Aneh apabila wujud segolongan manusia yg jelas tidak takutkan Allah… atau mungkinkah dalam dirinya tiada berTuhan sehingga sanggup bersikap dayus dengan memfitnah org lain? Pastinyalah si dia ini manusia jahil lagi bodoh kerana hidup tiada berpetunjuk. Kejahilannya terserlah melalui penulisan yg langsung TIADA FIKRAH ISLAM dan semestinya kerana sikapnya yg dayus kerana TIDAK BERANI menulis menggunakan nama/identiti sendiri, sebaliknya si penakut ini menggunakan nama organisasi lain demi menyebarkan idea fahaman kufurnya yang jelas menjatuhkan imej masyarakat Islam (khususnya di Malaysia) sendiri. Dan dia lah si bodoh kerana berpura2 pandai dan berani melakukan dosa sedangkan telah jelas kemurkaan Allah pada si tukang fitnah, apalagi si penjual agama Allah. Miskin sungguh pengetahuannya…
Insaf dan bertaubatlah sebelum ajal menjelang. Fahamilah erti agama, Islam dan carilah tujuan kehidupan mu yang mana di akhiran hidupmu adalah pertemuan dengan Allah swt!
Semoga Allah memelihara umat Islam yg berjuang menegakkan deen Nya yang haq dan menghinakan manusia yg memusuhi dan mengganggu perjuangan menegakkan agamaNya.
———————————————————————
Sautun Nahdhah Palsu di Negeri Sembilan |
Khamis, 15 Mac 2012 12:21 |
4
![]() Tajuk SN yang dipalsukan kali ini adalah “Haram Menjatuhkan Pemerintah Muslim, Pemimpin Fasik Bagaimana?” Nasyrah tersebut yang tidak bernombor siri dan tiada tarikh, telah ditulis dalam bentuk menghentam pakatan pembangkang, yang secara jelas dan nyata cuba menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pembangkang dan sekali gus terhadap HTM. Kami (HTM) menafikan bahawa nasyrah tersebut (sebagaimana gambar) adalah terbitan kami. Pihak mana sekalipun yang bertanggungjawab melakukan kekejian ini, hanya kepada Allah kami memohon agar diberi hidayah kepada mereka sekiranya mereka bertaubat dan kepada Allah jua kami memohon agar mengazab mereka dengan sekeras-keras azab sekiranya mereka tidak bertaubat dan tetap mengulangi kejahatan mereka. Ingatlah bahawa setiap apa yang kita tulis akan dihisab oleh Allah dan kita pasti tidak akan terlepas darinya. Ingatlah wahai si penulis fitnah, bahawa apa sahaja perancangan jahat yang kamu lakukan, kami tetap yakin akan pertolongan dan keadilan Allah SWT dan bahawasanya Allah SWT juga sedang merancang sesuatu ke atas kamu dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas rancangan jahat. Firman Allah, “Mereka membuat makar (perancangan jahat) dan Allah membuat (membalas) makar (mereka) dan Allah adalah sebaik-baik Pembalas makar” [Al-Anfal (8):30]. ![]() SN palsu LINK to original post:: -SAUTUN NAHDHAH PALSU — USAHA MEMFITNAH HT — |