Posts Tagged ‘berita sana > situ > sini’

shahrizatWanita sedia jadi perisai

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Sesiapa yang mencabuli Perlembagaan Persekutuan bukan sahaja bersalah di sini undang-undang malah disifatkan sebagai menderhaka kepada ibu sendiri.  Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan, ini kerana Perlembagaan Persekutuan adalah ‘ibu’ segala undang-undang di negara ini.  “Perlembagaan Persekutuan melindungi hak dan kepentingan semua rakyat iaitu Melayu, Cina, India serta kaum lain. Sebagai pencinta negara serta srikandi berjasa, Wanita UMNO tidak akan membiarkan kemuliaan dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dicabuli dan dicemari.  ‘‘Saya mewakili lebih 1.3 juta ahli Wanita UMNO akan mempertahan dan menjadi perisai serta benteng kepada Perlembagaan Malaysia terutama Perkara 3, Perkara 152 dan Perkara 153 daripada sebarang tentangan dan penghinaan,” katanya dalam ucapan dasar Persidangan Perwakilan Wanita UMNO di sini hari ini.
Tegas Shahrizat, pergerakan itu tidak akan berkompromi dengan tuntutan sesetengah pihak sehingga mencabuli peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan pada masa sama melindungi kepentingan sah kaum lain mengikut perkara sama.  Beliau turut mengajak semua pemimpin dan ahli Wanita UMNO supaya bersedia berkorban demi mempertahankan semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tentangan dan penghinaan.  “Janganlah kita mengabadikan diri kepada godaan cauvinisme yang murah. Janganlah sesiapa melampaui Perlembagaan negara mahupun prinsip-prinsip sepakat UMNO-Barisan Nasional (BN). Jangan kita terperangkap dengan politik rakus sesetengah pihak yang akan dan sedang memecahbelahkan rakyat Malaysia mengikut kaum dan agama,” katanya.   Menurutnya, Wanita UMNO juga akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.   “Sebenarnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah intipati kepada kejayaan 1Malaysia kerana kepentingan semua kaum diambil kira,” katanya.   Dalam pada itu, suasana persidangan yang sentiasa gamat dengan tepukan gemuruh para perwakilan bertukar ‘irama’ apabila Shahrizat dalam nada sebak menyatakan bahawa seseorang pemimpin itu bukan dipandang mulia kerana pangkat, kuasa dan darjat, tetapi kerana keluhuran dan keperibadiannya.  “Pakaian pemimpin adalah akhlak, pakaian ketua adalah jiwa, pakaian tuai adalah nilai dan pakaian sejati adalah budi.  “Untuk orang lain menghormati orang Melayu, kita mesti membangkitkan semula kemuliaan kaum Melayu yang menjadi pedoman perjuangan zaman dahulu. Tanpa kemuliaan, kita umpama seorang tuan yang penat bekerja meminta orang lain untuk menghormati kita,” katanya.   Shahrizat turut mengajak semua ahli Wanita UMNO menggunakan kekuatan minda, modal intelek serta daya kreativiti dan inovasi untuk bersama-sama mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Sumber: Utusan Malaysia 21/10/10

Wanita UMNO Ingin Jadi Perisai Mempertahankan “Ibu” Kufur?

Apalah ertinya Wanita Umno bersungguh-sungguh kononnya sanggup menjadi perisai mempertahankan “ibu” kufur itu sedangkan secara jelas “ibu” inilah yang menjadi punca dan penyebab berlaku kerosakan kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. “Ibu” inilah sebenarnya yang mengundang murka besar Allah SWT. Perlembagaan Persekutuan yang ada hari ini adalah perlembagaan yang dilahirkan oleh Suruhanjaya Lord Reid. Apakah Wanita Umno yang diketuai oleh Shahrizat begitu jahil mengenai ini? [Lihat: Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.  Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. –http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia].

Jika kita menganologkan masyarakat Jahiliyyah dahulu yang mencipta patung-patung yang mereka sembah dengan tangan-tangan dan akal mereka semata-mata lalu mereka agung dan puja sebagai sembahan mereka maka kedudukan Perlembagaan Persekutuan itu juga memiliki kemiripan yang sama. Suruhanjaya Lord Reid juga telah menggunakan tangan-tangan dan akal-akal mereka untuk melahirkan Perlembagaan Persekutuan dan kemudian ianya ditaati dan diikuti oleh umat Islam di Malaysia sejak merdeka sehinggalah hari ini. Bukankan keadaan ini sesuatu yang amat hina? Firman Allah SWT: 

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah”. [TMQ Al-Maeda (5) :50].

Sedangkan sebagai seorang Muslim kita hanya diwajibkan untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang Islam semata-mata. Firman Allah SWT:

“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”. [TMQ An- Nisa (4) : 65].

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata” . [TMQ Al-Ahzab (33) : 36].

 

Jika Shahrizat dan Wanita Umno benar-benar menggunakan akal yang waras dan secara ikhlas berusaha memahami al-Quran dan as-Sunnah nescaya mereka akan menyedari bahawa perjuangan mereka selama ini adalah perjuangan yang diasaskan kepada asas yang batil. Dan secara pastinya, mereka akan pasti bersedia menjadi perisai mempertahankan hukum Allah yang selama ini mereka abaikan dan bukannya hukum Lord Reid yang sedia ada seperti hari ini.

 

SN Keluaran 24 September 2010

 

alt

 

HUKUM PEMBUNUHAN MENURUT ISLAM


[SN231] Kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain yang dipercayai dibunuh dengan cara yang kejam sememangnya menggemparkan negara. Walaupun kes ini bukanlah kes yang pertama seumpamanya, kerana sebelum ini negara telah pun digemparkan dengan kes Altantuya yang mayatnya diletupkan dengan bom khas yang tidak boleh didapati oleh orang awam. Kematian keempat-empat orang mangsa kali ini amatlah tragis, apatah lagi kerana kesemua mangsa telah dilaporkan hilang beberapa bulan sebelumnya tanpa ada siasatan dari pihak polis. Dalam masa yang hampir sama, negara juga dikejutkan dengan kematian seorang ustazah, Norliza Ishak dan anaknya, yang dipercayai dibunuh oleh jirannya sendiri. Sebelum ini, kita mendengar begitu banyak kes penderaan dan pembunuhan kejam ke atas kanak-kanak, bunuh bayi dan banyak lagi pembunuhan lainnya yang cukup mengerikan. Ini belum mengambil kira kes-kes jenayah lain lagi yang semakin hari semakin menakutkan.

 

Sesungguhnya tidak ada alasan yang lebih sesuai untuk dilontarkan terhadap kes pembunuhan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini kecuali ia adalah natijah penyelewengan manusia dari hukum Allah. Manusia yang menjadi pembunuh tersebut sudah pastinya jenis orang yang tidak mempedulikan hukum Allah, manakala negara pula menerapkan sistem kufur di dalam pemerintahan dengan meninggalkan hukum Islam yang datangnya dari Allah. Inilah natijahnya apabila manusia berhukum dengan hukum sendiri yang kesudahannya akan pasti membawa kepada segala bentuk kerosakan dan kemudharatan. Sautun Nahdhah kali ini ingin menarik perhatian pembaca kepada hukum Islam berkaitan dengan pembunuhan, yang hanya dapat dilaksanakan apabila adanya seorang pemimpin yang beriman dan bertakwa kepada Allah Azza Wa Jalla.

 

Bentuk-bentuk Pembunuhan Di Dalam Islam

 

Menurut Abdul Rahman Al-Maliki di dalam kitabnya Nizamul Uqubat, pembunuhan dapat dikategorikan kepada empat jenis iaitu:-

(i) pembunuhan sengaja (qatlu al-amad)
(ii) mirip sengaja (shibhul amad)
(iii) tersalah (khata’)
(iv) tidak sengaja (ma ujri mujarral khata’).

 

Adalah menjadi perkara yang maklum minaddin bi dharurah (tidak ada alasan untuk tidak mengetahui) bahawa melakukan pembunuhan secara sengaja adalah haram secara qath’ie (pasti). Firman Allah SWT

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93].

Pembunuhan sengaja (al-qatlu al-amad) bermaksud membunuh orang lain dengan sesuatu (alat) yang pada umumnya dapat membunuh orang tersebut atau memperlakukan orang lain dengan suatu perbuatan yang pada umumnya dapat membunuh orang tersebut. Ia boleh dikategorikan kepada tiga macam:-

 

Pertama: Menggunakan alat yang biasanya dapat membunuh seseorang, misalnya pedang, pisau, pistol, bom tangan atau apa sahaja yang biasanya dapat digunakan untuk membunuh. Ini termasuklah memukul orang dengan benda berat dan besar yang boleh mengakibatkan kematian seperti batang besi, batang kayu, tukul, batu besar dan lain-lain.

 

Kedua: Menggunakan alat yang biasanya tidak dapat membunuh akan tetapi ada indikasi lain yang umumnya akan menyebabkan kematian seseorang. Sebagai contoh, penggunaan tongkat yang diperbuat dari besi berat atau yang terdapat paku besar di kepalanya. Begitu juga sekiranya pukulan yang dilakukan adalah berulang-ulang kali yang lazimnya akan menyebabkan kematian meskipun alat yang digunakan adalah tongkat biasa atau batu biasa. Semua ini dianggap sebahagian dari jenis pembunuhan sengaja.

 

Ketiga: Memperlakukan seseorang dengan suatu perbuatan yang biasanya dapat membunuh seseorang seperti mencekik lehernya, menggantung lehernya dengan tali atau melemparkan seseorang dari tempat tinggi seperti dari puncak gunung, bangunan yang tinggi, kapal terbang atau dari kereta yang sedang bergerak laju. Begitu juga dengan menenggelamkan seseorang ke dalam air atau memasukkan seseorang ke dalam api, menghumban seseorang ke kandang singa atau harimau atau binatang berbisa. Juga, boleh jadi dengan cara memenjarakan seseorang dalam tempoh yang lama tanpa diberi makan/minum hingga batas waktu yang tidak mungkin ia dapat bertahan. Jenis perbuatan yang serupa adalah seperti memberi seseorang meminum racun atau makanan yang boleh membunuhnya atau perbuatan apa sahaja yang lazimnya akan menyebabkan kematian. Semua perbuatan yang pada umumya boleh membunuh seseorang adalah tergolong dalam al-qatlu amad. Abu Daud meriwayatkan tentang peristiwa orang Yahudi yang memberikan Rasulullah SAW daging kambing yang beracun, kemudian Abu Salamah berkata tentang peristiwa itu,

“Akhirnya terbunuhlah Basyir bin al-Bara’, kemudian Rasulullah SAW memerintahkan untuk membunuh Yahudi tersebut”.

 

Uqubat (Hukuman) Bagi Pembunuhan

 

Sebelum kami menghurai lebih lanjut akan hukuman ke atas pelaku pembunuhan, perlu kami tegaskan di sini perbezaan di antara undang-undang Islam dengan undang-undang yang diguna pakai di Malaysia pada hari ini. Ada sesetengah orang terkeliru (dan dikelirukan) bahawa undang-undang yang sedia ada adalah bertepatan dengan Islam kerana hukuman bunuh dikenakan ke atas pembunuh. Sesungguhnya hukuman yang ada pada hari ini berbeza sama sekali dengan hukuman Islam dilihat dari sudut mana sekalipun.

 

Pertama: Hukuman sekarang yang diperuntukkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah berasal dari undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh manusia di Parlimen, manakala hukuman dalam Islam adalah berasal dari Allah dan Rasul di dalam Al-Quran dan Al-Hadis.

 

Kedua: Mengikut undang-undang sekarang, pihak yang melakukan tuntutan (pendakwaan) adalah kerajaan (pendakwaraya), bukannya ahli waris (wali) mangsa, sedangkan di dalam Islam, hak pendakwaan terletak di tangan wali.

 

Ketiga: Wali kepada pihak yang terbunuh langsung tidak diberi pilihan memilih hukuman, walhal di dalam Islam, wali mempunyai beberapa pilihan yang diberikan oleh syarak (diterangkan di bawah).

Keempat: Hukuman Allah apabila dilaksanakan ke atas manusia akan menjadi pencegah (zawajir) dan penebus dosa (jawabir) bagi pelakunya di akhirat, sedangkan hukuman sekarang tidak akan membawa apa-apa erti, malah akan menimpakan dosa ke atas pelaksananya kerana jelas sekali mereka tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan.

Berbeza dengan hukum kufur ciptaan manusia yang diterapkan pada hari ini, di dalam Islam, hukuman bagi pembunuhan yang disengaja bukanlah hukuman bunuh semata-mata. Wali (ahli waris) kepada yang terbunuh boleh memilih hukuman sama ada qisas (bunuh balas), atau diyat atau memaafkan. Hak ahli waris diterangkan oleh Allah melalui firmanNya,

“Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33].

 

FirmanNya yang lain,

“Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” [TMQ al-Baqarah (2):178].

 

Adapun mengenai pilihan yang diberikan kepada ahli waris, is diterangkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis baginda,

“Barangsiapa yang terbunuh, maka walinya memiliki dua hak, boleh meminta diyat (tebusan) atau membunuh si pelakunya (qisas) [HR Bukhari].

 

Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khuza’iy, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 

 

“Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh meng-qisas atau mengambil diyat atau memaafkan. Jika ingin yang keempat, maka kuasailah dirinya”.

 

Kesemua ini merupakan dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi al-qatlu al-amad adalah qisas atau pihak wali meminta diyat ataupun memaafkan, yang berbeza sama sekali dengan undang-undang yang diterapkan pada hari ini.

 

Berkenaan diyat, terdapat dua jenis diyat iaitu pertama, diyat berat (mughallazah) yakni 100 ekor unta di mana 40 darinya mestilah bunting. Diyat ini diambil dari pembunuhan yang disengaja (qatlu al-amad) apabila walinya memilih untuk meminta diyat. Diyat ini juga diambil dari pembunuhan mirip sengaja (syibhul amad). Kedua, diyat yang tidak berat yakni 100 ekor unta sahaja. Diyat semacam ini diambil dari kes pembunuhan yang tersalah dan tidak sengaja. Dalil untuk kesemua ini diambil dari hadis Nabi SAW. Diriwayatkan oleh Imam Nasa’iy bahawa Amru bin Hazm meriwayatkan di dalam kitabnya bahawa Rasulullah SAW telah menulis surat kepada penduduk Yaman,

 

“Sesungguhnya di dalam jiwa seorang mukmin itu ada 100 ekor unta”.

 

Dikeluarkan dari Tirmizi dari Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja maka keputusannya diserahkan kepada wali-wali pihak terbunuh. Mereka berhak membunuh (qisas) atau mengambil diyat yakni 30 ekor unta dewasa (hiqqah), 30 ekor unta muda (jaza’ah) dan 40 unta yang sedang bunting, dan mereka juga berhak memaafkannya”.

 

Diyat di sini mestilah berupa unta, bukan yang lain. Ini kerana nas telah menetapkannya demikian. Oleh itu, diyat tidak boleh dibayar dengan lembu, kambing, biri-biri atau haiwan yang lain. Tidak ada dalil dari Rasulullah SAW yang menunjukkan atau membenarkan hal tersebut. Adapun terdapat beberapa riwayat dari Amru bin Syuaib dan juga dari Atha’ dari Jabir yang membenarkan diganti unta dengan lembu dan biri-biri, sesungguhnya hadis-hadis tersebut adalah dhaif kerana terdapat di dalamnya Muhammad bin Rasyid al-Dimasyqiy a-Makhuliy dan juga Muhammad bin Ishaq yang terkenal suka melakukan tadlis (pembohongan). Perlu difahami bahawa kedudukan unta (di dalam diyat) adalah dasar diyat. Ia tidak boleh ditukarkan dengan apa jenis haiwan pun dan atas alasan apa pun.

 

Mengenai diyat wang, maka ia diukur dengan emas sebanyak 1,000 dinar dan perak sebanyak 12,000 dirham. Dalil tentang diyat yang dibayar dengan emas adalah apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dari Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazam dari bapanya dari datuknya,

“Dan bagi orang yang memiliki emas (diyatnya) sebanyak 1,000 dinar”.

 

Sedangkan dalil diyat dengan perak adalah berdasarkan riwayat Ikrimah dari Ibnu Abbas,

“Seorang lelaki telah membunuh, kemudian Nabi SAW menetapkan diyatnya sebanyak 12,000 dirham”.

 

Satu dinar syar’ie adalah setara dengan 4.25 gram emas dan satu dirham syar’ie adalah setara dengan 2.975 gram perak. Oleh itu, diyat bagi pihak yang terbunuh, bila dibayar dengan emas adalah sebanyak 4,250 gram atau jika dibayar dengan perak berjumlah sebanyak 35,700 gram perak. Diyat seorang yang merdeka adalah sama dengan diyat seorang hamba, begitu juga diyat seorang lelaki adalah sama dengan diyat seorang perempuan. Juga, tidak ada perbezaan di antara dewasa dan kanak-kanak atau Muslim dan zimmi, kesemua diyat mereka sama sahaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

“Kaum Muslimin darahnya sepadan”.

Juga sabda baginda,

“Di dalam jiwa seorang mukminah terdapat 100 ekor unta”.

Sabda baginda yang lain,

“Perhatikan orang yang terbunuh kerana pembunuhan yang mirip sengaja, baik terbunuh kerana cambuk mahupun tongkat, maka diyatnya adalah 100 ekor unta.

 

Dalil-dalil ini berlaku umum tanpa dibezakan di antara lelaki mahupun wanita, merdeka mahupun hamba.

 

Pihak Yang Wajib Membayar Diyat

 

Mengenai pihak yang wajib membayar diyat, hal ini perlu dirincikan dan diperhatikan dengan cermat. Untuk kes pembunuhan sengaja (al-qatlu al-amad), diyat diambil dari harta si pembunuh, bukan dari aqilahnya. ‘Aqilah’ adalah pihak asabah  yang memiliki pertalian keluarga dari sebelah bapa (paternal relations/agnates). Adapun adik-beradik lelaki ibu (mother’s brothers) dan lain-lain saudara sebelah ibu (maternal relatives), suami/isteri dan siapa sahaja yang bukan dari sebelah bapa, kesemua mereka tidak termasuk dalam kategori aqilah. Adapun bapa dan anak lelaki bukanlah aqilah kerana aqilah adalah asabah yang tidak mewarisi kecuali bahagian yang ditinggalkan (baki/remainder) sahaja.

 

Dalil bahawa diyat tidak diambil dari aqilah dalam kes pembunuhan sengaja adalah berdasarkan banyak hadis. Antaranya adalah yang diriwayatkan dari Amru bin al-Ahwas bahawa ia hadir pada saat haji wida’ bersama Rasulullah SAW di mana baginda bersabda,

“Tidaklah seseorang pesalah/penjenayah melakukan jenayah kecuali (tertanggung) atas dirinya sendiri. Seorang anak tidak menanggung jenayah bapanya dan seorang bapa tidak menanggung jenayah anaknya”.

 

Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Seorang lelaki (anak) tidak dihukum atas kesalahan bapanya mahupun saudaranya”.

 

Ini adalah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa pembunuhan yang disengaja, diyatnya tidak dibebankan kepada aqilah si pembunuh. Begitu juga di dalam kes pengakuan membunuh (confession) di mana diyatnya tidak dibebani kepada aqilahnya. Dari Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Jangan bebani ke atas aqilah diyat walau sedikit, dari orang yang mengaku membunuh”.

 

Adapun untuk pembunuhan mirip sengaja (syibhul amad), tersalah (khata’) dan juga tidak sengaja (ma ujri mujarral khata’), dalam ketiga-tiga kategori ini, diyatnya adalah terbeban (wajib) ke atas aqilah,. Ini adalah berdasarkan hadis dari Abu Hurairah yang berkata,

“Dua orang wanita dari suku Huzail berkelahi. Salah seorang di antaranya melempar seorang lagi dengan batu. Wanita (yang dilempari batu) itu mati, begitu juga (bayi) yang dikandungnya. Nabi SAW menetapkan bahawa diyat atas janin adalah (membebaskan) hamba lelaki atau perempuan sedangkan diyat bagi wanita itu adalah atas aqilahnya (aqilah si pelempar)”.

 

Difahami dari hadis di atas bahawa membunuh dengan batu adalah termasuk pembunuhan mirip sengaja kerana (melempar) batu lazimnya tidak menyebabkan kematian. Manakala untuk pembunuhan tersalah dan tidak sengaja, terdapat hadis sahih dari Nabi SAW bahawa

“Baginda memutuskan bahawa diyat untuk pembunuhan yang tersalah adalah (dipertanggungjawabkan) kepada aqilahnya”.

 

Sebagai kesimpulan, diyat bagi pembunuhan mirip sengaja, tersalah dan juga tidak sengaja  adalah diwajibkan ke atas aqilah semata-mata, tidak diwajibkan ke atas ahli waris. Jadi, hanya aqilah sahajalah yang mesti membayarnya. Secara terperinci, aqilah seseorang adalah asyeerah (ahli keluarga)nya iaitu adik-beradik lelakinya, bapa saudara sebelah bapa (paternal uncles) dan anak-anak lelaki dari bapa saudara sebelah bapa (sepupu lelaki) sehinggalah kepada datuk yang ketiga (datuk kepada datuk).  Ia bermula dari fakhz (kaum keluarga) yang terdekat. Jika mereka tidak mampu, maka diyat dikumpulkan dari kerabat terdekat yang berikutnya dan seterusnya, yang mukallaf, lelaki dan merdeka dari kalangan asabah nasab (agnates by relation) kemudian asabah sabab (agnates by cause). Jika mereka ini tidak mampu atau tidak ada, maka diyatnya diambil dari Baitul Mal. Disebutkan di dalam hadis Sahal bin Abi Hasyamah tentang seseorang yang terbunuh di Khaibar,

“Kemudian Rasulullah SAW membayar diyatnya dari apa yang ia miliki (Baitul Mal)”.

 

Juga, di dalam hadis Amru bin Syuaib disebut,

“Kemudian baginda membayar diyatnya sebanyak 100 ekor unta dari unta sedekah”.

 

Diyat diambil dari aqilah secara samarata dan diambil dari aqilah yang mampu sahaja. Adapun mengenai persoalan kepada siapakah diyat ini diserahkan, ia diserahkan kepada ahli waris pihak yang terbunuh, bukan kepada aqilah mereka. Ini kerana terdapat hadis yang melarang pembayaran diyat kepada aqilah orang yang terbunuh [sila baca penjelasan penuh di dalam kitab Nizamul Uqubat, Abdul Rahman al-Maliki].

Begitulah serba sedikit penjelasan tentang hukuman bunuh menurut Islam yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini. Melihat kepada kadar jenayah yang semakin meningkat di negara ini, dari satu sudut kita memanglah mengharapkan si pembunuh ditangkap dan dibicarakan segera. Namun, dari sudut yang lain, kita sesungguhnya tidak menginginkan penjenayah ini ‘diadili’ oleh hukum kufur kerana sememangya tidak akan ada keadilan di dalamnya kerana sesungguhnya kita yakin bahawa keadilan itu hanya akan dapat dicapai jika hukum Islam dilaksanakan. Kita juga yakin bahawa selagi hukum kufur ini terus membelenggu kita, maka kes-kes pembunuhan kejam seperti ini tidak akan dapat dihindari. Justeru, tidak ada lagi jalan untuk keluar dari keadaan yang amat buruk ini kecuali kita berusaha untuk menegakkan Daulah Khilafah di mana hanya dengan tertegaknya Khilafah sahajalah, barulah manusia akan benar-benar mendapat keadilan dan dunia ini akan berada dalam kesejahteraan dan kerahmatan kerana di kala itu hukum Allah menjadi hukum yang menaungi kita semua.

gejala-sosial2 rakan lelaki 3 remaja perempuan hilang direman


GEORGETOWN 22 Sept. – Dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur.  Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu yang berasal dari Kampar dan Teluk Intan, Perak, ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.  Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd. Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas dan ditemui dalam sebuah flat di sini semalam.  “Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali di sini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan tiga remaja perempuan terbabit dan polis kini sedang menjalankan siasatan.  Beliau berkata, mereka memberi kerjasama dan mengakui secara rela hati mengikut teman lelaki ke negeri ini pada 14 September iaitu tiga hari selepas mereka dilaporkan hilang. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 21/09/10

Penagih dadah Terengganu meningkat 1,366.67%

KUALA TERENGGANU – Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.  Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).  “Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini.   Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun.  Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. – Bernama

Sumber: KOSMO 20/09/10


Mahasiswa IPTA buang bayi di belakang dapur

KUBANG PASU 19 Sept. – Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat menerima nasib malang apabila dibuang ibunya sendiri di belakang pintu dapur sebuah rumah di Taman Rasa Sayang di sini, semalam.  Tidak cukup dengan itu, seorang gadis dipercayai ibu bayi berkenaan telah berpura-pura kononnya ‘menemui’ seorang bayi di belakang rumah tersebut kira-kira pukul 8 malam semalam.  Difahamkan, bayi tersebut dibuang ibunya sendiri yang merupakan seorang penuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di daerah ini.  Gadis tersebut yang berusia 20 tahun, dikatakan melahirkan bayi tersebut di rumahnya namun bertindak membuang bayinya di belakang rumah itu bagi mengelakkan perkara tersebut diketahui ramai.  Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd. Yusoff memberitahu, bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya, hasil siasatan, polis kemudian menahan seorang penuntut IPTA berusia 20 tahun pada pukul 9 malam bagi membantu siasatan.  “Pelajar terbabit ditahan di kawasan berhampiran dan dia ketika ini menerima rawatan di hospital sama,” katanya.  Ibrahim berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


Sumber: Utusan Malaysia 20/09/10

Kontraktor disyaki dera tunang hamil ditangkap

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Seorang kontraktor ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan hamil yang koma setelah perutnya dipercayai dipijak sehingga bayi dalam kandungannya gugur di Batang Kali dekat sini, Jumaat lalu.  Sumber polis memberitahu, suspek yang ditahan merupakan tunang kepada remaja perempuan berusia 18 tahun itu.  Katanya, lelaki berusia 30-an itu disyaki memukul mangsa menyebabkan tunangnya mengalami keguguran dan tidak sedarkan diri sehingga kini.  Katanya, kontraktor terbabit kini ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.  “Siasatan polis mendapati, mangsa sebelum ini ditemui oleh ahli keluarganya berlumuran darah dalam bilik air di rumahnya di Batang Kali pada pukul 4 pagi, Jumaat lalu.   “Ketika ditemui oleh keluarganya, remaja perempuan itu sedang menggelupur kesakitan dipercayai menghidap sawan sebelum dibaringkan di atas katil. “Ahli keluarga dan jiran mangsa kemudian menyedari wanita itu sedang hamil dan berusaha mengeluarkan bayi dalam kandungan namun tidak sempat setelah kandungannya disahkan gugur,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Sumber berkata, keluarga mangsa kemudian membawa gadis malang dan mayat bayi itu ke Hospital Selayang.   Sehingga kini, katanya, mangsa masih dirawat di hospital dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk terus hidup.  Pada Jumaat lalu, pihak Hospital Selayang membuat laporan polis setelah pemeriksaan mendapati perut remaja perempuan itu ada kesan lebam disyaki dipijak menyebabkan dia mengalami keguguran dan tidak sedarkan diri.

Sumber: Utusan Malaysia 22/09/10

Apa Nak Jadi Dengan 1Malaysia Kebanggaan Najib?

Najib yang terus mengusung ke sana ke mari idea dan gagasan 1Malaysia nampaknya terus dilambakkan dengan 1001 macam masalah masyarakat yang berlaku hampir setiap hari di seluruh negara. Lihat dan perhatikanlah cebisan laporan akhbar di atas.  Pelaku dan mangsa yang terlibat rata-ratanya adalah terdiri dari golongan remaja. Apakah denyut jantung Najib tidak berdegup kencang apabila membaca dan mendengar berita-berita seperti d iatas? Hanya mereka yang pekak, bisu, buta dan mati hatinya sahajalah yang tidak merasa apa-apa dengan kejadian yang berlaku. Sedangkan jika kita perhatikan dengan sudut pandangan Islam ternyata dan terbukti betapa sistem masyarakat yang digunapakai oleh pemerintahan yang diterajui oleh Najib hari ini adalah merupakan sistem yang rosak lagi merosakkan.

Jika kita teliti dan kaji secara mendalam dan cemerlang maka sudah pasti kita akan mendapati bahawa sebenarnya sistem sekular Kapitalisme yang diwarisi oleh Najib hari inilah sebenarnya punca dan penyumbang terbesar kepada masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat hari ini. Tetapi malangnya, sering kali apabila kes-kes seperti di atas diulas dan dibincangkan di mana-mana forum maka ramailah ”tokoh-tokoh yang terpilih” akan menuding 10 jari mereka kesemuanya kepada institusi keluarga, ibu-bapa dan juga individu itu sendiri tanpa ada satu jari pun yang mereka tujukan kepada pemerintah yang ada pada hari ini. Apakah mata tokoh-tokoh yang berbicara ini buta dalam melihat sistem yang diterapkan oleh pemerintah sekular hari ini sebagai penyumbang dan penyebab sebenar kepada masalah ini?

Terlampau jarang kedengaran teguran dan kritikan mahupun muhasabah yang ditujukan kepada pemerintah sekular dalam isu ini. Akibatnya kita dapat menyaksikan secara jelas bagaimana pemerintah sekular hari ini secara berterusan dengan tanpa rasa malu dan bersalah tetap tegar menerapkan dan mempertahankan sistem pemerintahan yang terhasil dari ciptaan akal-akal manusia sedangkan sistem kehidupan selain dari kehidupan Islam yang diturunkan oleh Allah SWT adalah sistem kehidupan jahiliyyah. Firman Allah SWT: ”Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maaidah (5) : 50].

Lihat SN083 – MASYARAKAT JAHILIYYAH DI MALAYSIA

-mykhilafah.com-

qisasMufti Kedah Saran Hukum Qisas Bagi Kesalahan Jenayah Bunuh

ALOR SETAR – Masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, hanya hukuman yang boleh memberi pengajaran kepada pesalah dan orang sekeliling dapat membendung jenayah kejam daripada terus berleluasa.

“Hukuman sedia ada tidak memberi pengajaran sewajarnya kepada masyarakat, tidak hairanlah jenayah makin berleluasa sehingga ada pihak sanggup membunuh warga emas, kanak-kanak mahupun membuang bayi tanpa ada belas kasihan,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin berkata, hukuman Qisas seperti yang termaktub dalam kitab suci adalah sesuai untuk semua zaman, malah Allah SWT telah menyebut bahawa hukuman ini dapat memberi kehidupan yang selesa pada masyarakat.

“Apabila masyarakat melihat kesan daripada hukuman ini, contohnya mencuri hukumannya potong tangan. Mereka akan takut untuk melakukan jenayah itu kerana boleh menyebabkan mereka hilang anggota badan. Oleh itu mereka tidak berani buat begitu pada orang lain kerana hukum balas ini adalah supaya pesalah merasai keperitan mangsa,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin mengulas kejadian tragis yang menimpa jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dipukul, dibunuh dan dibakar selain abu mayat kesemua mangsa dibuang ke dalam sungai, baru-baru ini.

Tragedi yang turut memberi kesan pada masyarakat ialah insiden seorang warga emas wanita, Lian Osman, 74, yang tinggal bersendirian di Yan, mati dibunuh selepas disamun di dalam rumah sendiri pada 15 Ogos lalu.

Kejadian lain membabitkan seorang wanita berusia 26 tahun, Suhana Mohd Shariff dari Kota Tanah, dekat sini, yang ditikam rakan baiknya sendiri sebanyak tujuh kali di perut menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 17.8 sentimeter. Kejadian pada 2 Mei itu menggemparkan rakyat Kedah kerana dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.   Sheikh Muhamad Baderudin berkata, manusia menjadi semakin kejam apabila kehidupan mereka bertunjangkan duniawi sehingga sanggup berbunuhan demi harta kekayaan.

“Banyak faktor yang menyumbang kepada kekejaman, antaranya tekanan hidup, gila harta dan kuasa. Sikap cintakan duniawi punca berlakunya kepincangan dalam masyarakat. Kita sudah hilang nilai-nilai murni dan agama yang sepatutnya dipupuk sejak kecil,” katanya.

Menurutnya, ajaran Islam tidak hanya mementingkan hukuman setimpal, sebaliknya sebelum pesalah dikenakan hukuman, mereka perlu diberi didikan.

“Jika didikan tidak beri kesan, barulah dikenakan hukuman setimpal yang boleh memberi pengajaran. Ini termasuk gejala sosial seperti buang anak dan berzina,” katanya.

Sheikh Muhamad Baderudin turut kesal kerana perbuatan kejam yang banyak dipaparkan di dada akhbar menunjukkan realiti kepincangan masyarakat kini.

“Orang yang bertamadun tidak akan melakukan kekejaman yang melampau,” katanya.

Sumber: Sinar Harian: 17/09/10

Saranan Pak Mufti Itu Sewajibnya Diarahkan Kepada Najib

Qisas itu satu kewajiban! Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang Yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) Dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. [TMQ Al Baqarah (2) : 178].

Tidak ada istilah saranan sebenarnya. Tambahan pula adalah tidak kena tempat dan gayanya apabila Mufti Kedah menyarankan masyarakat kini harus kembali kepada ajaran al-Quran dengan melaksanakan hukum Qisas atau hukum balas bagi kesalahan jenayah melampau yang disifatkan kejam dan di luar tabii. Ini kerana hakikatnya bidang kuasa untuk menerapkan sesuatu hukuman itu adalah wilayah dan tanggungjawab pemerintah. Dalam konteks negara Malaysia ini, sewajarnya pihak mufti secara khusus menyatakan dan mengarahkan seruan ini kepada Najib, bukan kepada pihak lain. Sewajarnya seruan itu dikumandangkan dan diperjuangkan oleh beliau dan oleh seluruh umat Islam yang lainnya dan tidak seharusnya bersifat bermusim.

Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna telah menjelaskan bahawa bentuk ‘uqubat di dalam Islam itu ada empat iaitu hudud, qisas, takzir dan mukhalafat.  Falsafah sistem ‘uqubat dalam Islam adalah sebagai zawajir (pencegah) dan jawabir (penebus). Ia disebut sebagai zawajir kerana jika diterapkan hukuman tersebut maka ia akan mampu mencegah orang lain dari berkeinginan untuk melakukan kesalahan yang sama. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT: “Dan dalam hukuman qisas iu terdapat kehidupan bagi kalian wahai orang-orang yang beraqal supaya kamu bertakwa”. [TMQ al-Baqarah (2) : 179].

Ia juga berfungsi sebagai penebus (jawabir), yakni hukuman yang dijatuhkan di dunia atas kejahatan yang dilakukan itu akan dapat menghapuskan hukuman di akhirat yang jauh lebih berat dan dahsyat. ”Hukuman di
dunia telah menjadi kafarah bagi hukuman di akhirat” [HR.Bukhari].

Wahai Pak Mufti! Wahai seluruh umat Islam! Hukuman Islam yang berfungsi sebagai zawajir dan jawabir itu akan pasti menyelamatkan individu khususnya dan masyarakat amnya, menjamin keadilan bagi mangsa dan  menyelamatkan si pesalah. Inilah yang dikatakan bahawa sistem ‘uqubat Islam itu mencakupi wilayah dunia dan juga akhirat. Inilah keunggulan sistem ‘uqubat Islam.

Rasulullah SAW pernah mengibaratkan masyarakat itu seperti sebuah perahu yang penuh dengan penumpang. Penumpang di sebelah bawah perlu mendapatkan air minuman dari tingkat atas perahu tersebut. Jika ada salah seorang penumpang yang mengambil jalan pintas untuk mendapatkan air, dengan menebuk bahagian bawah perahu tersebut, maka dia mesti dicegah. Jika tidak, maka air akan memasuki perahu tersebut sehingga akhirnya tenggelam. Bukan hanya orang yang menebuk perahu itu saja yang akan tenggelam, tetapi seluruh penumpang yang ada di dalam perahu/kapal.

Sistem hukuman yang tidak sempurna, secara umumnnya, memiliki ciri:

1.    Tidak mampu mencegah kemaksiatan.
2.    Tidak mampu membuatkan pelakunya insaf.
3.    Tidak dapat menghalang kejahatan dan kejahatan muncul di serata tempat secara kolektif.

Setiap manusia pasti mengharapkan kehidupan yang tenteram dan aman. Suasana ini akan hanya dapat diberikan oleh sebuah sistem hukuman yang adil. Masyarakat yang mendambakan kehidupan seperti itu terlebih dahulu mestilah terikat dengan hukum dan sistem yang diturunkan oleh Allah SWT. Bagi umat Islam, keterikatan dengan hukum Islam adalah merupakan konsekuensi dari aqidah yang diyakini. Sudah cukup banyak dan berbagai kemaksiatan terjadi di bumi ini, apapun bentuknya, siapapun pelakunya, yang kita tidak ketahui adalah bila ia akan segera berakhir. Sesuatu hukuman itu mestilah “digantung” pada satu prinsip – untuk menghilangkan kesamaran dan kesimpang siuran. Sungguh naif apabila sesuatu sistem hukuman itu dijalankan sesuai dengan proses kognitif subjek yang menegakkannya. Ini hanya akan menimbulkan kecenderongan pada suatu pihak dan ia malah akan memperpanjangkan lagi masalah. Apa yang pasti ialah bahawa sistem Islam memberikan solusi yang terbaik untuk kehidupan manusia buat selama-selamanya. Hukum Allah adalah hukum yang absolut. Ia tidak cenderung kepada mana-mana manusia kerana ia datang dari Allah Maha Pencipta! Firman Allah SWT: “Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”. [TMQ Al Maa-idah (5) : 50]. Lihat SN 126: Qisas Itu Wajib!

kes-rogolPakaian bukan punca wanita dirogol: WOA

KUALA LUMPUR: Masyarakat harus mengubah persepsi faktor pakaian menjadi punca utama kes rogol di kalangan wanita sebaliknya perlu melihat pemikiran pelaku jenayah terbabit, kata Pengurus Projek dan Tadbir, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WOA), Annie Varghese.

“Jika faktor pakaian dikatakan sengaja memberi peluang untuk dirogol, bagaimanakah dengan kejadian membabitkan murid sekolah beruniform lengkap ataupun warga emas? “Ibu bapa, guru dan pentadbir negara perlu memahami konteks berkenaan, sekali gus mengambil langkah sewajarnya bagi mengikis efahaman atau pandangan terbabit,” katanya ketika ditemui dalam program Malaysiaku-Festival Raikan Hari Malaysia, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes rogol meningkat setiap tahun iaitu 3,098 kes pada 2007 berbanding 2,454 kes tahun sebelumnya dan ia semakin membimbangkan.

Selain itu, beliau berkata, wanita tidak seharusnya dibebani perasaan bersalah atas perilaku suami apabila wujudnya segelintir isteri menganggap diri adalah punca berlakunya keganasan dalam rumah tangga.

Sumber: Harian Metro 17/09/10

Kes Rogol Adalah Salah Satu Natijah Daripada Penerapan Sistem Sekular

Beginilah akibatnya jika akal-akal manusia dijadikan sebagai kata pemutus sekaligus menjadi standard hukum di dalam kehidupan. Akan ada beragam jawapan dan analisis yang diketengahkan untuk membuktikan hujah masing-masing dalam memberi jawapan bagi punca suatu permasalahan. Jika dahulu, ketika isu rogol menjadi isu panas di dada-dada akhbar dan media massa tanah air, maka ketika itulah datang pelbagai komen daripada banyak pihak yang cuba menganalisis faktor dan punca permasalahan serta cara-cara untuk menanganinya. Antara punca yang disabitkan dalam isu rogol ialah kurangnya pendidikan agama dan nilai-nilai moral di dalam masyarakat, ibubapa kurang menjaga anak-anak sehingga mereka terlalu bebas, meningkatnya budaya hedonisma dan pengaruh luar dalam masyarakat Malaysia serta banyak lagi. Isu penerapan sistem sekular dan gagalnya sistem ini dalam membentuk masyarakat yang berakhlak langsung tidak disentuh sama sekali! Walhal ianya merupakan faktor terbesar yang menjadi punca kepada permasalahan ini!

Solusi-solusi yang diketengahkan pula langsung tidak menyelesaikan permasalahan ini hingga ke akar umbinya. Apa yang lebih melucukan ialah wujud pihak yang meminta agar para wanita memakai cawat besi untuk mengelakkan dari dirogol. Begitu dangkal sekali!

”Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusi, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. [TMQ Ar-Rum(30): 41]

Muhammad Ali Asshabuni di dalam Shafwah at-Tafasir menyatakan, bahawa yang dimaksud dengan bima kasabat ayd an-nas dalam ayat ini adalah bi sababi ma’asi an-nas wa dzunubihim (kerana kemaksiatan-kemaksiatan dan dosa-dosa manusia). Maksiat adalah setiap pelanggaran terhadap hukum Allah SWT, iaitu dengan melakukan keharaman dan meninggalkan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan bagi pelakunya akan mendapat dosa. Seharusnya ini difahami oleh kita semua khususnya para penguasa umat Islam saat kini, bahawa tidak diterapkannya syariat Islam secara keseluruhan akan mendatangkan pelbagai musibah dan bencana bagi umat manusia. Dan Islam tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya tanpa Khilafah.

Isu rogol adalah salah satu masalah dari sekian banyaknya masalah yang melanda umat Islam ketika ini. Lihatlah bagaimana jenayah, kecurian, rompakan, pembunuhan dan banyak lagi tidak kunjung selesai.  Bahkan kes terbaru kematian jutawan wanita Datuk Sosilawati yang memenuhi akhbar-akhbar tempatan membuka mata kita tentang keselamatan dan keamanan di dalam sistem sekular saat ini. Sifat rakus, tamak, dengki dan cinta dunia tertanam di dalam jiwa masyarakat yang akan selalu mendatangkan kemudaratan, kecuali bagi golongan orang-orang yang mempunyai kesedaran di dalam diri mereka – mereka yang mampu berfikir dengan nuansa keminanan. Semoga kita semua tergolong daripada golongan tersebut yang berjuang untuk mendirikan semula Daulah Islam yang akan memberi kesejahteraan kepada umat manusia dalam segenap aspek.

-mykhilafah.com-

seks-bebasLima remaja hamil akan daftar masuk Sekolah Harapan esok

JASIN 19 Sept. – Seramai lima remaja yang sedang hamil akan menjadi pelajar kumpulan pertama yang mendaftar masuk ke Sekolah Harapan di Jalan Pegawai di sini yang ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada golongan berkenaan. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mencetuskan idea penubuhan sekolah tersebut berkata, remaja berkenaan yang berusia antara 16 dan 17 tahun akan ditemani keluarga masing-masing ketika mendaftar.  “Empat daripada mereka akan bersekolah dalam Tingkatan Lima dan seorang di Tingkatan Empat.  “Mereka masing-masing dari Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tahlil dan meninjau operasi sekolah tersebut hari ini. Sekolah Harapan itu yang dibuka Jumaat lepas dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Melaka, beroperasi di dua bangunan lama milik Syarikat Air Melaka Berhad yang diubah suai menjadi sekolah berserta sebuah asrama. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 19/09/10

Sekolah Harapan: Hanya Untuk Memperpanjangkan Hayat Kebobrokan Sistem Kapitalisme

Hebat sungguh Ali Rustam dengan idea “canggihnya” menubuhkan Sekolah Anak Luar Nikah (SALUN). Mungkin beliau melihat seolah-olah usahanya itu adalah terbaik dan terhebat untuk tahun 2010 ini. Tetapi sebagai seorang Muslim beliau seharusnya melihat isu ini dari sudut pandangan Islam dan bukannya dari kaca mata Kapitalisme . Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna telah menurunkan seperangkat sistem yang wajib diterapkan di dalam kehidupan manusia samada diperingkat individu, masyarakat mahupun negara. Ini termasuklah untuk menyelesaikan penyakit ataupun masalah yang muncul dari penyimpangan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Persoalan ini sebenarnya termasuk di dalam perbincangan sistem sosial Islam dan ianya juga terkait dengan sistem ‘uqubat Islam.

Jika kita memperhalusi isu ini dari dasarnya dan dari sudut pandangan Islam maka kita akan mendapati bahawa tindakan Ali Rustam mewujudkan Sekolah Harapan ini akan hanya menimbulkan 1001 macam masalah baru kepada masyarakat. Sebelum cetusan idea songsang ini dimuntahkan oleh Ali, sebenarnya Malaysia telahpun mempunyai banyak pusat-pusat penjagaan yang diwujudkan oleh orang-orang persendirian mahupun NGO-NGO yang ada bagi menampung kelahiran anak-anak luar nikah dan juga wanita-wanita mahupun para remaja yang bermasalah. Kewujudan pusat-pusat ini sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah anak luar nikah ini malahan jika diteliti dengan lebih telus dan jujur ia hanya akan memperpanjangkan tempoh hayat sistem Kapitalisme yang ada pada hari ini, di mana sebenarnya inilah yang menjadi punca kepada kerosakan yang berlaku.

Masyarakat sekular hari ini, terutamanya para pemimpin sekular yang ada tidak merasakan isu perzinaan sebagai satu pelanggaran terhadap syariat Islam yang wajib diselesaikan mengikut acuan dan hukuman Islam. Para pemimpin yang berkuasa hari ini hanya melihat Islam itu dalam konteks fikrah semata-mata tetapi tidak mengambil thariqahnya sekali. Sedangkan Islam adalah suatu mabda yang mengandungi fikrah dan thariqah yang wajib diambil secara keseluruhannya samada oleh individu, masyarakat dan juga negara. Inilah punca tercetusnya idea rosak itu sebenarnya. Sewajibnya Ali sebagai salah seorang yang memegang kekuasaan berusaha ke arah penerapan Islam dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara secara menyeluruh. Inilah sepatutnya yang dilakukan oleh Ali dan bukannya membuka SALUN seperti apa yang telah beliau lakukan itu. Islam sebagai suatu mabda yang datang dari Allah SWT telah merincikan perkara ini secara tuntas dan sempurna. Hanya mereka yang kafir atau zalim ataupun fasik sahaja yang akan mengabaikan penerapan sistem dan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT Rabb yang menciptakan manusia, alam dan kehidupan ini.   Lihat: SN228 – BUANG BAYI – NATIJAH DARI DIBUANGNYA HUKUM ALLAH!

SN Keluaran 17 September 2010

alt

TANPA KHILAFAH, ISLAM TERUS DIHINA
[SN230] Pada akhir Ramadhan yang lalu hinggalah menjelang Syawal, untuk ke sekian kalinya umat Islam diuji keimanan dan kesabarannya. Kali ini adalah angkara rancangan biadab sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat. Terry Jones, paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi 11 September 2001 dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa). Sebelumnya, iaitu pada akhir bulan Julai lalu, mereka melakukan propaganda keji dan permusuhan terhadap Islam dengan menyatakan “Islam is Of The Devil” (Islam adalah syaitan). Terry Jones menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas aksi keganasan terhadap World Trade Center di New York. “Islam adalah syaitan. Agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama kekerasan”, katanya ketika wawancara dengan CNN. Dalam laman webnya, mereka mengemukakan sepuluh alasan mengapa Al-Quran mesti dibakar. Di antaranya, Al-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan. Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Barat. Rancangan gila Jones ini mengundang kritikan hebat dari umat Islam di seluruh dunia. Malangnya pentadbiran AS langsung tidak mahu bertegas dengan Jones atas alasan ‘kebebasan’ di bawah sistem demokrasi yang mereka amalkan. Setelah kecoh dunia dibuatnya, Jones bagaimanapun membatalkan rancangannya di saat akhir.

Namun demikian penghinaan terhadap Islam tetap berlaku pada 11 September lepas, oleh sekumpulan ekstremis Kristian di AS. Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee. Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat senaskhah Al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11. Sambil mengoyak, mereka menjerit, “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan”. Seorang daripada mereka kemudian berkata, “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (WTC) musnah kerana Al-Quran dan ajarannya “. Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid di tapak berhampiran Ground Zero (tempat runtuhnya WTC) mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah Al-Quran sebelum membakarnya. Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya. Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah Al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu’ [BH13/09/10].

Penyakit Islamophobia

Langkah gereja Dove World Outreach Center dan juga tindakan biadab beberapa orang paderi yang mengoyak dan membakar Al-Quran menunjukkan betapa Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) telah merebak luas di kalangan orang Amerika, khususnya ekstremis Kristian. Apa yang dilakukan oleh puak gereja itu sesungguhnya tidak terlepas dari rencana global AS untuk ‘memangsakan’ Islam setelah serangan 11 September 2001 yang didakwa kononnya dilakukan oleh ‘teroris’ Muslim. Dunia mengetahui bahawa sejak serangan 9/11, AS melancarkan kempen war on terrorism dengan menjadikan Islam sebagai sasaran. Seluruh dunia menyaksikan bagaimana George W Bush dengan jelas menjadikan war on terrorism ini sebagai ‘perang salib’ baru terhadap Islam yang seterusnya menzahirkan Amerika sebagai sebuah negara penjajah yang buas lagi ganas.

AS telah menghancurkan Afghanistan dan Iraq dan membunuh lebih dari 1.5 juta nyawa yang tidak berdosa dengan cara yang amat kejam serta menjadikan kesemua infrastruktur di kedua negara tersebut hancur luluh. Dunia Islam hingga kini masih dilanda derita nestapa yang belum ada penghujungnya hasil dari perbuatan jahat AS ini. Di sebalik kejahatan nyata AS ke atas umat Islam ini, masih ada segelintir paderi di AS yang buta kayu cuba mengaitkan Islam dengan keganasan! Tindakan mereka ini sesungguhnya membuktikan kebenaran firman Allah SWT terhadap mereka,

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah senang kepada kalian hingga kalian mengikuti agama mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Allah SWT juga menegaskan lagi hakikat mereka itu dalam firmanNya,

Mereka (kaum kafir) tidak pernah berhenti (menimbulkan) kemudaratan atas kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi” [TMQ Ali Imran (3):118].

Sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa ingat akan firman Allah ini dan sentiasa waspada terhadap golongan kuffar ini. Ternyata, walaupun Jones telah membatalkan hasratnya, namun masih tetap ada paderi yang meneruskan apa yang Jones hajatkan. Ini membuktikan bahawa kebencian mereka terhadap Islam tidak pernah ada titik noktahnya.

Dari segi politik, jika kita amati betul-betul apa yang cuba dilakukan oleh Jones, kita akan faham bahawa Jones ‘tidak bersendirian’ dalam hal ini. Sekiranya si paderi gila ini tidak mendapat ‘sokongan’ dari institusi pemerintahan dan juga pihak media Barat, mana mungkin percubaannya yang tak masuk akal ini mendapat liputan yang begitu meluas? Di dalam ucapannya sempena menyambut ulang tahun kesembilan memperingati peristiwa serangan 11 September yang menyebabkan ketegangan agama, Presiden Barrack Obama menegaskan bahawa AS tidak akan pernah berperang dengan Islam. “Sebagai rakyat Amerika, kami tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam,” kata Obama. “Serangan yang menimpa kami pada 11 September itu bukan berupa serangan keagamaan. Ia dilakukan oleh Al-Qaeda, iaitu sekumpulan lelaki yang menyelewengkan agama,” katanya [AFP]. Kata-kata ini tidak ada bezanya dengan ucapan John Brennan, penasihat kanan kepada Obama dalam isu terrorism ketika menyemak semula sebahagian dari dokumen baru ‘The National Security Strategy’ (Strategi Keselamatan Nasional) yang diisytiharkan oleh Obama pada akhir Mei lepas yang menyebut bahawa the United States ‘does not consider itself at war with Islam’ (AS tidak menganggap dirinya berada dalam keadaan perang dengan Islam). Selanjutnya, disebut “we have never and will never be at war with Islam” (kami tidak pernah dan tidak akan berperang dengan Islam).

Alangkah indahnya permainan kata-kata ini! Bagi Obama dan juga Brennan, pembunuhan langsung yang dilakukan oleh AS ke atas ratusan ribu umat Islam yang terdiri dari wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua yang tidak berdosa di Iraq dan Afghanistan bukanlah peperangan terhadap Islam! Ini belum lagi mengambil kira peperangan (dan pembunuhan) ‘tajaan’ AS di Pakistan, Palestin, Turki dan beberapa negara bergolak lainnya, yang kesemuanya dilakukan ke atas umat Islam. Jika ini semua bukannya peperangan ke atas Islam, lalu peperangan ke atas siapakah ini, ke atas Hindu, Buddha atau Yahudi? Orang buta sekalipun mengetahui akan kemunafikan AS ini!

Apakah Reaksi Kita?

Wahai kaum Muslimin! Sudah tidak terhitung rasanya penghinaan yang dilakukan oleh golongan kuffar ke atas agama Allah. Mereka semakin berani menghina Rasulullah SAW secara terang-terangan, dan kini untuk ke sekian kalinya Al-Quran pula dihina secara terang-terangan oleh musuh Allah ini. Hal ini amatlah menyakitkan kita, namun apa yang lebih menyakitkan ialah apabila kita menyaksikan para pemimpin kaum Muslimin yang begitu ramai masih tetap berpeluk tubuh, malah masih menjalin hubungan intim dengan Barat. Jika ada pun ketidaksetujuan, ia hanya dinyatakan dalam nada yang sungguh lembut dan merdu oleh pemimpin-pemimpin bacul ini. Tidak akan ada amaran atau gertakan dari mereka, apatah lagi untuk mengambil tindakan politik bagi menutup mulut si penghina Islam itu. Jauh sekali jika kita ingin mendengar seruan jihad dilaungkan oleh para pemimpin pengecut ini untuk ‘mengajar’ puak kuffar yang biadab tersebut. Sesungguhnya para pemimpin umat Islam hari ini sudah langsung tidak mempedulikan penghinaan yang dilakukan oleh golongan kafir ke atas kitab suci Al-Quran mahupun ke atas Rasulullah SAW. Mereka sebaliknya bersekongkol dengan Barat untuk menjahanamkan umat Islam atas alasan memerangi pengganas. Para pemimpin ini lebih sibuk menjaga tuan mereka (AS) daripada menjaga kesucian Al-Quran itu sendiri. Dengan berlakunya begitu banyak peristiwa penghinaan ke atas Islam dewasa ini dan dengan diamnya para pemimpin umat Islam hari ini, apakah kita masih mengharapkan mereka untuk menjaga Islam? Sudah terang lagi bersuluh bahawa umat Islam tidak memerlukan pemimpin seumpama ini!

Sebagai reaksi dari kebiadaban segelintir paderi yang menghina Al-Quran ini, kita telah menyaksikan kemarahan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia. Umat Islam semakin sedar bahawa pemimpin mereka tidak pernah menjaga Islam. Umat Islam juga semakin sedar bahawa isu kita cuma satu sahaja, yakni Islam. ‘Islam’ adalah isu umat Muhammad yang bersifat sejagat tanpa mengira negara di mana mereka tinggal, tanpa mengira bangsa atau keturunan. Ringkasnya, jika Islam dihina, maka sesiapa sahaja yang mengucap syahadah akan bangkit mempertahankannya tanpa mengira tempat. Jika Al-Quran dihina, umat Islam semakin sedar bahawa kitab suci itu bukan kitab orang Arab, Iran atau Pakistan semata-mata, tetapi ia adalah kitab kita umat Islam. Jika Rasulullah yang dihina, umat Islam semakin sedar bahawa yang dihina itu bukan Nabi orang Arab atau Nabi orang Melayu atau Nabi orang Afrika, tetapi itu adalah Nabi kita umat Islam. Pendek kata, semakin kuat penghinaan berlaku ke atas Islam, arus kebangkitan Islam semakin dapat dirasakan. Dan arus kebangkitan ini sudah tidak lagi mengira sempadan. Yang masih menjadi benteng kepada kebangkitan umat Islam adalah pemimpin-pemimpin jahat yang memerintah negara-bangsa berdasarkan hukum kufur. Merekalah yang menjadi tembok penghalang kepada penyatuan umat Islam untuk bernaung di bawah satu payung pemerintahan.

Istiqamah Berjuang Hingga Tegak Khilafah Sebagai Penyelesaian

Wahai kaum Muslimin! Bangkitlah demi mempertahan dan memperjuangkan Islam. Bangkit dan berjuanglah secara istiqamah (konsisten). Bagaimana mungkin sebahagian dari kalian masih boleh berdiam diri menyaksikan kebiadaban kuffar menghina kitab suci kalian? Sebahagian dari kalian pula masih menjadikan ‘emosi sesaat’ sebagai perjuangan di mana kalian sungguh-sungguh marah tatkala Al-Quran dihina, namun setelah isu ini reda, kemarahan kalian pun ikut reda. Janganlah kalian terus dihinggapi penyakit wahn (cinta dunia dan takut mati) yang menyebabkan kalian langsung tidak bernilai di sisi Allah. Tanyalah diri kalian sudah berapa lama kalian hidup demi mencari dunia dengan meninggalkan akhirat? Muhasabahlah diri sendiri, selama ini apakah usaha yang telah kalian lakukan untuk menegakkan agama Allah? Renungilah diri kalian sejauh manakah langkah yang telah kalian ambil demi meletakkan agama Allah sebagai agama yang paling tinggi? Hizbut Tahrir telah lama menyeru kalian dan Hizbut Tahrir tidak akan berhenti melakukannya, namun sejauh manakah kalian telah menyahut seruan kami untuk bergerak mengembalikan semula kehidupan Islam dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah? Sesungguhnya perjuangan untuk menegakkan agama Allah ini memerlukan usaha yang gigih dan istiqamah dari kaum Muslimin. Bagaimana mungkin panji-panji Islam dapat ditegakkan sekiranya perjuangan hanyalah berdasarkan emosi yang bersifat sementara? Sungguh amat mengecewakan apabila ada di kalangan kaum Muslimin yang, apabila diajak untuk istiqamah berjuang untuk mendirikan Daulah Khilafah bagi mengembalikan semula kemuliaan dan kekuatan Islam, mereka tetap berdiam diri, malah lebih buruk, ada pula yang cuba menentang. Sebahagian dari mereka pula, apabila di ajak untuk istiqamah berjuang dengan Islam, pelbagai alasan diberikan yang menunjukkan diri mereka dibelit rasa cinta dunia dan takut mati.

Selama mana umat Islam masih dibelenggu dengan kecintaan kepada dunia dan selama mana pemimpin umat Islam masih menjadi hamba kepada Barat, maka selama itulah agama suci kita ini akan terus dihina oleh musuh Allah tanpa pembelaan. Sesungguhnya golongan kuffar laknatullah tidak akan berani mencabuli kesucian Islam jika Negara Khilafah sudah wujud, sebagaimana takutnya mereka kepada Daulah Khilafah suatu ketika dahulu. Lihat sahaja bagaimana pengajaran yang diberikan oleh Rasulullah SAW terhadap Yahudi Bani Qainuqa’ akibat dari penghinaan mereka terhadap seorang Muslimah, di mana Rasulullah SAW terus mengisytiharkan jihad ke atas golongan terkutuk itu. Begitu juga dengan peristiwa pembukaan kota Amuriyah oleh Khalifah Mu’tasim melalui jihad fi sabilillah, yang berpunca dari puak Rom menghina seorang Muslimah. Jika ‘pengajaran’ yang keras diberikan oleh Rasulullah hanya akibat seorang wanita Islam dihina, maka apatah lagi penghinaan yang dilakukan oleh puak celaka ini terhadap Kitab suci umat Islam, Al-Quranul Kareem. Jihad adalah setuntas-tuntas jawapan bagi mereka. Namun tidak ada seorang pun pemimpin Islam yang melakukannya. Betapa jauhnya pemimpin ini dari ajaran Rasulullah!

Oleh sebab musuh Allah ini tahu bahawa semua pemimpin dunia Islam yang ada adalah pengecut dan tidak akan mempertahankan Islam, malah hanya mementingkan diri sendiri dan tunduk kepada Barat, maka segala racangan jahat mereka dapat diteruskan dengan mudah. Pemimpin kaum Muslimin hanya lebih berminat untuk berdialog mencari titik temu dengan puak kuffar, walaupun di saat Islam dihina dengan hebat atau pun di saat darah umat Islam ditumpahkan dengan sewenang-wenangnya oleh golongan kuffar di depan mata mereka sendiri. Inilah sikap pemimpin umat Islam saat ini yang telah meninggalkan jihad dan melanggar perintah Allah yang bersifat qat’ie (tegas), walhal puak kuffar itu adalah kafir harbi yang wajib diperangi sebagaimana firmanNya,

Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah (kesyirikan) dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah” [TMQ al-Anfal (8):39].

FirmanNya yang lain,

Jika mereka merosak sumpah (janji)nya sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agamamu, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, karena sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang (yang tidak dapat dipegang) janjinya, agar mereka berhenti” [TMQ at-Taubah (9):12].

Selagi mana ada pemimpin yang tidak kembali kepada hukum Al-Quran, begitulah pastinya kesucian Islam akan terus dicabuli berulang-ulang kali oleh pihak musuh.

Khatimah

Wahai Musuh Allah! Pada hari ini kamu boleh menghina kitab kami, kamu boleh menghina Rasul kami, membunuh kaum lelaki, wanita dan anak-anak Muslim kami, menyeksa dan memenjarakan saudara-saudara kami serta merampas sumber alam dan tanah-tanah kepunyaan kami.  Ini semua kerana adanya pengkhianatan dari pemimpin-pemimpin kami yang bacul. Tetapi ingatlah dan sedarlah kamu bahawasanya perkara ini hanyalah sementara sahaja.  Kebangkitan Islam sedang berlaku dan penyakit wahn itu sedang dirawat dan sedang mencair secara perlahan-lahan dengan ikatan pemikiran dan akidah Islam yang menebal dan kian utuh di kalangan umat Islam.  Kamu sudah tentunya menyedari akan hal ini, maka sebab itulah kamu melancarkan peperangan menentang keganasan dan membelanjakan wang berbillion-billion untuk memastikan Khilafah tidak akan muncul. Nantilah wahai musuh Allah! Tatkala kemenangan dari Allah Azza Wa Jalla telah tiba bagi kami dengan terlantiknya seorang Khalifah, maka di saat itu perisai kami telah kembali. Sang Khalifah akan menyeru dan menyatukan negeri-negeri kami di bawah satu pemerintahan. Daulah Khilafah yang terbentuk itu akan mengerahkan segenap kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraannya untuk membebaskan seluruh tanah kami yang kamu kuasai. Khalifah dan tenteranya akan menjaga kemuliaan dan kesucian Islam dan umatnya, seterusnya akan ‘mengajar’ kamu agar kamu jangan sekali-kali bermain dengan api kerana sesungguhnya api itu akan pasti membakar kamu. Ingatlah wahai musuh Allah! Khalifah yang akan berdiri tidak lama lagi akan berhukum dengan hukum Allah dan akan mengikuti jalan kenabian dan melalui tangannyalah kamu akan dikembalikan ke tempat kamu yang sewajarnya,

Wahai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah jahannam dan itu adalah seburuk-buruk tempat kembali” [TMQ at-Tahrim (66):9].

Posted by: muhammadghazi

___________________________________________________

Assalamualaikum,

Pertamanya ingin saya jelaskan sejelas-jelasnya bahawa penulisan ini langsung tidak berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak. Kedua, saya langsung tidak berniat untuk mencetus api permusuhan melalui penulisan ini. Ketiga, seruan saya pada kali ini langsung tidak mempunyai motif politik demokrasi kepartian. Keempat, saya bukanlah ejen yang diupah oleh mana-mana pihak untuk menulis demi kepentingan parti lawan. Kelima, pendirian saya terhadap demokrasi dan juga jalan menuju kebangkitan tetap sama seperti sebelum ini. Keenam, saya mohon supaya rakan-rakan seperjuangan daripada PAS supaya menerima penulisan ini sebagai nasihat daripada saudara seaqidah yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan melainkan kepentingan Islam. Ceritanya begini… Saya mempunyai sebuah akaun dalam laman rangkaian sosial dan saya mempunyai rangkaian kenalan yang terdiri daripada latar belakang yang pelbagai. Salah seorang daripadanya merupakan seorang penyokong kuat DAP – salah satu daripada komponen yang membentuk Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS. Kita semua sudah maklum akan fakta-fakta berikut.

 

1) DAP memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

2) DAP mendokong perlembagaan berparlimen dan memperjuangkan kesamarataan melalui konsep “Malaysian Malaysia” dan terkini “Middle Malaysia”.

3) Pimpinan DAP pernah mengeluarkan kenyataan membantah pelaksanaan hudud (apatah lagi syariah Islam) sekeras-kerasnya.

 

Antara ucapan yang dapat saya nukilkan termasuklah kenyataan “Langkah mayat saya dahulu…”. Terkini isu hudud ini kembali bangkit apabila Karpal Singh mengemukakan pandangan beliau berkenaan hudud. Hudud tidak dapat menyelesaikan masalah sosial katanya. Bertitik tolak daripada pernyataan tersebut maka timbullah polemik berkenaan isu hudud ini. Pihak BN khasnya UMNO memainkan isu ini habis-habisan demi kepentingan politik mereka. Saya meragui keikhlasan mereka dalam memperjuangkan isu hudud ini. Saya dapati kebanyakan mereka (dan bukan semua ya…) memainkan isu ini semata-mata untuk mengenakan PAS serta menarik sokongan Melayu Muslim kembali kepada mereka. Jika benar mereka memperjuangkan Islam, mengapa sehingga ke hari ini mereka masih bersungguh-sungguh mempertahankan perlembagaan kufur yang jelas bertentangan dengan Islam? Berbalik kepada kenalan saya itu (merangkap penyokong tegar DAP), beliau memaparkan sebuah artikel yang dipetik daripada laman rasmi DAP Malaysia berkenaan isu hudud. Artikel tersebut merupakan pernyataan media (media statement) yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 22 Ogos 2010. Bagi saya, tiada apa yang baru pada artikel tersebut, kerana saya sudah benar-benar faham akan ideologi yang didukung oleh DAP melalui perlembagaan parti dan juga kenyataan pemimpin-pemimpin mereka.

 

Namun apa yang menyebabkan saya tertarik untuk berkongsi tentang isu ini dalam penulisan kali ini adalah disebabkan oleh komen-komen yang menyusul di bawah artikel tersebut pada akaun kenalan saya itu. Berikut merupakan komen-komen yang diberikan antara penyokong DAP itu (saya label sebagai ‘A’) dan juga seorang lagi temannya, ‘B’.

 

A: [In the section on “Religion”, Pakatan Rakyat made the following commitment:

…”Religion

Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed.] ~ of quote.

———-

B: PAS is also consistent with it’s struggle to make malaysia an islamic country with hudud as it’s law.

———-

A: ‘B’ – Practicality is the word here. How many seats does PAS have in PAKATAN RAKYAT to have to say that it can implement the HUDUD!!! Besides to implement the HUDUD, the HUQUQ has to be first established. To establish HUQUQ, human rights, equality & total justice have to be implemented first of all! =)

 ———-

B: Do you mean ,when the PAS govt draft the Hudud law for both Kelantan and Terengganu then, they already established the so call Huquq ? The constituition failed them from going ahead though.That give them the upperhand over UMNO on religious ground.

———-

B: In politics everything is possible.Especially with no law pass to prevent hoping (anti hoping law). You might see defections which will swing everything to their favour. There is no permanent friends or enemies in politic.

———-

A: ‘B’ – You know as well that Hudud is a law. If it is a law than it has to be accepted by society as a whole. PAS at the moment does not have enough seats to make Hudud a law in this country. Hence the constitution is left to remain unchanged. Huquq is actually human rights in Islam. And as a human right, there must be equality among all races regardless of status and religion and justice which is totalitarian.

———-

B : It’s not as easy as you think ,acceptance by society as a whole. just ask the DAP leadership and see how many agreed with Karpal and TGNA.

———-

B : The worse scenario is UMNO has less seat than PAS in the next PRU.Do you think PAS will resist cooperation with UMNO if it can achieve it’s dream.The last PRU talk failed b’cos UMNO has more seat than PAS and as such it does not benefit PAS as they still can’t achieved their goal.

———-

A : ‘B’ – You still haven’t got it. The majority of seats represents the voice in the parliament. PAS just does not have the number of seats to do so. Hudud cannot be made a law in this country unless the majority of seats in the parliament says so. In order to implement hudud, under Islam huquq must first be established. Huquq is human rights in Islam and that means no special privileges for Malays. Every person is treated equally. At the moment, I am not sure that PAS can be agreeable even to all Malays……=)

———-

B : UMNO = PAS definitely will make up for the 2/3 majority. It’s simple mathemathics . If PR win narrowly next PRU don’t rule out a PAS UMNO govt from defections like I said earlier.

———-

A: UMNO = PAS definitely will make up for the 2/3 majority???? I doubt so! We still have PKR! And I don’t think UMNO will ever agree with Hudud as it will take away their special privileges. =)

———-

B : PAS will definitely go ahead with the HUdud ,just like when they draft the Hudud in Kelantan and Terengganu which I doubt has established Huquq (assuming the constitution never failed them then)

———-

B : When you lost the govt of the day anyting is possible,by doing so at least they still have some part to remain in govt. this is politic.

———-

A : ‘B’ – As I have said, PAS will not be able to get enough seats in the Parliament to implement Hudud

———-

B : A merger of PAS-UMNO will make it possible

———-

B : It’s possible if PAS has more seat than UMNO and they merge to form the govt,with PAS as tai kor.Do you think they will resist if UMNO agreed to them .It’s only a probabilities but don’t rule out.

———-

A : ‘B’ – Would UMNO give up Malay status in order to unite with PAS & implement Hudud? I would rather think it is unlikely.

———-

B : Are you sure PAS and PKR has given up Malay status.It’s like chameleon when they speak to different audience without really dealing into that in a Chinese majority audience.

———-

B : Both parties try to shows fairness to all but at the same time holding to clause 153 of the constituition when dealing with Malay

———-

A : ‘B’ – PAS may have implemented Hudud in Kelantan but it is the Federal Government which retains the Malay status under the federal constitution Article 153. Very simply put, PAS will have to put up enough seats in the Parliament in order to amend the constitution. PAS cannot have hudud & Malay special privileges at the same time because it is not according to Islamic Huquq (Human Rights)

———-

B : I’m glad DAP is holding to it’s stand on Malaysia as a secular state.There should never be any compromise on their part.Bravo!

 ———-

 

Iktibar

 

1. Komen-komen tersebut datang daripada penyokong DAP sendiri dan bukannya rekaan saya. Jelaslah bahawa mereka bukannya ‘tidak faham’ tentang hudud, tetapi mereka ‘tidak mahu’ kepada hudud.

 

2. Ada dalam kalangan pejuang PAS (termasuk pimpinan) yang cuba “melunakkan” hudud pada pandangan non-Muslim dengan cara menerapkannya “hanya kepada Muslim”. Tetapi tindakan tersebut bukan sahaja tidak bertepatan dengan syarak (sudah dijelaskan sebelum ini, dan akan dijelaskan semula insya Allah sekiranya ada permintaan), bahkan ‘tidak laku’ dalam kalangan non-Muslim secara umumnya. Buktinya, sila lihat semula pendirian DAP berkenaan hal ini. Mereka bukannya tak bersetuju dengan hudud ke atas non-Muslim, tetapi mereka tidak bersetuju terhadap penerapan hudud sama sekali!

 

3. Realiti politik demokrasi pada hari ini jelas menunjukkan bahawa hampir-hampir mustahil bagi PAS untuk menerapkan Islam melalui demokrasi. “Practicality is the word here”, komen si A. Sepertimana yang dipaparkan dalam komen tersebut, jelas daripada maksudnya yang tersirat menunjukkan bahawa DAP bijak bermain dalam sepak terajang demokrasi bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai selagimana Melayu Muslim berpecah kepada tiga parti iaitu UMNO, PAS, dan PKR. Biarpun UMNO berjaya membentuk kerajaan gabungan bersama PAS, majoriti masih tidak akan tercapai kerana PKR masih ada. Semestinya PKR tidak akan bergabung dengan UMNO kerana kewujudan PKR sendiri lahir daripada konflik yang menyebabkan pemimpin mereka iaitu Anwar Ibrahim dipecat dan disingkir daripada kerajaan. Lainlah kalau DSAI sanggup menjilat ludahnya sendiri sepertimana sebilangan pemimpin Semangat 46 yang kembali kepada UMNO setelah mereka “membakar jambatan”.

 

Namun bukan itu sahaja yang menjadi penghalang, sebaliknya kita perlu jelas bahawa Perlembagaan Malaysia sendiri merupakan penghalang terbesar kepada cita-cita PAS dalam menerapkan syariah Islam. Sekiranya mereka hendak mengubah undang-undang negara, maka dengan sendirinya akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan. Ini jelas termaktub dalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan. (1)

 Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

 

Inilah jerat ataupun mekanisme penghalang yang telah berjaya ditanam oleh Lord Reid dan suruhanjayanya sewaktu mereka menggubal perlembagaan Malaysia. Jerat inilah yang menjadikan ‘warisan’ tinggalan British berkekalan di Malaysia dan akan berterusan sehinggalah ada dalam kalangan mereka yang memegang kekuasaan dan ikhlas (ahlu quwwah) tampil untuk mengubahnya.

 

4. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat tentang keharaman mengamalkan, menerapkan serta menyebarkan demokrasi biarpun setelah dijelaskan dalil-dalil keharamannya. Saya tidak akan memaksa kalian sehinggalah kalian sendiri menerimanya setelah menilai hujah-hujah tersebut. Alhamdulillah, setelah melalui siri demi siri pembahasan pendirian saya bukan sahaja tidak goyah bahkan semakin teguh.

 

Namun, ingin saya jelaskan di sini, bahawa perjuangan menegakkan Islam melalui demokrasi bukan sahaja tidak menuruti thariqah dakwah Rasulullah SAW, bahkan realitinya juga tidak akan sama sekali berpihak kepada Islam. Sebaliknya saban hari Islam semakin terpinggir bersama-sama kekuasaan Melayu-Muslim yang saban hari semakin terhakis. Tidakkah kalian menyedari hakikat ini? Ataupun kalian cuba menipu diri sendiri?

 

Hujah “Pemimpin kami terdiri daripada kalangan ulama’, mustahil mereka tidak mengetahuinya. Mustahil kamu lebih pandai daripada mereka” adalah tidak absah. Sampai bila lagi kalian cuba berkompromi dengan memperkenalkan pelbagai istilah seperti tahalluf siyasi, negara berkebajikan dan sebagainya? Sedangkan sekutu kalian dalam Pakatan Rakyat, DAP, dengan jelas sekali tidak akan berkompromi terhadap pendirian mereka. Manakala PKR pula hanya memperjuangkan agenda sempit mereka yang cuba disalut dengan slogan “keadilan”. Usah berharap pada UMNO dan juga Barisannya.

 

Sudah tiba masanya untuk kalian meninggalkan gelanggang demokrasi yang kufur itu. Lebih lama kalian berada di dalamnya, lebih banyak keburukan yang akan menimpa berbanding kebaikan. Marilah kita bersama-sama berjuang mengikut thariqah perjuangan Rasulullah saw. Perjuangan tanpa kompromi, perjuangan tanpa kekerasan, dan perjuangan yang ikhlas demi menegakkan Islam dalam kehidupan – baik di peringkat individu, masyarakat, mahupun aspek kenegaraan.

 

Wahai Umat Islam khasnya di Malaysia,

 

Sudah tiba masanya untuk kalian membebaskan diri daripada belenggu ini. Sudah tiba masanya untuk kalian kembali menerapkan Islam secara syumul tanpa sebarang kompromi. Tidak perlu mengambil sikap apologetik, kerana kita bukannya pesalah! Tidak perlu bermuka-muka, kerana kita bukannya hipokrit! Tinggalkan politik demokrasi kepartian, amalkan politik Islam yang hakiki. Politik yang berpaksikan amar makruf nahi mungkar dalam ertikata yang sebenar. Politik yang meletakkan Islam tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripadanya. Politik yang merentas sempadan palsu rekaan penjajah kuffar.

 

Ayuh, bersempena dengan bulan yang mulia ini marilah kita mengukuhkan iltizam kita terhadap Islam. Marilah kita tinggalkan segala kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi. Marilah kita berjuang menegakkan Islam secara hakiki, kembalikan syariah Islam melalui perjuangan intelektual tanpa kekerasan. Kembalikan Islam melalui perjuangan khilafah – perisai bagi kaum Muslimin. Dengan kembalinya khilafah, Islam akan dikembangkan ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad. Melalui khilafah juga kita akan menyatukan kembali umat Islam di seluruh dunia serta membela nasib mereka yang tertindas.

 

Semua ini akan hanya tinggal retorik sekiranya tiada kesedaran untuk bangkit dalam diri kalian. Justeru, marilah kita merenung sejenak apa yang saya kongsikan dalam artikel ini dan tanyalah kepada diri kita sendiri, “Sudahkah aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim tanpa memikirkan darihal ini? Sekiranya aku membiarkan sahaja seruan ini tanpa memikirkan natijah yang timbul seandainya status quo pada hari ini tidak diubah, adakah aku tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Cukupkah dengan melaksanakan ibadah mahdhah dan berakhlak mulia semata-mata, lalu meminggirkan aspek kenegaraan serta penerapan syariah Islam? Cukupkah dengan syiar (simbol) tanpa syariah?”

 

Segalanya bermula daripada diri anda. Benar, hidayah merupakan ketentuan Allah, tetapi kitalah yang berusaha untuk mencarinya.

 

Renung-renungkan. Wallahua’lam.

 

*As posted by Muhammad Ghazi. Original articel can be found in his wordpress.

Hizbut Tahrir adalah parti politik dan para syabab yang ditangkap oleh pemerintah Tajikistan adalah tahanan politik
 
بسم الله الرحمن الرحيم
Hizbut Tahrir adalah parti politik yang ditegakkan  berdasarkan firman Allah SWT:
 
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
 
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah daripada yang munkar. Dan merekalah orang-orang yang beruntung”. (TMQ Ali Imran [3]: 104)

Matlamat Hizbut Tahrir adalah untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam dengan menegakkan kembali Khilafah Islamiyah Ar-Rasyidah. Hizb telah menetapkan thariqah (jalan) dalam perjuangannya iaitu dengan mengikuti thariqah Rasul SAW dalam meraih pemerintahan, dan tidak sedikit pun menyimpang daripadanya. Aktiviti-aktiviti Hizb hanya terhad dalam melakukan penggulatan pemikiran dan perjuangan politiknya tidak melibatkan sebarang aktiviti fizikal (kekerasan) yang menyalahi thariqah Rasul SAW dalam meraih pemerintahan.

tajikistantajikistan Hizbut Tahrir merupakan parti global yang terdapat dalam hampir lima puluh buah negara. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan sejak ia ditubuhkan  pada tahun 1953 merupakan bukti yang jelas bahawa Hizb tidak sedikit pun keluar daripada thariqahnya. Hizbut Tahrir di Tajikistan juga mengikuti thariqah tersebut dan akan terus menerus melakukan penggulatan pemikiran serta perjuangan politiknya sehinggalah sampai kepada matlamatnya.

Hizbut Tahrir di Tajikistan ingin mengingatkan bahawa Hizb adalah parti politik dan para syababnya (pemudanya) yang ditangkap oleh pemerintah Tajik adalah tahanan politik. Mereka diseksa dan ditangkap kerana berpegang teguh di atas akidah agama mereka. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan Hizb di Tajikistan sejak 15 tahun yang lalu merupakan bukti terhadap apa yang diperkatakan.

Disebabkan kebankrapan rejim pemerintahan Tajikistan, mereka telah memperlakukan para syabab Hizb yang ikhlas ini yang juga merupakan putera-putera umat ini dan bumi ini dengan mengenakan penindasan yang kejam serta seksaan sejak tahun 1999  sehinggalah sekarang. Presiden Rahmanov dan konco-konconya didukung secara langsung ataupun tidak langsung oleh para ulama’ yang telah menjual agama mereka dengan  dunia mereka. Media-media di dalam dan di luar negara seperti Radio Azadi, BBC, akhbar Milli dan lain-lain, organisasi yang disebut sebagai pemelihara Hak Asasi Manusia (HAM) seperti “Organisasi HAM” dan “Wakil PBB” di Tajikistan, kesemuanya telah membantu orang-orang yang zalim itu dalam melakukan jenayah melalui sikap mereka yang berdiam diri dan tidak mengambil endah. Syabab Hizbut Tahrir yang ikhlas dizalimi, diseksa dan ditahan bertahun-tahun lamanya hanya disebabkan oleh pemikiran dan akidah mereka. Yang menghairankan, para hakim, para pendakwaraya, para peguam dan pembela HAM,  pihak media massa umum dan masyarakat kesemuanya mengetahui bahawa tuduhan-tuduhan yang disabitkan terhadap syabab Hizb adalah tuduhan palsu dan direka-reka, tetapi mereka hanya berdiam diri seribu bahasa. Sejak sepuluh tahun yang lalu, lebih daripada 300 orang syabab Hizbut Tahrir telah dipenjarakan selama bertahun-tahun dan mereka telah menghabiskan tempoh yang lama dalam tahanan. Dalam tempoh tersebut, lebih daripada sepuluh orang syabab yang telah syahid di balik dinding keselamatan dan penjara di negara ini. Dan pada hari ini, hampir 300 orang syabab baik lelaki dan juga wanita sedang menghabiskan tempoh tahanan mereka hanya disebabkan oleh pemikiran dan akidah mereka. Semoga Allah memberi mereka kesabaran dan ganjaran yang terbaik.

Terhadap Presiden Rahmanov dan konco-konco penjenayahnya, kami ingin memberi amaran bahawa setiap individu, kumpulan atau negara yang memerangi Islam dan menyokong kempen tersebut akan diminta pertanggungjawaban atas tindakan mereka di hadapan Khalifah ar-Rasyidah yang akan datang dengan izin Allah SWT serta akan diberi balasan yang setimpal yang sesuai dengan ketentuan syariah. Rasul SAW (ketika Fathul Makkah) pernah memerintahkan agar dibunuh orang-orang seperti itu, meskipun mereka bergantung pada kain penutup Ka’bah. Malah, pada Hari Pembalasan, mereka akan menerima seksaan yang amat perit. Hendaklah mereka menghentikan kejahatan dan jenayah mereka sebelum terlambat, dan mohonlah keampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya. Mudah-mudahan ada salah seorang daripada orang-orang yang dizalimi itu  yang mahu memberi keselamatan ke atas diri mereka.

Berikut adalah senarai syabab Hizbut Tahrir yang sedang merana di dalam penjara, supaya umat mengetahui siapakah hero mereka agar mereka bertindak ke atas orang-orang zalim tersebut, supaya diketahui siapakah Ketua Negara tersebut dan kumpulannya. Segala pertuduhan yang dilemparkan sekali-kali tidak akan membuatkan syabab memutuskan janji mereka terhadap Hizbut Tahrir (kerana ramai syabab yang meneruskan perjuangan walaupun setelah dipenjara bertahun-tahun dan ditangkap buat kali kedua). Supaya di hadapan Allah kelak tidak akan ada lagi hujah terhadap mereka-mereka yang berdiam diri terhadap kezaliman penguasa.

Kami mengingatkan putera-putera Islam yang ikhlas terhadap sabda Nabi Muhammad SAW:
 

« وَلَتَأخُذُنَّ عَلَى يَدِ الظَّالِمِ، وَلَتَأطِرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ أطْراً، وَلَتَقْصُرُنَّه عَلَى الحَقِّ قَصْراً، أَوْ لَيَضْرِبَنَّ اللهُ بقُلُوبِ بَعْضِكُمْ عَلَى بَعْضٍ، ثُمَّ ليَلْعَننكُمْ كَمَا لَعَنَهُمْ »
…Dan engkau mencegah tangan orang yang zalim, dan engkau membetulkannya atas kebenaran, dan kekal di atas kebenaran, atau Allah menjadikan hati sebahagian daripada kalian bermusuhan dengan sebahagian yang lain. Kemudian  Dia melaknat kalian sebagaimana Dia melaknat mereka (orang-orang yang zalim).

Kami mengingatkan juga dengan sabda Rasul SAW:

« إِذَا رَأَيْتَ أُمَّتِى تَهَابُ الظَّالِمَ أَنْ تَقُولَ لَهُ أَنْتَ ظَالِمٌ فَقَدْ تُوُدِّعَ مِنْهُمْ »
Jika engkau melihat umatku takut untuk memanggil orang zalim dengan mengatakan kepadanya “kamu zalim”, maka sesungguhnya telah dipisahkan daripada mereka (umat Islam).

Syabab dan syabah Hizb telah berjanji kepada Allah untuk meneladani Rasul yang mulia, sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith bahawa ketika kaum Quraisy ingin menjauhkan Rasul dari Baitul Haram, beliau bersabda:

فَوَاللهِ لاَ أَزَالُ أُجَاهِدُ عَنْ الَّذِيْ بَعَثَنِيْ اللهُ بِهِ حَتَّى يَظْهَرَهُ اللهُ أَوْ تُنْفَرَدُ هَذِهِ السَّالِفَةُ
Demi Allah, aku akan terus bersungguh-sungguh memperjuangkan sesuatu yang telah Allah mengutuskanku dengannya, sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa.

Sesungguhnya kami yakin kepada janji Allah;

وَعْدَ اللَّهِ لَا يُخْلِفُ اللَّهُ وَعْدَهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Janji Allah, Allah tidak akan mengingkari janjiNya. Akan tetapi ramai manusia yang tidak mengetahui (TMQ Ar-Rum : 6)
 
 كتب الله لأغلبن أنا ورسلي، إن الله قويُ عزيز
Allah telah menetapkan: “Aku dan RasulKu pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. (TMQ al-Mujadalah [58]: 21)

Berikut adalah senarai syabab Hizbut Tahrir yang sedang merana dalam penjara ketika ini:

1. Shariiova Nasseibah
2. Rahmanova Dellnarah
3. Colmatova Saadat
4. Ohrarov Shohrat
5. Jamshed Ohrarov
6. Abdakadirov Maqsood
7. Zinedine Abdalohabov
8. Abdalkhalqov Ahmadjan
9. Abdalnzerov Mizrab
10. Abdrahimov Ghaffar
11. Abdrahmanov Akmal
12. Abdrahmanov Juma Bai
13. Abdahamidov Saber
14. Aoazov Mansorjan
15. Azimov Murat Devlet
16. Alakbarov Akmal
17. Aliyuv Sharif Allah
18. Alimov Mubeen
19. Ali Sher
20. Onorov Mirzatahir
21. Ohdjan
22. Akhmedov Azam
23. Asrafov Anwar
24. Achorauv Baharuddin
25. Bykov Shams al-Din
26. Berdieov Bakhtiyar
27. Babaiov Islam
28. Babaiov Esmatullah
29. Papakhanov Salam
30. Babajanov Naseem
31. Babaganov Nemat Jan
32. Baitov Shukar Ali
33. Wahabov Azmat
34. Wahidov Mohammed
35. Gafoorov Abdul Malik
36. Ghaziiov Bahram
37. Ghaziiov Ma’roof
38. Davlatov Mohkam
39. Davlatov Hidayat ullah
40. Dadabaiov Naeem Jan
41. Dadabaiov Noureddine
42. Dadabaiov Jamshed
43. Dadabaiov Sheriff Jan
44. Dadakhugyaov Bakhtiyar
45. Zakirov Ghulam Jan
46. Zahidov Ali Jan
47. Zahidov Azeem
48. Ebadllaeov Mohiuddin
49. Ibraheem
50. Ikramov Hasan
51. Ismailov Ahad
52. Ishakov Abdul Rahim
53. Iischof Bahadur
54. Kalanov Ibrahim
55. Karimov Kamil
56. Kinjaov Shaker
57. Kamilov Fadel
58. Qayyumov Kamal al-Din
59. Kadirov Mukhtar
60. Kadirov Nasrallah
61. Kadirov Aalam
62. Rustam Kadirov
63. Kadirov Shakir
64. Karamirezaiov Erkin
65. Kasimov Firqat
66. Quwwatov Abdulrazzaq
67. Kurbanov Akbar
68. Kurbanov Amrullah
69. Kurbanov Daulatyaar
70. Qozibaiov Sultan
71. Kurbanov Aalam
72. Kurbanov Shawkat
73. Qohqarov Azam
74. Qouchmradov Ojqhornbek
75. Lateefov Ahraar
76. Lateefov Bahadur
77. Madamrv Noureddine
78. Mamadaliyuv Farhad
79. Mamadaliyuv Khairallah
80. Mamatov met
81. Ismail Mamedov Baig
82. Mamedov locked Baig
83. Mansurov Raoshan
84. Mansoor Jan
85. Mahmudov Kamal al-Din
86. Mahmudov Hashim Jan
87. Mirzabaiov Saber
88. Mirzakhanov Mirzabahram
89. Meer Bashayov Ilham
90. Mirkalov Ilham
91. Meer Jamal
92. Muradov Khalek
93. Muradov Ilham
94. Muradov Irali
95. Mustafayov Mamoor
96. M Rahimov Jamaluddin
97. Mohammediyov Fakhr uddin
98. Mohammed Qolov Obaidullah
99. Mohammed Rasool
100. Muminov Juma Nazar
101. Nazarov Qahraman
102. Nazirov Ahrar
103. Nazir Jan
104. Najeemov Sahab
105. Nikmatov Dalerkhan
106. Nikmatov Abdul Wahid
107. Nasirov Syed Kamal
108. Normatov Farhad
109. Noorav Taalib
110. Noorov Himmat
111. Aqilov Qahraman
112. Articov Ahmad Jan
113. Ashilov Abdul Lateef
114. Ashilov Abdul Sattar
115. Ashilov Abdul Samad
116. Barbieov Ikram
117. Biermatov Abdullah
118. Balvanov Kamil Jan
119. Razzakov Abdul Mannan
120. Rahimov Khurshid
121. Rahmatov Abdul Ghaffar
122. Rahmatov Hussain Bhai
123. Rahmanov Saleh
124. Rajab Ali
125. Razkov Abdul Rasoul
126. Rustamov Murad Jan
127. Syed Ahmedov Zakir Khan
128. Saidbekov Naseem
129. Said Farrukh Akhtarov
130. Saidov Qasim
131. Salamov Dilshad
132. Salah uddinov Kamal Khan
133. Sanjinov Aadil
134. Sattarov Akram
135. Sattarov Anwar
136. Saliyuv Zakir
137. Saliyuv Sahab
138. Soanicolov Tersenmurad
139. Sultanov Faizullah
140. Sohrab
141. Tajibaiov Shaukat
142. Tordieov Murad
143. Oolgyaov Israel
144. Umarov Mamedhah
145. Umarov Shohrat
146. Omorov Mohammadi
147. Amorov age
148. Aoreenbaov Ibrahim
149. Aouraqov Majeed
150. Usmanov Rahmat ullah
151. Khalqov Sabit
152. Khalqov Shohrat
153. Khalqov Khair
154. Khalqcolov Sattar
155. Khwajayov Bakhtawar
156. Hajimtov Ismail
157. Hakeemov Meer Said
158. Hakeemov Sultan Bey
159. Hakeem Janov Abdulrazzaq
160. Hafeezo Yusuf Jan
161. Haji Bayov Rustam
162. Jalilov Abdul Rauf
163. Jalilov Daulat
164. Jalilov Daulat
165. Jalilov Majeed
166. Jamaluddinov Abdul Malik
167. Jamshed
168. Sharifov Shohrat
169. Shahi mardanov Ziadullah
170. Ilemradov Hmrah
171. Yunusov Abdul Mannan
172. Yunusov Mansour
173. Sabir Yunusov
174. Yusuf Yunusov
175. Yusufov A Wali
176. Yusufov Jan
177. Yousefjanov Shohrat
178. Yahyaiov Noureddine
Dan lain-lain.

Hizbut Tahrir Tajikistan
21 Sya’ban 1431H / 2 Ogos 2010M
 

 

 

Businesswoman launches first British halal make-up

Reuters –  Thursday, August 19

BIRMINGHAM, England, Aug 19 – As a Muslim, Samina Akhter was disturbed to find some of her make-up contained pig by-products so she came up with a solution — a range of halal make-up, free from alcohol and animal products.

Under Islamic law, alcohol and certain meats are forbidden with pork especially taboo so Akhter was shocked to learn some of the products she used contained alcohol and even pig placenta.

So she devised her own make-up line, Samina Pure Make-up, launched from her home in Birmingham in June this year after two years of testing which now boasts to be Britain’s first company to sell halal-certified cosmetics.

“This has been on my conscience,” Akhter, 41, a mother of five, told Reuters Television.

“I realised many do contain ingredients that are not permissible to Muslims to eat and I just started thinking, well if it’s not permissible to eat, then why should I put it on my face?”

The range, which is mainly sold online, includes items like foundation, blusher, eyeshadows and lipsticks, priced from about 8 pounds and is initially targeted at the almost one million Muslim woman living in Britain.

Mascara is still unavailable as the process of making a halal version is still being studied.

Akhter said in keeping with Islamic law, her make-up is made by manufacturers in Australia and Europe from plant extracts, minerals, essential oils and vitamins.

The cosmetics are certified by the independent Halal Certification Authority Australia.

Akhter said she now has more than 500 customers and interest in the cosmetics has come from Malaysia,Indonesia, Singapore and the Middle East.

She said the halal range, free of chemicals and animal products, had also proved popular with vegans and vegetarians.

Some Muslim leaders have criticised Akhter for exploiting a religious concept.

But she argues there is demand for halal make-up with about 1.6 billion Muslim worldwide but only a small number of companies offering cosmetics or other bath products that conform to halal standards.

“The reaction I’ve had from women so far has been so positive and encouraging,” said Akhter who is looking to expand beyond Britain and to get her products into pharmacies and stores.

“I really feel that this product has … actually filled a gap in the market. So it’s not a case of trying to cash in. It’s a case of providing people with something they’re looking for.”

(Reporting by Reuters Television, Editing by Belinda Goldsmith)

Ukuran halal dan haram…

Apabila kita hanya memandang konsep halal haram hanya dari segi ingredients maka ini lah yang akan berlaku. Hanya sibuk berusaha menghalalkan sesuatu yang dari sudut lainnya adalah jelas diharamkan.

Mungkin saja ada dikalangan kita menganggap ini suatu usaha yang baik kerana sekurang-kurangnya `kita berjaya’ untuk mengesan elemen-elemen yang haram dalam apa-apa yang digunakan seharia-harian. Ya,jelasnya kita bersetuju. Di satu bahagian ianya tampak begitu positif sekali. Namun, di satu bahagian yang lain ianya jelas mempermain-mainkan hukum Allah itu sendiri. Hal ini kerana, apabila berlaku pencampuran antara yang haq dan yang batil, ianya tetap batil.

Demikian juga halnya dalam isu kosmetik untuk berhias-hias sebagaimana dikalangan wanita kini gemar lakukan. Tanpa menyedari, mereka sibuk mencari produk kosmetik@make-up yang halal untuk membolehkan mereka merias wajah dan diri. Sikap ini kelihatan seolah-olahnya usaha yang sungguh murni dan terpuji dalam menjaga dan mengambil kira hukum syarak dalam kehidupan seharian. Namun, cukupkah hanya dengan usaha yang sedemikian? Bagaimana dengan kefahaman dari segi hukum syaraknya? Bagaimana dengan pelaksanaannya secara kaffah???

Hakikatnya, ternyata para wanita (Muslimah) tetap menipu diri sendiri dalam usaha untuk tampil `halal’.  Bahkan sentiasa tertipu dan terperangkap dalam permainan Kapitalis yang inginkan wanita Muslim untuk makin menjauhi agamanya!

Hal yang demikian kerana tabarruj sendiri sudah jelas diharamkan. dan make-up itu merupakan tingkah laku berhias berlebih-lebihan  yang sudah sejelas-jelasnyanya termasuk dalam tabarruj.

Sebagaimana diriwayatkan oleh ALi r.a., Rasulullah s.a.w menjawab persoalan Fatimah berkenaan dengan keadaan wanita penghuni neraka:

“Fatimah, adapun perempaun yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

Aduhai Muslimah,

Rasulullah s.a.w merasa sangat sedih kerana banyaknya golongan wanita Islam yang menghuni neraka dek kerana kezalimannya terhadap diri sendiri…. menjauhkan diri dari ketetapan Tuhannya dan agamanya. Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?

Muslimah yg dikasihi Allah,

Rias lah diri hanya untuk yg berhak. Namun, jauhilah tabarruj yg dilarang oleh Tuhan mu!

Ayuh Muslimah, keluarlah dari kepompong kapitalis yang menjadikan manusia itu sebagai masyarakat jahiliyyah! Takutlah kepada azab Allah. Kembalilah kepada Nya. Sesungguhnya Allah itu amat Pengasih dan Maha Besar PengampunanNya bagi hamba-hambaNya yang bertakwa.

***Terdapat banyak dalil berkenaan tabarruj dan tatacara penampilan (berpakaian)dalam Islam. Bolehlah merujuk syarahannya dalam kitab-kitab yang sedia ada, atau merujuk mana-mana artikel berkenaan aurat, tabarruj, dan pakaian. Wallahu a’lam. Mudah-mudahan kita bisa meraih petunjuk Allah s.w.t demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.