SN244 – HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT

Posted: January 28, 2011 in Sautun Nahdhah
Tags: ,

SN Keluaran 14 Januari 2011

alt

HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT

[SN244] “Tiada undang-undang terhadap gay – Polis”, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat. “Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Namun, apa yang lebih memburukkan adalah, pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan kerana dipercayai ‘dilindungi’ golongan orang kenamaan (VIP), ujar Razali. Seperti ‘tidak boleh disentuh’, agensi penguatkuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang [UM 02/01/11]. Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan gay berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan. Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan. Penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat. “Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya,” jelasnya [UM 30/12/10].

Gay dan AIDS

Sebelum membincangkan masalah gay yang dilaporkan semakin serius di Malaysia, perkaitan antara gay dan AIDS haruslah dituntaskan terlebih dahulu. Masalah HIV/AIDS sebenarnya bukanlah sekadar masalah kesihatan (medis), namun juga masalah perilaku. Sebab berdasarkan banyak kajian, telah terbukti bahawa penyebab terbesar penularan HIV/AIDS adalah kelakuan seks bebas. Lebih-lebih lagi jika ditelusuri sejarah, HIV/AIDS pertama kalinya memang ditemui di kalangan gay San Fransisco pada tahun 1978. Seterusnya penyakit ini menular hingga ke seluruh penjuru dunia terutama melalui aktiviti seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual, dan transgender. Inilah bukti bahawa HIV/AIDS tidak dapat dianggap sebagai masalah kesihatan semata-mata tetapi juga terkait rapat dengan masalah gaya hidup (life style) pada hari ini. Dengan perumusan masalah seperti ini, maka penyelesaiannya menjadi jelas dan terarah. Dengan kata lain, untuk mencegah atau menghapuskan HIV/AIDS, ia mestilah ditanggapi bukan dengan sekadar mencegah dan mengubati HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan, melainkan mesti disertai dengan usaha menghapuskan segala aktiviti seks menyimpang yang menyebabkan menularnya HIV/AIDS melalui gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender.

Dari satu sudut, memanglah Islam memandang HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan kerana ia adalah sejenis penyakit dan sifatnya amat berbahaya (dharar) yang boleh menyebabkan lumpuhnya sistem kekebalan badan. Bagi sesiapa yang telah diserang oleh penyakit ini, maka pelbagai penyakit lainnya akan mudah menjangkiti si pesakit yang biasanya akan berakhir dengan kematian. Islam adalah agama yang melarang terjadinya bahaya (dharar) pada umat manusia. Rasulullah SAW bersabda, “laa dharara wa laa dhiraara fi al-islam” (tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan juga bahaya bagi orang lain dalam Islam”) [HR Ibnu Majah no 2340, Ahmad 1/133]. Namun dari sudut yang lain, Islam juga memandang HIV/AIDS sebagai suatu masalah perilaku, kerana sebahagian besar kes HIV/AIDS adalah bermula dan tersebar melalui kelakuan seks bebas dan menyimpang seperti gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender. Semua perilaku ini adalah perbuatan jijik dan tercela dalam pandangan Islam. Semuanya merupakan kelakuan yang wajib dihukum (uqubat) dengan keras [Imam Al-Ajiri, Dzamm Al-Liwat, Kaherah: Maktabah Al-Qur’an, 1990, hal. 22; Mahran Nuri, Fahisyah al-Liwat, hal. 2; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 18-20].

Penyelesaian Islam dalam masalah ini adalah berbeza dengan penyelesaian model sekular dalam sistem demokrasi yang ada sekarang di mana model sekular hanya memandang HIV/AIDS sebagai masalah kesihatan, bukannya masalah perilaku. Maka penyelesaian yang diberikan oleh undang-undang sekular hanya menjurus kepada persoalan kesihatan semata-mata. Antaranya adalah dengan menasihati pasangan yang ingin berzina agar tidak menukar-nukar pasangan, memakai kondom semasa ingin berzina, mengagihkan jarum suntikan yang telah disteril, mengadakan kempen dan iklan akan bahayanya AIDS dan seumpamanya. Sedangkan dalam masa yang sama undang-undang sekular membenarkan dan membiarkan perilaku seks bebas seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender berleluasa. Perilaku bebas gaya haiwan ini dianggap ‘tidak ada masalah’ dan tidak perlu dihukum dan jika perlu dihukum sekalipun, cukuplah sekadar hukuman yang amat minima yang tidak pernah menakutkan pelakunya. Jelas sekali bahawa kesemua penyelesaian ini adalah penyelesaian yang dangkal dan bodoh selain tidak syar’i.

Ia adalah ‘dangkal’ kerana penyelesaian yang diberikan hanyalah menyentuh aspek permukaan yang tampak sahaja tanpa melihat masalahnya dengan mendalam dan hakiki iaitu masalah yang berpunca dari nilai-nilai kehidupan dan cara hidup (way of life) yang lahir dari amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi yang membenarkan pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita. Penyelesaian ini adalah ‘bodoh’ kerana ia sebenarnya semakin memerosotkan martabat manusia hingga setara dengan binatang ternak malah lebih buruk. Aktiviti syaitan seperti zina, gay, lesbianisme, biseksual dan transgender ini hanya dianggap sebagai ‘masalah moral’ dan tidak pernah ditangani oleh pihak berkuasa dengan cara Islam padahal semua perilaku jijik ini hakikatnya mempertuhankan hawa nafsu dan membunuh akal yang sihat. Bukankah ini suatu kebodohan? Firman Allah SWT,

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].

Oleh yang demikian, melihat HIV/AIDS hanya sebagai masalah kesihatan tanpa menyelesaikan masalah kegiatan seks bebas yang menjadi puncanya, adalah penyelesaian yang amat dangkal dan hanya membawa kebuntuan. Sayang sekali, penyelesaian karut inilah yang justeru diambil, baik oleh pemerintah mahupun pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia. Penyelesaian ini sebenarnya hanya merupakan strategi import dari kaum kafir penjajah yang berpemikiran sekular-liberal yang diambil oleh pemimpin dan pihak berkuasa, yang mana tolok ukur mereka dalam menyelesaikan masalah ini ditunjangkan kepada “hak asasi manusia”, bukannya kepada Islam. Kerana itulah, tidak wujudnya hukuman ke atas golongan terlaknat ini, atau hukuman tidak boleh dijatuhkan ke atas golongan ini kerana ia ‘bertentangan dengan hak asasi manusia’ disebabkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka secara sukarela atau suka sama suka. Pemerintah lebih berusaha mengatasi ‘masalah yang timbul darinya’ yakni penyakit HIV/AIDS, bukannya berusaha untuk membendung kegiatan terkutuk itu sendiri. Oleh itu, apa sahaja strategi dan kempen yang dijalankan untuk mengatasi masalah HIV/AIDS tidak akan menyelesaikan masalah ini malah akan menjadi sebuah kedangkalan dan kebodohan kerana tidak diselesaikan menurut Islam.

Selama mana HIV/AIDS hanya dipandang sebagai masalah kesihatan dan masalah seks songsang hanya dipandang sebagai sebuah isu moral tanpa ada usaha untuk membendung pergaulan bebas dan kegiatan seks bebas (yang menjadi puncanya), maka apa pun strategi dan langkah yang diambil akan pasti menemui kegagalan. Setiap penyimpangan perbuatan manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, maka sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”
[TMQ an-Nur (24):63].

Hukuman Ke Atas Perilaku Seks Menyimpang

Sesungguhnya ajaran Islam tentang kehidupan sangat berbeza dengan ajaran hidup liar yang dibawa oleh demokrasi. Menurut ajaran demokrasi, kebebasan individu adalah suatu yang amat suci dan mesti dihormati oleh setiap orang, termasuk negara. Manusia bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ‘mengganggu orang lain’. Justeru, perlakuan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka adalah tidak salah kerana ini merupakan hak setiap individu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh individu lain. Hubungan seks songsang seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender adalah dibenarkan atas nama hak asasi manusia (HAM) dan merupakan sebahagian dari kebebasan individu yang mesti dihormati dan dijaga oleh negara. Inilah ajaran demokrasi. Manakala ajaran Islam sungguh amat bertentangan dengan semua ini. Islam bukan sekadar mengharamkan zina, gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender, malah pelakunya dianggap sebagai telah melakukan al-jarimah (kejahatan) dan wajib dikenakan uqubat (hukuman) [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 8-10].

‘Lesbianisme’ di dalam kitab-kitab fiqh disebut dengan istilah as-sahaq atau al-musahaqah. Ia bererti hubungan seksual yang terjadi di antara sesama wanita. Tidak ada khilaf (perselisihan) di kalangan fuqaha’ bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. Keharamannya antara lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “as-sahaq zina an-nisaa’ bainahunna” (lesbianisme adalah [bagaikan] zina di antara sesama wanita) [HR Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 22/63, Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452]. Menurut Imam Dzahabi, lesbianisme merupakan dosa besar (al-kaba’ir) [Dzahabi, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir, 2/235]. Namun hukuman untuk lesbianisme tidak seperti hukuman zina (yakni hudud), melainkan hukuman ta’zir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh nas secara khusus. Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Khalifah atau qadhi (hakim). Ta’zir ini bentuknya boleh berupa hukuman sebat, penjara, publikasi (tasyhir) dan sebagainya [Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 9].

‘Gay’ atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama’ mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348]. Sabda Nabi SAW,

“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” [HR Ahmad, No 3908].

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’. Sabda Nabi SAW,

“Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati. Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

‘Biseksual’ adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis. Jika dilakukan dengan sesama jenis (sesama lelaki), ia adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut. Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan muhsan. Jika tergolong homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah ta’zir sebagaimana dibincangkan di atas.

‘Transgender’ adalah perbuatan yang menyerupai lain jenis, baik dalam berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339]. Manakala dari segi hukumannya, jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai lawan jenis, maka hukumannya adalah diusir dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboi (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. Nabi SAW bersabda, “akhrijuuhum min buyutikum” (usirlah mereka dari rumah-rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga pernah mengusir si fulan” [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306]. Jika golongan transgender ini melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika terjadi di antara sesama wanita, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.

Di dalam Islam memang dikenal golongan khunsa yakni orang yang mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka berperilaku menyerupai lawan jenisnya. Sedangkan golongan khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang ini adalah kerana adanya amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi. Sistem kufur ini sememangnya akan membenarkan segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti keIslaman akan dihalang habis-habisan. Walaupun ada usaha dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan najis dengan (juga) menggunakan najis. Sampai bilakah pihak berkuasa dan pihak pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan masalah dan kerosakan kepada manusia. Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani menonjolkan diri atau ingin terus melakukan perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s