Archive for the ‘Nasyrah Khas’ Category

Genap 87 tahun sudah Khilafah Islam dihapuskan oleh sang pengkhianat

ejen British iaitu Mustafa Kemal Attaturk.  Episod terburuk dalam sejarah kehidupan umat Islam itu terjadi tepat pada 3 Mac 1924.  Sejak itu pelbaga

i masalah dialami oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak terkecuali muslimah.  Kejatuhan Khilafah itu menyebabkan muslimah menghadapi pelbagai musibah disana sini.  Diantaranya ialah dominasi sistem sekular kapitalisme terhadap sistem Islam, terpinggirnya aturan Islam di negeri ka

um muslimin sendiri dan berlakunya serangan fizikal kaum kafir terhadap negara umat Islam termasuklah ke atas muslimah.

Derita Muslimah Tanpa Khilafah

Ketika para Kapitalis dunia mula rasa terancam dalam memburu misi mereka untuk menguasai Timur Tengah, sang kapitalis ini mula mendorong penguasa mereka untuk melakukan tindakan ketenteraan.  Inilah yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.  Para muslimah di sana mengalami nasib yang sangat tragis.  Mereka dibunuh, dianiaya dan kehilangan kehidupan normal karena kepentingan para Kapitalis yang ingin menguasai kekayaan minyak di sana.  Wanita, orang tua dan juga kanak-kanak dipenjarakan.  Di dalam penjara, muslimah-muslimah dan juga kanak-kanak Iraq dirogol beramai-ramai oleh askar-askar penjajah.  Aksi rogol tersebut divideokan dan gambar mereka diambil untuk dijual.  Di bumi Palestine, muslimah juga mengalami kehidupan yang sangat buruk kerana penjajahan Israel.  Lebih menyedihkan lagi, kekejaman Israel itu sudah berlangsung puluhan tahun dan masih belum berakhir.  Inilah diantara tujuan konspirasi Kapitalis dunia menubuhkan negara Israel di Timur Tengah adalah untuk memecahbelahkan kesatuan negeri-negeri Islam dan agar tidak tertegaknya kembali kekuasaan Islam.

Sementara itu, dalam dimensi yang lain, kita dapat menyaksikan gelagat muslimah yang masih terbius dengan gaya hidup peradaban Barat.  Mereka menjadikan kepuasan yang bersifat material sebagai nilai kebahagiaan.

Oleh sebab itu, mereka sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak dan keluarganya semata-mata untuk mendapat kehidupan yang kononnya lebih sempurna. Tenaga perempuan dieksploitasi atas nama industri dan peningkatan ekonomi negara.  Tanpa disedari mereka menjadi sasaran peluasan pasaran produk Kapitalis dunia.  Mereka berlumba-lumba menghias diri sehingga sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk membeli pelbagai fesyen pakaian terbaru, kosmetik dan produk kecantikan lainnya.  Kehidupan moden menjadi tujuan tanpa mempedulikan halal dan haram.

Disisi lain, terdapat muslimah yang terpaksa bekerja kerana kesempitan ekonomi.  Secara umumnya, alasan wanita keluar bekerja adalah kerana wang terutamanya kepada wanita yang berasal daripada keluarga miskin dan bersuamikan lelaki yang berpendapatan rendah.  Tiada jalan lain bagi isterinya kecuali bekerja untuk menambah pendapatan.  Kedudukan kewangan juga menjadi punca wanita mencari nafkah untuk menanggung ibu bapanya yang telah tua dan sakit.  Akan tetapi, ada juga wanita bekerja bukan kerana desakan wang, sebaliknya bagi memenuhi kehendak dalam memenuhi kemewahan hidup, menghilangkan kebergantungan (independent) terhadap suami, menaikkan imej sosial dan akibat desakan masyarakat.

Inilah bahana pengaturan hidup berdasarkan kapitalis yang menyongsangkan pengaturan mulia kehidupan Islam terhadap setiap muslimah.  Kapitalis dunia memandu kehidupan masyarakat ke dalam kehidupan sekular yang tidak membolehkan aturan agama dijadikan landasan dalam pengaturan kehidupan.

Muslimah terus menjadi mangsa kapitalisme.  Buktinya, pada hari ini di negeri umat Islam tetap beredar produk yang sudah jelas keharamannya seperti industri hiburan lucah, pornografi, pornoaksi dan pelacuran yang menjadikan wanita sebagai simbol seks.  Pergaulan bebas sudah menjadi budaya.  Akibatnya, perzinaan, pembuangan bayi, kekerasan dan berbagai jenayah tumbuh subur dalam atmosfera sistem rosak ini.  Selain itu, bertambahnya kerosakan moral remaja, keruntuhan institusi rumah tangga, penganiayaan, pembunuhan dan sebagainya semakin jelas di negeri yang kononnya berasaskan Islam tetapi telah mencampakkan aturan Islam ini jauh dari kehidupan.  Akibatnya, wanita menjadi bahan eksplotasi kapitalisme.

Pada waktu yang sama, para muslimah yang hidup di negara-negara yang mempunyai penduduk muslim minoriti seperti di Eropah dipandang sebagai ancaman bagi peradaban Barat. Mereka dilarang berhijab dan menunjukkan identiti keIslamannya.  Pembunuhan Dr Marwa El Sherbiny yang berasal dari Mesir menjadi bukti nyata kebencian mereka terhadap muslimah yang taat kepada syariah.  Hanya kerana mempertahankan maruahnya sebagai seorang muslimah, beliau dibunuh secara biadab dengan ditikam sebanyak 18 kali didalam mahkamah Jerman yang kononnya suatu institusi yang mulia.  Dr. Marwa hadir di mahkamah, mengadukan tentang hal seorang pemuda Jerman bernama Alex yang menggelarnya sebagai “pengganas” kerana beliau mengenakan tudung.  Di mahkamah itulah, Alex telah menikam dan membunuh Dr. Marwa dengan biadab.  Suami Marwa yang berusaha membela isterinya justeru terkena tembakan polis yang bertugas.  Ironisnya di negeri kaum muslim sendiri seperti Turki, muslimah juga dilarang untuk memakai tudung di tempat-tempat umum.  Padahal Turki dulunya adalah pusat pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah.

Kes lain sebagaimana yang menimpa Dr Aafia Siddiqui, seorang muslimah yang bekerja di Amerika.  Tanpa alasan dan bukti yang kukuh, Dr Aafia Siddiqui dan tiga orang anaknya telah diculik dan ditahan oleh ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003, kemudian diserahkan kepada pihak Amerika di Afghanistan.  Beliau dipenjarakan di Bagram, dirogol berulang kali dan diseksa dengan penyeksaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Ini hanyalah segelintir realiti menyedihkan yang menimpa muslimah yang terpapar di media masa.  Sementara di luar sana jutaan muslimah menjerit dalam diam kerana penderitaan akibat keganasan sistem kapitalis sekular yang menimpa mereka.

 

Muslimah Mulia Dengan Khilafah

Demikianlah, cerita sedih penderitaan hidup Muslimah di seluruh dunia saat ini berpunca daripada lenyapnya sistem Khilafah dan diganti dengan dominasi sistem kapitalis sekular.  Tidak ada jalan lain untuk merungkai pelbagai permasalahan ini kecuali dengan mengembalikan semula institusi Khilafah Islamiyyah.  Khilafah akan tegak menggantikan dominasi Kapitalisme. Khilafah akan menerapkan sistem Islam secara sempurna dan menjamin muslimah untuk menjalankan peranan strategiknya sebagai ibu dan pengatur rumah tangga.  Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: “Seorang wanita (isteri) adalah pemimpin(pengurus) rumah suaminya dan anak-anaknya, ia bertanggung jawab atas apa yang dipimpinnya”.  [HR Muslim]

Pada saat yang sama Khilafah juga akan memberi peluang dan kesempatan bagi muslimah untuk beraktiviti dalam kehidupan umum selain aktiviti utama sebagai ibu dan pengatur rumah tangga.  Disamping itu Allah Subhanahu wa Taala juga telah mewajibkan muslimah untuk berdakwah dan menuntut ilmu.  Islam juga telah membolehkan wanita untuk melakukan transaksi jual beli dan bekerja sesuai dengan apa yang dibenarkan oleh syara’.  Khilafah juga akan membela kehormatan wanita sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Khalifah Al-Mu’tasim.  Beliau mempersiapkan bala tenteranya dan melancarkan jihad ke atas Rom ketika membela kehormatan seorang muslimah yang ditahan di Amuriyyah oleh puak Rom yang kemudiannya cuba mencabul kehormatannya.  Imam Sayuti di dalam Tarikh al-Khulafa’menulis bahawa 3000 tentera Rom telah terkorban dan 30,000 yang lain ditawan di dalam peperangan ini. Muslimah tersebut berjaya dibebaskan dan kemuliaannya dikembalikan.

Alangkah indahnya jika keadaan di atas dapat diwujudkan oleh pemimpin kaum muslimin pada ketika ini.  Di sinilah urgent bagi muslimah memperjuangkan kembali Khilafah.  Untuk itu hanya Khilafah Islamiyyah sahaja yang dapat menyelamatkan muslimah untuk meraih kembali kemuliaannya.

Wallahu a’lam.

Advertisements


In the name of Allah, The Most Merciful, The Most Compassionate
O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

Beware from being fooled by America and its puppets making cosmetic changes to the regime!

Voices, orchestrated by America, are starting to be heard. Those in the regime speak openly trying to deceive you by replacing some ‘ugly’ faces with other ‘ugly’ faces. They are trying to focus on Hosni Mubarak as the problem, rather than his forces by which he assaults people. They are trying to focus the dispute over a clause or two in the constitution, but not over the whole secular constitution itself.

Those voices try to promote the devolution of power to the Vice-President, Omar Suleiman, showing him favourably, overlooking the fact that he is the permanent messenger of the president to the Jewish entity, and it is his stamp by which treacherous treaties are concluded with the entity that usurps the blessed land of Isra and Miraj, the land of al-Aqsa Mosque, the first qiblah!

Those voices portray Omar Suleiman as the ‘saviour’; so they negotiate with him discussing a way out of the current situation. However, those who negotiate are not only the members of the parties loyal to the regime; hypocrites who say something to the demonstrators in the field and say something else to Omar Suleiman also negotiate!

O you who are uprising in Tahrir Square!

O our people in Egypt!

America, the mentor of the regime, was shocked by what she saw of your strength in resisting oppression and challenging aggression, and realized the matter is serious. America became worried about the valued regime that was under her service, protecting her interests and protecting the interests of the Jewish entity. This worry pushed Obama and his aides to engage in meetings and consultations, to call the regime’s officials, and to send envoys there, as if Egypt were one of the states of America!

These meetings of the American politicians came out with plans to beautify the face of the Egyptian regime, after they were convinced that their valuable regime had collapsed or was about to collapse. They decided to replace the current face with another; and if America finds it necessary to remove the two faces and replace them with yet a new puppet, she will do.  She does all of this to continue keeping Egypt under the protection of new faces, which wear decorated masks that claim to satisfy the people.

O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

You are able, by the Will of Allah, to foil such plans through your awareness and perseverance, such that, neither America, nor the regime she made, will be able to stand before you, or those hypocrites.

You have broken the backbone of the regime and its cronies with your blessed uprising, and your steadfast stance, without your resolve being weakend or your challenge being softened.

You have exposed those groups and figures who have tried to have a foot in your field and another foot with Omar Suleiman; so revealing their hypocrisy and deceit.

Moreover, you threw terror in the hearts of the West, particularly America, when they saw you, in your thousands, saying Allahu Akbar in your congregational prayer during your uprising: feet-to-feet, and shoulder-to-shoulder. So keep this prayer before your eyes; and let it be your motivation for the change you proclaim.

O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

Change is not to replace one puppet with another. Nor it is by replacing a secular constitution with another, similar, secular constitution. Moreover, changing a regime is not done by negotiating with that regime!

Change is that which is reflected in that majestic scene you showed while performing your congregational prayer in the square.

Change is that which makes Egypt the capital of the Islamic Ummah through the establishment of the guided Khilafah; the unitary state in the entire Muslim lands. Change is that which brings Egypt back to become the treasure of Allah on His earth.

The change is that which makes Egypt secure by the safety of Islam, for both Muslims and Copts, on equal terms.

Change is that which makes Egypt indomitable by the colonialists, especially America; so it becomes a fire that burns them, rather than a treasure that delights them!

O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

Hizb ut-Tahrir in Egypt is from you and works with you to produce this change by establishing the rule of Islam ordained by the Lord of the Worlds. It is the change in which lie your security and your safety. It is the change, with which your blood will not go in vain. And for such change let all of us work.

{إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ}
[Indeed, in this there is a communication for people who serve (Allah)].

Hizb ut-Tahrir Egypt
6 Rabee’ Awwal 1432
09/02/2011 AD

 

HAJI : PENGORBANAN DAN PENYATUAN

“Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarika laka labbaik, innal hamda, wa ni’mata, laka wal mulk, la syarikalak” (Kami datang menyahut panggilanMu, ya Allah, kami datang menyahut panggilanMu. Kami datang memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagiMu. Kami datang menyahut seruanMu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu. Tiada sekutu bagiMu). Inilah seruan yang dikumandangkan oleh seluruh jemaah haji. Seruan yang diajarkan ole h Rasulullah saw yang merupakan ikrar bagi kaum Muslimin untuk datang memenuhi panggilan Allah dan menerima serta menjalankan perintahNya, tanpa menyimpang sedikitpun dari apa yang Allah telah tetapkan.

 

Pada tanggal 9 Zulhijjah, semua bakal haji akan diwajibkan hadir ke padang ‘Arafah untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan satu daripada rukun

haji. Tidak ada perbezaan di antara yang berkulit putih mahupun hitam, yang kaya dan yang miskin, pemerintah ataupun rakyat – semuanya dib

aluti dengan kain putih tidak berjahit dan berada di tengah padang pasir, mengharap pahala dan keredhaan dari Maha Pencipta. Selain itu, ibadah haji juga mengajar kita untuk menanggalkan semua ikatan Jahiliyyah s

amada berupa ikatan kaum, keturunan, bangsa, negara dan lain-lain ikatan kekufuran. Yang ada dalam setiap fikiran jemaah haji adalah ikatan La

ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Ini bermakna manusia itu adalah sama di sisiAllah, kecuali ketaqwaan yang membezakan mereka.

 

Yang Menyedihkan

 

Boleh dikatakan keseluruhan mereka yang berangkat menunaikan haji tentunya merasa gembira kerana dapat melengkapkan rukun Islam yang kelima. Tetapi pada masa yang sama, ada banyak perkara lain yang menyedihkan kita.

 

Ramai yang menyatakan bahawa ibadah haji adalah simbol penyatuan umat Islam, kesetaraan, persaudaraan dan seumpamanya. Tetapi pada masa yang sama para ulama dan pemerintah tidak mempersatukan kita di bawah satu kepimpinan, satu negara, satu Daulah. Malah mereka yakin dan redha dalam mempertahankan sempadan ciptaan kuffar penjajah. Mereka lupa bahawa semua tanah kaum Muslimin adalah tanah kita. Rasulullah berjuang menghapuskan semua sempadan ini dan menyatukan umat Islam, sebaliknya pemimpin hari ini berjuang mempertahankan sempadan ini dan memecahbelahkan kita.

 

Mereka menyatakan umat Islam itu bersaudara, walhal mereka menghalau saudara mereka yang masuk ke negara mereka tanpa pasport dan visa. Mereka menyatakan umat Islam wajib bersatu, tetapi mereka tidak menyatukan umat Islam di bawah Daulah Khilafah. Malah mana-mana gerakan Islam yang ingin mempersaudarakan sesama Islam, menghapuskan segala sempadan dan menyatukan umat Islam di bawah satu kempimpinan dan pemerintahan, telah dipersalahkan.

 

Kita juga amat sedih melihat sesetengah umat Islam yang salah faham tentang konsep ibadah haji. Mereka menganggap Mekah sebagai satu tempat untuk ‘confession’ (pengakuan salah) dan sebagai tempat ‘pembersihan’ dosa. Sebelum ke Mekah, mereka hidup tanpa mempertimbangkan halal dan haram, dosa dan pahala, syurga atau neraka. Mereka tidak menghiraukan semua ini dengan alasan suatu hari nanti mereka akan ke Mekah untuk ‘membersihkan’ diri mereka. Kita kesal apabila ada di kalangan umat Islam yang berfikir sebagaimana Kristian yang menganggap dirinya telah ‘bersih’ setelah melakukan satu ‘confession’ di tempat ibadat mereka.

 

Ada segelintir umat Islam menganggap bahawa haji adalah episod  akhir di dalam ibadah. Kita harus sedar bahawa menunaikan haji bukanlah perkara terakhir yang diperintahkan oleh Allah kepada kita. Banyak lagi perintah dan laranganNya yang wajib dilakukan samada sebelum atau sesudah menunaikan haji. Dakwah contohnya, merupakan sebuah perjuangan yang wajib dilakukan oleh setiap kaum Muslimin hingga ke akhir hayat. Menegakkan Khilafah adalah kewajipan yang tidak akan berkesudahan sehinggalah dilantiknya seorang Khalifah bagi umat ini dan banyak lagi kewajipan-kewajipan lain yang hukumnya kekal hingga Kiamat.

 

Kita yakin bahawa setiap jemaah haji tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan sebanyak-banyak ibadah semasa mereka berada di Tanah Suci sama ada ibadah wajib mahupun sunat. Mereka juga tentu mengambil kesempatan untuk bertaubat kepada Allah di atas segala dosa-dosa mereka. Tetapi, ada sebahagian antara mereka yang telah kembali dari haji tetapi tetap melakukan dosa-dosa besar. Berapa ramai yang terlibat dengan amalan riba walhal mereka adalah golongan yang bertaubat dan menangis di hadapan Ka’abah semasa haji. Berapa ramai yang masih terlibat dengan rasuah, walhal mereka berzikir siang dan malam di Arafah. Berapa ramai yang memegang kekuasaan tetapi menyalahgunakan kuasa dan masih terus mempertahankan undang-undang kufur, sistem kufur serta membuat undang-undang sendiri yang bertentangan dengan undang-undang Allah serta lain-lain dosa dan keharaman walhal mereka memohon keampunan kepada Allah semasa tawaf. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Tahu akan hakikat haji mereka!

 

Berkorban Dalam Menunaikan Kewajipan

 

Ibadah haji mengajar kita erti pengorbanan karena pada hari ini umat Islam disyariatkan oleh Allah untuk menyembelih haiwan kurban. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Kami telah memberi kamu nikmat yang banyak. Karena itu, dirikan solat karena Tuhanmu, dan berkorbanlah”. [TMQ al-Kautsar (108):1-2]. Kita juga dituntut untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail. Allah telah memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Kedua-duanya telah melakukan satu pengorbanan yang besar di dalam keadaan tunduk patuh kepada perintah Allah. Setiap jemaah haji sebenarnya banyak berkorban samada sebelum atau semasa menunaikan rukun Islam kelima ini. Umat Islam berkorban di dalam usaha menggenapkan belanja (wang), membayar segala hutang, berpisah dengan keluarga dan sanak saudara, masa, pekerjaan dan sebagainya semata-mata kerana ingin menyahut seruan Allah. Para jemaah juga sanggup berkorban di dalam melakukan rukun haji itu sendiri dalam keadaan yang penuh sesak, berebut-rebut, berhimpit-himpit, cuaca yang panas di siang hari, sejuk pada malamnya, pelbagai penyakit yang melanda dan lain-lain kesukaran lagi.

 

Inilah sedikit dari pengorbanan yang setiap orang akan lalui dengan penuh redha. Tidak seorang pun yang akan mempertikai akan kewajipan dan amalan-amalan yang wajibkan di dalam ibadah haji ini walaubagaimana sukar sekalipun. Alangkah mulianya umat Islam jika mereka juga turut redha di dalam melakukan kewajipan-kewajipan yang lain. Sungguh mulia umat Islam apabila mereka redha dan bersungguh-sungguh meninggalkan riba walaupun terpaksa menyewa rumah dan memiliki kereta buruk. Alangkah mulianya umat Islam apabila mereka bersungguh-sungguh berdakwah di jalan Allah untuk menegakkan deen ini walaupun terpaksa berkorban wang ringgit, masa, status sosial, kedudukan, pekerjaan, menghadapi celaan, berhadapan dengan pemerintah yang zalim dan pelbagai ujian lain lagi. Alangkah mulianya jika umat Islam redha sepenuhnya dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Khilafah, tanpa memperhitungkan segala halangan dan rintangan yang mendatang. Alangkah mulianya jika umat Islam tidak pernah memberi apa-apa alasan di dalam menunaikan segala kewajipan yang Allah telah tetapkan!

 

Wahai kaum Muslimin!

Kenapakah kalian sanggup berkorban di dalam melakukan ibadah haji tanpa sedikit pun memberi alasan kepada Allah akan kelemahan dan kekurangan kalian? Kenapakah kalian tidak redha sepenuhnya kepada Allah di dalam kewajipan-kewajipan lain, sebagaimana redhanya kalian di dalam kewajipan haji? Di manakah pengorbanan kalian di dalam berdakwah ke jalan Allah? Di manakah pengorbanan kalian di dalam menegakkan deenullah? Demi Allah, di saat ini kami hanya mampu bertanya dan mengajukan persoalan agar kalian tidak lupa dan tidak lalai. Namun di saat Izrael datang menjemput kalian, milik Allahlah segala soalan-soalan ini dan hanya kepadaNyalah kalian perlu menjawab!

 

Haji – Politik Dan Penyatuan

 

Di dalam perjalanan dakwah Rasulullah semasa ke Mekah, baginda telah menjadikan musim haji sebagai waktu dakwah untuk menjalin hubungandengan rombongan haji dan menyampaikan dakwah kepada mereka. Bermula tahun ke-10 kenabian, Rasulullah mendatangi para pemimpin kabilah pada musim haji untuk menawarkan Islam dan meminta nusrah (pertolongan) dari mereka. Ibn Hisyam meriwayatkan bahawa tidak satu pun dari mereka yang meny

ambut seruan Rasul itu sehinggalah ke musim haji tahun ke-11 kenabian, di mana datang 6 orang pemimpin suku Khazraj dari Madinah yang menyambut seruan beliau. Lalu mereka kembali ke Madinah dan mendakwahkan Islam di sana. Saat musim haji tahun berikutnya, seramai 12 orang dari kalangan para pemimpin Madinah datang menemui Rasul dan melaksanakan Bai’at Aqab

ah I. Kemudian pada musim haji tahun ke-13 kenabian, seramai 75 orang wakil penduduk Madinah, menemui Rasul dan membai’at beliau dalam Bai’at Aqabah II. Bai’at ini merupakan akad penyerahan kekuasaan kepada Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan merupakan akad penegakan Daulah Islam di Madinah.

 

Pada tahun ke-6 Hijriah, yakni pada fasa dakwah di Madinah, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga menjadikan momentum ibadah haji sebagai usaha untuk mengukuhkan dakwah Islam di Jazirah Arab. Saat itu dengan strategi hendak menunaikan ibadah haji, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berhasil mencipta satu atmosfera dakwah Islam di Jazirah Arab. Dengan strategi itu pulalah, termeterinya Perjanjian Hudaibiyah, yang seterusnya menjadi jalan kepada penyebarluasan dakwah Islam di Jazirah Arab. Perjanjian Hudaibiyah jugalah yang kemudiannya menjadi pembuka jalan bagi penaklukan Mekah (Fathu Makkah). Akhirnya, Mekah berjaya dibebaskan dari cengkaman sistem dan aturan kufur, dan kemudian diganti dengan sistem dan aturan Islam. Mekah akhirnya berubah dari Dârul Kufur menjadi Dârul Islâm.

 

Hubungan siyasah (politik) dengan ibadah haji juga jelas dapat dilihat ketika Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Abu Bakar untuk mengetuai rombongan ibadah haji kaum Muslimin pada tahun ke-9 Hijriah. Setelah keberangkatan Abu Bakar, turunlah surah at-Taubah tentang pembatalan perjanjian yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dengan kaum Musyrikin. Seseorang kemudian mencadangkan kepada Rasulullah agar surah itu dikirimkan kepada Abu Bakar. Lalu, Rasulullah mengutuskan Ali karramallhu wajhah untuk menyusul serta membacakan surah at-Taubah ketika kaum Muslimin yang berkumpul pada hari Kurban di Mina. Ali kemudian bertemu dengan rombongan Abu Bakar dan beliau menyampaikan kepada kaum Muslimin apa yang diperintahkan Rasul kepadanya, dia berucap “Hai manusia, sesungguhnya orang kafir tidak akan masuk syurga, orang musyrik tidak boleh melakukan haji setelah tahun ini (9H), orang telanjang tidak boleh melakukan tawaf di Baitullah, siapa sahaja yang mempunyai perjanjian dengan Rasulullah, maka perjanjian tersebut berlaku hingga waktunya…..” [Sirah Ibnu Hisham].

 

Para Khalifah juga sentiasa meletakkan urusan ibadah haji sebagai perhatian utama mereka. Mereka menggunakan musim haji untuk menjaga urusan kaum Muslimin. Di dalam kitab ‘Tarikh al-Khulafa, Imam As-Suyuti banyak menceritakan perkara seperti ini. Di antaranya kisah Mu’awiyah Bin Abu Sufyan yang menggunakan masa ibadah haji untuk mendapatkan bai’at kaum muslimin untuk anaknya, Yazid. Dia berucap untuk mengingatkan ketidakbolehan kaum muslimin tidak mempunyai Khalifah walaupun satu malam dan supaya menjaga kesatuan umat. Lalu Ibnu Umar menjawab setelah memuji Allah, “Para Khalifah sebelum kamu, mereka mempunyai putera, dan putera kamu tidaklah lebih baik daripada putera-putera mereka. Mereka tidak berpendapat untuk putera mereka seperti apa yang aku lihat pada putera kamu (iaitu mereka tidak meminta untuk membai’at putera mereka). Mereka memutuskan apa yang terbaik untuk kaum muslimin. Engkau memperingatkan aku supaya tidak memecah-belahkan kesatuan kaum muslimin dan aku tidak melakukannya. Aku hanyalah seorang di antara kaum muslimin. Jika mereka setuju, aku hanyalah salah seorang di antara mereka. Semoga Allah mengampuni kamu”. Setelah berucap, Ibnu Umar lalu pergi meninggalkannya. Apa yang jelas dari peristiwa ini adalah amalan siyasah(politik) yang berlaku pada saat ibadah haji. Ibnu Umar yang tidak memisahkan siyasah ketika ibadah haji ternyata menggunakan kesempatan haji untuk menilai, menasihati dan memuhasabah pemimpin. Inilah bentuk aktiviti siyasah di dalam Islam.

 

Segala peristiwa ini ada kaitannya dengan politik. Sejarah ibadah haji telah menjadi bukti yang nyata kepada kita bahawa Rasulullah dan para sahabat telah mempersatukan kaum Muslimin di bawah satu kesatuan. Perbezaan suku, bangsa, keturunan, bahasa, status sosial, dan latar belakang budaya terbukti tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk bersatu di dalam menyahut perintah Allah ini. Inilah hakikat yang menunjukkan bahawa umat Islam akan dapat bersatu semula di bawah satu payung pemerintahan apabila tujuan dan matlamat mereka sama, yakni untuk menegakkan syariat Allah dengan melantik seorang pemimpin yang akan melaksanakan pemerintahan dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

 

Khatimah

 

Wahai kaum Muslimin! Ibadah haji sepatutnya menimbulkan

kesedaran bahawa tuhan kita satu, agama kita satu dan kiblat kita juga satu. Umat Islam berkumpul semata-mata kerana seruan Allah. Semoga dengan ibadah Haji kali ini, umat Islam mendapat berkat

terutamanya para jemaah haji. Semakin bertambah ketaatan kaum Muslimin kepada Allah, semakin bersemangat untuk mereka menerapkan syariat Islam, sedia berkorban apa sahaja demi Allah dan Rasul-Nya. Semoga ia menjadi titik permulaan kepada kesatuan umat dalam satu kepimpinan, iaitu Khilafah. Allah Subhanuhu wa taala berfirman: “Berpeganglah kalian semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah kalian bercerai-berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (pada masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, lalu kalian dengan nikmat Allah itu menjadi bersaudara…..” [TMQ Ali-Imran (3):103].

 

WaLlâhu a’lam. []