Posts Tagged ‘cerita’

“Bukkk!”

Adeh! Astaghfirullah, sakitnya… Uish sapa yang ganas sangat jalan tak tengok orang… Keluh si gadis yang sudah pun terduduk..

Sakitnya jatuh terduduk macam ni…

Mana ntah terpelanting.

Tak terus mencari siapakah gerangan yang menabrak dirinya, gadis berjilbab hitam itu melilau mencari sesutau yang hilang ntah di mana-mana, sambil memungut barang – barang lain yang berteraburan.

Masyarakat yang ramai ibarat buih-buih. Hanya melihat, dengan pandangan simpati. Namun tak ada yang sudi menghulurkan bantuan.

Ah, tak penting. Bukan itu yang menjadi kegusaran dihati gadis itu. Cuma… sedikit terkejut dengan kejadian yang tak diduga.

“Awak, saya minta maaf ya. Tak sengaja.” Tiba-tiba seorang lelaki bertubuh lampai berdiri disamping gadis yang masih tertunduk-tunduk memungut barang-barangnya yang jatuh.

Seraya mengangkat muka memandang si lelaki, `Oh, ini ke alien yang langgar lari tu.’ Bisik hati kecilnya. Sedikit geram. `Isk..Astaghfirullah. Teruknya aku ni cakap macam tu.’

“Tak apa. “ meneruskan kerjanya yang terhenti. Si lelaki turut tunduk membantu mengutip barang-barangnya.

“Saya nak rushing tadi. Maaflah.” Jelasnya tanpa dipinta.

Gadis itu senyum . Senyum yang dibuat-buat. Malas nak mendengar apa-apa. Semuanya dah terjadi. Dia pun tak kisah sangat sebenarnya. Cumanya, manalah harta yang satu tu….

“Ada apa-apa lagi ke?” Tanya jejaka mecari kepastian. Hairan barangkali melihat si gadis tertinjau-tinjau. Seolah-olahnya masih ada yang belum ketemui.

“Eh, tak apa. Pergilah saya boleh cari sendiri.” Tak mempedulikan pertanyaan itu

“Bagi tahulah. Sama-sama cari.” Ujar si lelaki. Tak puas hati.

“Tak apa. Saya tak kisah ok. Awak kan tengah rushing. Sila kan lah. Hal kecil je.” Balas si gadis. Masih mencari.

“Cakaplah apanya.” Desak lelaki itu.

`Isk dia ni. Dah la langgar orang paksa-paksa pula. Malas lah. Tak suka nyaaaaaaa! Orang tak nak cakap lantak lah.’ Bebelnya di dalam hati. Memuncung. Dibiarkan soalan itu sepi tanpa jawapan. Meneruskan saja pencarian dalam hingar bingarnya KL SEntral.

“Awak dengar tak saya tanya ni?” Tanya lelaki itu lagi. Kali ini lebih tegas. Tanda geram kerana soalan tak terjawab.

`Orang nak tolong jual mahal pulak. Blah kang baru tahu!’ Si lelaki pula mengomel dalam hati.

“Cakapla cik oiii!”

Iskkkk geramnya! Lantas dia kalih ke belakang.

“Terima kasih kerana membantu. Dah tak ada apa-apa okay.” Di hadiahkan sebah artificial smile sebaiknya.

“Jazakallah wa barakallahu fik ya sayyid!” tambah si gadis dengan hati yang membengkak. Tak suka dipaksa-paksa, didesak-desak. Apakah…

“ Ei kejap..” belum pun habis si lelaki berkata-kata.

Tiba-tiba langkahnya terhenti `PRAK!!!’

Kedua-dua pasang mata memandang ke arah bunyi itu..

Aiseh… bala!

Iskkkk! Apa hal la pulak….grrrrr!

“Dah jumpa dah. Tepi!” Si gadis tersenyum kelat. Mengutip serpihan-serpihan kaca dan bingkai kaca matanya… Nasib baik tak rabun tahap cipan!

`Isk alamatnya melayang la pitis kuuu’ keluhnya dalam diam. Masuk bulan ni dah dua kali buat kaca mata. Ada saja yang menghancurkan.

“Sorry! Sorry sangat. I ganti lah. Macam mana ni, berapa?” ujar si lelaki resah. Menggunung rasa bersalahnya. Apalah takdirnya. Asyik `memalangkan’ perempuan ni. Yang `macam ni’ pulak tu. What a dress… Agak-agak sepsis alim la ni. Habis kena syarah la…

“Tak apalah. Dah bukan rezeki saya la ni. Stakat ni saja.” Ujar si gadis lemah. Lantas berlalu meningalkan si lelaki terpingga-pingga.

“Eh, wait! Mana boleh macam ni.” Dia lebih pantas memintas dan menghalang perjalanan si gadis. Suka hati je nak blah. Kot ye pun kalau aku yang salah.

“Tak boleh la. Mesti kena settle.” Sambungnya, mengharapkan diberi peluang untuk menebus kesalahan.

“Hurm… tak naklah. Kan saya dah kata tak payah. K lah, kalau awak dah tak rushing, saya pulak rushing ni.” Balas si gadis selamba.

“Tak boleh-tak boleh.” Dia mengeluarkan sesuatu dari kocek khakis nya. Beberapa not RM50 di keluarkan dan dihulurkan pada si gadis. “Nah. Maybe tak cukup. Tapi, hopefully ok la dulu. I tak de lotsa cash right now. Nanti you call I untuk ganti rugi selebihnya k.” Teraba-raba dia mencari handphone-nya.

Segera memotong, “Tak nak. Tak payahla. Saya tak nak. Assalamu’alaikum.” Si gadis sudah berang. Menguji kesabaran betul la. Yang tak marah pun boleh jadi marah tau macam ni.

”Hei tunggu! Apa masalahnya?! Salah ke?” kata si lelaki separuh menjerit sambil mengejar si gadis. Huih, pakai jilbab tapi jalannya macam kilat. Tak puas hati!

Berhenti. “Tak ada salahnya. Yang salahnya bila awak tak redha. Bila saya dah redha dengan kesalahan awak yng tak sengaja tu. Awak pula tak redha-redha. Kalau pun rasa bersalah, tak perlu sampai macam ni. Dahl ah. Saya nak cepat.” Terus berlari masuk ke pintu train yang dah hampir tertutup. Fuh, nasib tak tersepit! Dahla dengan beg besarnya. Huhu, Dah macam Keanu Reeves dalam the Matrix daaaa! Hehe…

Si lelaki diam terpempan dengan kata-kata si gadis. DIa memandang si gadis yang berdiri di dalam perut keretapi.

Si gadis juga memandang sekilas sebelum membuang pandangnya ke tempat lain. Sukar ditafsir apakah maksud renungan itu. Good bye, Sayonara or Au revoir??? Atau, `ciss, kalau ku dapat ku tenyeh-tenyeh kepalanya’? Atau, baca jampi serapah??? Wah! Tak sanggup! Hihi, si gadis tertawa dalam diam. Macam-macam. Hurm…

Dia duduk menghadap tingkap. Merenung sekeping kertas…. ada 3 jam lagi….

`Adakah aku betul-betul pasti ingin membawa diri ke situ… Adakah dengan perjalanan ini akan membuka ruang jawapan kepada persoalan-persoalan yang meresahkan dan menyakitkan diri selama ini? Ya Allah… ampunkanlah dosa-dosaku. Aku bertawakal kepada Mu. Mudah-mudahan Kau peliharalah aku di dalam perlindungan Mu sentiasa. Bantulah aku untuk mencari jawapan dan penyelesaian yang pasti…’

Dia menatap handphone nya… Jari jemari bermain menekan kekunci dan akhirnya inbox memaparkan mesej-mesej yang beberapa lama sudah terbiar menghuni di dalamnya…. melihat namanya sudah mencengkam jiwa… dia membuka satu persatu-persatu mesej itu…. setiap kata-kata.. ibarat pisau yang menghiris. Teringat pada saat pertama kalinya perbualan terjadi… Semua indah… Penuh harapan dan janji… Rupanya… Semua palsu… Semua sudah berubah… Semua itu dulu… Permainan yang memerangkap hati dan diri dalam dilemma… Yang sampai kini tak dapat ditafsirkan… Walau ruang kemaafan itu sentiasa ada, namun, hati ku sudah menjadi kecil dan makin keras… Hati yang sememangnya terlalu sangat dilukai oleh orang-orang yang menghuninya dah tak mampu menanggung sebarang permainan hati lagi… cukup sekali…

Ia akan tertutup kini. Yang tinggal hanya sebuah perasaan yang membeku… kosong. Tak mampu untuk thiqoh lagi… sudah tertutup rapat dan terkunci… Andai mahu dibuka… pintalah dari Allah. Sesungguhnya hanya Dia yang memiliki kunci hati ini dan hanya Dialah yang akan menyerahkan pada sesiapa yang berkehendakkan pada hati ini, dan Dia redha pada si peminta!

Hati digigt kesayuan… Jika dulu sudah pernah merana, mana mungkin akan dibiar diri khilaf lagi kerana perkara yang sama! Perlu bangkit! Perlu cari kekuatan! Perlu cari kebenaran! Kamu tak hidup untuk 1 tujuan! Banyak lagi tanggungjawab mu! Jangan tewas pada permainan duniawi! Bangkit! Arghh… Jerit si hati kecil..

Perlahan-perlahan deraian air mata melimpah dari tubir mata. Sungguh… diri ku masih lemah. Sudah terlelu kerap begitu. Murahnya nilai air mata.

Apa lagi yang harus ku lakukan….

Lantas menyeka air mata yang kunjung tiba. Dia sendiri pun tak faham. Kenapa diri mudah untuk sayu dan pedih. Walhal, perkara itu bukan apa sangat – bagi segelintir orang… Namun bagi dirinya… Ya… persoalan… Kenapa sebegini lemah aduhai diri… kalah pada pendustaan… Walhal, bukan itu satu-satunya dusta dalam dunia ini… Astaghfirullah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan)” (Al-A’raaf, 201-202)

`Kadang-kadang, kita memang mahu bahagia dengan melepaskan kedukaan yang menyelubungi diri. Tetapi…. hati sering tidak rela memaafkan.. Ya Allah, kenapakah sukarnya melunakkan hati.. Ya Rabb… Adakah mungkin ini tanda adanya ego di dalam diri..? Sedangkan Allah Maha Pengampun.. ‘ Pantas jari jemarinya menekan butang `delete all’. Tanpa mempertimbangkan apa-apa lagi. Hapuskan semuanya!

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman…yaitu…(dan) orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna” (Al-Mukminun, 1 dan 3)

Astaghfirullah..Fokus! Ana mesti fokus dalam misi kali ini! Ana takkan tewas dan dipermain-mainkan seperti itu lagi! Cukup sekali dan terakhir! Cukup! Ana akan tinggalkan semuanya! Tekad…

Allahu ma’i, Allahu nazirun ilayya! Allahu syahidi! Ya Allah, ampunkanlah kelemahan diriku. Ku mohon tentukanlah kebaikan yang berpanjangan buat ku…

Umi, abi… maafkan adik… Insya Allah adik akan kembali… Mudahan-mudahan dengan sesuatu yang baru… mudah-mudahan semua akan berubah kepada yang lebih baik… semua insan yang disayangi akan berubah kepada yang lebih baik… keluarga, teman-teman, rakan-rakan.. dan…

Ku perlu menjauh seketika… Ada hati yang perlu dibawa lari!

Diam. KLIA Express membelah laluan angin menuju ke destinasi.

Pencarian diri dan hakikat kehidupan – yang belum pasti!

**************

[unedited vers.]

Realiti akan sering membuatkan manusia berfikir. Bagi yang menggunakan aqal menurut syariat sudah pasti akan cuba untuk merungkai realiti itu berdasarkan hukum syara’ yang ditetapkan oleh ya Rabb… Begitulah bagaimana manusia akan mengembangkan tampuk pemikirannya. Menyelami realiti dipersekitarannya, mengaitkan setiap apa yang berlaku dengan maklumat tsabiqah yang sedia ada. Maka dengan demikianlah, batapa pentingnya manusia itu perlu berilmu!


“Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Al-Baqarah, 269)

Kerana itulah juga mengapa Islam amat mementingkan penerapan ilmu dan pengamalannya. Kerana dalam Islam, ilmu bukanlah sekadar retoriknya sebuah teori, tetapi kewajipan dalam mengamalkannya. Sejajar dengan iman itu sendiri. Bukan sekadar pengucapan di hati maupun dibibir. Ia mesti dizahirkan oleh empunya diri.

Cukup ikhlaskah kita dalam mencari gali ilmu kurniaan Allah? Dan untuk apakah ilmu itu dipelajari? Sekadar mahu tahukah atau untuk di amalkan? Atau… sekadar menghimpun point-point penting untuk memenangi hujah dalam berkata-kata? Tapi, adakah itu namanya `hujah’???

Benarkah faham kita tentang apakah maknanya `bacalah dengan nama Tuhan mu!’??? Ke manakah perginya pengertian ilmu disebaliknya? Aduhai… ia bukan sekadar untuk mengajak manusia itu agar bisa membaca `a’, `b’, `c’ atau sampai ke `z’. Begitu juga bukan sekadar untuk mengira angka 1 hingga nilai infiniti. Bukan juga sekadar cukup dengan mengenal huruf-huruf Allah, aliff, ba, tha etc….

“ Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) agama yang mudah diterima oleh akal yang sihat. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna). Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu.

Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya. Dialah orang yang akan menderita bakaran Neraka yang amat besar (azab seksanya). Selain dari itu, dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

Sesungguhnya berjayalah orang yang setelah menerima peringatan itu berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh).  Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu. Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.”  (Al-A’la, 8-19)


Sayang…. umat yang `berilmu’ sering menuduh yang lainnya bijak dengan falsafah! Walhal, tanpa si penuduh sedari, dia lebih hebat menarikan pena falsafahnya, bahkan men-sasterakan bahasanya sehingga menjadi asbab fitnah pada agamanya!

Yang benar jadi buta, yang salah jadi celik! Aneh… aneh sungguh manusia… kerana itukah maka manusia akhir zaman ramai yang menempah tiket ke kota azab??? Ya Allah… pedih…

Bagaimana pula halnya ilmu hanya tinggal sebagai langsungan ibadah yang ritual saja? Yang lainnya? Bisa tenggelam dek tsaqofah Barat, hingga tiada lagi kedayaan minda memisahkan yang haqq dengan yang bathil. Maka yang tinggal hanyalah perbuatan menggali dalil semata-mata untuk justifikasi duniawi!

Astaghfirullah hal’azim… Nauzubillahi min zalik.

Mengapakah terjadinya hal yang demikian? Inilah lantaran pemikiran falsafah Yunani yang sedikit sebanyak membentuk budaya pemikiran umat masa kini. Sebagaimana umat kian lemah dalam memperdebatkan soal akidah dengan menggunakan formula kebarangkalian sebagaimana falsafah Yunani dahulu, sikap itu masih utuh ke hari ini. Sehingga menjadikan umat tenggelam dalam pelbagai kesimpulan yang mengelirukan. Maka, yang lemah makin lemah, manakala yang kuat pula? Hurm… begitulah…  Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan kebenaran yang sebenar-benarnya buat kita semua…

Wallahu’alam….

Wahai saudara ku… takutilah Allah…

“Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu.” (al-Fathir, 28)

Perbetulkanlah niat dalam mencari ilmu… Mudah-mudahan Allah membersihkan hati-hati hambaNya… yang tekun mendalami ilmuNya…

**********

Catatannya ditutup. Tanda menoktahkan sebuah draft pemikiran. Mata di alih pada jam yang mendetik. Dicongak-congak… kira-kira dalam 45 minit lagi akan tiba di destinasi yang ditujui. Subhanallah… tiba-tiba debaran di dada memuncak.

`Aish.. biar betul… hurm… betul tak betul… Dah nak sampai dah pun… ‘  bisik hati kecilnya.

Mushaf diletakkan di atas buku catatan. Niat dihati ingin menyambung bacaan terbantut. Namun ingatan menular ke sisi lain… Buku Harun Yahya dikeluarkan dari beg sandang. `JANGAN BERALASAN ANDA JAHIL’ diteliti.. Pembacaan kulit ke kulit. Hurm.. tersenyum sendiri… pengenalan tentang penulisnya tak perlu kot… Dah berapa kali khatam daaa… huhu. Memang, sudah menjadi kegemarannya hasil karya Harun Yahya… sedari bangku sekolah lagi…. tapi dulu bukunya semua mahal… tak mampu! Tapi sekarang… murah.. bahkan boleh di download secara percuma saja di internet. Subhanallah… Hasil karyanya tersebar keseluruh dunia… Menjadi saham hidupnya! Mudah-mudahan mana yang baik dijadikan teladan….

*************

Angin kering kota Jakarta menyapa wajah. Hingar bingar. MasyaAllah…. merasa takjub dengan nikmat Allah… Kerana kekuasaanNya lah maka kaki ini dapat memijak bumiNya di negeri lain… Setelah memanjatkan kesyukuran pada al-Khaliq, dia melangkah keluar dari balai ketibaan.

Berdebar-debar. Tak tahu apakah yang harus difikirkan. Mata melilau mencari seraut wajah yang insyaAllah dikenali… Tapi di mana ya?!

“Ukhti! Sini ya ukhti!” Satu suara di kejauhan kedengaran. Senyuman keduanya memekar indah bersama pandangan yang penuh kasih dan rindu! Sungguh, kerinduan yang telah lama terpendam. Semenjak pulangnya dia ke Jakarta setahun yang lalu…

Gadis berjilbab ungu itu berlari dan memeluk insan yang dikasihinya. “MasyaAllah, ana rindu bangat sama kamu!” Pipi si tetamu dicium. Pelukan diperkemaskan.

Kaget… Ah, Kak Radiah tak pernah berubah. Penuh kasih saying…

“Assalamu’alaikum.” Sampuk seseorang dibelakang Radiah.

“MasyaAllah, lupa pula. Kenalkan ini Hamzah.” Radiah mengenalkan. Pelukan dilepaskan.

“Wa’alaikumussalam.” Sekadar bertukar senyuman. Ya, inilah Hamzah yang pernah diceritakan… Namun semuanya sudah pudar.. Ingatan tentang cerita-cerita tantang Hamzah kurang diberi tumpuan. Ah, soal lelaki, tentang siapa pun, dia takkan peduli… Cuma setahun yang lalu… dia belajar untuk mempedulikan tentang seseorang… tapi… itu juga sudah berakhir…

“Ayuh kita ke mobil.” Jemputan Hamzah memadamkan peta minda yang terlukis.

********

Sepanjang perjalanan Radiah bertanya itu dan ini… Semua perkhabaran dari Malaysia sudah pun disampaikan seadanya. Sekarang mulut yang tak penat berceloteh itu sudah pun diam. Radiah sudah terlena.

Hamzah kalih ke belakang. “Mbak, kalau masih lapar atau mahu membeli apa-apa khabarkan ya. Nanti ana berhenti. Perjalanan ke kampung dalam 1 jam lagi.” Ujar Hamzah sambil tersenyum. Ya anak muda ini murah dengan senyuman. Walau berkali-kali diusik Radiah, tetap saja tersenyum dan tenang.

“InsyaAllah.” Jawapan pendek. Di kotak fikiran terfikir-fikir. Ada apa lagi ya yang belum dibeli… Hurm..  Tak ada kot… Ngomel hati kecilnya…

Jauh juga perjalanan ke kampung halaman Radiah.. 3 jam perjalanan.  Alya memulakan peta mindanya. Sepanjang perjalanan pandangan ditala ke luar tingkap. Melihat gelagat masyarakat Indonesia. Apakah yang membezakan? Sama saja… Banyak tanah-tanah yang diusahakan dengan pertanian. Menunjukkan masyarakat yang rajin. Pemandangan kehijauan bumi Indonesia pun indah… bukan Malaysia tak punya pemandangan sebegini, tapi… ya lain tempat lain `perasaan’nya. AH, susah nak diterjemahkan.

Malam makin kelam. Kedinginan makin menggigit.  Radiah tetap saja lena. Dan antara Hamzah dan dia…yang ada cuma sepi. Tak ada apa-apa yang hendak dibicarakan.

Lalu ingatannya ditebarkan ke dada langit… ingatan sebelum keberangkatan…

********

“Li, betul ye dah maafkan?” Anissa memandang temannya,. Di amati wajah yang pernah disayangi. Yang pernah dimanjai. Walau tak lama, sebelum dia membawa diri ke utara untuk menyambung pengajian… Dan kepulangannya ke kota, tetap mengahalang mereka untuk kerap meluangkan masa bersama. Yang ada hanya hujung-hujung minggu, atau sebelum dia pulang cuti semester. Kebiasaannya setiap detik yang dihabiskan bersama penuh dengan warna-warna keceriaan.

Memang benar,  Amy dan Kak As tak pernah salah. Hakikatnya temannya ini berbeza dari dunia mereka. Potensinya berbeza… namun Anissa membutakan mata terhadap kenyataan itu. Alam remaja yang dikongsi bersama menuntut Anissa untuk mengekalkan semuanya mengikut tanggapannya sendiri. Sangkaanya dia mengenal diri temannya itu. Namun, tidak sama sekali. Li tak pernah dekat. Tapi jauh. Yang dekat hanya jasad dan emosi zahirnya. Rohaninya, Li tak pernah ada bersama!

Dulu dia lincah. Menguasai balancing rod sudah menjadi kemahirannya. Anissa kemudian mengajarkan dunia skate. Tapi Li tak berminat. Sekadar memandang dikejauhan. Namun dia bercitarasa dan punya pemahaman yang pantas dalam flippin’ dan melibas papan luncur. Ah! Tapi dia tetap dengan pendiriannya. Lebih gemar mengasingkan diri. Ternyata dalam banyak perkongsian, lebih banyak rahsianya….

Siapa sangka… cuti semester kali itu membawa Li lebih jauh…. Jauh berhijrah ke suatu dunia.. yang dia sendiri terasa berat… Siapakah yang membawanya? Hanya segaris nama… namun…. semua perlu dilupakan…

Lama mendiamkan diri…

“Dah la. Ape nak ungkit-ungkit. Ko pun dah tue ar… Blajar la jadi matang. Sorry lah tak pegi kahwin ko hujung tahun lepas ea…” Dia cuba berbicara dengan loghat lama. Namun ternyata kekok.

Anissa tersenyum tawar… “Em… marah kan.. sampai begitu… sayang betul ko kat die ea..”

“Isk. Sayang mende… tak de maknenye… Buat apa nak sayang orang tak kenal?.” Terhenti. Eh, betul ke? “Setiap orang dalam hidup kita punya nilai tertentu. Camana kita appreciate dia, its depend la. Kalau dia kata sayang walhal tak bermaksud apa pun, atau sekadar main-main… Biarlah dia galas beban dosanya atas kekejaman dia pada orang yang dizalimi tu… Dia lebih tahu apa niatnya… ” Li membuat mimik muka pada kanak-kanak dihadapannya. Sebelum dia dan kanak-kanak itu gelak terusik! Dia pun tak pasti apa yang diucapkan pada Anissa.

`Ada sisi mu yang tak berubah… Tapi ke mana sebahagian yang lain… Apa yang kau cari Li..’ bisik hati kecil Anissa.

“Walaupun…  walhal Allah lebih tahu isi hati hambaNya sedangakan hambaNya sendiri tak tahu…” sambung Li… sayu suaranya….

“Tapi Li… kalau orang dah main-mainkan..” Belum sempat Anissa menghabiskan ayatnya Li memotong.

“Baik diam kot. Rasanya hal ni dah tamatkan. Tak ada apa lagi nak di jelaskan. Main-main ke tak… kita tak tahu… Lagipun, yang kena sakitnya saye… Jadi biarlah saya sorang yang merasanya… Kalau nak kongsi, then you kena lah rasai sebagaimana yang merasa…  Dahl ah. Jangan salahkan dia dah. Kalau nak pun, hanya saya sorang yang boleh buat cam tu. Itu hal kami…” Khalas.

“Hurm.. tekad Li… jangan makan diri…” Keluhan Anissa terasa berat di udara.

“Dah memakan jiwa dah pun…” perlahan… sakit.

“SO, macam mana? Kata nak pindah ke Abu Dhabi???” mengubah topik. Bukan lah peluang ini diberi untuk  membuka kisah yang sudah dilupakan. Lupakah Anissa pada syarat itu…

Sungguh, Anissa masih ingat sukarnya semalaman dia memujuk Amy agar menghubungi Li. Memujuk temannya untuk bersua muka…

“Erm, bulan depan. Insya Allah.” Terasa janggal dilidah Anissa menyebut kalimah itu. Tapi bicara temannya yang tak lekang dengan hamdAllah mempengaruhinya.

“Baguslah. Seronok. Peluang nak mendalami ilmu banyak… Peluang nak ke tanah haram RasulNya dan tanah haram Allah pun banyak… Subhanallah… Rezeki…” ucap Li. Rindu sungguh dengan kenangan itu… andai Allah izinkan… menambahkan rezeki untuknya, mau saja dia pergi lagi… melepaskan semua isi hati yang membelenggu diri. Kerinduan, kegelisahan, dan sebagainya… Bukan tak boleh melepaskan semuanya di sini… DI mana-mana pun boleh… Itukan kewajipan… Allah ada di mana-mana… Tapi… ada bezanya…

“Mir lama ke kena bertugas kat sana?” Sambungnya..

“Hurm… 4 tahun kot…” Balas Anissa.

“Gunalah peluang yang ada sebaik-baiknya… Mudah-mudahahn Allah memberkati korang berdua… “ doa-doa seterusnya dipanjatkan di dalam hati saja.

“Li, tak jumpa dengan kawan-kawan lain?”

“Hurm… kurang kesempatan…” Beralasan.

Anissa tahu sedikit tentangnya kini… Sekadar apa yang diketahui Amy. Semua pasrah. Membiarkan dia memilih jalan yang dia mahu. Teman-teman yang lain terasa pilihannya berat. Kerna pilihan itulah juga dia dan Li pernah bergaduh. Kerana keengganan Anissa memahami. Memahami bahawa agama itu bukan sekadar sebuah kepercayaan yang wajib dianuti bahkan sebuah mabda… cara hidup yang mesti dipatuhi! Dan apabila bangkitnya aqal dalam peringatanNya, haruslah disambut segera…  Jika tidak… tenggelamlah dalam nikmat dunia yang penuh kepura-puraan.

“Li, nak pergi ni, siapa yang tahu? Nak pergi jumpa siapa.”

“Nak jumpa kawan.” Tersenyum.

“Kawan?” Anissa hairan. Siapa? Tapi dia memang banyak kawan yang tak dikenali….

“Mau ke mana sbenarnya ni?” Tanya Anissa tak puas hati.

“Mau jalan-jalan la.” Manja. Tak berubah. Masih main-main.

“Ye la, tapi nak ke mana?” Geram.

“Mane boleh bagi tau. Sebok la…” Memuncung.

“Isk.. semua nak rahsia… tak pe lah. Yang penting ada yang tahu. Ni bawa ubat tak?” Risau sungguh Anissa. Sangsi! Mana taknya, sorang sorang minah ni. Ni perlepasan antarabangsa. Bukannya domestik. Wah!!! Tension. Kalau bukan sebab suaminya sudah melarang dia mendesak, dah pasti diseretnya budak ni balik… Tapi takkan lah nak gaduh algi kan.

“Ubat? Hurm, sehat je.” Buat-buat bodoh. Ala, cam la sakit serius sangat. Yang penting tak … tak de ape-apelah. Ngomel sorang-sorang.

“Eeee geram la ko nih! Ikotkan ati aku seret je balik!” Akhirnya meledak isi hati Anissa.

Gelak. “Hek eleh ye lah tu. Ni ha, kirim salam kat Mir ea. Thanks la datang antar” Padahal sebab nak jumpa. “Dah nak masuk nih. Orang pi masuk dulu ea. Nanti tak pasal kena tinggal.”

Lantas dia memeluk Anissa erat.

“Mudah-mudahan Allah memberkati kamu. Mudah-mudhan Allah memelihara mu! Mudah-mudahan Allah mencintai dan mengasihani mu. Maka, aku akan lebih saying pada kamu. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Jika tidak, doa-doakan aku selalu. Andai ni perjumpaan terakhir, jangan lupakan aku. Aku minta maaf untuk semua kesalahan dan kesilapan. Bagi setiap saat yang lagha, aku mohon agar kita melupakan dan insafi. Moga-moga beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.” Pelukan dilepaskan, dan pegangan kejap Anissa direntap. Dengan pantas dia menuju ke balai perlepasan. Membiarkan Anissa terpempan.

Tangisan Anissa meledak, menjadi-jadi. Terngiang-ngiang bicara temannya. Apakah maknanya??? Panggilan Anissa tidak diendahkan. Kakinya laju menuju ke kaunter imigresen. Kelibat gadis berjilbab hitam makin menghilang. Li hanya menoleh melihat sepintas, melihat Anissa tenggelam dalam tangisan. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Mir ada untuk memujuk isterinya.

Maaf kawan… Hati ku lebih bengkak… Namun ada perkara harus dilepaskan… Yang telah berlalu sudah ku maafkan… Mata berkaca-kaca…

***********

Subahanallah… Alya melepaskan keluhan yang berat. Bait-bait warkah pemberian temannya tadi dilipat dan disimpan rapi dalam buku catatannya.

“Alya, sudah sampai.” Sapaan Hamzah mengejutkan Alya. Sungguh tak sedar mobilnya sudah berhenti…

Radiah masih dalam mimpi…

Ya Allah… kurniakan pada ku kekuatan… Alya melepaskan keluhan yang berat.

[unedited vers.]

**********

“Kak Itah… Alya betul-betul nak minta tolong ni… please…” Rayu Alya pada kak Itah. Beralasan konon-kononnya nak mengenal Aman. Padahal….

Tadi, sebelum sempat Aman menghabiskan namanya, Alya sudah tak sanggup mendengar. Dengan gelaran `Aman’ semacam sudah dapat dia dia simpulkan apakah nama penuh Aman. Sungguh ALya tak mahu dengar. Menyesal pula. Kini, baiklah bertemu Kak Itah. Mudah-mudahan tak seperti yang difikirkan.

“Hurm… maklumat sulit lah Al.” Kak Itah serba salah.

Isk camana la nak bagi tau nak tau nama je… gerutu hati ALya dengan perasaan sendiri.

“Tapi, boleh lah sikit kak Itah bagi tau memandangkan Hus pun cakap Aman suka ALya.” Ujar Kak Itah sambil tersenyum. Lucu melihat mimik muka ALya yang tak keruan. Kenapa juga….

Alya tersengih. Malunyer sayerp!

Kak Itah mengeluarkan sebuah file. Tak sempat ALya menangkap tulisan didepannya.

“Aman baru 3 hari dengan kita. Hari sama Alya datang sini. Neneknya Aman dah meninggal. Ayahnya perlu ke luar negara. Dapat kerja di sana katanya. Jadi Aman ditinggalkan sementara di sini…. Ntahla ALya… saya pun tak tahu kebenarannya.” Diunjukkan sekeping dokumen. Sijil lahir.

Pantas ALya menyambut. Saat matanya membaca nama yang tertera…

Subhanallah… ke mana kau lari, ia tetap ada…. walau berbeza ejaan dipangkalnya…

Menghantui hidup… Sungguh bukan salah Aman. Di Malaysia saja, berapa ramai yang punya nama yang sama. Bahkan dengan ejaan yang sama. Aman Cuma sebahagian. Bahkan ejaan pangkal nama tak serupa. Walau sebutan dan makna nya sama…. Nasib la Alya…. kalau dah fobia… fobia juga…

Hampir 2 bulan ALya menyepikan diri dari segala yang berkaitan. Kini Aman mendekat bersama `ingatan’.

`Bangun Alya! Jangan gila!’ Jerit Alya pada diri sendiri. Astaghfirullah kenapa sampai begini jadinya… Sungguh ALya sesal…

Teringat pada wajah Aman yang tak mengerti apa-apa…

Kembali kepada Kak Itah yang petah bercerita…

“… Walaupun ayahnya ada tinggalkan RM500 dan kata akan bayar bulanan RM500, sampailah dia mampu nak ambil Aman… tapi ya lah. Banyak kes yang pergi macam tu aja. Tambah pula Aman tu kan sakit… Payah nak biaya tu ALya…” Runsing.

Ya, betul. ALya pernah dengar, bukan mudah nak biaya sakit seperti Aman. Walau tampak seperti cumalah kecacatan pada kaki. Namun, hakikatnya adakalanya kanak-kanak itu akan merasa  sangat sakit pada kaki tersebut. Sehinggalah dia dewasa….

Jam 445pm … “Kak Itah, ALya minta diri dulu lah. Kelas dah habis sepatutnya ni. Terima kasih sebab kongsi cerita pasal Aman.” Berbalas senyuman dan salam, ALya segera keluar.

Kelasnya sudah kosong. Husna juga ntah ke mana.

Kelas Husna juga kosong.

“Al!” Aesha… ya, itu suaranya Aesha.

“Dah?” Tanya Aesha. Pelik.

“Huh? What do ya mean?” Ntah apa-apa da…

“DAh habis siasat? Husna cerita la…” Kening double jerk!

Pasti tersenyum dibalik niqobnya.

“Hurm… ye la… ALya silap… Tersilap… Manalah si Aman kesayangan ramai?” Soal ALya geram. Kenapa pulak semua macam nak salahkan Alya ni…

“Cuba tengok kat playground depan. Husna bawa ke sana kot. Alya letak beg kat mana? Nanti Sha ambilkan. Then kita jumpa kat sana k… Tapi jangan manjakan si AMan tu lama-lama. Nak kena balik cepat ni!” ujar Aesha.

“Huhurm…” Ai ai mem…’

*******

Dikejauhan, ALya sudah nampak kelibat Aman yang duduk dibangku sendirian sambil memerhatikan kanak-kanak lain bermain. Semestinya dia pun nak main sama… tetapi…. Ah… sabarlah Aman…

“Tak nak main?” Tanya ALya bodoh.

Mata Aman berkaca-kaca.

Kemudian tersedu-sedu… Kolam air matanya akhirnya merembes…

“Kenapa nangis?” Alya masih bertanyakan soalan bodoh. Ntahla…. dia geram sebenarnya…. Tpi apalah salah kanak-kanak yg berusia 6 tahun tapi bersaiz 4 tahun ni…

“Dah la…” Akhirnya Alya berlembut…. Rasa bersalah mencengkam jiwa. Bukan salah kanak-kanak ni…. Dipeluk Aman. Tangisan Aman makin sendu. Tenggelam erat dalam pelukan Alya.

Rasa bersalah memuncak.

Seketika semua kanak-kanak di situ berhenti bermain dan menoleh.

“Aman… KAk ALya minta maaf k…” ujar Alya lembut.

Di dukung Aman. Besi yang menyokong kaki Aman sedikit mengganggu… Alya membawa Aman ke bahagian kanak-kanak bawah umur. Biarlah Aman berehat…

Sesampai di sana. “Cik Alya, biar saya saja yang dukung Aman.” Tegur Mak cik Sarah ramah.

“Tak apa, Chik Sarah. Tak berat pun…” balas Alya menghadiahkan senyum buat Mak cik Sarah.

Aman sudah pun berhenti menangis. Namun sisa sisa air mata masih berbekas. Hidung dan matanya masih memerah. Kesian Aman…. Menjadi mangsa geram Alya.

“Aman, dah okay? Aman rehat dnegan chik Sarah ya. Kak Alya nak balik. InsyaAllah esok kita jumpa ya.”

Aman memandang Alya. Mulut memuncung rajuk.

“Kak Aya pun tak suka Aman?” Tiba-tiba Aman bertanya.

ALya terkejut. Kembali duduk di sisi AMan.

“Aman tau, semua tak suka Aman. Tak nak kawan dengan Aman. Sebab kaki Aman…” Makin muncung…Mulut diketap menahan tangis.

“Mana ada…. Kan Kak ALya da minta maaf…” nafi ALya. Berdebar-debar hatinya. Kenapa?

“Dah tu, Kak Aya tinggal Aman sorang-sorang kat kelas tadi.” Dalam pelat Aman, Alya masih boleh memahami.

Sungguh-sngguh rajuknya.

“Betul la Aman…Kak Alya ada hal… Ok, nanti esok kita jumpa k… Kak Alya kena balik ni… cian kat Kak Eca ngan Kak Huch tunggu Kak Aya k…” Alya memujuk dengan mimik muka sekali! Dekat budak kecik comey la… Haizzz…

“Ok??? Ok??? Sori ye my dear.” Di cium mesra pipi Aman. Aman tersenyum. Termakan gula-gula! Huhu~

Alya menarik nafas lega…

Aman menarik tangan Alya, menyalami dan mencium tangan Alya. “Enek pesan kena salam tangan orang tua.

Tersenyum. Comel.

Terharu… kasihan Aman… Sori la Aman… Kak Alya ni tengah `sakit’….

Alya berlalu…

**********

Alya memandang pada Aman yang tersenyum di sisnya.

Kemudian satu persatu wajah mulus yang kecil dihapannya. Diapndang satu persatu-satu.

“Hari ni Kak Alya nak cerita tentang anak yatim…betapa sayangnya Rasulullah kepada anak yatim… nak dengar?”

Semua mengangguk dan sebahagiannya menjawab, “Nak!” Huhu~

“Tapi, anak yatim tu ape?” Mariam bertanya. Alya mencubit lembut pipi Mariam. Mariam dan rakan-rakannya tergelak.

“Itu Kak ALya terangkan lepas cerita ni ok?”

Kisah ini terjadi di Madinah pada suatu pagi di hari raya Aaidul Fitri. Rasulullah saw seperti biasanya mengunjungi rumah demi rumah untuk mendo’akan para muslimin dan muslimah, mukminin dan mukminah agar merasa bahagia di hari raya itu.

Alhamdulillah, semua terlihat merasa gembira dan bahagia, terutama anak-anak. Mereka bermain sambil berlari-lari kesana kemari dengan mengenakan pakaian hari rayanya. Namun tiba-tiba Rasulullah saw melihat di sebuah sudut ada seorang gadis kecil sedang duduk bersedih. Ia memakai pakaian bertampal-tampal dan sepatu yang telah usang.

Rasulullah saw lalu bergegas menghampirinya. Gadis kecil itu menyembunyikan wajahnya dengan kedua tangannya, lalu menangis tersedu-sedu.

Rasulullah saw kemudian meletakkan tangannya yang putih sewangi bunga mawar itu dengan penuh kasih sayang di atas kepala gadis kecil tersebut, lalu bertanya dengan suaranya yang lembut : “Anakku, mengapa kamu menangis? Hari ini adalah hari raya bukan?”

Gadis kecil itu terkejut. Tanpa berani mengangkat kepalanya dan melihat siapa yang bertanya, perlahan-lahan ia menjawab sambil bercerita : “Pada hari raya yang suci ini semua anak menginginkan agar dapat merayakannya bersama orang tuanya dengan berbahagia. Anak-anak bermain dengan riang gembira. Aku lalu teringat pada ayahku, itu sebabnya aku menangis. Ketika itu hari raya terakhir bersamanya. Ia membelikanku sebuah gaun berwarna hijau dan sepatu baru. Waktu itu aku sangat bahagia. Lalu suatu hari ayahku pergi berperang bersama Rasulullah saw. Ia bertarung bersama Rasulullah saw bahu-membahu dan kemudian ia meninggal. Sekarang ayahku tidak ada lagi. Aku telah menjadi seorang anak yatim. Jika aku tidak menangis untuknya, lalu siapa lagi?”

Setelah Rasulullah saw mendengar cerita itu, seketika hatinya diliputi kesedihan yang mendalam. Dengan penuh kasih sayang ia membelai kepala gadis kecil itu sambil berkata: “Anakku, hapuslah air matamu… Angkatlah kepalamu dan dengarkan apa yang akan kukatakan kepadamu…. Apakah kamu ingin agar aku Rasulullah menjadi ayahmu? …. Dan apakah kamu juga ingin agar Fatimah menjadi kakak perempuanmu…. dan Hasan dan Husein menjadi adik-adikmu dan Aisyah menjadi ibumu ?. Bagaimana pendapatmu tentang usul dariku ini?”

Begitu mendengar kata-kata itu, gadis kecil itu langsung berhenti menangis. Ia memandang dengan penuh takjub orang yang berada tepat di hadapannya.

Masya Allah! Benar, ia adalah Rasulullah saw, orang tempat ia baru saja mencurahkan kesedihannya dan menumpahkan segala gundah di hatinya. Gadis yatim kecil itu sangat tertarik pada tawaran Rasulullah saw, namun entah mengapa ia tidak bisa berkata sepatah katapun. Ia hanya dapat menganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuannya. Gadis yatim kecil itu lalu bergandingan tangan dengan Rasulullah saw menuju ke rumah. Hatinya begitu diliputi kebahagiaan yang sulit untuk dilukiskan, kerana ia diperbolehkan menggenggam tangan Rasulullah saw yang lembut seperti sutra itu.

Sesampainya di rumah, wajah dan kedua tangan gadis kecil itu lalu dibersihkan dan rambutnya disisir. Semua memperlakukannya dengan penuh kasih sayang. Gadis kecil itu lalu dipakaikan gaun yang indah dan diberikan makanan, juga wang saku untuk hari raya. Lalu ia dihantar keluar, agar dapat bermain bersama anak-anak lainnya. Anak-anak lain merasa iri pada gadis kecil dengan gaun yang indah dan wajah yang berseri-seri itu. Mereka merasa kehairanan, lalu bertanya :

“Gadis kecil, apa yang telah terjadi? Mengapa kamu terlihat sangat gembira?”

Sambil menunjukkan gaun baru dan wang sakunya gadis kecil itu menjawab :

“Akhirnya aku memiliki seorang ayah! Di dunia ini, tidak ada yang bisa menandinginya! Siapa yang tidak bahagia memiliki seorang ayah seperti Rasulullah? Aku juga kini memiliki seorang ibu, namanya Aisyah, yang hatinya begitu mulia. Juga seorang kakak perempuan, namanya Fatima Az`Zahra. Ia menyisir rambutku dan mengenakanku gaun yang indah ini. Aku merasa sangat bahagia dan bangga memiliki adik adikku yang menyenangkan bernama Hasan dan Husein. , dan ingin rasanya aku memeluk seluruh dunia beserta isinya.”

Rasulullah saw bersabda : ”Siapa yang memakaikan seorang anak pakaian yang indah dan mendandaninya pada hari raya, maka Allah SWT akan mendandani/menghiasinya pada hari Kiamat. Allah SWT mencintai terutama setiap rumah, yang di dalamnya memelihara anak yatim dan banyak membagi-bagikan hadiah. Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan melindunginya, maka ia akan bersamaku di surga.”


Dari Ibnu Abbas r.a., Rasulullah bersabda :”Dan barangsiapa yang membelaikan tangannya pada kepala anak yatim di hari Assyura, maka Allah Ta’ala mengangkat derajat orang tersebut untuk untuk satu helai rambut satu derajat. Dan barangsiapa memberikan (makan dan minum) untuk berbuka bagi orang mukmin pada malam Asyuro, maka orang tersebut seperti memberikan makanan kepada seluruh umat Muhammad SAW dalamkeadaan kenyang semuanya.”— Al Hadis.

Ya Rasullullah, sungguh mulia ahlakmu, sungguh banyak anak-anak yatim-mu. Sebagaimana gelaranmu Abul Yatama (Bapaknya anak-anak Yatim) di seluruh dunia dari dulu hingga akhir zaman.

Ya Allah, tentukanlah yang terbaik buat kanak-kanak ini… Mudah-mudahan Kau tentukan mereka  sebagai kebaikan buat agama Mu kelak. Selamatkanlah mereka dari tipu daya dunia yang mengecewakan ini…

Setiap satu belahan jiwa, setiap satunya disayangi. Dia memeluk mereka satu persatu. Dan akhir sekali Aman. Moga hadir mu membawa hikmah yang mendalam buat ku…

**********

[Unedited vers. 2 – kredit bagi cerita anak yatim: Nida]

Prev:

Masih Adakah Harapan? (1)

Masih Adakah Harapan? (2)

And so we talked all night about the rest of our lives
Where we’re gonna be when we turn 25
I keep thinking times will never change
Keep on thinking things will always be the same
But when we leave this year we won’t be coming back
No more hanging out cause we’re on a different track
And if you got something that you need to say
You better say it right now cause you don’t have another day
Cause we’re moving on and we can’t slow down
These memories are playing like a film without sound
And I keep thinking of that night in June
I didn’t know much of love
But it came too soon
And there was me and you
And then we got real blue
Stay at home talking on the telephone
And we would get so excitedand we’d get so scared
Laughing at ourselves thinking life’s not fair
And this is how it feels

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
From whatever
We will still be
Friends Forever…

*********

7 am

Ika> Li! Sori! Aq tak dapat nak turun hari ni… My hubby demam r… Takkan nak tinggal dia sorg kot… Nak seret dia skali join kite pun macam tak larat je…=(

Hah! Nak seret husband? Biar betul… Tersenyum sendiri. Macam-macam la…

Bebrapa minit selepas tu… Triitit tit

Adilla> Babe, I rase tak dapat la nak proceed dengan plan har nii. Cos’ my daughter ni buat hal. Kacau mood I je. Cik abang I pun tak dapat nak tolong. Kite org rase nak tinggal je die ngan opahnya.

Hurm….

Reply to Adilla: Huhu… janganlah tinggalkan dia dengan opah… cian dia…Ada la tu majuk nak apa2…

Adilla: Habis tu? Kite punye plan camana? I menyampah tau. Suka buat hal bile I nak hanky-panky skett…

Adilla, Adilla… tak berubah… shes’ you baby girl… Namun semuanya tenggelam dalam diri sendiri.

Adeh… sakitnya kepala ni…. Menggagau dalam laci… mencari sesuatu yg mungkin boleh mengurangkan denyutan dikepala. Semacam  ada org tengah bertukang je dalam otak nih. Tong! Tong! Tong!

Kemudian Tritit tit tritit tit

A’yin> Li, gempak Li!!!!! Isk, tak tau nak wat ape ni Li… wa! Bakal mak mentua kite nak ajak shopping barang hantaran hari ni. Camana ngan reunion kite ni… Boleh tak kalau kite ramai2 hang out dgn dia. I takot laaaaaaa =,(

Rosy> You all, kite tak dapat nak join tau hari ni. Emergency kat klinik. Memandangkan ramai doc cuti, so I kena replace dia org…. Let’s change to another date ok tak? Pleaseeee O,o really miss u all la… sob sob

Rit tit tit

Bibi> I kena grounded la pulak. Tiba2 baby dalam perut ni wat hal. Maka suami ku menyuruh ku diam di rumah saja… =(( boleh tak kalau kita tunda di lain masa??? Tak pun suami ku mencadangkan agar kamu-kamu melepak kat rumah kami je. Huahua~ harap maklum la ye… menunggu anak sulung… hikhik

Kepala rasa nak pecah. Digegarkan pula dengan bunyi handphone dipagi-pagi hari. Dah tu semua macam dah pakat-pakat… Hurm elok jugak… sebab aku pun mengantukkkk sangat! Mana taknya… Tidur tak pernah boleh lena….. sudah seminggu… Selang beberapa bulan ada saja mimpi-mimpi atau perkara-perkara yg mengganggu tidur.. apalah maknanya… pelik!

.Tapi…hurm, ada sorang lagi. Kalau dia sorang je yg jadi, maka terpaksalah juga turun… Tiba-tiba…

Rit!

Belum sempat bunyi incoming sms berakhir, butang hijau ditekan.

Izzah> Iza dah msg yang lain. SO sekarang nak bagi tau Li pulak. Iza tak dapat nak turun KL hari ni. Kereta buat hal. SO, masih tersadai kat Ipoh ni… Apa kata Li datang Ipoh??? Hhehee 😀

Finallly! Good!

2 biji pil biru di meja kecil diambil. Gulp, slurp! Habis segelas air. Eeeyeww! Pahit! Burp. Alhamdulillah.

Ditelangkup hp, kemudian selimut dibentang  menutupi dari kepala ke kaki. Zzzzzzzzz

1 minit… tik tok tik tok

2 minit tik tok tik tok

3 minit tik tok tik tok

Makin lena..

4 minit berlalu tik tok tik tok

5 minit berlalu tik tok tik tok

So if we get the big jobs
And we make the big money
When we look back now
Will our jokes still be funny?
Will we still remember everything we learned in school?
Still be trying to break every single rule
Will little brainy Bobby be the stockbroker man?
Can Heather find a job that won’t interfere with her tan?
I keep, keep thinking that it’s not goodbye
Keep on thinking it’s a time to fly
And this is how it feels

La, la, la, la:
Yeah, yeah, yeah
La, la, la, la:
We will still be friends forever


Tiba-tiba

Rittitittititititititititititititititititiitit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Oh my!!!!!

Huh! Zap! Ya Allah, sakitnya kepala. Kepala yg berdenyut ditekan-tekan sekuatnya.

Hish, rasa nak campak je hp ni.

Open all new messages.

Adilla> Hey dapat tak msg I? Awat senyap???

Rosy> Li, are you there? Are you ok? Marah ke?Jangan la diam je…

Ika> Reply la Li…

Izza> Camana? Jawab la..

A’yin> Awak oh awak

Bibi> Reply lah my hunny bunny oiiiiii

Adoiiiiiissss…

Reply to: Adilla, Bibi, Rosy, Izzah, A’yin, Ika

Message: Ok

Send

Done.

Fuh. Off.

ZZzzzzzz

Cukuplah. Tak jumpa pun tak apa. Insya Allah andai ada ketentuannya, tetap saja kita akan berjumpa. Masing-masing bukan lagi dizaman awal remaja, semuanya berlangsung mengikut keras kepala sendiri.

Masakan terlupa, kita punya banyak masa untuk ketemu, tetapi kita sering menyibukkan diri dengan hal yang disibukkan oleh setiap orang. Sehingga kita lupa kita sering menciptakan alas an dengan kata `busy’.

Kini semua sudah punya tanggungjawab masing-maisng… kehidupan masing-masing…

Walaupun hala tuju kita berbeza, yang penting kita menghargai detik bersama…

Dan ternyata ianya mungkin lebih indah andai disulami ukhwah Islamiyyah… Namun kita terhilangkan itu….

“Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (Al-Hujurat,10).

Imam al-Muassis (perintis) Hasan Al-Banna berkata;:

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

Biarlah buat sementra ini, yg tinggal adalah sebuah rindu…

Will we think about tomorrow like we think about now?
Can we survive it out there?
Can we make it somehow?
I guess I thought that this would never end
And suddenly it’s like we’re women and men
Will the past be a shadow that will follow us ’round?
Will these memories fade when I leave this town
I keep, keep thinking that it’s not goodbye
Keep on thinking it’s a time to fly

*****************

“Cik Ya! Bangun!”

Zap! Selimut direntap!

Dia menggeliat malas.

“Alya!” Aesha menarik ALya  agar dalam posisi duduk.

Ditampar-tampar wajah Alya seketika…

Kemudian dia bangkit menuju ke tandas berhampiran..

Hurm…

Alya mengeluh perlahan.

Dum!

Kembali menghempas badan ke katil. Sungguh! Sangatttt mengatuk…. kepenatan kerana tak tidur… dan sekarang dengan `bantuan’ makin lah mengantuk. Niat tak mahu diganggu, tapi…

“Ya Robbi! Al… bangun….” Aesha sudah ke`tensen’an. Eee! Segelas air diletakkan dimeja kecil. Matanya tertangkap pada gelas kosong dan beberapa biji pil biru dalam bekas kecil yang tidak tertutup.

“ALya! Bangun… “ Ditariknya ALya lagi. Kembali dalam keadaan duduk…

“Al,… Astaghfirullah…”

Yang kedengaran cuma keluhan lemah ALya. Dia tahu ALya sudah separa sedar. Dibasahkan tangan dengan air yg dibawa… dengan lafaz bismillah, tangan yang basah itu diraup ke wajah ALya, beserta dengan bacaan doa… Mudah-mudahan Allah membangunkan jiwa ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu menentang `percaturan’ manusia.

Perlahan-lahan ALya membuka mata… lebam… pastinya semalaman tak lena… Seperti kebelakangan ini.

Alya mengeluh lagi.

“Alhamdulillah… bangun Alya…” Pujuk Aesha

“Mengantuk la Sha…” Rengek Alya. Dah macam nak menangis. Kalau orang lain, dah pasti di`tendang’nya keluar. Nasib baiklah Aesha yg membangunkan….

“Siap ALya…. masalah ni makin rumit… Rasanya kita harus berbincang. Dan mencari penyelesaiannya.”

Alya termenung. Berbincang… Suatu perkara yg sukar untuk dilakukan…. Mencari penyelesaian…. Apa yg pernah selesai… Dulu pun, bila mana dia ada masalah… si dia pun guna alasan sama… sudahnya tak pernah nak menyelesaikan. Bahkan bertimpa-timpa masalah lain. Kesudahan, bukan soal ALya, tapi soal dia! Soal ALya dicampak terus ke tepi… Sungguh tak berharganya perasaan ALya… Dibiarkan luka sendirian… Tapi ALya tak kisah… biasa memendam sendirian… Sayang juga menjadikannya terus setia mendengar rungutan dan kadang-kadang kutukan si pengadu pada dirinya! Tumpah air mata tak pernah kering… Tapi… begitulah yg sering berlaku. Kerana sebuah kepercayaan yg ter-bina, Alya tak mampu mengasing diri lama dan jauh dari dia… Seperti selalu juga, kata-kata ALya ibarat angin lalu. Menjadikan ALya memberat untuk berterus terang… Sudahnya… Cuma mengharapkan teman yg ikhlas menyayangi dan menemani… untuk menggembirakan sekeping hati… Walau sedikit, namun cukup membantu….

Tak perlulah dikongsi masalah yg memberat andai diri tak sudi mendengar… Tak usah mengaku sudi andai hakikat dan setiap yg dizahirkan tak pernah sudi… usah diakui hati ikhlas sedangkan jelas terpamer yg tidak ikhlas… Sungguh tidak peduli! Jadi jangan dibela diri dan memberi harapan! Kerana sakitnya…..

“Al..” Aesha menggoncangkan bahu ALya. Mengejutkannya dari lamunan… Sudah bangun, termenung jauh la pulak…

“Kalau tak mahu bincang, tak mengapa, cumanya pergilah bersiap. Jam 12 nantikan mahu ke Taman Harapan… ALya lupa… Kan ALya dah janji…” Aesha memperingatkan.

Sungguh ALya terlupa… 3 hari ni memang ALya banyak menghabiskan masa di Taman Harapan. Setelah pulang dari Jakarta, membawa diri ke Taman Harapan merupakan salah satu cara untuk Alya melarikan diri dari perkara-perkara yang membelenggu dirinya… Tak siapa tahu di mana dia. Kecuali yang tertentu. Ah… siapa peduli… tak siapa peduli…  Tidak juga ibubapanya! Ibu… rindu…. Maafkan ALya….

“Alya…” Aesha mengeluh. Alya kerap termenung.  Aduhai, andai bisa diselami fikiran ALya… Masalah cinta kah? Ah mana mungkin… Masalah kewangan? Tapi dia sering membuat kerja sampingan untuk menampung aktiviti hariannya… Bahkan dia sendiri tak mahu terikat ke mana-mana, dan ke siapa-siapa buat masa ni… Aduh! Masalah negara kah??????????? Alya mendaftar untuk undi kah??? Isk, mana mungkin! Bukankah Alya seorang yg menolak mabda kapitalis!? Aesha kebingungan sendirian…

“Alya. Pegi siap. Nanti breakfast. Sha tunggu kat bawah k.” Tangan Alya ditarik. Dengan keadaan ALya yang tidak stabil, dia mendorong Alya ke tandas bersama dengan sehelai tuala.

“Ok, selamat bersiap! Jangan lama-lama tau!” Aesha tersenyum. Lantas menutup pintu, membiarkan ALya yg masih sungul.

**********

Alya menapak ke ruang makan. Memandang Husna. Berselera sungguh. Asal nasi lemak Mak Yah, memang la dia. 2 bungkus pun licin beb!

“Makan Al. Sedap Al. Ayam goreng kunyit.” Ujar Husna tersengih.

“Tak nak la… tak ada selera… Pedas pulak tu…” Mengerikan sungguh! Tengokla warna sambalnya, dengan  biji-biji lada… Adoiii! Menderitanya lidah, pipi, perut!

“Eleh, psiko la tuh! Tak pedas pun. Sedap gile! Kalau tak mau, tinggal la situ. Nanti Husna habiskan. Hehe. Alya makan roti je lah.” Husna menghulurkan roti sandwich dan sepaket sup Campbell segera yang belum dibancuh.

Alya memuncung. Kejam sungguh. Saje je! Pada hal dah tau, saje tak nak belikan menda lain. Alya merungut-rungut dalam hati.

“Heh, apsal mata lebam macam panda? Hehe.” Hurm, begitulah Husna. Hidup memang selamba.

Alya membetulkan hujung tudung bidang 60 inci milik Husna yang hampir sama makan sambal! Makan tak reti nak elok-elok! Sampai tudung pun nak makan sekali. Huh. Diam.

“Hehe. Thanks dear.” Tersengih.

“Ngigau pe smalam Al?” Tanya Husna lagi.

“Hah? Mane ade ngigau. Eee… tak cun la ngigau-ngigau nih!” balas Alya. Tak puas hati dituduh mengigau!

“Hek eleh tak ngaku pulak.”

“Betulla. Mimpi, dengan ngigau len lah.” Alya mencebik.

“Ye lah ye lah. Pagi-pagi dah nak tarik muncung! Sengsara la siapa dapat kamu!” Bebel Husna. Husna temannya Aesha. Berkenal dengan ALya melalui Aesha. Walau baru 4 bulan, ternyata tempoh yang singkat tak menghalang mereka untuk menjadi erat. Sepertinya sudah bertahun mengenal! Masing-masing saling menyenangi…

ALya diam. “Sengsarala siapa dapat kamu!” kata-kata Husna berputar-putar dalam kotak fikirannya. Mungkin benar… sengsara…. menyengsarakan…menyusahkan….

“Diam pulak!” komplen Husna. Dia berhenti menyuap nasi lemak. Menoleh pada Alya. Alamak… Husna kaget. Alya memang sensitive sejak akhir-akhir ni. Wajah yang pucat  dan mata yang lebam akibat tidur yang tak sempurna itu tunduk mengahadap roti. Jari jemarinya hanya meracik racik roti. Tapi tidak satu pun disua ke mulut. Kosong. Tubir mata yang memerah seakan mahu menangis.

Haila… problem betul lah… Aku dah salah cakap ke… Pening Husna…

“Al, maaf la. Main-main je…. dah la.. makan la.” Husna memujuk perlahan…

Alya mengesat hidung yg beair. Benar, dia sudah mahu menangis… Ntah kenapa, dia betul-betul sensitive sejak akhir-akhir ni. Bencinya!!! `Menyusahkan!’ itu lah yang Alya mengerti…  yg pernah dirasai, namun sering dinafikan. Menjadikan ALya yakin dia ikhlas. Namun, akhirnya, itulah juga yang diungkapkan…  mengakhirkan semuanya…

Husna memandang ALya sayu. “Alya banyak AL beli barang untuk budak-budak tu nanti?” Tanya Husna. Mahu tukar topic. Padahal dia sudah tahu.

Alya sekadar mengangguk.

“Sha dah masukkan semua barang-barang yang kita beli semalam dalam bonet.” Tiba-tiba Aesha muncul.

Dia memandang pada ALya, kemudian Husna. Hurm, mesti adalah sesuatu yg dah berlaku ni.

“Alya tak nak nasi lemak tu? Ketepikan sambalnya.” Tegur Husna bila melihat nasi lemak yang tak berusik, termasuk chicken wing kegemaran Alya.

“Erm. Tak nak lah. Tak pe, nanti Husna makan.” Isk, roti ni pun … muak. Habiskan milo je la.

“BIar betul Hus. 3 bungkus hari ni???” Aesha tak percaya.  Husna sekadar tersengih.

“Ana tak nak kurus kering macam Alya. Makan hati berulam jantung pun kenyang! Hehehe!” Husna melawak. Eh, alamak! Isk, mulut memang tak ada insurance la!!!! Melawak tak kena! Husna menggigit jarinya. Buat muka kesian. Ampun….

Aesha menggeleng.

“Kurus pun tak apa. Apa-apa jadi senang korang nak dukung. Kalau berat-berat, alamak kena seret la ea?” Balas ALya bersahaja. Diteguk pula air teh. Wah, macam-mcam air dah sapa perut….

Hehe… Husna gelak. Fuh, lega! Karang majuk lagi, hailaaaa… pening!

“Dah la. Makan cepat Husna. Dah lambat ni.” Putus Aesha.

“Yes mam!” Husna, Husna…

*********

next …

Masih Adakah Harapan (2)

Masih Adakah Harapan? (3)

Alya tekun menaip sesuatu di laptopnya. Kusyuk. Sesekali mata dialihkan pada jam yang tergantung di dinding. Tepat jam 2, gilirannya pula untuk mengajar kanak-kanak kumpulan kuning…  Husna dan Aesha tentunya kini masing-masing sedang menguruskan kanak-kanak kumpulan merah dan biru.

Pejabat Taman Harapan sungguh sederhana. Tiada apa-apa yang istimewa. Sekadar beberapa buah meja, beberapa rak yang menempatkan file-file yang menyimpan rekod kanak-kanak yang mendiami Taman Harapan, dan lain-lain dokumen.

Dihujung pejabat ada sebuah bilik sederhana kecil. Bilik Pengurus Taman Harapan, Puan Mashitah

Atau lebih dikenali sebagai Kak Itah…

Taman Harapan adalah milik persendirian. Maka kerana itu ia serba kekurangan. Tiada bantuan kerajaan. Tiada yang mahu peduli. Hanya individu-individu atau badan-badan tertentu yang adakalnya cakna tenatng nasib Taman Harapan.

“Alya.” Tiba-tiba namanya dipanggil. Segera dia menoleh ke arah pintu pejabat.

“Ya Husna…” Alya tersenyum. DI sisi Husna ada anak kecil yang berusia kira-kira … 5 tahun… kecil badannya… Jalannya terhencut-hencut… Pantas mata ALya menangkap kaki kiri anak kecil itu.

Hockey foot…duga Alya… Sebelah kaki yang membengkok. Dan lebih kecil dari kaki kanannya…

“Assalamu’alaikum… Siapa nama…?” Sapa Alya sambil mengheret badan si kecil mendekat padanya.

Tapi dia diam. Hanya tersenyum malu. Subhanallah, comel sungguh.

“Ini Aman. 6 tahun. Asalnya dari group saya. Tapi tengok dia selalu tengok kelas ALya je… Jadi, Hus ingat mesti dia teringin nak belajar dengan ALya kot..” Jelas Husna.

“DIa suka ALya kot!” Bisik Husna ke telinga Alya. Kening double jerk! Cisss…

“ Merepek…” ALya mencebik.

“Aman… aman suka akak ea? Kak Hus tak best kan??” hihi. Alya mencucuk.

Aman tersenyum malu.

“Memang la Hus, antara kita berdua, memang budak-budak lagi suka kat kite. Maklum lah, kite kan caring, loving.” Huahua! Nak hamik lu!

Keletok! Adeh… ALya menggosok kepalanya.

Husna pula tergelak. “Padan muka! Perasan!” Puas hati Husna dapat sekeh kepala Alya. Tersenyum bangga.

ALya mencemik.  Sakit wooo

“Dah la. Blah la. Aman meh sini. Tak payah la dapat cekgu cenggini. Kaki dera nih!” Alya membebel.

Menarik Aman duduk di kerusi sebelahnya. Perlahan-lahan diangkat Aman agar mudah baginya untuk duduk.

“Hehe.. Ok lah ALya. Apa-apa hal, tanya kat Kak Itah la ea pasal Aman ni.” Ujar Husna.

“Learn something about him k…” bisik Husna sebelum berlalu. Hurm, ada sesuatu yang tak kena. Biasanya, adalah berkenaan sejarah atau latar belakang kanak-kanak…

Kini tinggal mereka berdua. Alya memandang Aman yg tersenyum memandang Alya.

“Kak Aya, bila akak nak masuk kelas?” Tanya Aman dengan pelatnya.

“Oh ya. Sori Aman. Akak lupa la. Ok, Jom.”

Terasa payah sungguh melihat Aman.  Berjalan. Bila ditanya sama ada dia okay atau tidak, sering saja dia tersenyum sambil menjawab “Ok.” =)

Sampai dikelas, ALya mengagihkan kertas untuk aktiviti hari itu. Semuanya ceria. Aman ALya dudukkan dimejanya sendiri. Ya, dia perlu berkenalan dengan kanak-kanak ini terlebih dahulu. DItambah pula dengan keadaan Aman… tak sanggup hendak dibiarkan Aman terkial-kial dengan kanak-kanak lain.

Dalam kelas Alya cuma ada 10 kanak-kanak yang berusia sekitar 6-9 Tahun. Pelbagai latar belakang. Ada yang merupakan anak yatim dan ada pula yang masih punya ibu bapa, namun lantaran kesusahan keluarga memaksa ibu bapa menghantar anaknya ke Taman Harapan. Dan lebih menyayukan… ada yang dibuang oleh keluarga… kerana susah… atau…

Rasulullah s.aw. bersabda:


“Sebaik-baiknya rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya anak yatim yang diperlakukan dengan baik. Dan seburuk-buruknya rumah kaum muslimin ialah rumah yang di dalamnya anak-anak yatim diperlakukan dengan buruk (HR Ibnu Mubarak)

Dan sabda baginda s.a.w dalam hadith yang lainnya:


Barang siapa yang menafkahi tiga anak yatim, sama keadaanya dengan orang yang beribadah sepanjang malam (HR Ibnu Majah)

Dia masih ingat hari pertamanya di Taman Harapan… sepulangnya ke rumah, ALya menangis semahu-mahunya. Sebak berhadapan dengan reality kehidupan… Sungguh… sukarnya …. Setiap insan mempunyai kesukaran hidup masing-masing.. kepahitan masing-masing… Namun, kerana itulah Allah menjadikan manusia itu bersaudara, agar mereka saling mengasihi, mengenal… dengan ukhwah dan persaudaraan yg terbina kerana Allah, insyaAllah, yg pahit akan menjadi ringan dan manis…. Subhanallah…

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Abu Hurairah r.a. bercerita, bahwa seseorang melaporkan kepada Rasulullah saw. tentang kegersangan hati yang dialaminya. Beliau saw. menegaskan, “Bila engkau mau melunakkan (menghidupkan) hatimu, beri makanlah orang-orang miskin dan sayangi anak-anak yatim. (H.R. Ahmad).

Dia masih ingat apabila salah seorang kanak-kanak dikelasnya yang bernama Fadzil. Berusia 8 tahun. Kulit sederhana gelap. Pendiam dan kurang gemar bergaul. Fadzil berpenampilan kemas, walaupun dengan pakaian yang lusuh. Denagn  songkok hitam yang kepudaran sentiasa tetap dikepalanya. Fadzil pada pengamatan Alya merupakan kanak-kanak pintar. Dan celik ilmu Islam…… Minat belajar sirah, pantas Iqra’, tertib dalam solat dan wudhuk… Malam itu, ketika memastikan semua kanak-kanak tidur, Dia melihat lampu surau masih menyala. Ternyata Fadzil sedang menangis sambil memeluk sebuah kotak sederhana besar.

“Fadzil, kenapa tak masuk bilik lagi?” ALya memandang jam ditangan. 930 malam. Handphone nya berbunyi. Mesej dari Aesha , meminta Alya segera ke kereta untuk pulang.

FAdzil menggeleng.

“FAdzil tak mau tinggal kat bilik tu ea?” Tanya Alya.

Angguk.

“Fadzil tak nak cerita kat Kak ALya ke kenapa?”

Diam.

“Kalau Fadzil cerita, mungkin Kak ALya boleh tolong Fadzil…”

Diam…

“Hurm… Fadzil tak suka KAk ALya ke?”

Geleng…

“Hurm…” Alya memerah otak…

“Dalam kotak ni ada apa Fadzil? Boleh Kak Alya tengok…?” ALya tak jemu mencuba.

Fadzil tunduk memandang kotak. Hidung dan matanya masih merah kerana banyak menangis… Kemudian dia memandang Alya.

“Semua ni barang-barang yang Fadzil sayang.” Ujar FAdzil sayu.

Perlahan-lahan di buka kotak tersebut. Di dalamnya terdapat sehelai kemeja lusuh… dan sehelai selipar jepun berwarna merah yg sudah sangat lama… bersaiz sederhana besar.

“Ini Fadzil punya?” Tanya ALya… Pada agakannya sudah pasti sentimental valuenya ada….

Diam..

“Ayah Fadzil punya…” Perlahan-lahan manik jernih kembali berlari-lari menuruni pipi Fadzil.

“Fadzil jangan nangis….” ALya memujuk. Mengusap lembut kepala Fadzil…

“Ayah Fadzil dah tak ada….. ini saja yang Fadzil ada tentang ayah Fadzil…” ujar Fadzil sambil teresak-esak. Akhirnya wajahnya disembam keribaan ALya. Kesedihan yang tak tertanggung lagi oleh si kecil ini.

Apa perasaan mu andai ini yang kau hadapi wahai umat diluar sana…. Kau gembira saban hari, namun si kecil ini merintih saban hari mengenangkan diri… yang serba kehilangan…Tidakkah kau ingin melengkapinya???

Sungguh, hati ALya digigt pilu. DIa menyeka air yg bertakung ditubir mata agar tak tumpah.  Digosok-gosok belakang Fadzil…

“Sabar FAdzil… Jadilah anak yang soleh… Moga ayah Fadzil tenang dan bahagia…” pujuk ALya. Bisakah anak ini mengerti pujukan yg sedemikian…

“Kenapa semua org benci FAdzil Kak Alya? Fadzil tak kacau pun dia orang. Kenapa diaorang nak kacau fadzil.” Rintih FAdzil dalam sedu sedannya.

“Shh… Sape pulak benci kat Fadzil? Kak Alya, Kak Sha, Kak Hus dan akak-akak lain kat sini semua sayang kat Fadzil.” Pujuk Alya. Sambil mengesat air mata Fadzil.

“Dan yang paling penting, Allah sayang Fadzil…. Rasulullah sayang anak-anak macam Fadzil…ingat cerita yang Kak Alya cerita kat kelas? Fadzil sayang Allah dan Rasulullah?” Tanya Alya.

Fadzil mengangguk. Bersinar matanya. Nah, sudah ku bilang, semua tentang Allah dan RasulNya dia cinta!

“Tapi Ikram, Hasan dan yang lain-lain selalu ejek Fadzil. Cakap songkok Fadzil buruk. Tapi songkok ni ayah yang punya. Hari ni, diaorang buka kotak ni. Ejek-ejek Fadzil budak buruk Simpan barang-barang buruk. Simpan sampah.” Tersedu-sedu Fadzil mengadu.

Oh ini begini ceritanya….

“Dia orang baling-baling baju ayah dengan selipar ayah…” Tangis Fadzil pecah lagi.

“Shh… jangan nangis Fadzil…” Pujuk Alya.

“Dia orang tak tahu kisah Fadzil… Dia orang saja nak kacau Fadzil sebab dia orang nak kawan dengan Fadzil ok… Tapikan Fadzil diam orangnya. Jadi diaorang geram…” Jelas Alya menurut firasatnya sendiri.

“Fadzil nak kak ALya marah diaorang sebab buli Fadzil tak?” Cadang ALya, sambil tersenyum penuh makna.

“Erm… “ Fadzil keraguan…

“Erk… tak payah la Kak Alya… Semalam Kak ALya cakap, kita kena maafkan orang. Kalau tak Allah pun payah nak maafkan kita kalau kita buat salah…” suara Fadzil tengelam dalam kecewa.

“Fadzil tak nak Allah tak maafkan pakcik dan makcik sebab antar Fadzil ke sini…” Sambungnya…

Subhanallah… Maha Suci Allah yang menyucikan hati, sucikanlah hatinya, dan jadikanlah syabab yg memperjuangkan agama Mu kelak ya Robb… Yang taat pada Mu… terangilah dirinya dengan makrifatMu!

“Alhamdulillah.” Puji ALya seraya memeluk Fadzil.

“Tapi Kak Alya, lain kali apa yg Fadzil kena buat kalau diaorang buat macam tu pada Fadzil lagi?” Soal Fadzil.

“Hurm… apa kata… Fadzil lawan balik… Tapi bukan pukul tau! Sebaliknya Fadzil kena tegas… Tegas mempertahankan hak FAdzil. Kalau diaorang berkeras jugak buli Fadzil, Fadzil bagi tau pada Kak Alya. Nanti Kak ALya tegur atau hokum mereka sewajarnya okay?” Senyum ALya…

Fadzil mengangguk laju.

“Kalau macam tu, kejap lagi, ambil wudhuk. Kemudian, balik bilik dan tidur okay?” Saran ALya.

“Kotak ni simpan dalam almari dan kunci….” tambah Alya sambil mmenutup kotak kesayangan itu.

FAdzil mengangguk. Mengambil wudhuk di luar surau.

“Terima kasih kak Alya. Fadzil pegi dulu. Assalamu’alaikum.” Kotak bertukar tangan. FAdzil berlalu ke blok depan…

“Alya…” pantas dia menoleh ke arah suara itu… “Aesha…”

********

“Aman lukis apa ni?” tegur Alya. Satu demi satu kanak-kanak itu diperiksa. Macam-macam kerenah. Kini giliran Aman.

“Ini Aman, ini Ayah, ini Nenek, Ini Kak Aya, Ini Kak Huch, Ini Kak Eca.” Jawab Aman sambil tersenyum manis. Aman masih sukar menyebut beberapa huruf dengan baik. Sudahnya dia menjadi Kak Aya, Hus jadi Huch, dan Aesha jadi Eca. Hehe…

“Mana ibu?” Tanya ALya…. Tiba-tiba dia terfikir… wajarkah soalan demikian??

“Dah pergi.” Jawab Aman pendek.

“Dah pergi?” Eh, terkeluar pulak! Aiseh…. Aduh…

Aman memandang Kak ALya disebelahnya. Alya mempamerkan muka innocent.

“Ntah. Enek kata dia dah pergi tinggal ayah.” Aman sambung mewarna.

“Oh..” Itu saja yang mampu keluar. Tak mahu tersalah lagi…

“Aman, boleh Kak ALya tanya soalan lagi?” Tanya Alya dalam nada memujuk. Huhu~ Gula-gula sungguh!

Aman memandang Alya dengan senyuman yang penuh sambil mengangguk-angguk. Alahai comey nya…

“Kenapa Aman nak masuk kelas Kak ALya?” tersengih.

“Erm…” Lagaknya macam nak jawab soalan susah. Pensel diletak dibibir yg murah dengan senyuman.

“Sebab… Aman nak kawan dengan KAk Aya la!” Hikhikhik. Jawab Aman sambil tergelak.

Alya tersenyum sambil mengusap kepala Aman lembut… Kanak-kanak begitulah… Naif, jujur….

“Aman… apa nama penuh Aman?” Eh, budak 6 tahun dah tahu ke nama penuh? Huhu..

“Erm…” Hurm, Aman ni suka berfikir sebelum jawab kot. Huhu~

“Nama Aman, Qhairoul…”

Belum pun sempat habis menjawab. Alya bingkas bangun.

“Kak ALya nak keluar jap.” Berubah riak wajahnya. Mengapa? Dia pun tak mengerti. Tak memahami apa masalah sendiri.

Aman yang ceria turut termangu-mangu dengan perubahan ALya. Tanpa ALya sedar, disaat dia melangkah keluar dari bilik itu, Aman terhencut-hencut mengikutnya dari belakang. Tapi ALya pastinya lebih laju sudah pun melangkah keluar pintu. Meninggalkan Aman kaku memandang keluar.

“Husna!” Panggil ALya pada Husna yang sedang melayan kanak-kanak di kelas biru.

“Kenapa AL?” Hairan. Tiba-tiba saja muncul. Bukankah sepatutunya sedang mengajar.

“Alya rasa elok Aman tu balik ke kelas ni. Alya tak sesuai la jaga dia.” Jawab ALya.

“La… apa pulak ni? Budak tu dah buat salah ke?” Hairan, sungguh hairan. ALya mana pernah tolak budak-budak. Yang nakal sekalipun LAya tak kesah. Ini kan pula yang comel, sweet dan baik macam Aman.

“Tak. Tak ada salah. Cuma ALya tak boleh nak fokus.” Ya, mungkin betul. Fokus lari. Bukan salah Aman. Tapi ada sesuatu berkait. Memang Aman tak salah. Kasihnya ada buat Aman. Cuma….

“Ala, ambik je la. Kalau tak, ALya tak nak ngajar kat Taman Harapan dah la. Baik ALya balik.” Rajuk ALya. Dah hilang pertimbangan. Pada niat asal dan gangguan yang mengusik jiwa yang ntah hapa-hapa da! Sedih hati ALya… kenapa dirinya sampai begini sekali…. Kenapa?! Alya tak memahami dirinya sendiri!

“Hush.” Husna mengeluh berat. “Ye lah, ye lah.” Mengalah. Malas nak dipaksa-paksa.

“Tapi jangan menyesal.” Husna semacam mengugut.

“Tapi Hus ambil alih kelas Alya jap. Jumpa Kak Itah.” Sambung Alya.

“Hah??? Sekarang???” Biar betul, tak nampak ke ni…

“Ha’a.” Terus berlalu meninggalkan Husna terpinga-pinga….

Adushhh…apa ke he nyo nih????? Bingung sungguh Husna dengan gelagat ALya hari ni.

**********

“Kak Itah… Alya betul-betul nak minta tolong ni… please…” Rayu Alya pada kak Itah. Beralasan konon-kononnya nak mengenal Aman. Padahal….

Tadi, sebelum sempat Aman mengahbiskan namanya, Alya sudah tak sanggupmendengar. Dengan gelaran `Aman’ semcam sudah dapat dia dia simpulakn apakah nama penuh Aman…

****************

cont. Next…. Masih Adakah Harapan (3)

prev. … Masih Adakah Harapan (1)