Cerita Kita: Untitled – `keberangkatan’

Posted: July 27, 2010 in my.bed-tyme.stories, ~mind-blogging~
Tags: , ,

Realiti akan sering membuatkan manusia berfikir. Bagi yang menggunakan aqal menurut syariat sudah pasti akan cuba untuk merungkai realiti itu berdasarkan hukum syara’ yang ditetapkan oleh ya Rabb… Begitulah bagaimana manusia akan mengembangkan tampuk pemikirannya. Menyelami realiti dipersekitarannya, mengaitkan setiap apa yang berlaku dengan maklumat tsabiqah yang sedia ada. Maka dengan demikianlah, batapa pentingnya manusia itu perlu berilmu!


“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Al-Baqarah, 269)

Kerana itulah juga mengapa Islam amat mementingkan penerapan ilmu dan pengamalannya. Kerana dalam Islam, ilmu bukanlah sekadar retoriknya sebuah teori, tetapi kewajipan dalam mengamalkannya. Sejajar dengan iman itu sendiri. Bukan sekadar pengucapan di hati maupun dibibir. Ia mesti dizahirkan oleh empunya diri.

Cukup ikhlaskah kita dalam mencari gali ilmu kurniaan Allah? Dan untuk apakah ilmu itu dipelajari? Sekadar mahu tahukah atau untuk di amalkan? Atau… sekadar menghimpun point-point penting untuk memenangi hujah dalam berkata-kata? Tapi, adakah itu namanya `hujah’???

Benarkah faham kita tentang apakah maknanya `bacalah dengan nama Tuhan mu!’??? Ke manakah perginya pengertian ilmu disebaliknya? Aduhai… ia bukan sekadar untuk mengajak manusia itu agar bisa membaca `a’, `b’, `c’ atau sampai ke `z’. Begitu juga bukan sekadar untuk mengira angka 1 hingga nilai infiniti. Bukan juga sekadar cukup dengan mengenal huruf-huruf Allah, aliff, ba, tha etc….

“ Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).  Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.”  (Al-A’la, 8-19)


Sayang…. umat yang `berilmu’ sering menuduh yang lainnya bijak dengan falsafah! Walhal, tanpa si penuduh sedari, dia lebih hebat menarikan pena falsafahnya, bahkan men-sasterakan bahasanya sehingga menjadi asbab fitnah pada agamanya!

Yang benar jadi buta, yang salah jadi celik! Aneh… aneh sungguh manusia… kerana itukah maka manusia akhir zaman ramai yang menempah tiket ke kota azab??? Ya Allah… pedih…

Bagaimana pula halnya ilmu hanya tinggal sebagai langsungan ibadah yang ritual saja? Yang lainnya? Bisa tenggelam dek tsaqofah Barat, hingga tiada lagi kedayaan minda memisahkan yang haqq dengan yang bathil. Maka yang tinggal hanyalah perbuatan menggali dalil semata-mata untuk justifikasi duniawi!

Astaghfirullah hal’azim… Nauzubillahi min zalik.

Mengapakah terjadinya hal yang demikian? Inilah lantaran pemikiran falsafah Yunani yang sedikit sebanyak membentuk budaya pemikiran umat masa kini. Sebagaimana umat kian lemah dalam memperdebatkan soal akidah dengan menggunakan formula kebarangkalian sebagaimana falsafah Yunani dahulu, sikap itu masih utuh ke hari ini. Sehingga menjadikan umat tenggelam dalam pelbagai kesimpulan yang mengelirukan. Maka, yang lemah makin lemah, manakala yang kuat pula? Hurm… begitulah…  Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan kebenaran yang sebenar-benarnya buat kita semua…

Wallahu’alam….

Wahai saudara ku… takutilah Allah…

“Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu.” (al-Fathir, 28)

Perbetulkanlah niat dalam mencari ilmu… Mudah-mudahan Allah membersihkan hati-hati hambaNya… yang tekun mendalami ilmuNya…

**********

Catatannya ditutup. Tanda menoktahkan sebuah draft pemikiran. Mata di alih pada jam yang mendetik. Dicongak-congak… kira-kira dalam 45 minit lagi akan tiba di destinasi yang ditujui. Subhanallah… tiba-tiba debaran di dada memuncak.

`Aish.. biar betul… hurm… betul tak betul… Dah nak sampai dah pun… ‘  bisik hati kecilnya.

Mushaf diletakkan di atas buku catatan. Niat dihati ingin menyambung bacaan terbantut. Namun ingatan menular ke sisi lain… Buku Harun Yahya dikeluarkan dari beg sandang. `JANGAN BERALASAN ANDA JAHIL’ diteliti.. Pembacaan kulit ke kulit. Hurm.. tersenyum sendiri… pengenalan tentang penulisnya tak perlu kot… Dah berapa kali khatam daaa… huhu. Memang, sudah menjadi kegemarannya hasil karya Harun Yahya… sedari bangku sekolah lagi…. tapi dulu bukunya semua mahal… tak mampu! Tapi sekarang… murah.. bahkan boleh di download secara percuma saja di internet. Subhanallah… Hasil karyanya tersebar keseluruh dunia… Menjadi saham hidupnya! Mudah-mudahan mana yang baik dijadikan teladan….

*************

Angin kering kota Jakarta menyapa wajah. Hingar bingar. MasyaAllah…. merasa takjub dengan nikmat Allah… Kerana kekuasaanNya lah maka kaki ini dapat memijak bumiNya di negeri lain… Setelah memanjatkan kesyukuran pada al-Khaliq, dia melangkah keluar dari balai ketibaan.

Berdebar-debar. Tak tahu apakah yang harus difikirkan. Mata melilau mencari seraut wajah yang insyaAllah dikenali… Tapi di mana ya?!

“Ukhti! Sini ya ukhti!” Satu suara di kejauhan kedengaran. Senyuman keduanya memekar indah bersama pandangan yang penuh kasih dan rindu! Sungguh, kerinduan yang telah lama terpendam. Semenjak pulangnya dia ke Jakarta setahun yang lalu…

Gadis berjilbab ungu itu berlari dan memeluk insan yang dikasihinya. “MasyaAllah, ana rindu bangat sama kamu!” Pipi si tetamu dicium. Pelukan diperkemaskan.

Kaget… Ah, Kak Radiah tak pernah berubah. Penuh kasih saying…

“Assalamu’alaikum.” Sampuk seseorang dibelakang Radiah.

“MasyaAllah, lupa pula. Kenalkan ini Hamzah.” Radiah mengenalkan. Pelukan dilepaskan.

“Wa’alaikumussalam.” Sekadar bertukar senyuman. Ya, inilah Hamzah yang pernah diceritakan… Namun semuanya sudah pudar.. Ingatan tentang cerita-cerita tantang Hamzah kurang diberi tumpuan. Ah, soal lelaki, tentang siapa pun, dia takkan peduli… Cuma setahun yang lalu… dia belajar untuk mempedulikan tentang seseorang… tapi… itu juga sudah berakhir…

“Ayuh kita ke mobil.” Jemputan Hamzah memadamkan peta minda yang terlukis.

********

Sepanjang perjalanan Radiah bertanya itu dan ini… Semua perkhabaran dari Malaysia sudah pun disampaikan seadanya. Sekarang mulut yang tak penat berceloteh itu sudah pun diam. Radiah sudah terlena.

Hamzah kalih ke belakang. “Mbak, kalau masih lapar atau mahu membeli apa-apa khabarkan ya. Nanti ana berhenti. Perjalanan ke kampung dalam 1 jam lagi.” Ujar Hamzah sambil tersenyum. Ya anak muda ini murah dengan senyuman. Walau berkali-kali diusik Radiah, tetap saja tersenyum dan tenang.

“InsyaAllah.” Jawapan pendek. Di kotak fikiran terfikir-fikir. Ada apa lagi ya yang belum dibeli… Hurm..  Tak ada kot… Ngomel hati kecilnya…

Jauh juga perjalanan ke kampung halaman Radiah.. 3 jam perjalanan.  Alya memulakan peta mindanya. Sepanjang perjalanan pandangan ditala ke luar tingkap. Melihat gelagat masyarakat Indonesia. Apakah yang membezakan? Sama saja… Banyak tanah-tanah yang diusahakan dengan pertanian. Menunjukkan masyarakat yang rajin. Pemandangan kehijauan bumi Indonesia pun indah… bukan Malaysia tak punya pemandangan sebegini, tapi… ya lain tempat lain `perasaan’nya. AH, susah nak diterjemahkan.

Malam makin kelam. Kedinginan makin menggigit.  Radiah tetap saja lena. Dan antara Hamzah dan dia…yang ada cuma sepi. Tak ada apa-apa yang hendak dibicarakan.

Lalu ingatannya ditebarkan ke dada langit… ingatan sebelum keberangkatan…

********

“Li, betul ye dah maafkan?” Anissa memandang temannya,. Di amati wajah yang pernah disayangi. Yang pernah dimanjai. Walau tak lama, sebelum dia membawa diri ke utara untuk menyambung pengajian… Dan kepulangannya ke kota, tetap mengahalang mereka untuk kerap meluangkan masa bersama. Yang ada hanya hujung-hujung minggu, atau sebelum dia pulang cuti semester. Kebiasaannya setiap detik yang dihabiskan bersama penuh dengan warna-warna keceriaan.

Memang benar,  Amy dan Kak As tak pernah salah. Hakikatnya temannya ini berbeza dari dunia mereka. Potensinya berbeza… namun Anissa membutakan mata terhadap kenyataan itu. Alam remaja yang dikongsi bersama menuntut Anissa untuk mengekalkan semuanya mengikut tanggapannya sendiri. Sangkaanya dia mengenal diri temannya itu. Namun, tidak sama sekali. Li tak pernah dekat. Tapi jauh. Yang dekat hanya jasad dan emosi zahirnya. Rohaninya, Li tak pernah ada bersama!

Dulu dia lincah. Menguasai balancing rod sudah menjadi kemahirannya. Anissa kemudian mengajarkan dunia skate. Tapi Li tak berminat. Sekadar memandang dikejauhan. Namun dia bercitarasa dan punya pemahaman yang pantas dalam flippin’ dan melibas papan luncur. Ah! Tapi dia tetap dengan pendiriannya. Lebih gemar mengasingkan diri. Ternyata dalam banyak perkongsian, lebih banyak rahsianya….

Siapa sangka… cuti semester kali itu membawa Li lebih jauh…. Jauh berhijrah ke suatu dunia.. yang dia sendiri terasa berat… Siapakah yang membawanya? Hanya segaris nama… namun…. semua perlu dilupakan…

Lama mendiamkan diri…

“Dah la. Ape nak ungkit-ungkit. Ko pun dah tue ar… Blajar la jadi matang. Sorry lah tak pegi kahwin ko hujung tahun lepas ea…” Dia cuba berbicara dengan loghat lama. Namun ternyata kekok.

Anissa tersenyum tawar… “Em… marah kan.. sampai begitu… sayang betul ko kat die ea..”

“Isk. Sayang mende… tak de maknenye… Buat apa nak sayang orang tak kenal?.” Terhenti. Eh, betul ke? “Setiap orang dalam hidup kita punya nilai tertentu. Camana kita appreciate dia, its depend la. Kalau dia kata sayang walhal tak bermaksud apa pun, atau sekadar main-main… Biarlah dia galas beban dosanya atas kekejaman dia pada orang yang dizalimi tu… Dia lebih tahu apa niatnya… ” Li membuat mimik muka pada kanak-kanak dihadapannya. Sebelum dia dan kanak-kanak itu gelak terusik! Dia pun tak pasti apa yang diucapkan pada Anissa.

`Ada sisi mu yang tak berubah… Tapi ke mana sebahagian yang lain… Apa yang kau cari Li..’ bisik hati kecil Anissa.

“Walaupun…  walhal Allah lebih tahu isi hati hambaNya sedangakan hambaNya sendiri tak tahu…” sambung Li… sayu suaranya….

“Tapi Li… kalau orang dah main-mainkan..” Belum sempat Anissa menghabiskan ayatnya Li memotong.

“Baik diam kot. Rasanya hal ni dah tamatkan. Tak ada apa lagi nak di jelaskan. Main-main ke tak… kita tak tahu… Lagipun, yang kena sakitnya saye… Jadi biarlah saya sorang yang merasanya… Kalau nak kongsi, then you kena lah rasai sebagaimana yang merasa…  Dahl ah. Jangan salahkan dia dah. Kalau nak pun, hanya saya sorang yang boleh buat cam tu. Itu hal kami…” Khalas.

“Hurm.. tekad Li… jangan makan diri…” Keluhan Anissa terasa berat di udara.

“Dah memakan jiwa dah pun…” perlahan… sakit.

“SO, macam mana? Kata nak pindah ke Abu Dhabi???” mengubah topik. Bukan lah peluang ini diberi untuk  membuka kisah yang sudah dilupakan. Lupakah Anissa pada syarat itu…

Sungguh, Anissa masih ingat sukarnya semalaman dia memujuk Amy agar menghubungi Li. Memujuk temannya untuk bersua muka…

“Erm, bulan depan. Insya Allah.” Terasa janggal dilidah Anissa menyebut kalimah itu. Tapi bicara temannya yang tak lekang dengan hamdAllah mempengaruhinya.

“Baguslah. Seronok. Peluang nak mendalami ilmu banyak… Peluang nak ke tanah haram RasulNya dan tanah haram Allah pun banyak… Subhanallah… Rezeki…” ucap Li. Rindu sungguh dengan kenangan itu… andai Allah izinkan… menambahkan rezeki untuknya, mau saja dia pergi lagi… melepaskan semua isi hati yang membelenggu diri. Kerinduan, kegelisahan, dan sebagainya… Bukan tak boleh melepaskan semuanya di sini… DI mana-mana pun boleh… Itukan kewajipan… Allah ada di mana-mana… Tapi… ada bezanya…

“Mir lama ke kena bertugas kat sana?” Sambungnya..

“Hurm… 4 tahun kot…” Balas Anissa.

“Gunalah peluang yang ada sebaik-baiknya… Mudah-mudahahn Allah memberkati korang berdua… “ doa-doa seterusnya dipanjatkan di dalam hati saja.

“Li, tak jumpa dengan kawan-kawan lain?”

“Hurm… kurang kesempatan…” Beralasan.

Anissa tahu sedikit tentangnya kini… Sekadar apa yang diketahui Amy. Semua pasrah. Membiarkan dia memilih jalan yang dia mahu. Teman-teman yang lain terasa pilihannya berat. Kerna pilihan itulah juga dia dan Li pernah bergaduh. Kerana keengganan Anissa memahami. Memahami bahawa agama itu bukan sekadar sebuah kepercayaan yang wajib dianuti bahkan sebuah mabda… cara hidup yang mesti dipatuhi! Dan apabila bangkitnya aqal dalam peringatanNya, haruslah disambut segera…  Jika tidak… tenggelamlah dalam nikmat dunia yang penuh kepura-puraan.

“Li, nak pergi ni, siapa yang tahu? Nak pergi jumpa siapa.”

“Nak jumpa kawan.” Tersenyum.

“Kawan?” Anissa hairan. Siapa? Tapi dia memang banyak kawan yang tak dikenali….

“Mau ke mana sbenarnya ni?” Tanya Anissa tak puas hati.

“Mau jalan-jalan la.” Manja. Tak berubah. Masih main-main.

“Ye la, tapi nak ke mana?” Geram.

“Mane boleh bagi tau. Sebok la…” Memuncung.

“Isk.. semua nak rahsia… tak pe lah. Yang penting ada yang tahu. Ni bawa ubat tak?” Risau sungguh Anissa. Sangsi! Mana taknya, sorang sorang minah ni. Ni perlepasan antarabangsa. Bukannya domestik. Wah!!! Tension. Kalau bukan sebab suaminya sudah melarang dia mendesak, dah pasti diseretnya budak ni balik… Tapi takkan lah nak gaduh algi kan.

“Ubat? Hurm, sehat je.” Buat-buat bodoh. Ala, cam la sakit serius sangat. Yang penting tak … tak de ape-apelah. Ngomel sorang-sorang.

“Eeee geram la ko nih! Ikotkan ati aku seret je balik!” Akhirnya meledak isi hati Anissa.

Gelak. “Hek eleh ye lah tu. Ni ha, kirim salam kat Mir ea. Thanks la datang antar” Padahal sebab nak jumpa. “Dah nak masuk nih. Orang pi masuk dulu ea. Nanti tak pasal kena tinggal.”

Lantas dia memeluk Anissa erat.

“Mudah-mudahan Allah memberkati kamu. Mudah-mudhan Allah memelihara mu! Mudah-mudahan Allah mencintai dan mengasihani mu. Maka, aku akan lebih saying pada kamu. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Jika tidak, doa-doakan aku selalu. Andai ni perjumpaan terakhir, jangan lupakan aku. Aku minta maaf untuk semua kesalahan dan kesilapan. Bagi setiap saat yang lagha, aku mohon agar kita melupakan dan insafi. Moga-moga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.” Pelukan dilepaskan, dan pegangan kejap Anissa direntap. Dengan pantas dia menuju ke balai perlepasan. Membiarkan Anissa terpempan.

Tangisan Anissa meledak, menjadi-jadi. Terngiang-ngiang bicara temannya. Apakah maknanya??? Panggilan Anissa tidak diendahkan. Kakinya laju menuju ke kaunter imigresen. Kelibat gadis berjilbab hitam makin menghilang. Li hanya menoleh melihat sepintas, melihat Anissa tenggelam dalam tangisan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Mir ada untuk memujuk isterinya.

Maaf kawan… Hati ku lebih bengkak… Namun ada perkara harus dilepaskan… Yang telah berlalu sudah ku maafkan… Mata berkaca-kaca…

***********

Subahanallah… Alya melepaskan keluhan yang berat. Bait-bait warkah pemberian temannya tadi dilipat dan disimpan rapi dalam buku catatannya.

“Alya, sudah sampai.” Sapaan Hamzah mengejutkan Alya. Sungguh tak sedar mobilnya sudah berhenti…

Radiah masih dalam mimpi…

Ya Allah… kurniakan pada ku kekuatan… Alya melepaskan keluhan yang berat.

[unedited vers.]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s