Cerita Kita: Permulaan Sebuah Perjalanan

Posted: July 27, 2010 in my.bed-tyme.stories, ~mind-blogging~
Tags: ,

“Bukkk!”

Adeh! Astaghfirullah, sakitnya… Uish sapa yang ganas sangat jalan tak tengok orang… Keluh si gadis yang sudah pun terduduk..

Sakitnya jatuh terduduk macam ni…

Mana ntah terpelanting.

Tak terus mencari siapakah gerangan yang menabrak dirinya, gadis berjilbab hitam itu melilau mencari sesutau yang hilang ntah di mana-mana, sambil memungut barang – barang lain yang berteraburan.

Masyarakat yang ramai ibarat buih-buih. Hanya melihat, dengan pandangan simpati. Namun tak ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Ah, tak penting. Bukan itu yang menjadi kegusaran dihati gadis itu. Cuma… sedikit terkejut dengan kejadian yang tak diduga.

“Awak, saya minta maaf ya. Tak sengaja.” Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh lampai berdiri disamping gadis yang masih tertunduk-tunduk memungut barang-barangnya yang jatuh.

Seraya mengangkat muka memandang si lelaki, `Oh, ini ke alien yang langgar lari tu.’ Bisik hati kecilnya. Sedikit geram. `Isk..Astaghfirullah. Teruknya aku ni cakap macam tu.’

“Tak apa. “ meneruskan kerjanya yang terhenti. Si lelaki turut tunduk membantu mengutip barang-barangnya.

“Saya nak rushing tadi. Maaflah.” Jelasnya tanpa dipinta.

Gadis itu senyum . Senyum yang dibuat-buat. Malas nak mendengar apa-apa. Semuanya dah terjadi. Dia pun tak kisah sangat sebenarnya. Cumanya, manalah harta yang satu tu….

“Ada apa-apa lagi ke?” Tanya jejaka mecari kepastian. Hairan barangkali melihat si gadis tertinjau-tinjau. Seolah-olahnya masih ada yang belum ketemui.

“Eh, tak apa. Pergilah saya boleh cari sendiri.” Tak mempedulikan pertanyaan itu

“Bagi tahulah. Sama-sama cari.” Ujar si lelaki. Tak puas hati.

“Tak apa. Saya tak kisah ok. Awak kan tengah rushing. Sila kan lah. Hal kecil je.” Balas si gadis. Masih mencari.

“Cakaplah apanya.” Desak lelaki itu.

`Isk dia ni. Dah la langgar orang paksa-paksa pula. Malas lah. Tak suka nyaaaaaaa! Orang tak nak cakap lantak lah.’ Bebelnya di dalam hati. Memuncung. Dibiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan. Meneruskan saja pencarian dalam hingar bingarnya KL SEntral.

“Awak dengar tak saya tanya ni?” Tanya lelaki itu lagi. Kali ini lebih tegas. Tanda geram kerana soalan tak terjawab.

`Orang nak tolong jual mahal pulak. Blah kang baru tahu!’ Si lelaki pula mengomel dalam hati.

“Cakapla cik oiii!”

Iskkkk geramnya! Lantas dia kalih ke belakang.

“Terima kasih kerana membantu. Dah tak ada apa-apa okay.” Di hadiahkan sebah artificial smile sebaiknya.

“Jazakallah wa barakallahu fik ya sayyid!” tambah si gadis dengan hati yang membengkak. Tak suka dipaksa-paksa, didesak-desak. Apakah…

“ Ei kejap..” belum pun habis si lelaki berkata-kata.

Tiba-tiba langkahnya terhenti `PRAK!!!’

Kedua-dua pasang mata memandang ke arah bunyi itu..

Aiseh… bala!

Iskkkk! Apa hal la pulak….grrrrr!

“Dah jumpa dah. Tepi!” Si gadis tersenyum kelat. Mengutip serpihan-serpihan kaca dan bingkai kaca matanya… Nasib baik tak rabun tahap cipan!

`Isk alamatnya melayang la pitis kuuu’ keluhnya dalam diam. Masuk bulan ni dah dua kali buat kaca mata. Ada saja yang menghancurkan.

“Sorry! Sorry sangat. I ganti lah. Macam mana ni, berapa?” ujar si lelaki resah. Menggunung rasa bersalahnya. Apalah takdirnya. Asyik `memalangkan’ perempuan ni. Yang `macam ni’ pulak tu. What a dress… Agak-agak sepsis alim la ni. Habis kena syarah la…

“Tak apalah. Dah bukan rezeki saya la ni. Stakat ni saja.” Ujar si gadis lemah. Lantas berlalu meningalkan si lelaki terpingga-pingga.

“Eh, wait! Mana boleh macam ni.” Dia lebih pantas memintas dan menghalang perjalanan si gadis. Suka hati je nak blah. Kot ye pun kalau aku yang salah.

“Tak boleh la. Mesti kena settle.” Sambungnya, mengharapkan diberi peluang untuk menebus kesalahan.

“Hurm… tak naklah. Kan saya dah kata tak payah. K lah, kalau awak dah tak rushing, saya pulak rushing ni.” Balas si gadis selamba.

“Tak boleh-tak boleh.” Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek khakis nya. Beberapa not RM50 di keluarkan dan dihulurkan pada si gadis. “Nah. Maybe tak cukup. Tapi, hopefully ok la dulu. I tak de lotsa cash right now. Nanti you call I untuk ganti rugi selebihnya k.” Teraba-raba dia mencari handphone-nya.

Segera memotong, “Tak nak. Tak payahla. Saya tak nak. Assalamu’alaikum.” Si gadis sudah berang. Menguji kesabaran betul la. Yang tak marah pun boleh jadi marah tau macam ni.

”Hei tunggu! Apa masalahnya?! Salah ke?” kata si lelaki separuh menjerit sambil mengejar si gadis. Huih, pakai jilbab tapi jalannya macam kilat. Tak puas hati!

Berhenti. “Tak ada salahnya. Yang salahnya bila awak tak redha. Bila saya dah redha dengan kesalahan awak yng tak sengaja tu. Awak pula tak redha-redha. Kalau pun rasa bersalah, tak perlu sampai macam ni. Dahl ah. Saya nak cepat.” Terus berlari masuk ke pintu train yang dah hampir tertutup. Fuh, nasib tak tersepit! Dahla dengan beg besarnya. Huhu, Dah macam Keanu Reeves dalam the Matrix daaaa! Hehe…

Si lelaki diam terpempan dengan kata-kata si gadis. DIa memandang si gadis yang berdiri di dalam perut keretapi.

Si gadis juga memandang sekilas sebelum membuang pandangnya ke tempat lain. Sukar ditafsir apakah maksud renungan itu. Good bye, Sayonara or Au revoir??? Atau, `ciss, kalau ku dapat ku tenyeh-tenyeh kepalanya’? Atau, baca jampi serapah??? Wah! Tak sanggup! Hihi, si gadis tertawa dalam diam. Macam-macam. Hurm…

Dia duduk menghadap tingkap. Merenung sekeping kertas…. ada 3 jam lagi….

`Adakah aku betul-betul pasti ingin membawa diri ke situ… Adakah dengan perjalanan ini akan membuka ruang jawapan kepada persoalan-persoalan yang meresahkan dan menyakitkan diri selama ini? Ya Allah… ampunkanlah dosa-dosaku. Aku bertawakal kepada Mu. Mudah-mudahan Kau peliharalah aku di dalam perlindungan Mu sentiasa. Bantulah aku untuk mencari jawapan dan penyelesaian yang pasti…’

Dia menatap handphone nya… Jari jemari bermain menekan kekunci dan akhirnya inbox memaparkan mesej-mesej yang beberapa lama sudah terbiar menghuni di dalamnya…. melihat namanya sudah mencengkam jiwa… dia membuka satu persatu-persatu mesej itu…. setiap kata-kata.. ibarat pisau yang menghiris. Teringat pada saat pertama kalinya perbualan terjadi… Semua indah… Penuh harapan dan janji… Rupanya… Semua palsu… Semua sudah berubah… Semua itu dulu… Permainan yang memerangkap hati dan diri dalam dilemma… Yang sampai kini tak dapat ditafsirkan… Walau ruang kemaafan itu sentiasa ada, namun, hati ku sudah menjadi kecil dan makin keras… Hati yang sememangnya terlalu sangat dilukai oleh orang-orang yang menghuninya dah tak mampu menanggung sebarang permainan hati lagi… cukup sekali…

Ia akan tertutup kini. Yang tinggal hanya sebuah perasaan yang membeku… kosong. Tak mampu untuk thiqoh lagi… sudah tertutup rapat dan terkunci… Andai mahu dibuka… pintalah dari Allah. Sesungguhnya hanya Dia yang memiliki kunci hati ini dan hanya Dialah yang akan menyerahkan pada sesiapa yang berkehendakkan pada hati ini, dan Dia redha pada si peminta!

Hati digigt kesayuan… Jika dulu sudah pernah merana, mana mungkin akan dibiar diri khilaf lagi kerana perkara yang sama! Perlu bangkit! Perlu cari kekuatan! Perlu cari kebenaran! Kamu tak hidup untuk 1 tujuan! Banyak lagi tanggungjawab mu! Jangan tewas pada permainan duniawi! Bangkit! Arghh… Jerit si hati kecil..

Perlahan-perlahan deraian air mata melimpah dari tubir mata. Sungguh… diri ku masih lemah. Sudah terlelu kerap begitu. Murahnya nilai air mata.

Apa lagi yang harus ku lakukan….

Lantas menyeka air mata yang kunjung tiba. Dia sendiri pun tak faham. Kenapa diri mudah untuk sayu dan pedih. Walhal, perkara itu bukan apa sangat – bagi segelintir orang… Namun bagi dirinya… Ya… persoalan… Kenapa sebegini lemah aduhai diri… kalah pada pendustaan… Walhal, bukan itu satu-satunya dusta dalam dunia ini… Astaghfirullah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan)” (Al-A’raaf, 201-202)

`Kadang-kadang, kita memang mahu bahagia dengan melepaskan kedukaan yang menyelubungi diri. Tetapi…. hati sering tidak rela memaafkan.. Ya Allah, kenapakah sukarnya melunakkan hati.. Ya Rabb… Adakah mungkin ini tanda adanya ego di dalam diri..? Sedangkan Allah Maha Pengampun.. ‘ Pantas jari jemarinya menekan butang `delete all’. Tanpa mempertimbangkan apa-apa lagi. Hapuskan semuanya!

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman…yaitu…(dan) orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna” (Al-Mukminun, 1 dan 3)

Astaghfirullah..Fokus! Ana mesti fokus dalam misi kali ini! Ana takkan tewas dan dipermain-mainkan seperti itu lagi! Cukup sekali dan terakhir! Cukup! Ana akan tinggalkan semuanya! Tekad…

Allahu ma’i, Allahu nazirun ilayya! Allahu syahidi! Ya Allah, ampunkanlah kelemahan diriku. Ku mohon tentukanlah kebaikan yang berpanjangan buat ku…

Umi, abi… maafkan adik… Insya Allah adik akan kembali… Mudahan-mudahan dengan sesuatu yang baru… mudah-mudahan semua akan berubah kepada yang lebih baik… semua insan yang disayangi akan berubah kepada yang lebih baik… keluarga, teman-teman, rakan-rakan.. dan…

Ku perlu menjauh seketika… Ada hati yang perlu dibawa lari!

Diam. KLIA Express membelah laluan angin menuju ke destinasi.

Pencarian diri dan hakikat kehidupan – yang belum pasti!

**************

[unedited vers.]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s