Model Ekonomi Baru? Model Islam Lama Dah Ada…

Posted: April 1, 2011 in Economics
Tags:

altaltPUTRAJAYA 13 April – Malaysia memerlukan model ekonomi baru yang mampu mengurangkan pergantungan kepada eksport dalam mengurangkan kesan kegawatan global masa kini. enteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk Unit Perancang Ekonomi (EPU) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, hanya sebahagian kaedah menangani krisis ekonomi 11 tahun lalu itu boleh dipraktikkan sekarang kerana penyelesaian sesuatu krisis berbeza dari segi kaedah, pemikiran dan mekanismenya. ”Sebab itu, kita ambilnya (krisis ekonomi semasa) sebagai satu hikmah supaya negara dapat melaksanakan satu model pembangunan ekonomi baru dalam konteks peredaran masa.

”Model 51 tahun merdeka membolehkan kita muncul sebagai kuasa ekonomi pertengahan berbanding daif dan miskin sebelum 1997. “Model sebelum ini yang berasaskan kepada pendapatan rendah dan pergantungan eksport Amerika Syarikat (AS) tidak boleh lagi dipakai, justeru banyak perkara yang harus dilihat dalam tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang dan inilah tugas berat yang menunggu EPU,” katanya.

Nor Mohamed merupakan Penasihat Ekonomi kerajaan semasa negara dilanda krisis kewangan 1997/98. Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan tugas Menteri Kewangan II kepada Datuk Ahmad Husni Hanadzlah di Kementerian Kewangan di sini hari ini. Nor Mohamed mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad Jumaat lalu supaya pendekatan menangani krisis kewangan pada 1997 dan 1998 dilaksanakan sekarang bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi semasa.

Antara saranan itu ialah supaya kerajaan melakukan penilaian harian serta mengutip data prestasi ekonomi dunia dan tempatan untuk dijadikan panduan sebelum mengambil langkah seterusnya. Pada 1997 apabila mata wang Malaysia merosot dengan pantas dan pasaran saham negara menjunam ke paras paling rendah, Nor Mohamed yang ketika itu pegawai junior di Bank Negara dipanggil oleh Dr. Mahathir untuk memberi taklimat dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Menurut Nor Mohamed, krisis kewangan 1997/98 berbeza dengan sekarang kerana ia bermula di rantau ini dengan suasana ekonomi global yang baik yang membolehkan eksport dilakukan. Namun, kali ini negara maju pula yang mengalami krisis menyebabkan negara-negara kecil seperti Malaysia yang bergantung kepada eksport tidak dapat mengelak kesannya.

”Tetapi sehingga kini negara-negara maju belum dapat bertindak secara konsisten untuk memulihkan ekonomi mereka dan gagal memastikan bank-bank mereka memberikan pinjaman. ”Saya tidak nampak lagi bank-bank di AS mula memberi pinjaman secukupnya sebab sistem perbankan di negara itu sudah hancur. Tindakan mengatasinya memerlukan masa dan sementara ia diambil, kita akan terus mengalami kesan krisis itu,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia,14/04/09

Allah Telah Mewajibkan Model Ekonomi Islam

Lagi pengsyoran untuk Malasyia menukar model ekonominya kepada yang model yang baru. Ini secara tidak langsung menggambarkan dan membuktikan bahawa sistem ekonomi yang diguna pakai saat ini, sistem ekonomi Kapitalisme, sudah terbukti gagal untuk menyelesaikan dan mempertahankan ekonomi negara dari terkena tempias krisis kewangan global yang berlaku saat ini. Malangnya, solusi yang dikemukakan masih tetap sama – masih menggunakan dan mengambil penyelesaian dari sistem yang sama, sistem ekonomi Kapitalisme yang sedang retak menanti belah. Sebagai seorang Muslim, Nor Mohamed Yakcop dan Mahathir Mohamad sepatutnya melihat kepada Islam sebagai alternatif yang terbaik untuk diguna pakai bagi menyelesaikan isu ini. Malangnya ini tidak berlaku.

Antara penyebab mengapa solusi Islam nampak terlalu jauh adalah kerana menebalnya pemikiran sekular yang melingkari pemikiran mereka ini khususnya dan majoriti umat Islam yang ada saat ini, umumnya. Apakah mereka tidak pernah mendengar firman Allah SWT:

“dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam”. [TMQ An Nahl (16):89]. Jaminan dari Allah SWT telah cukup menjadi sandaran kepada kita betapa Islam sebenarnya mampu menyelesaikan setiap persoalan yang berlaku samada ekonomi mahupun yang lainnya pada saat ini.. “pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. [TMQ Al Maa-idah(5):3].

Ketahuilah wahai umat Islam! Sedarlah wahai Nor Mohamed Yakcop dan Mahathir Mohamad! Sedarlah wahai kaum Muslimin! Krisis ekonomi yang berlaku sekarang ini adalah suatu malapetaka yang terhasil dari penerapan sistem ekonomi Kapitalsime yang dijalankan oleh mereka yang berkuasa sejak lebih 50 tahun yang lalu. Renungilah firman Allah SWT:

“dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”. [TMQ Al A’raaf (7):96].

Yakinlah hanya dengan Sistem Khilafah sahajalah akan terlaksana sistem ekonomi Islam secara syumul. Pernah suatu masa dahulu Tun Mahathir Mohamad pernah mencadangkan penggunaan emas sebagai matawang namun ia hanya tinggal cadangan sahaja kerana tanpa dokongan sebuah institusi politik Islam yang kukuh (Khilafah) tidak mungkin ia akan dapat dilaksanakan dengan sebenar-benarnya. Apatah lagi dengan institusi politik demokrasi sekular demokrasi seperti yang wujud hari ini, apakah adalah harapan untuk menerapkan kembali sistem kehidupan Islam termasuk sistem ekonominya? Tanpa Khilafah, mustahil…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s