Hakikat Undang-undang Syariah Versi Perlembagaan Malaysia Makin Lapok Dek Zaman

Posted: December 28, 2010 in berita sana > situ > sini
Tags: , ,

Undang-undang Islam tak cukup mantap tangani kes zina, kata pakar

anti-zinaKUALA LUMPUR, 17 Dis — Undang-undang jenayah Syariah perlu dikaji semula agar sistem kehakiman itu mempunyai kuasa menyeluruh sebagai pencegah gejala zina dan pembuangan bayi yang terus mendapat perhatian masyarakat.  Pensyarah Jabatan Undang-undang Islam Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Paizah Ismail berkata, undang-undang jenayah Syariah yang diamalkan bukan undang-undang bertujuan untuk merealisasikan syariat Islam sepenuhnya.  “Sebaliknya, ia merupakan undang-undang yang berperanan untuk menampung kekurangan yang ada pada undang-undang konvensional dalam hal keagamaan.  “Kerana itulah peruntukan-peruntukan dalamnya lebih bersifat untuk menjaga kepentingan keagamaan bagi umat Islam di negara ini dan bukan melaksanakan undang-undang jenayah Islam sepenuhnya,” kata beliau pada Muzakarah Fatwa “Menangani Zina serta Pembuangan Bayi di kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini.

Melihat kepada kes zina dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa, Paizah berkata undang-undang jenayah Syariah gagal untuk berperanan sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menangai gejala itu.  “Mungkin agak janggal untuk mengatakan undang-undang jenayah Syariah di Malaysia sekarang tidak cukup mampu berperanan sebagai satu faktor pencegah gejala perzinaan dan pembuangan bayi yang semakin berleluasa.  “Tetapi itulah hakikatnya, meskipun syariat Islam yang menjadi asas kepada undang-undang mempunyai hukuman yang cukup berkesan bagi menghadapi gejala seperti itu, namun syariat tidak diikuti sepenuhnya oleh undang-undang tersebut.  “Tambahan pula rakyat Malaysia termasuk orang Islam masih prejudis terhadap keadilan syariat Islam, realiti ini telah meletakkan undang-undang jenayah Syariah di tempat yang salah,” katanya.  Beliau juga berkata, dengan sedikit bidang kuasa dan tradisi mahkamah yang kurang mantap, undang-undang jenayah Syariah tidak boleh menyumbang ke arah menyelesaikan masalah zina dan pembuangan bayi.  “Kesan pelaksanaan mungkin ada tetapi sedikit sekali, hasilnya tidak lebih daripada rutin yang tidak mampu mempengaruhi perkembangan masyarakat.  “Justeru dalam menghadapi realiti yang serius seperti soal perzinaan dan pembuangan bayi, undang-undang yang cukup berkesan diperlukan kerana syarat ini tidak dapat dipenuhi undang-undang jenayah syariah sekarang.  “Peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalamnya tidak mampu memberi kejutan kepada remaja dan penuntut terlibat supaya lebih berhati-hati agar tidak akan berhadapan dengan hukuman berat yang sukar dipikul,” katanya.

Sumber: The Malaysian Insider 17/12/10

Golongan intelektual masih malu-malu untuk menyatakan kaedah perlaksanaan “Undang-undang Syariah” di Malaysia telah menyimpang daripada Islam.

Jika para golongan intelektual hari ini masih terus malu-malu untuk mengatakan bahawa kaedah perlaksanaan undang-undang syariah di Malaysia pada ketika ini telah menyimpang daripada kaedah perlaksaan yang sebenar, maka selagi itulah segala permasalahan yang sedang berlaku pada hari ini akan terus berpanjangan dan tidak ada titik noktahnya. Masyarakat akan terus dikaburi dengan pemikiran yang salah. Pemahaman mereka terhadap Islam akan terus tersasar sehingga akhirnya mereka merasa selesa dengan cara hidup Kapitalisme sepertimana yang kita saksikan hari ini. Mereka tidak sedar bahawa kehidupan yang saat ini sedang mereka jalani adalah sebenarnya suatu kehidupan yang senantiasa mengundang murka Allah SWT.  Hanya dengan melaksanakan sebahagian kecil undang-undang syariah dan seluruh kehidupan diatur oleh undang-undang dan sistem kehidupan yang bukan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah, ianya jelas mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Ini berdasarkan firmanNya:

“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”. [TMQ al-Baqarah (2) : 85]

Buatlah apa sahaja program, samaada seminar, muzakarah, konvensyen dan seumpamanya dengan tujuan kononnya untuk menyelesaikan masalah yang timbul di dalam kehidupan manusia hari ini, namun jika majlis-majlis seperti itu tidak berani menyatakan kebenaran dan perkara yang hak malahan bersikap lunak dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah yang ada hari ini, maka selagi itulah masyarakat akan terus berada di dalam terowong kegelapan. Untuk itu, bagi umat Islam tidak ada pendekatan yang lebih baik selain daripada kembali menerapkan Islam secara menyeluruh(kaffah). Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”.[TMQ Al Baqarah (2) : 208]. Hanya Khilafah penyelesaiannya.

sumber: mykhilafah.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s