Kehilangan Khilafah : Potret Suram Terhadap Muslimah

Posted: March 8, 2011 in .Sirah & Kisah Teladan., artikel.pilihan.ku, Nasyrah Khas, reminder

Genap 87 tahun sudah Khilafah Islam dihapuskan oleh sang pengkhianat

ejen British iaitu Mustafa Kemal Attaturk.  Episod terburuk dalam sejarah kehidupan umat Islam itu terjadi tepat pada 3 Mac 1924.  Sejak itu pelbaga

i masalah dialami oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak terkecuali muslimah.  Kejatuhan Khilafah itu menyebabkan muslimah menghadapi pelbagai musibah disana sini.  Diantaranya ialah dominasi sistem sekular kapitalisme terhadap sistem Islam, terpinggirnya aturan Islam di negeri ka

um muslimin sendiri dan berlakunya serangan fizikal kaum kafir terhadap negara umat Islam termasuklah ke atas muslimah.

Derita Muslimah Tanpa Khilafah

Ketika para Kapitalis dunia mula rasa terancam dalam memburu misi mereka untuk menguasai Timur Tengah, sang kapitalis ini mula mendorong penguasa mereka untuk melakukan tindakan ketenteraan.  Inilah yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.  Para muslimah di sana mengalami nasib yang sangat tragis.  Mereka dibunuh, dianiaya dan kehilangan kehidupan normal karena kepentingan para Kapitalis yang ingin menguasai kekayaan minyak di sana.  Wanita, orang tua dan juga kanak-kanak dipenjarakan.  Di dalam penjara, muslimah-muslimah dan juga kanak-kanak Iraq dirogol beramai-ramai oleh askar-askar penjajah.  Aksi rogol tersebut divideokan dan gambar mereka diambil untuk dijual.  Di bumi Palestine, muslimah juga mengalami kehidupan yang sangat buruk kerana penjajahan Israel.  Lebih menyedihkan lagi, kekejaman Israel itu sudah berlangsung puluhan tahun dan masih belum berakhir.  Inilah diantara tujuan konspirasi Kapitalis dunia menubuhkan negara Israel di Timur Tengah adalah untuk memecahbelahkan kesatuan negeri-negeri Islam dan agar tidak tertegaknya kembali kekuasaan Islam.

Sementara itu, dalam dimensi yang lain, kita dapat menyaksikan gelagat muslimah yang masih terbius dengan gaya hidup peradaban Barat.  Mereka menjadikan kepuasan yang bersifat material sebagai nilai kebahagiaan.

Oleh sebab itu, mereka sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak dan keluarganya semata-mata untuk mendapat kehidupan yang kononnya lebih sempurna. Tenaga perempuan dieksploitasi atas nama industri dan peningkatan ekonomi negara.  Tanpa disedari mereka menjadi sasaran peluasan pasaran produk Kapitalis dunia.  Mereka berlumba-lumba menghias diri sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk membeli pelbagai fesyen pakaian terbaru, kosmetik dan produk kecantikan lainnya.  Kehidupan moden menjadi tujuan tanpa mempedulikan halal dan haram.

Disisi lain, terdapat muslimah yang terpaksa bekerja kerana kesempitan ekonomi.  Secara umumnya, alasan wanita keluar bekerja adalah kerana wang terutamanya kepada wanita yang berasal daripada keluarga miskin dan bersuamikan lelaki yang berpendapatan rendah.  Tiada jalan lain bagi isterinya kecuali bekerja untuk menambah pendapatan.  Kedudukan kewangan juga menjadi punca wanita mencari nafkah untuk menanggung ibu bapanya yang telah tua dan sakit.  Akan tetapi, ada juga wanita bekerja bukan kerana desakan wang, sebaliknya bagi memenuhi kehendak dalam memenuhi kemewahan hidup, menghilangkan kebergantungan (independent) terhadap suami, menaikkan imej sosial dan akibat desakan masyarakat.

Inilah bahana pengaturan hidup berdasarkan kapitalis yang menyongsangkan pengaturan mulia kehidupan Islam terhadap setiap muslimah.  Kapitalis dunia memandu kehidupan masyarakat ke dalam kehidupan sekular yang tidak membolehkan aturan agama dijadikan landasan dalam pengaturan kehidupan.

Muslimah terus menjadi mangsa kapitalisme.  Buktinya, pada hari ini di negeri umat Islam tetap beredar produk yang sudah jelas keharamannya seperti industri hiburan lucah, pornografi, pornoaksi dan pelacuran yang menjadikan wanita sebagai simbol seks.  Pergaulan bebas sudah menjadi budaya.  Akibatnya, perzinaan, pembuangan bayi, kekerasan dan berbagai jenayah tumbuh subur dalam atmosfera sistem rosak ini.  Selain itu, bertambahnya kerosakan moral remaja, keruntuhan institusi rumah tangga, penganiayaan, pembunuhan dan sebagainya semakin jelas di negeri yang kononnya berasaskan Islam tetapi telah mencampakkan aturan Islam ini jauh dari kehidupan.  Akibatnya, wanita menjadi bahan eksplotasi kapitalisme.

Pada waktu yang sama, para muslimah yang hidup di negara-negara yang mempunyai penduduk muslim minoriti seperti di Eropah dipandang sebagai ancaman bagi peradaban Barat. Mereka dilarang berhijab dan menunjukkan identiti keIslamannya.  Pembunuhan Dr Marwa El Sherbiny yang berasal dari Mesir menjadi bukti nyata kebencian mereka terhadap muslimah yang taat kepada syariah.  Hanya kerana mempertahankan maruahnya sebagai seorang muslimah, beliau dibunuh secara biadab dengan ditikam sebanyak 18 kali didalam mahkamah Jerman yang kononnya suatu institusi yang mulia.  Dr. Marwa hadir di mahkamah, mengadukan tentang hal seorang pemuda Jerman bernama Alex yang menggelarnya sebagai “pengganas” kerana beliau mengenakan tudung.  Di mahkamah itulah, Alex telah menikam dan membunuh Dr. Marwa dengan biadab.  Suami Marwa yang berusaha membela isterinya justeru terkena tembakan polis yang bertugas.  Ironisnya di negeri kaum muslim sendiri seperti Turki, muslimah juga dilarang untuk memakai tudung di tempat-tempat umum.  Padahal Turki dulunya adalah pusat pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Kes lain sebagaimana yang menimpa Dr Aafia Siddiqui, seorang muslimah yang bekerja di Amerika.  Tanpa alasan dan bukti yang kukuh, Dr Aafia Siddiqui dan tiga orang anaknya telah diculik dan ditahan oleh ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003, kemudian diserahkan kepada pihak Amerika di Afghanistan.  Beliau dipenjarakan di Bagram, dirogol berulang kali dan diseksa dengan penyeksaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Ini hanyalah segelintir realiti menyedihkan yang menimpa muslimah yang terpapar di media masa.  Sementara di luar sana jutaan muslimah menjerit dalam diam kerana penderitaan akibat keganasan sistem kapitalis sekular yang menimpa mereka.

 

Muslimah Mulia Dengan Khilafah

Demikianlah, cerita sedih penderitaan hidup Muslimah di seluruh dunia saat ini berpunca daripada lenyapnya sistem Khilafah dan diganti dengan dominasi sistem kapitalis sekular.  Tidak ada jalan lain untuk merungkai pelbagai permasalahan ini kecuali dengan mengembalikan semula institusi Khilafah Islamiyyah.  Khilafah akan tegak menggantikan dominasi Kapitalisme. Khilafah akan menerapkan sistem Islam secara sempurna dan menjamin muslimah untuk menjalankan peranan strategiknya sebagai ibu dan pengatur rumah tangga.  Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin(pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya, ia bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya”.  [HR Muslim]

Pada saat yang sama Khilafah juga akan memberi peluang dan kesempatan bagi muslimah untuk beraktiviti dalam kehidupan umum selain aktiviti utama sebagai ibu dan pengatur rumah tangga.  Disamping itu Allah Subhanahu wa Taala juga telah mewajibkan muslimah untuk berdakwah dan menuntut ilmu.  Islam juga telah membolehkan wanita untuk melakukan transaksi jual beli dan bekerja sesuai dengan apa yang dibenarkan oleh syara’.  Khilafah juga akan membela kehormatan wanita sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Khalifah Al-Mu’tasim.  Beliau mempersiapkan bala tenteranya dan melancarkan jihad ke atas Rom ketika membela kehormatan seorang muslimah yang ditahan di Amuriyyah oleh puak Rom yang kemudiannya cuba mencabul kehormatannya.  Imam Sayuti di dalam Tarikh al-Khulafa’menulis bahawa 3000 tentera Rom telah terkorban dan 30,000 yang lain ditawan di dalam peperangan ini. Muslimah tersebut berjaya dibebaskan dan kemuliaannya dikembalikan.

Alangkah indahnya jika keadaan di atas dapat diwujudkan oleh pemimpin kaum muslimin pada ketika ini.  Di sinilah urgent bagi muslimah memperjuangkan kembali Khilafah.  Untuk itu hanya Khilafah Islamiyyah sahaja yang dapat menyelamatkan muslimah untuk meraih kembali kemuliaannya.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s