harga pasaran/nilai rumah tersebut (dalam tempoh puluhan tahun membayar hutang tersebut). Jadi ada sesiapa yang boleh ulas tentang hujah ni?

    Syukran

    • secara realitinya ia tidak demikian. bahkan ia tidak blh menjadi demikian.

      dlm Islam, perkara jual-beli mestilah di clarified sblm akad berlangsung. sbg contoh, jika dipersetujui membeli rumah pd harga 50k, maka pembeli/penghutang wajib membayar nilai 50k shj sampai habis. tak bisa bertambah2 lagi w.pun dgn alasan perubahan harga pasaran, additional cost etc. tiada perkara sedemikian.
      pembeli wajib membayar 50k shj w/pun mengambil masa 100 tahun sekalipun untuk melangsaikan hutangnya.

      mesti dibezakan antara pinjaman dengan urusan-jual beli. adapun urusan memberi pinjam dlm Islam bukanlah termasuk dlm muamalat.

      adapun bank, dengan alasan berjual-beli, jelas lagi bersuluh merupakan `loan provider’. Urusan pinjaman wang diperdagangkan. Hal ini tidak boleh.

      • rata2 sedar bhw perbankan islam jua tidak menepati hukum syarak, demikian juga being the housing developer etc. tetapi, cukupkah kita sbg umat islam untuk sekadar sedar akan kebatilan dan kekhilafan dlm hal tersebut, namun kita tetap saja tidak berlepas darinya????? sebaliknya tetap terus terjerumus ke dalam larangan Allah dengan penuh `redha’??? tidak takutkah kita dengan azabNya? atau tegarkah kita memperlekehkan hukum Allah dengan tidak meninggalkan apa yg jelas Allah telah larang???????

        “….mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.” (2:275)

        yg dimaksudkan dengan ayat ini bg mereka yg telah terjerumus, bila mana telah sampai peringatan hendaklah mereka berlepas diri dr dosa silam (i.e. mengambil riba’). bg harta yg dimiliki melalui transaksi tersebut (telah tamat pembayaran) menjadi milik mereka. namun, sekiranya pd saat itu pembayaran belum habis dibuat…transaksi belum termetrai atau masih dlm tempoh kelangsungan, WAJIB lah ditinggalkan transaksi itu. cth, kereta yg dibeli dengan riba’, hendaklah diberhentikan. sama ada dijual semula atau putuskan saja transaksi riba’ itu. sebagaimana cara pun.

        kerana ayat itu jelas, bilamana dtg peringatan Allah, wajiblah umat Islam yg mengaku beriman (dan semestinya bg mereka yg bertaqwa) utk bersegera menuju Allah dan memohon keampunannya, dan bersegera meninggalkan laranganNya.

  4. Di sini saya sertakan ulasan seorg saudara (Muhammad Ghazi);

    “….apa yang ingin saya kongsikan pada kali ini adalah berkaitan dengan analogi yang beliau berikan sewaktu kami berbincang mengenai hal pembelian kereta. Ceritanya begini…

    Ketika waktu rehat tengahari pada hari tersebut, rakan-rakan sekerja saya ada membincangkan tentang gaji yang baru sahaja diterima. Bertitik-tolak daripada situ, timbul pula persoalan mengenai kereta apa yang hendak dibeli. Seorang rakan saya bertanya kepada saya, “Kereta apa yang you nak beli nanti?”

    Saya menjawab bahawa saya belum membuat sebarang keputusan lagi. Tambahan pula, gaji yang saya ada inipun tidak mencukupi untuk membeli sebuah kereta secara sah.

    “Apa pula tak cukupnya, kan boleh buat loan bayar bulan-bulan… You cuba buat loan daripada Bank X, sebab interest-nya lebih rendah daripada Bank Y” ujar rakan saya tersebut. Terkedu saya dibuatnya. Bukankah interest itu merupakan riba’? Tidakkah rakan sekerja saya yang seorang ni menyedari hakikat tersebut? Andainya tiada riba’ sekalipun, saya berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa pembelian melalui kaedah sewa-beli itu adalah tidak sah kerana terdapat pertindihan akad – dua akad dalam satu transaksi (insya Allah akan dibincangkan sekiranya ada permintaan).

    Apabila diceritakan kisah tersebut kepada kenalan lama saya itu, beliau telah memberikan analogi berikut (saya olah / paraphrase bagi memudahkan pemahaman);

    “Pernyataan tersebut seolah-olah seperti membuat perbandingan antara babi goreng dengan babi rebus. Lebih baik makan babi rebus sebab kurang kolesterol berbanding makan babi goreng deep fry. Yang rebus lebih baik untuk kesihatan”…

    Saya teramat bersetuju dengan pernyataan tersebut. Tanpa disedari, umat Islam pada hari ini sudah semakin hilang sensitiviti terhadap hukum syarak. Mungkin disebabkan istilah-istilah yang digunakan bagi mengaburi umat Islam. Istilah riba’ ditukar menjadi interest ataupun bunga. Mungkin juga disebabkan oleh kejahilan. Ataupun sebenarnya mereka menyedari akan keharamannya, tetapi menutup sebelah mata demi mencari jalan mudah. Wallahua’lam…

    Apa yang pasti, riba’ pada hari ini sudah semakin sukar untuk dielakkan sehinggakan rakan sekerja saya yang menjaga solatnya sekalipun tetap terkena debu-debu riba’…

    Astaghfirullah… Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan kemaksiatan dan dosa besar sama ada yang disedari mahupun tidak…

    Semoga semua beroleh iktibar dan dikurniakn taufik dan hidayah oleh Allah agar terus istiqomah dan teguh memegang syariatNya…

  5. Buat Muslim member dan rakan2 semua,

    terima kasih atas pertambahan info dan perkongsian kalian.
    semoga dirahmati Allah selalu.

    Jazakumullahu khairan katsiiron.

    =)

  6. Muslim member says:

    Salam’alayk
    ‘saya berpegang kepada pendapat yang menyatakan bahawa pembelian melalui kaedah sewa-beli itu adalah tidak sah kerana terdapat pertindihan akad – dua akad dalam satu transaksi (insya Allah akan dibincangkan sekiranya ada permintaan).’

    Sini ade permintaan utk diterangkan perkara tu..boleh terangkan sedikit?

    Syukran

    • Mengumpulkan 2 akad dalam satu transaksi jual-beli.

      Contoh klasik: pembeli mengatakan, “Saya jual budak ini kepada anda seharga 1000 dinar, dengan syarat anda harus menjual rumah anda kepada saya seharga sekian.”

      Ini beerti, “Jika Anda menetapkan milik anda menjadi milik saya, saya pun akan menetapkan milik saya menjadi milik anda.”( Asy-Syaukani, Nayl al-Awthâr, IV/249)

      Ini berdasarkan riwayat Ibn Abbas ra. yang menyatakan:
      Nabi saw. telah melarang dua pembelian dalam satu pembelian. (HR Ibn Hibban, at-Tirmidzi, al-Baihaqi, dan Malik).

      Dalam riwayat lain Ibn Mas’ud ra. menuturkan:

      Rasul saw. telah melarang dua akad dalam satu akad. (HR ath- Thabrani).( HR ath-Thabrani, IV/84, dalam Majma’ az-Zawâ’id wa Manba’ al-Fawâ’id.)

      Selain itu, berikut juga berkaitan 2 akad dlm satu transaksi.

      Contoh: seorang penjual binatang ternak mensyaratkan kepada pembelinya untuk tidak menjual kembali ternaknya atau tidak menjualnya kepada si fulan A, atau tidak menghadiahkan kepada si fulan B; atau penjualnya mensyaratkan kepada pembeli supaya dipinjami atau dijual kepadanya suatu barang.

      Ini berdasarkan sabda Nabi saw.:

      Tidak halal menyatukan pinjaman dengan penjualan, menyatukan dua syarat dalam satu akad jual-beli, dan menjual barang yang bukan milikmu. (HR Abu Dawud, at-Tirmidzi, ad-Daruqutni, dan al-Hakim).

      Berikut juga perkara yg terdapat perbankan Islam yang mana menjadikan transaksinya batil.

      Persyaratan batil yang akadnya dianggap sah, namun syarat tersebut dianggap batal.

      Contoh: penjual mensyaratkan agar tidak dirugikan saat menjual kepada pembeli atau penjual mensyaratkan kepemilikan budak yang
      dijualnya kepadanya. Persyaratan dalam kedua contoh di atas dikategorikan batal, sedangkan jual-belinya dianggap sah.

      contoh2: bank menjual rumah yg dibeli dari pemaju kepada A. Namun, kepemilikan rumah tersebut hakikatnya masih milik bank. sedangkan dalam Islam, apabila akad jual beli berlangsung hak pemilikan rumah terbabit (subject matter) secara automatik akan menjadi milik pembeli A, walaupun A gagal untuk melunaskan bayaran kepada belian atas hutang kepada si penjual. Berlainan dlm kontrak zaman sekarang, yang menoktahkan bahawa sekiranya si pembeli gagal melunaskan bayaran dalam tempoh tertentu, rumah yg dibeli akan disita dan dilelong oleh Bank, dan bukannya oleh pemiliknya A. Walhal, Islam melarang bukan pemilik harta/barang untuk melelong/menjual harta milik org lain.

      Ini berdasarkan sabda Rasul saw.:
      Siapa saja yang mensyaratkan suatu syarat yang tidak terdapat dalam Kitab Allah (al-Quran) maka persyaratannnya batil, meskipun seratus syarat. (HR al-Bukhari, Ibn Hibban, Ibn Majah, ad-Daruqutni, an-Nasa’i)

      *(penjelasan ringkas buat masa ini)

    • contoh lebih mudah. dlm kes sewa-beli, 2 akad i.e. (1) akad sewa,(2) akad jual-beli.DUa akad digabungkan dalam satu transaksi e.g. jual-beli kereta seperti AITAB. Jika harta hendak disewakan, maka akadnya mesti hanyalah akad sewa. jika ingin menjual belikan barang atas hutang, maka akadnya mesti hanya jual-beli secara hutang. apa perlnya lagi sewaan? berikut merupakan 2 prkara berbeza dan mesti dibeza/asingkan.

      Bahkan bukan itu sahaja. Persyaratan untuk mengambil insurans, riba’, etc. (dan lain2 persyaratan batil) menjadikan kebanyakan kes jual beli berikut haram.

      wallahu’alam.

      *(setakat ini dulu penjelsan/perbincangan. insyaAllah akan berlangsung lagi. mohon para pembaca untuk memperbanyakkan bacaan dan kajian realiti bagi memahami hakikat urusan perbankan hari ini.

  7. mizal says:

    Ok ….so Apa penyelesaian untuk orang yang nak meminjam bank..so sesiapa yang rasa bank islam haram,maka dia tidak akan meminjam langsung bank..sangat sukar keadaan itu

    • Salam.
      terima kasih kerana singgah di medan perkongsian yang tidak seberapa ini.

      Sdr Mizal, soalan sebegini kerap diajukan bagi topik sebegini.

      Dipihak saya sendiri dan sebahagian yang lain, (dan saya yakin masih ramai umat Islam yg berpegang teguh, dan berusaha sepenuhnya utk mengekakng riba’ dari kehidupan), kami tidak mengambil transaksi bank, insurans etc. melainkan yang dipaksakan ke atas kami seperti tol etc.

      kami tidak membuat loan untuk perumahan/kereta. atau loan untuk apa-apa tujuan. selain inisiatif meminjam dari rakan-rakan yang turut sama menghindar dari riba’ (saling tolong menolong), dengan kesedaran tentang kwajiban si peminjam dalam Islam, sebahagian dari kita ini mengumpul duit sehingga mencukupi utk membeli secara tunai/cash tanpa hutang dan interest. ataupun bagi kereta misalnya, sebahagiannya membeli kereta second hand dari individu atau penjual2 sama ada secara tunai atau hutang/berkala (tanpa riba’).

      demikian juga bagi rumah. namun, sbg contoh, rumah sangat mahal. maka, ramai yang sekadar menyewa. namun, jika tuan rumah sudi menjual rumah tanpa melibatkan bank dan tiada unsur2 yg diharamkan, maka, belian secara hutang juga menjadi pilihan.

      bg yang hendak membina rumah impian, juga secara bertahap-tahap mengikut kemampuan. sebagai contoh, ibu saya membina rumah yang kami diami kini secara bertahap-tahap berbekalkan simpanan dari sebahagian dari gajinya yang hanya berjumlah RM1200 kini. (dahulu lebih rendah). namun, berkat kesabaran dan tidak terlibat dngan riba’, kini, setelah 22 tahun, rumah impiannya telah berjaya dibina seadanya. ini hanya satu contoh.

      begitu juga dengan beberapa saudara yang ana kenali. sanggup menggunakan public transport dan hanya menggunakan motor untuk ke sana ke mari demi kerana tidak mahu terlibat dengan riba’.

      demikian juga yg sanggup melepaskan jawatan2 dan perkerjaan yang tidak syarie setelah mengetahui hukum hakam Islam.

      mereka snggup melepaskan nikmat dunia dan bersusah didunia demi meraih keredhaan Allah…

      Sesungguhnya Rasulullah sendiri pernah mengatakan yg mafhumnya akan ada segolongan umatnya yang berpegang pada hukum syarak ibarat menggenggam bara api.

      Dalam suasana kehidupan hari ini yang mana banyak acuannya adalah kapitalis, kita akan merasa runsing dan sukar. Sistem yg mencengkam ini telah menzalimi Islam, umat Islam yg beriman. maka, janganlah kita terpedaya dengannya. Dan, janganlah kita sesekali lupa bahawa yg dirisaukan itu andai nikmat duniawi, perlulah kita redha meninggalnya kerana Allah. Kerana, khuatir, kita mengalami kerugian dek kehilangan redha Allah diakhirat kelak!

      wallahu`alam.

      sesungguhnya tiadalah kekhuatiran pd diri seorg mukmin terhadap mehnah dunia melainkan khuatir terhadap negeri akhirat yang hakiki!

      yakinlah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hambaNya yg ikhlas beriman padaNya….

      “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” [Al-Anaam:32]

      “Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.” (Al-An’aam 6:35)

      Hanyasanya orang-orang yang menyahut seruanmu itu ialah mereka yang mendengar (yang mahu menurut kebenaran); sedang orang-orang yang mati Allah bangkitkan mereka semula (pada hari kiamat kelak), kemudian mereka dikembalikan kepadaNya untuk menerima balasan.” (an-Anaam:36)

      ”Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)” [An-Nazi’aat( 79) : (40-41)].

      dan semestinya, sebagai solusi terbaik untuk keluar dari kezaliman ini adalah dengan menegakkan Daulah Islamiyyah/khilafah yg akan menerapkan hukum syarak secara menyeluruh. maka, insyaAllah nasib umat Islam benar-benar akan terbela dna tiadalah lagi kepalsuan yg mengatasnamakan islamisasi.

      إنما الإمام جنة يقاتل من ورائه ويتقى به

      “Sesungguhnya Imam (khalifah) itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.” [HR. Muslim]

      setakat ini dulu dari ana buat masa ini.

      Syukran kerana memberi komentar.
      Jazakallahu khairan katsiiron.
      Mudah2an kita dianugerahkan olehNya petunjuk dan ketaqwaan.

  8. Aku_Konfius says:

    sory nak mencelah skit

    aku x tau nk pegang yang mana. ada kata ok..aka kata haram…sebagai orang yang cetek ilmu macam aku nie..susah la nak dicide..kalu baca kat blogger yg pro bank..kesimpulan dia akan jadi harus@boleh..kalau blog yg x pro bank akan jadi haram..so camana la nak decide.ijmak ulamak ada bincang x pasai isu nie..

  9. Aku_Konfius says:

    alamak bos…macam x boleh ja..
    Bangi dengan kg acheh,kuah,langkawi kedah agak jauh bos….nak p makan modai..duit xdak..biasala..org susah…nie pon guna wifi jiran..haha@@

    btw aku ada terbaca kat blog mana aku x ingat, hujah dia agak mantap dan aku boleh terima la..bunyi dia lebih kurang macam nie la..

    “kita bukan buat pinjaman dengan bank,kita buat __(ada istilah dia aku x ingat),maksudnya kita bukan beli rumah dengan developer,kita beli dengan bank.bank yg beli dari developer,pastu bank juai kat kita, atas dasar bisnes, bank akan buat untung bila bank jual rumah tu kepada kita. bank beli harga siggit,dia jual kat kita harga 2 ringgit dan bank menewarkan perkhidmatan bayaran ansuran untuk beli umah tu..”

    *aku cari balik blog tu x jumpa plak..bila aku tulis sendri ayat tu dan jadi x mantap dan berbelit belit pulak..*
    nanti kalu aku jumpa blog tu,aku tepek kat sini…
    satu lagi..nak mai langkawi kontek la aku..aku leh urus semua…huh..promot skit..

  10. Seronok says:

    isu ini diperdebatkan tempoh hari bersama rakan2..

    aku bersetuju dengan hampir kesemua komen dan juga artikel ini..

    tetapi rakan aku berpendapat, ini kerana islam itu realistik.. dengan perkembangan semasa yang melihat ramai umat islam memerlukan bank, jadi jika kita terus beralih pada sistem yang seratus peratus tanpa bank/riba’ adalah sesuatu yg sukar.. jadi perlu diperlakukan secara langkah demi langkah, bermula dengan bank islam..

    kami juga tahu tentang konspirasi barat/kafir yg merencana agenda memesong umat islam pasti akan membunuh @ mengapa-apakan sesiapa yg secara drastik cuba mengagalkan agenda mereka menyebarkan riba’..

    jadi para ulama telah membuat keputusan dengan memulakan dengan bank islam dahulu sblm langkah berikutnya (penghapusan total riba’ dlm sistem bank) dilakukan..

    herm.. apa pendapat kalian?

    • assalamu`alaikum
      terima kasih kerana sudi menziarah ke blog ana…

      hehe…
      walaupun sering kedengaran namun aneh sungguh kerana hukum syarak tidak berubah mengikut perubahan zaman. Bahkan tiada nash-nash syarak yg menghalalkan riba’ hatta sedikit..

      `illat syar`iyyah juga tiada dalam hal perbankan ini yg membolehkan ummat zaman “moden” hari ini untuk memanipulasikan riba’ menjadi halal..

      Sejujurnya, agak sukar dan terhad untuk ana demonstrate kan secara lebih details bilamana di alam maya, maka, ana ingin menjemput antum semua yg berminat untuk memahami isu ini dnegan lebih jauh, dna ingin mencari pencerahan dalam isu ini, ana jemput untuk emailkan secara peribadi kepda ana. Mudah2an pertemuan dapat diaturkan. Adapun perbincangan dua mata itu lebih sampai..insyaallah..

      memandangkan ana di area Selangor maka, sesiapa di area selangor-KL insyaallah agak mudah untuk berkonsultasi/diskusi ilmiah.

      sekian dahulu dari ana. mudah2an akan ada yg lain turut merespon pada komentar akhi “Seronok”.

      asyuhada8@gmail.com

      barakallahu feekum wa jazakumullahu khairan al jazak

  11. Aku_Konfius says:

    salam…

    hmmm…..nak respon x dak ilmu…tgk jelah komen org lain…..:s :s :s

  12. luq says:

    as salam..isu ni memang dah lama apa yang di bahaskan memang betul..riba akan memiskin kan si peminjam dan mengayakan si pemberi pinjam..keadaan sekarang memang mencabar dan apa yang kita hadapi sekarang seolah2 menjerut leher setiap orang..hanya Allah yang Maha tahu dan Maha pemberi rezeki..ameenn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s