SN225 – 28 RAJAB – HARI DI MANA UMAT ISLAM KEHILANGAN PERISAINYA (KHILAFAH)

Posted: July 17, 2010 in Sautun Nahdhah
Tags:

SN Keluaran 9 Julai 2010

alt
28 RAJAB – HARI DI MANA UMAT ISLAM KEHILANGAN PERISAINYA (KHILAFAH)
[SN225] Wahai Kaum Muslimin! Hari ini Hizbut Tahrir ingin mengingatkan kalian bahawa kira-kira 89 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 28 Rajab 1342H bersamaan dengan 3 Mac 1924M, kaum kuffar penjajah yang diketuai oleh British, dengan bantuan penguasa pengkhianat Arab dan Turki telah berjaya menghapuskan Daulah Islam (Daulah Khilafah), sebuah Negara Islam yang di asaskan oleh Rasulullah dan para sahabat yang kita cintai. Pengkhianat pada waktu itu, Mustafa Kamal la’natullah, telah mengumumkan berakhirnya pemerintahan Khilafah di Istanbul, mengepung Khalifah Abdul Majid II serta mengusirnya pada pagi hari tersebut. Demikianlah apa yang berlaku. Telah terjadi satu goncangan yang dahsyat di negara umat Islam dengan runtuhnya Daulah Khilafah, sebuah institusi gergasi politik umat Islam yang telah memayungi dunia selama lebih 1300 tahun. Pihak kuffar Barat benar-benar memahami bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam yang hakiki adalah di bawah Daulah Khilafah. Kerana itulah mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dengan menggunakan segala kekuatan, tipu daya, kelicikan dan agen-agen mereka bagi memastikan Daulah Khilafah tidak akan muncul kembali.

Sejak jatuhnya Khilafah, selain serangan pemikiran yang bertubi-tubi dilancarkan oleh Barat, mereka juga telah melakukan serangan fizikal secara besar-besaran ke atas umat Islam di seluruh dunia. Mereka menjajah, membunuh, merogol, menangkap, memenjara, menyeksa dan melakukan pelbagai bentuk kekejaman lainnya yang benar-benar tidak berperikemanusiaan. Umat Islam diperlakukan umpama binatang, malah jauh lebih buruk dari itu. Kuffar penjajah lalu mencerai-beraikan negeri-negeri umat Islam kepada lebih dari 50 buah negara yang lemah dan tidak berdaya. Mereka melantik di setiap negara tersebut seorang agen mereka, sebagai penguasa yang memerintah mengikut apa yang mereka kehendaki. Para penguasa kaum Muslimin yang jahat ini pula telah mempergunakan polis dan tentera yang ada di tangan mereka untuk menghalang tegak kembalinya Daulah Khilafah. Mereka mengintip, menangkap, menyeksa dan mengheret para pejuang yang ingin mengembalikan Khilafah, lalu menghumban pejuang-pejuang ini ke penjara-penjara dengan cara yang zalim. Dengan undang-undang kufur yang diterapkan oleh penguasa zalim ini, para pejuang Khilafah dihalang, ditangkap dan diseksa, manakala para pejuang sekular dan para pelaku maksiat dibiarkan merajalela. Demikianlah bagaimana bermulanya segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa umat ini, umat yang pernah satu ketika dahulu memimpin dunia dan membawa rahmat ke seluruh penjuru alam semasa berada di bawah kekuasaan Khilafah.

Wahai Kaum Muslimin! Hizbut Tahrir menyeru kalian tanpa henti dan tanpa jemu untuk menegakkan Khilafah kerana sesungguhnya menegakkan kembali Khilafah adalah wajib, malah ia merupakan kewajipan yang paling agung kerana hanya dengan Khilafah sahajalah, kesemua hukum-hukum Allah dapat diterapkan secara kaffah (sempurna dan menyeluruh). Sedarlah wahai umat Muhammad bahawa sejak runtuhnya Khilafah 89 tahun yang lalu, para penguasa umat Islam telah mencampakkan Al-Quran dan Sunnah dari pemerintahan dan mereka memaksakan sistem sekular warisan penjajah kuffar ke atas kalian. Justeru, bagaimana mungkin rahmat dan kemuliaan akan tercurah ke atas kalian apabila hukum kufur, bukannya hukum Allah yang mengatur hidup kalian? Bagaimana mungkin kemuliaan akan datang kepada umat Islam apabila hukum Allah dan Rasul disingkirkan dari aspek pemerintahan negara? Generasi terdahulu dari kalian telah dapat mengecapi segala kebaikan dan kemuliaan tatkala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Di kala itu, umat Islam benar-benar menjadi umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, sebagai para pengikut Nabi Muhammad SAW, Nabi yang terakhir dan imam para pejuang.

Generasi pendahulu kalian mewarisi pemerintahan dunia dari Rasulullah SAW dan menjadi para khalifah yang memerintah dunia dengan Islam. Nenek moyang kalian wahai saudaraku, adalah para Khulafa’ al-Rasyidun, para pemimpin yang menakluk dunia demi menegakkan agama Allah. Kalian adalah anak cucu kepada orang-orang yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Kalian adalah anak cucu penakluk Andalus dan penyebar tamadun Islam di dalamnya. Kalian adalah anak cucu al-Mu’tasim yang mengetuai bala tentera yang begitu besar hanya untuk menyelamatkan seorang wanita yang dizalimi oleh seorang lelaki Rom. Kalian adalah anak cucu al-Rasyid yang menyuarakan jawaban kepada Raja Rom di waktu beliau membatalkan perjanjiannya dengan umat Islam. Beliau menjawab dengan berkata “Daripada Harun Amirul Mukminin kepada Nakfur anjing Rom, jawabannya adalah apa yang kamu lihat bukan yang kamu dengar”, maka sampailah tentera Islam ke benteng Rom sebelum sampainya surat tersebut kepada Raja mereka.

Kalian adalah anak cucu Salahuddin al-Ayubi, pejuang yang menghentak tentera Salib dan beliau dimuliakan oleh Allah dengan menjadi pembebas Baitul Maqdis. Kalian adalah anak cucu Sultan Qutuz dan Baybars penghancur bangsa Tartar. Kalian adalah anak cucu Muhammad al-Fatih, seorang pemimpin muda yang telah dimuliakan oleh Allah dengan pujian Rasulullah selaku penakluk Konstantinopel. Kalian adalah anak cucu Khalifah Sulaiman al-Qanuni yang diminta bantuan oleh Perancis pada kurun ke-16 ketika Rajanya ditawan dan mereka tidak menemukan kekuatan yang setimpal yang dapat memberikan perlindungan kepadanya melainkan Khilafah Islam. Kalian adalah anak cucu Khalifah Salim ke-3 yang pada zamannya, Amerika membayar cukai tahunan kepada walinya di Algeria sebanyak 642,000 dolar (harga emas) dengan penambahan 12,000 lira emas Utsmani, sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan memberi keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean.  Kalian adalah anak cucu Khalifah Abdul Hamid yang tidak dapat diperdayakan oleh jutaan wang emas yang dihamparkan oleh Yahudi laknatullah kepadanya untuk membeli tanah Palestin. Beliau menjawab dengan perkataannya yang masyhur, “Simpanlah wang kamu wahai yahudi…sesungguhnya tertancapnya pisau bedah di dadaku adalah lebih ringan buatku daripada aku melihat Palestin terpisah dari Daulah Khilafah”.

Inilah nenek moyang kalian wahai kaum Muslimin, dan demikianlah apa yang telah mereka lakukan. Maka ikutilah kebenaran yang telah mereka lalui ini. Kembalilah kepada kemuliaan yang telah mereka usahakan dan usahakanlah kemuliaan ini. Sesungguhnya Hizbut Tahrir bergerak ke arah kemuliaan ini. Hizbut Tahrir bekerja siang dan malam untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah. Dalam perjuangan ini, pelbagai halangan dan rintangan yang telah dan sedang ditempuh oleh Hizbut Tahrir, bahkan hingga melibatkan kematian anggota-anggotanya kerana dibunuh oleh penguasa kejam di seluruh dunia. Pemerintah Muslim yang kejam ini tidak pernah berhenti menghalang setiap pergerakan Hizbut Tahrir dengan menggerakkan seluruh polis perisikan mereka untuk memantau dan menangkap anggota Hizbut Tahrir yang sedang berjuang. Namun, Hizbut Tahrir tetap yakin dan mengimani janji Allah bahawa kemenangan pasti akan tiba jua dengan tertegaknya Daulah Khilafah untuk kedua kalinya. Betapa besarpun pasukan perisikan yang digerakkan oleh pemerintah yang zalim ini, usahlah kalian takut dan gentar di dalam perjuangan ini wahai saudaraku, kerana demi sesesungguhnya Special Branch (SB) ini tidak akan mampu menghalang orang-orang Mukmin dari menegakkan kebenaran. Mereka mungkin dapat menghalang tubuh badan kita, namun mereka sekali-kali tidak akan dapat menghalang agama Allah dari ditegakkan! Amat kejilah perbuatan mereka yang menghalang orang yang bersungguh-sungguh berjuang menegakkan agama Allah, dan semoga Allah menghina mereka dengan sehina-hinanya, di dunia dan akhirat.

Wahai Kaum Muslimin! Sesungguhnya kalian mempunyai kekuatan dan sesungguhnya negara kafir penjajah hanya kelihatan kuat tetapi hakikatnya mereka itu amat lemah. Mereka memiliki senjata-senjata yang hebat tetapi tentera yang takut mati. Secanggih mana sekalipun senjata tanpa pejuang yang berani akan pastinya lemah di hadapan sekelompok kaum Mukmin yang berjuang mengharapkan syahid di jalan Allah. Bukti kelemahan mereka terpampang jelas di depan mata kita. Kematian dan kekalahan saban hari menjemput tentera Amerika di Iraq, begitu juga di Afghanistan. Israel pula dengan kehebatan senjata yang mereka miliki langsung tidak dapat mengalahkan sekelompok kecil dari pejuang Islam. Hakikatnya, kecanggihan senjata fizikal semata-mata tidak dapat menentukan kejayaan dalam peperangan menentang umat Islam. Umat ini, meskipun hanya memiliki persenjataan yang sedikit, namun mereka ada aqidah yang ‘hidup’, yang benar, yang menggerakkan mereka dengan kekuatan yang luar biasa. Amerika dan tenteranya hanya bagaikan sebuah batu keras yang diguna untuk memecahkan, namun ia pecah sebelum ia memecahkan. Inilah janji Allah bahawa kaum kuffar akan pasti dikalahkan. Firman Allah,

“Berapa banyak (yang pernah terjadi) jumlah yang sedikit berjaya mengalahkan jumlah yang banyak dengan izin Allah”
[TMQ al-Baqarah (2):249].

Situasi antarabangsa pada hari ini semakin menzahirkan kelemahan dan kebinasaan musuh-musuh Allah ini. Rusia adalah ibarat singa tua yang cuba bangkit. Di Eropah, Perancis masih berusaha mencari jalan untuk memantapkan pengaruh. Britain yang nampak seakan kuat, hanya merupakan seekor musang (cerdik tetapi jahat) yang lemah. Negara-negara kufur yang nampak kuat ini sebenarnya sudah tidak sehaluan dan ketidaksehaluan ini akan pasti menyebabkan mereka terus berpecah dan akan terus melemah. Manakala bagi negara Yahudi, urusannya adalah lebih mudah. Hidupnya hanya bergantung kepada negara lain. Jika Barat tidak membantunya dan yang lebih penting, jika tidak wujud pengkhianatan para pemerintah di negara-negara umat Islam sebagai boneka Barat, maka urusan kaum Yahudi ini telah lama selesai. Percayalah wahai kaum Muslimin! Bahawa sesungguhnya negara-negara kuffar ini sedang menggali kubur masing-masing. Kehancuran mereka hakikatnya berada di tangan kalian, kerana kalian selaku umat yang terbaik sahajalah yang paling berhak untuk menghancurkan mereka. Cuma kini, halangan yang ada hanyalah pada pemerintah sekular yang masih berkuasa dengan segala kejahatannya. Demi sesungguhnya, dengan izin Allah kita pasti akan dapat mengalahkan Amerika, Yahudi dan sekutu-sekutu mereka, apabila penguasa umat Islam yang sekular ini jatuh dari takhtanya dengan tertegaknya Khilafah sedikit masa lagi.

Wahai kaum Muslimin! Negara-negara kufur pimpinan Amerika kelihatan kuat kerana buat masa ini, para penguasa pengkhianat di kalangan umat Islam masih mengurung dan merantai tentera-tentera Islam yang mereka miliki. Jika tentera ini dilepaskan pun, mereka hanya dilepaskan untuk berkhidmat kepada organisasi kufur PBB yang hakikatnya berada di bawah telunjuk Amerika. Para tentera kaum Muslimin sebenarnya perlu sedar dan bangkit bahawa mereka sebenarnya wajib melancarkan perang terhadap musuh-musuh Allah yang tidak pernah berhenti memerangi kaum Muslimin. Mereka perlu bertanya untuk apa mereka menjadi tentera jika tidak untuk mengejar dan mengecapi kenikmatan syahid di jalan Allah dan meraih syurga Allah di akhirat kelak. Mereka perlu sedar bahawa inilah peranan dan tugas mulia mereka. Mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya kuat, hanya pemimpin yang ada sahajalah yang telah merantai kekuatan mereka. Sesungguhnya tentera kaum Muslimin adalah tentera-tentera Allah yang apabila mereka berjuang, Allah dan malaikat akan bersama mereka dan membantu mereka.

Demi sesungguhnya, apabila Khilafah telah tertegak nanti, maka Khalifah akan menggerakkan bala tentera ini menuju salah satu dari dua kemuliaan – kemenangan atau syahid di jalan Allah. Dengan turunnya tentera-tentera Allah ini ke medan tempur dengan diiringi oleh para malaikat, maka Insya Allah kemenangan pastinya akan berpihak kepada umat Islam. Pada ketika ini, kita akan menyaksikan kegerunan dan ketakutan menyusup masuk ke tubuh tentera-tentera kuffar. Kita akan menyaksikan kemusnahan dan kebinasaan menimpa tentera-tentera kuffar dan kita akan menyaksikan kekalahan serta maut menjemput mereka satu demi satu. Dengan berperangnya tentera Islam di bawah pimpinan seorang Khalifah dan bertempurnya tentera Islam di bawah bendera dan panji-panji “La ilaha illallah Muhammad Rasulullah”, maka Insya Allah bumi umat Islam akan dibebaskan satu per satu oleh sang Khalifah. Palestin dan Iraq akan dibebaskan, begitu juga Afghanistan, Kahsmir, Bosnia, Selatan Thai dan lainnya. Insya Allah, seluruh dunia Islam akan diselamatkan dan disatukan di bawah satu payung pemerintahan yang diberkati Allah. Di kala ini, maka akan terbebaslah saudara-saudara kita dari belenggu negara-negara kafir penjajah, akan keluarlah kita semua dan saudara-saudara kita dari segala cengkaman sekular dan kekufuran. Dan akan berakhirlah segala penderitaan dan kesengsaraan. Dengan bersatunya negara-negara kaum Muslimin di bawah Khilafah, maka akan lenyaplah segala kebatilan dan akan zahirlah agama Allah di muka bumi ini.

Bersegeralah wahai kaum Muslimin, ayuhlah wahai mereka yang memiliki pengaruh dan kekuatan, bergabunglah dengan dakwah untuk menegakkan Khilafah ini dan berilah nusrah (bantuan kekuasaan) kepada kami untuk menerapkan Islam. Berjuanglah untuk mendirikan Khilafah bersama Hizbut Tahrir dan janganlah hendaknya kalian hanya menjadi penonton semata-mata dan bertepuk tangan setelah ianya berdiri. Janganlah kalian melepaskan peluang yang mulia ini sebelum tibanya hari kemenangan kerana sesungguhnya perjuangan kalian untuk menegakkan agama Allah sekarang tidaklah setanding dengan perjuangan kalian setelah tertegaknya Negara Khilafah. Firman Allah SWT,

“Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan. Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu..”
[TMQ Al-Hadid (57):10].

Wahai Kaum Muslimin! Ini adalah seruan dari Hizbut Tahrir buat kalian, untuk memperlihatkan, mengingatkan dan memberikan khabar gembira. Untuk memperlihatkan kepada kalian kemuliaan yang kalian miliki pada suatu masa dahulu ketika Khilafah masih berdiri dan kehinaan yang sekarang ini menimpa kalian setelah lenyapnya Khilafah. Untuk mengingatkan kalian bahawa kalian berupaya untuk menumbangkan penguasa sekular yang zalim dan berupaya mengalahkan kaum kuffar penjajah. Bahkan kalian dengan izin Allah akan kembali menjadi umat yang terkuat dan termulia di dunia ini, dengan mendirikan Khilafah dan seterusnya kalian akan mendapat keredhaan Allah serta kembali kepada kemuliaan. Oleh itu sertailah Hizbut Tahrir dalam usaha kami menegakkan Daulah Khilafah agar kalian memperoleh kebaikan dan ganjaran bersamanya.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya semua kemuliaan hanya akan dapat dicapai apabila kembalinya Daulah Khilafah, institusi politik agung umat Islam. Inilah yang telah dikecapi oleh orang-orang yang terdahulu dari kita di kala mereka hidup di bawah naungan Khilafah. Dan Insya Allah, inilah juga yang akan kita kecapi apabila kembalinya institusi agung pemersatu ummah ini. Tanah-tanah umat Islam akan dipenuhi keadilan hukum-hukum Allah dari tujuh petala langit. Al-Quran dan As-Sunnah akan kembali menjadi pengatur urusan hidup dan urusan negara. Segala kemuliaan yang hilang akan pasti kembali ke pangkuan kita. Cahaya kebaikan akan bergemerlapan, berseri dan memancarkan sinarnya menembusi seluruh alam. Bumi umat Islam akan diselimuti keberkatan dan rahmat dari Allah Azza wa Jalla. Ya, benar, semua itu akan terjadi tatkala Khilafah menaungi dunia untuk kedua kalinya. Dan kalian wahai saudaraku, di tangan-tangan kalian ada kuasa yang diberikan oleh Allah Azza wa Jalla untuk melantik dan membai’ah seorang Khalifah yang akan mengatur dunia ini dengan perintah dan laranganNya dan seterusnya akan mengembalikan kemenangan serta kemuliaan kepada kalian. Justeru, sedarlah wahai saudaraku! Ayuh, bangkit dan bergabunglah bersama barisan pemuda Hizbut Tahrir. Sesungguhnya Hizbut Tahrir ada di kalangan kalian dan bersama dengan kalian. Hizbut Tahrir telah berjanji kepada Allah dan RasulNya untuk terus menggembeling tenaga dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk membawa risalah Allah dan meminta nusrah (bantuan kuasa) bagi mengembalikan kehidupan Islam dengan mendirikan Daulah Khilafah al-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah. Kepada Allah kami memohon dan hanya kepadaNya kami berlindung. ALLAHU AKBAR!

Ya Allah! Saksilah bahawa sesungguhnya kami telah menyampaikan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s