SNKhas – Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia (LL4G)

Posted: July 17, 2010 in Sautun Nahdhah
Tags:
SN Keluaran 4 Jun 2010
alt

Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
“KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD”


18 Jamadil Akhir 1431H / 1 Jun 2010M

[SNKhas] Tidak kira di darat mahupuan lautan, begitulah kebiadaban yang ditunjukkan oleh tentera pengganas rejim Israel. Mangsa mereka kali ini bukanlah penduduk awam Gaza sepertimana biasanya, tetapi mereka telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)’. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan beberapa yang lain. Sebagai respons dari insiden ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ingin menegaskan bahawa:-

1.    Rejim Zionis adalah pengganas ibarat binatang buas yang sentiasa kehausan darah. Mereka bukanlah pihak yang boleh diajak berunding dan perundingan damai dengan mereka hanyalah suatu yang sia-sia malah bertentangan dengan syarak. Keganasan terbaru ini mengukuhkan lagi bukti bahawa segala rundingan damai yang dijalankan selama ini bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin atau umat Islam.

2.    Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah suatu yang baik di sisi syarak, namun malangnya pihak pemerintah hanya berpeluk tubuh tidak melakukan hal ini sebaliknya membiarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bertindak seorang diri tanpa ada apa-apa perlindungan keselamatan dari pihak pemerintah, walhal pihak pemerintah tahu bahawa jalan menuju Gaza penuh dengan risiko, termasuk serangan dari tentera Israel. Tidak ada satu unit tentera umat Islam pun dihantar untuk mengiringi konvoi LL4G bagi menjamin keselamatan mereka yang membuktikan pihak pemerintah langsung tidak serius untuk menyelamatkan Gaza mahupun prihatin terhadap nyawa ahli-ahli konvoi itu sendiri.

3.    Kutukan keras dari pemerintah, boikot, mesyuarat khas, sidang khas parlimen, persidangan PBB, mesyuarat OIC dan seumpamanya bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin. Setiap kali umat Islam dibunuh oleh Israel, inilah suara-suara penyelesaian yang dilaungkan oleh pemerintah mahupun sebahagian umat Islam, dan kita semua tahu bahawa hal ini tidak pernah membawa kepada penyelesaian. PBB adalah badan kufur antarabangsa yang melahirkan negara haram Israel manakala OIC hanyalah himpunan negara-negara wathaniyah dan asabiyyah yang hanya tahu bersidang! Pihak pemerintah bukannya ingin mengambil jalan untuk melenyapkan entiti Yahudi yang menjadi punca kepada masalah, tetapi hanya berminat untuk bersidang dan mengeluarkan resolusi dan mendapat pula tuntutan (claim) yang lumayan darinya. Pihak pemerintah langsung tidak menunaikan kewajipan mereka untuk mengerahkan pasukan tentera untuk berjihad di Palestin dengan memerangi Yahudi dan membebaskan Palestin dari cengkaman makhluk terkutuk itu.

4.    Tentera-tentera kaum Muslimin yang sedang lena dibuai kemewahan duniawi atau sedang dirantai dengan belenggu nasionalisme dan patriotisme perlu segera bingkas bangun mempersiapkan diri untuk berjihad fi sabilillah. Bilakah lagi kalian akan menyahut seruan jihad dari Allah SWT dan merebut kedudukan mulia sebagai tentera Allah? Sampai bilakah kalian hanya sekadar berani menunjuk ’belang’ dalam acara-acara rasmi negara? Sampai bilakah kalian hanya ingin tunduk kepada pemerintah sekular yang hanya menghantar kalian untuk berkhidmat di bawah panji kufur PBB, bukannya panji Allah dan Rasul? Musuh yang menerkam dan membunuh saudara-saudara kalian, itulah yang sepatutnya kalian ajar hingga mereka tewas dan tertawan, bukannya pemimpin yang mengkhianati umat yang kalian perlu patuhi. Untuk apakah kalian menjadi tentera jika bukan untuk berjihad di jalanNya?

5.    Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Justeru, kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan memimpin, melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.

6.    Hizbut Tahrir dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin agar berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan negeri-negeri umat Islam dari cengkaman penjajah kuffar.

USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)

—–∞∞∞—–

[Berikut adalah kenyataan dari Hizbut Tahrir Pusat, yang telah diterjemah dari Bahasa Arab dan disebarkan ke seluruh dunia]

Bismillahirrahmanirrahim

“Menamatkan  Kepungan Terhadap Gaza Bukanlah Dengan Kecaman Dan Kunjungan Ke PBB Tetapi Dengan Menggerakkan Tentera Mengelilingi Entiti Yahudi Umpama Gelang Yang Mengelilingi Tangan”
Di atas bahtera yang meredah samudera, telah gugurlah sejumlah manusia. Dari pelbagai benua mereka datang untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza dan menghulur bantuan kemanusiaan…mereka belayar di atas kapal-kapal dalam misi untuk meringankan kepungan ke atas orang-orang tua, wanita dan anak-anak…tindakan mereka ini disanjung oleh para pemerintah negara umat Islam. Para pemerintah ini bersorak keriangan dengan mengatakan bahawa mereka yang berada di atas kapal pembebasan untuk menghentikan kepungan ke atas Gaza adalah para pahlawan…Erdogan (Perdana Menteri Turki) adalah yang paling banyak melaungkan bahawa hari untuk memecahkan kepungan kian hampir, maka bergembiralah wahai Gaza!

Pada pagi 31 Mei 2010, entiti Yahudi mengerahkan tentera untuk menyerang kapal-kapal tersebut di tengah lautan. Ada yang terbunuh dan tercedera. Yang lain dibawa ke pelabuhan Usdud di tanah Palestin yang dirampas…lalu para pemimpin umat Islam dari kalangan bangsa Arab dan bukan Arab pun menyeru kepada Majlis Keselamatan PBB dan Liga Arab, mengecam negara Yahudi dan jenayah kejinya, mengutuk Yahudi yang melanggar undang-undang antarabangsa dan perairan antarabangsa, melaknatnya dengan semua kata-kata kasar. Ada yang menambah dengan mengatakan bahawa apa yang berlaku akan mengganggu proses damai!!

Wahai para pemimpin, dari yang paling banyak bersorak, kepada yang paling banyak menangis!! Wahai manusia!! Wahai mereka “yang mendengar suara”!! Wahai semua yang mempunyai hati, yang mampu mendengar dan yang menyaksikan!!

Sesungguhnya kaum wanita dan lelaki, baik tua atau muda, yang mempunyai pendengaran dan penglihatan, bahkan yang telah kehilangan keduanya…semuanya memahami dan mengetahui serta meyakini bahawa usaha untuk menghentikan kepungan terhadap Gaza dan menghancurkan entiti Yahudi hanya boleh dilakukan dengan menggerakkan para tentera mengelilingi entiti Yahudi itu, umpama gelang yang melingkari tangan – dengan para tentera yang bergerak pada waktu malam dan siang, mendatangi Yahudi dari arah yang tidak mereka sangka! Hanya dengan cara inilah yang akan dapat menghilangkan kepungan dan mengembalikan tanah (Palestin) kepada empunyanya (umat Islam). Dengan inilah Allah akan melegakan hati-hati orang-orang yang beriman. Firman Allah,

“Perangilah mereka dan Allah akan mengazab mereka dengan tangan-tangan kalian dan menghinakan mereka serta membantu kalian mengalahkan mereka dan Allah akan melegakan hati-hati kaum Mukminin” [TMQ at-Taubah (9):14].

Demi sesungguhnya, inilah satu-satunya jalan untuk melenyapkan entiti Yahudi dan memecah kepungan ke atas Gaza serta tebingnya dan wilayah-wilayah lain di hadapan dan belakangnya. Inilah satu-satunya jalan, dan tidak ada lagi jalan yang lain, wahai para pemimpin Arab yang mendakwa bahawa kamu berasal dari kaum bahasa Al-Qur’an, wahai para pemimpin Turki yang mendakwa bahawa kamu dari keluarga Uthman, wahai pemilik roket yang mendakwa bahawa kamu begitu kuat hingga kamu dapat melenyapkan ‘Israel’ dari peta dunia!!  Di mana kamu sekarang ini wahai para pemimpin Iran dan para pemimpin Pakistan?! Mengapa kami hanya mendengar bunyi ulian tetapi kami tidak melihat tepungnya?! Atau semua ini hanyalah sebuah penyesatan dan pembodohan yang kamu lakukan ke atas umat Islam? Semoga Allah memerangi kamu di mana sekalipun kamu berada.

Inilah dia satu-satunya jalan wahai manusia! Mengapa masih dibincangkan lagi semua penyelesaian yang batil sedangkan penyelesaian yang lurus dan benar kalian tinggalkan?

Wahai para pemerintah umat Islam yang menyimpan para tentera di kem-kem mereka! Sesungguhnya kami dan orang-orang yang soleh menyaksikan bagaimana kamu mendakwa bahawa kamu melaknat negara Yahudi dan kamu mendakwa akan mengerah seluruh keupayaan untuk menghapuskan kepungan ke atas penduduk Gaza. Dan tangisan kamu terhadap mereka yang terkorban dan tercedera dalam kapal pembebasan, berkabungnya kamu sehari, dua hari atau lebih…sesungguhnya kami menyaksikan beserta orang-orang yang soleh…bahawa kamu sebenarnya berdusta!!

Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Hizbut Tahrir membangkitkan keazaman kalian dan menggerakkan aspirasi kalian. Bukankah sudah sampai masanya untuk kalian mengetahui bahawasanya sudah tiada penyelesaian lain selain menggerakkan bala tentera untuk memerangi Yahudi, serta mengumpulkan mereka yang berkemampuan sebagai tentera untuk tujuan tersebut? Sesungguhnya para tentera itu adalah anak-anak kalian. Mereka  wajib bergerak untuk berperang tanpa merasa takut terhadap pemerintah atau orang yang zalim, bahkan menumbangkan mereka (pemerintah yang zalim) sekiranya mereka menghalang. Allah lebih berhak untuk ditakuti. Dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Bukankah sudah sampai waktunya untuk kalian mengetahui bahawasanya perlu ada seorang pemimpin yang ikhlas lagi amanah, seorang Khalifah Rashidah, yang akan melawan musuh kalian, lalu ia mengulangi sejarah perjuangan Al-Faruq pembuka Al-Quds, sejarah Salahuddin pembebas Al-Quds serta sejarah Sultan Abdul Hamid pemelihara Al-Quds.

Bukankah sudah sampai waktunya untuk kalian menekan para pemerintah zalim yang sedang berpeluk tubuh agar mereka menggerakkan para tentera untuk berjihad? Bukankah telah sampai waktunya untuk hal tersebut kalian lakukan ataukah kalian rela menunggu azab yang akan menimpa kalian beserta orang-orang yang zalim??

Telah dikeluarkan (hadis sahih) oleh At-Tirmizi dari jalan Abu Bakar As-Siddiq. Ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya manusia itu jika melihat seorang yang zalim lalu tidak mencegahnya dikhuatiri Allah akan menimpakan  ke atas mereka semuanya azab yang pedih”.

HIZBUT TAHRIR
17 Jamadil Akhir 1431H
31 Mei 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s