Posts Tagged ‘khilafah’

SN Keluaran 4 Mac 2011

 

alt


YA ALLAH! HAPUSKANLAH DIKTATOR DAN SEGERAKANLAH BERDIRINYA KHILAFAH

 

[SN251]Gelaran the mad man (lelaki gila) ke atas Kolonel Muammar Gaddafi sememangnya tepat dan tidak dapat dinafikan, malah dia kini kelihatan sedang mengalami delusi dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Si diktator Libya itu nampaknya semakin ganas membunuh rakyatnya dengan mengerahkan tentera untuk berbuat demikian. Hingga kini angka korban masih tidak dapat dipastikan, namun ada yang menyatakan ia telah mencecah 2000 orang. Terbaru, dilaporkan bahawa tentera pro-Gaddafi yang dilengkapi kereta kebal dan senjata antipesawat cuba merampas kembali bandar Zawiyah dalam pertempuran selama enam jam dengan menyerang kedudukan puak yang menentangnya dari enam arah. Namun puak penentang tersebut berjaya mematahkan serangan tentera dalam pertempuran di Zawiyah itu, kira-kira 50 kilometer di barat Tripoli.
Juga, terdapat laporan dari sumber Israel yang mengungkapkan bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Ehud Barak, dan Menteri Luar Avigdor Lieberman dalam pertemuan tiga hala pada tanggal 18 Februari lalu, telah membuat keputusan untuk merekrut tentera upahan Afrika yang akan berperang membantu rejim Gaddafi melawan rakyat Libya. Sumber-sumber tersebut mengatakan bahawa Israel melihat revolusi Libya dari perspektif keamanan strategis sehingga Israel menganggap bahawa jatuhnya rejim Gaddafi akan membuka pintu bagi ‘rejim Islam’ di Libya, demikian menurut laporan Aljazeera.

Krisis di Libya nampaknya tidak akan reda dalam masa terdekat, apatah lagi kini ia diperparah dengan campurtangan dari kuffar Barat. Menurut laporan berita media Iran, Press TV pada 1/3/2011, pemerintah British, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) telah pun mengirimkan ratusan penasihat tentera ke Libya untuk mendirikan pengkalan-pengkalan mereka di Libya timur. Menurut para diplomat tersebut, pasukan tentera ketiga-tiga negara tersebut sedang membangun pengkalan-pengkalan mereka di dua kota di Libya timur, Kota Benghazi dan Toburk. Kedua-dua kota yang kaya dengan minyak itu kini telah berada di bawah kawalan puak penentang. Pasukan khusus British dan AS telah memasuki Kota Benghazi dan Toburk pada 23 dan 24 Februari lepas. Sebelumnya, Pentagon telah mengesahkan pengerahan pasukan Angkatan Laut dan Udara ke wilayah berdekatan Libya. Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Kolonel Dave Lapan mengatakan, para perancang di Pentagon sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan dan rencana luar jangka (contigency plan) seiring dengan pergolakan yang terjadi. Setiausaha Negara AS Hillary Clinton juga telah menegaskan bahawa pemerintah AS akan terus mempertimbangkan semua pilihan yang ada dalam menyelesaikan konflik di Libya.

Sungguh keji apa yang dilakukan oleh Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri! Barat pula yang senantiasa memerhati bak singa lapar, semakin maju sedikit demi sedikit mengatur langkah untuk menerkam dan membaham mangsanya (baca: umat Islam). Umat Islam di Libya kini tersepit dari dua penjuru. Inilah masalah yang dihadapi oleh umat Islam, bukan sahaja di Libya, malah di seluruh dunia, sejak jatuhnya Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) – dari satu sisi mereka terpaksa menghadapi pemimpin mereka sendiri yang zalim serta khianat dan dari sisi yang lain terpaksa berhadapan dengan cengkaman Barat yang tidak pernah lalai menancapkan kukunya ke atas umat Islam.

Sudah begitu lama umat ini menderita dan terkial-kial di dalam mencari penyelesaian terhadap masalah mereka. Rejim demi rejim bersilih ganti hingga menumbuhkan kesedaran di dalam tubuh umat untuk bangkit menentang kezaliman rejim tersebut, namun hingga kini masalah umat Islam masih tak kunjung padam. Apakah yang tidak kena? Di manakah silapnya? Di sinilah Hizbut Tahrir menekankan sejak dahulu, bahawa punca kepada segala masalah ini adalah sistem kufur yang diterapkan oleh rejim-rejim ini. Rejim-rejim tersebut telah mencampakkan hukum Allah dari pemerintahan mereka, dan menggantikannya dengan sistem sekular, baik demokrasi, autokrasi, diktator, monarki, federasi dan sebagainya! Justeru, satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan kembali kepada sistem Islam iaitu sistem Khilafah. Umat ini perlu berusaha dan berjuang untuk menegakkan Khilafah dan melantik serta membaiah seorang Khalifah yang beriman lagi bertakwa, untuk menerapkan hukum berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Dalam suasana kecundangnya rejim sekular/diktator satu per satu yang dapat kita saksikan sekarang, kita juga menyaksikan Barat berusaha bersungguh-sungguh untuk campurtangan dan menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak mahu wujudnya the Islamic State (Negara Islam) bagi menggantikan rejim sedia ada. Ya, inilah apa yang mereka katakan dan inilah sebenarnya ketakutan mereka iaitu kembalinya Negara Islam (Khilafah) ke persada dunia. Barat benar-benar faham bahawa sekiranya Daulah Khilafah kembali memerintah dunia, maka ini pasti akan menjadi episod akhir kepada hegemoni mereka. Oleh kerana itulah mereka berusaha mencegahnya dengan bersungguh-sungguh. Namun mereka lupa bahawa umat Islam yang sedang sakit selama ini sesungguhnya sedang sembuh dari sakitnya! Tubuh umat yang lemah selama ini, kini semakin pulih dan semakin menguat. Kekuatan umat Islam semakin hari semakin bertambah dan hanya menunggu masa untuk pulih sepenuhnya. Cuma sayangnya, ahlul quwwah (golongan yang memiliki kekuatan – tentera) di kalangan umat Islam masih lagi terleka dan terlena.

Oleh kerana itulah, Hizbut Tahrir tidak jemu-jemu berusaha membangkitkan ahlul quwwah ini, mengejutkan mereka dari tilam-tilam mereka, meniupkan kata-kata semangat dan perangsang ke telinga mereka, mengingatkan mereka dengan kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka apabila mereka bangkit serta Hizbut Tahrir melaungkan “ALLAHU AKBAR” di hadapan mereka agar mereka tersentak dari leka dan lena mereka yang panjang. Sesungguhnya apabila ahlul quwwah ini bangkit bersama-sama dengan umat, maka tidak ada satu kekuatan pun yang dapat mengalahkan mereka…itulah saat kehancuran para pemimpin yang zalim dan saat kebinasaan kuffar Barat! Ya Allah! Engkau hancurkanlah para pemimpin yang zalim dan berikanlah kemenangan kepada kami dengan tegaknya Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah…

****************************************************************************
[Berikut adalah terjemahan surat yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Pusat yang disebarkan ke seluruh dunia, khususnya di Libya sendiri]

Wahai Penduduk Libya…Wahai Cucu-Cucu Umar Al-Mukhtar!
Bismillahirrahmanirrahim

Setelah diktator Libya hampir binasa, Barat dengan dua sayapnya, Amerika dan Eropah, terus menghulurkan kepala untuk campurtangan dari segi ketenteraan dan politik dalam usaha mereka untuk merancang pengganti Gaddafi. Barat memasuki Libya atas alasan kononnya untuk memindahkan warganya dari Libya dengan bantuan tentera dan kadang-kadang atas alasan lain, kononnya untuk menjaga hak kemanusiaan dan membentuk zon larangan terbang di Libya. Semua ini adalah seperti yang dikeluarkan dalam kenyataan para pegawai mereka di Eropah dan Amerika pada 25 Februari 2011.
Eropah nampaknya mula berusaha memperbaharui pengaruhnya setelah peranan si diktator Gaddafi dalam menjaga pengaruh tersebut selama 40 tahun, tamat. Eropah sudahpun merancang pengganti Gaddafi dalam ‘bentuk’ yang sama tetapi dengan wajah buruk yang ‘lebih baik’ untuk mengelabui umat. Amerika pula berusaha menyaingi Eropah dalam merancang pengganti Gaddafi dengan menonjolkan wajah yang ‘lebih cantik’! Hakikatnya, kedua-duanya (Eropah dan AS) adalah penjahat yang telah ditolak oleh darah suci dan kaum mukmin…

Wahai Penduduk Libya, Wahai Cucu-Cucu Umar al-Mukhtar…! Darah suci kalian yang tertumpah demi menghancurkan si diktator itu adalah satu-satunya pengganti yang akan mengembalikan Libya ke jejak langkah pertamanya, sebagai negeri Islam yang merdeka dan mulia, yang berhukum dengan syariat Allah…Oleh itu, janganlah sampai kata-kata Barat yang dipermanis dengan tujuan-tujuan kemanusiaan, dapat memperdayakan kalian. Jika kalian terpedaya, lalu meminta mereka untuk meletakkan tempat berpijak (baca: penyelesaian) di dalam urusan kalian, maka kalian akan pasti menyesal di kemudian harinya!

Kalian telah memulakan satu gerakan menentang kezaliman dan kediktatoran dengan niat yang benar, maka teruskanlah dengan niat yang bersih itu. Sesungguhnya hanya tinggal sejengkal sahaja lagi, bahkan lebih dekat, bagi kalian untuk melepaskan diri dari diktator Libya dan kuncu-kuncuya. Oleh itu bersabarlah, teguhlah berdiri di atas kebenaran dan tetaplah berjalan di atasnya. Janganlah kalian jadikan tawaran imperialis Barat itu sebagai perosak jalan kebenaran yang kalian sedang tempuhi. Sebagaimana kalian kuat dalam menghadapi diktator, maka kuatkanlah diri kalian dalam menghadapi campurtangan Barat di negeri kalian yang bersih. Janganlah sampai perjuangan kalian yang diberkati itu menjadi rosak dan janganlah sampai darah suci kalian tercemar…

Wahai Cucu-Cucu Umar al-Mukhtar…Wahai penduduk Libya…! Kalian telah diuji dengan musibah yang bernama Gaddafi. Dia telah mengingkari As-Sunnah dan menyebarluaskan fitnah. Sesungguhnya manusia yang paling berat ujiannya adalah manusia yang paling mulia, kemudian berikutnya dan yang berikutnya, sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

“Dari Mus’ab bin Sa’ad dari bapanya, ia berkata, aku bertanya, ‘Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling berat ujiannya?’ Baginda menjawab, ‘Para Nabi, kemudian yang berikutnya lalu yang berikutnya” [HR at-Tirmidzi dan ia berkata: hadis ini hasan sahih].

Di dalam hadis ini terdapat kesaksian untuk kalian dengan kemuliaan. Allah SWT telah membebaskan kalian dari ujian tersebut dengan pengorbanan dan kekuatan tekad kalian, serta cucuran darah kalian yang dihirup oleh diktator hina ini. Dia lupa atau pura-pura lupa, bahawa akan pasti datang hari yang gelap bagi orang yang zalim, di mana dia akan merasakan akibat buruk dari apa yang dilakukannya. Dan sesungguhnya dia sudah hampir jatuh ke dalamnya dan dengan izin Allah dia tidak akan terlepas darinya. Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis dari Abu Musa, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,

“Sungguh Allah membiarkan orang yang zalim hingga apabila Dia mengambilnya, Dia tidak akan melepaskannya”.

Wahai Cucu-Cucu Umar al-Mukhtar…Wahai Tentera Libya yang Merdeka dan Mulia…! Kalian adalah ahlul quwwah (pemilik kekuatan). Kalianlah yang akan menentukan sama ada diktator ini boleh bertahan atau jatuh. Jika kalian berdiri bersama kebenaran dan itulah yang seharusnya kalian lakukan, serta mendokong saudara-saudara kalian yang sedang menentang si diktator ini, maka dia dan para pendukungnyaakan pasti jatuh. Dengan itulah kalian menjadi orang-orang mukmin yang membenarkan apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan ini adalah kejayaan yang agung.

Namun begitu, sekiranya kalian mendukung si diktator, maka kalian akan pasti memikul dosa di atas bahu-bahu kalian dan kalian akan memikul segala dosa dan darah yang tumpah secara zalim dan penuh permusuhan. Meskipun demikian, apa yang kalian lakukan itu tidak akan dapat menghalang kemarahan umat terhadapnya dan kebinasaan diktator ini tetap ada di tangan umat. Dengan mendukung si diktator, kalian justeru  memperpanjangkan umurnya dalam pertumpahan darah dan pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah, padahal kehormatan dan darah seorang Muslim itu lebih agung di sisi Allah daripada kehormatan Kaabah. Ibn Majah mengeluarkan dari Abdullah bin Umar, ia berkata,

“Aku melihat Rasulullah SAW  tawaf mengelilingi Kaabah dan baginda bersabda, ‘Alangkah indahnya kamu, alangkah harumnya aromamu dan alangkah agungnya kehormatanmu, demi Zat yang jiwa Muhammad ada di genggaman kedua tanganNya, sungguh kehormatan seorang mukmin lebih agung di sisi Allah dari kehormatanmu, begitu juga dengan harta dan darahnya…”

Jika kalian mendukung si diktator ini, maka kalian menjadi penolong orang-orang yang zalim yang akan mengakhiri kehidupan mereka dengan penuh keaiban di dunia dan azab yang menghinakan di akhirat dan itu adalah kerugian yang nyata.

Wahai Cucu-Cucu Umar al-Mukhtar…Wahai Tentera Libya yang Mulia…! Dahulu kalian telah memikul senjata untuk melindungi tanah dan kehormatan kalian, maka janganlah kalian cemari hal itu dengan melindungi kezaliman dan kediktatoran. Ingatlah, kalian adalah cucu-cucu penakluk, para mujahid yang bertolak dengan hentakan kaki-kaki kuda mereka dari bumi kalian yang bersih, lalu mereka memakmurkannya. Mereka bersaksi dengan benar di mana sahaja mereka tinggal, di tepi laut, di puncak gunung, di dataran dan di tengah gurun…

Mereka berperang di jalan Allah melawan kezaliman dan para pengikutnya, para penjajah dan para pendukungnya. Mereka menyungkurkan Itali, sehingga ia lari bertempiaran dalam ketakutan dan kekalahan. Jadilah seperti datuk-datuk kalian dan buanglah si diktator dari kedua-dua sisinya. Sesungguhnya itu adalah amal yang akan ditulis di sisi Allah dan di sisi hamba-hambaNya dalam lembaran-lembaran yang putih bersih. Jadikanlah amalan ini sebagai amal kalian dan lembaran-lembaran itu menjadi lembaran-lembaran sejarah kalian. Allah bersama kalian dan Dia tidak akan mensia-siakan amalan kalian.

Wahai Cucu-Cucu Umar al-Mukhtar…Wahai Tentera Libya yang Mulia…! Sesungguhnya kalian mampu menyelesaikan masalah ini dengan menghumban diktator penumpah darah itu dan menyelamatkan tanah dan kehormatan umat Islam dari kegilaan dan halusinasinya…Dan pada masa yang sama, sesungguhnya kalian juga mampu menghalang campurtangan Barat dari kedua-dua sayapnya, Eropah dan Amerika, di negeri kalian. Janganlah kalian sia-siakan darah suci yang telah tertumpah. Janganlah sampai pengorbanan ini berlalu dengan sia-sia tanpa apa-apa hasil.

Hizbut Tahrir adalah antara yang awal mengorbankan darah suci dan takwa dalam pemerintahan diktator ini sejak tiga puluh tahun yang lalu. Seramai tiga belas orang syabab (pemuda-pemuda) pilihan dan terbaik Hizb telah syahid di tangan diktator durjana ini…Hizbut Tahrir menyeru kebangkitan tekad kalian untuk mencabut diktator Libya ini dari muka bumi dan membenamkannya ke perut bumi. Itu pun jika bumi yang baik ini tidak memuntahkannya kembali!

Wahai Cucu-Cucu Umar al-Mukhtar…Wahai Penduduk Libya…Wahai Tentera Libya yang Merdeka dan Mulia…! Darah suci kalian yang tertumpah di atas tanah Libya yang bersih menjerit meminta kalian agar memenuhi haknya. Oleh itu, jadikanlan harganya sebagai harga yang baik, bersih dan diberkati. Mahkotakanlah penentangan kalian dengan memberikan nusrah (pertolongan) kepada Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah Rasyidah yang akan menyebarkan keadilan di antara kalian, sehingga dengan itu penduduk bumi ini dapat merasakan kebahagiaan yang membuat iri para penghuni langit. Hizbut Tahrir mengingatkan kalian dengan kebaikan darah yang suci ini…

“Dan di hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [TMQ ar-Rum (30):4-5].



Hizbut Tahrir
22 Rabiul Awal 1432H
25 Februari 2011M

Advertisements


In the name of Allah, The Most Merciful, The Most Compassionate
O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

Beware from being fooled by America and its puppets making cosmetic changes to the regime!

Voices, orchestrated by America, are starting to be heard. Those in the regime speak openly trying to deceive you by replacing some ‘ugly’ faces with other ‘ugly’ faces. They are trying to focus on Hosni Mubarak as the problem, rather than his forces by which he assaults people. They are trying to focus the dispute over a clause or two in the constitution, but not over the whole secular constitution itself.

Those voices try to promote the devolution of power to the Vice-President, Omar Suleiman, showing him favourably, overlooking the fact that he is the permanent messenger of the president to the Jewish entity, and it is his stamp by which treacherous treaties are concluded with the entity that usurps the blessed land of Isra and Miraj, the land of al-Aqsa Mosque, the first qiblah!

Those voices portray Omar Suleiman as the ‘saviour’; so they negotiate with him discussing a way out of the current situation. However, those who negotiate are not only the members of the parties loyal to the regime; hypocrites who say something to the demonstrators in the field and say something else to Omar Suleiman also negotiate!

O you who are uprising in Tahrir Square!

O our people in Egypt!

America, the mentor of the regime, was shocked by what she saw of your strength in resisting oppression and challenging aggression, and realized the matter is serious. America became worried about the valued regime that was under her service, protecting her interests and protecting the interests of the Jewish entity. This worry pushed Obama and his aides to engage in meetings and consultations, to call the regime’s officials, and to send envoys there, as if Egypt were one of the states of America!

These meetings of the American politicians came out with plans to beautify the face of the Egyptian regime, after they were convinced that their valuable regime had collapsed or was about to collapse. They decided to replace the current face with another; and if America finds it necessary to remove the two faces and replace them with yet a new puppet, she will do.  She does all of this to continue keeping Egypt under the protection of new faces, which wear decorated masks that claim to satisfy the people.

O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

You are able, by the Will of Allah, to foil such plans through your awareness and perseverance, such that, neither America, nor the regime she made, will be able to stand before you, or those hypocrites.

You have broken the backbone of the regime and its cronies with your blessed uprising, and your steadfast stance, without your resolve being weakend or your challenge being softened.

You have exposed those groups and figures who have tried to have a foot in your field and another foot with Omar Suleiman; so revealing their hypocrisy and deceit.

Moreover, you threw terror in the hearts of the West, particularly America, when they saw you, in your thousands, saying Allahu Akbar in your congregational prayer during your uprising: feet-to-feet, and shoulder-to-shoulder. So keep this prayer before your eyes; and let it be your motivation for the change you proclaim.

O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

Change is not to replace one puppet with another. Nor it is by replacing a secular constitution with another, similar, secular constitution. Moreover, changing a regime is not done by negotiating with that regime!

Change is that which is reflected in that majestic scene you showed while performing your congregational prayer in the square.

Change is that which makes Egypt the capital of the Islamic Ummah through the establishment of the guided Khilafah; the unitary state in the entire Muslim lands. Change is that which brings Egypt back to become the treasure of Allah on His earth.

The change is that which makes Egypt secure by the safety of Islam, for both Muslims and Copts, on equal terms.

Change is that which makes Egypt indomitable by the colonialists, especially America; so it becomes a fire that burns them, rather than a treasure that delights them!

O you who are uprising in Tahrir Square!
O our people in Egypt!

Hizb ut-Tahrir in Egypt is from you and works with you to produce this change by establishing the rule of Islam ordained by the Lord of the Worlds. It is the change in which lie your security and your safety. It is the change, with which your blood will not go in vain. And for such change let all of us work.

{إِنَّ فِي هَذَا لَبَلاغًا لِقَوْمٍ عَابِدِينَ}
[Indeed, in this there is a communication for people who serve (Allah)].

Hizb ut-Tahrir Egypt
6 Rabee’ Awwal 1432
09/02/2011 AD

 

Edgeware Road March for Real Change

DEMONSTRATION

Calling For Real Change in the Arab World

Countering the idea that the Islamic System is NOT an option

London 3pm Saturday 5th February 2011 – Up to Three thousand men, women and children marched in the heart of London’s Arab community, down Edgware Road to the Egyptian Embassy, in a demonstration organised by Hizb ut-Tahrir, Britain.

The demonstrators were showing their support for protesters in Egypt, Jordan, Yemen and elsewhere who are calling for the removal of the corrupt and oppressive systems ruling over them. hey also protested their opposition to Western interference in the Muslim world, where these regimes had been supported for decades. Finally, they argued that the Islamic Khilafah system was the only means to real change – to tackle the issues of injustice, poverty, sectarianism and occupation – in a way that united people based on their beliefs and history.

Speakers on the day included Dr Imran Waheed and Fouad Hussein from Hizb ut-Tahrir.

Fouad Hussein has worked with Hizb ut-Tahrir for over 55 years. He recounted his experience of working with Hizb ut-Tahrir in Egypt for 5 years some 40 years ago. He warned that “it is not real change to replace Mubarak with Omar Suleiman, or others from the regime; or to tinker with the constitution; or to establish any other form of weak client state.” He said that “real change could only come with a complete change of system” and that “the Islamic system demanded a government which respected men and women, black and white, young and old, Muslim and non-Muslim as citizens; looked after their affairs; and rejected slavery to the interests of foreign powers”.

Dr Imran Waheed said, regarding the latest events that “western politicians now repeatedly echoe the ‘scary’ phrases we are used to hearing from the likes of Mubarak that ‘Islamists filling the vacuum’ and ‘extremists exploiting the opportunity’. They do this to make it clear that what is unacceptable to them is an Islamic state: i.e. a Khilafah, which would rule by the Quran and Sunnah, liberate Palestine and pursue a policy independent from western colonialists. We wanted to counter their propaganda, and show that Islam is the best means to liberate Egypt and the Arab world from oppression; economic hardship for the masses; and slavery to colonial powers and the global capitalist system that has left so many people suffering today.”

Banners and slogans included: “Egypt/Tunisia: Time for Real change. Time for Khilafah” and “Arab puppet rulers must go”.

[Ends]

 

SN Keluaran 21 Januari 2011

alt


TUNISIA PERLUKAN KHILAFAH, BUKAN SEKADAR PERTUKARAN PEMIMPIN

[SN245] Pemerintahan rejim Tunisia di bawah Presiden Zine al-Abidine Ben Ali akhirnya tumbang. Pemerintah kejam ini akhirnya telah menghilangkan diri setelah tidak dapat membendung demonstrasi besar-besaran oleh rakyatnya yang mendesak pengundurannya. Ben Ali yang awalnya berusaha menentang demonstrasi dengan puluhan nyawa terkorban sejak ia mula meletus, akhirnya terpaksa mengalah. Kegagalan Ben Ali mensejahterakan rakyat dan ditambah dengan pemerintahannya yang represif selama ini membuatkan rejim ini akhirnya tersungkur oleh kebangkitan rakyat. Penguasa diktator yang telah memerintah selama 23 tahun itu dilaporkan telah cabut lari ke Arab Saudi pada 14 Januari lepas.

Dia bagaimanapun masih lagi sempat melarikan bersamanya sebanyak 1.5 tan emas, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Perancis “Le Monde”. Ben Ali sudah tidak dapat menahan gelombang kebangkitan rakyat melalui demonstrasi yang bermula sejak pertengahan Disember 2010 yang tercetus akibat ketidakpuasan hati rakyat dengan masalah rasuah, inflasi dan pengangguran yang membengkak sejak sekian lama di bawah pemerintahannya. Krisis mulai meletus di kota Sidi Bou Zid, ibukota salah satu wilayah kecil di tengah negara dan kemudian merebak ke kota-kota terpenting lainnya.

Jenderal Zine El Abidine Ben Ali yang lahir di Hammam-Sousse pada 3 September 1936, merupakan Presiden Republik Tunisia sejak 7 November 1987 dan presiden yang kedua sejak kemerdekaannya dari Perancis pada 20 Mac 1956. Di masa rejimnya, gerakan-gerakan Islam yang ada di Tunisia mengalami nasib lebih tragis dari sebelumnya. Si diktator ini langsung tidak membenarkan ‘pembangkang’ wujud di negaranya. Wikipedia menyebut bahawa pada ketika partinya menyapu bersih perolehan kerusi yang ada di parlimen, dia telah memenjarakan lebih dari 30,000 aktivis gerakan Islam yang dianggapnya sebagai pembangkang. Ben Ali terkenal dengan sikap anti Islamnya di masa pemerintahannya di mana jilbab dilarang dipakai di tempat awam manakala aktivis yang memperjuangkan syariah dan Khilafah ditangkap dan diseksa di dalam penjara. Ben Ali amat terkenal sebagai pemimpin yang telah merubah umat Islam Tunisia menjadi masyarakat liberal ala Perancis yang menjadi tuannya.

Di saat arus demonstrasi menelusuri kota-kota di Tunisia, dari laporan yang disiarkan oleh media, meskipun nyaris tidak dilaporkan oleh media asing, terdapat beberapa video amatur yang menunjukkan sekelompok umat Islam yang menyeru kepada penegakan Khilafah (lihat: http://www.youtube.com/watch?v=Ct9vmNg_zzQ&feature=related). Sebelum demonstrasi bermula, para pembicara mengingatkan umat Islam bahawa Rasulullah SAW memerintahkan Muslim untuk tidak merosak tanam-tanaman dan juga melarang merosakkan harta milik awam dan milik orang lain. Terdapat seruan yang tegas menyerukan perjuangan tanpa kekerasan di atas landasan Islam. Terdapat sepanduk yang berbunyi “Ya Bagi Khilafah, Tidak Bagi Demokrasi, Tidak Bagi Kapitalisme”. Beberapa seruan dilaungkan dengan lantang oleh para peserta demonstrasi, antaranya “Tidak ada jalan lain, tidak ada jalan lain! Khilafah adalah satu-satunya penyelesaian”, “Dengan jiwa kita, dengan darah kita, kita siap berkorban untuk Islam”. Ketika berhimpun di hadapan tentera Tunisia, mereka menyeru, “Wahai tentera kaum Muslimin! Di mana kalian di Palestin (ketika Palestin diserang)? Di mana kalian di Iraq? Lepaskanlah rantai penguasa yang membelenggu leher kalian! Wahai tentera kaum Muslimin! Kami bersedia bersama anda dengan darah, jiwa dan anak-anak kami! Hapuskanlah rejim yang menindas dan dokonglah pemimpin yang satu untuk seluruh kaum Muslimin”.

Setelah Ben Ali cabut lari sebagai seorang pengecut, Perdana Menteri Mohammed Ghannouchi tampil di TV dan mengumumkan bahawa dialah yang kini menjalankan pemerintahan. Amerika Syarikat dan Perancis, dua negara yang bersekutu dengan diktator kejam itu setakat ini masih ‘membisu’ dengan apa yang berlaku. Terdapat sedikit pernyataan longgar dari Perancis bernada dokongan terhadap Ben Ali. Media-media Barat, yang biasanya bergegas dan tidak putus-putus melaporkan pemberontakan-pemberontakan popular di dunia -seperti yang terjadi di Iran dan Burma- anehnya kali ini tidak ghairah untuk melaporkan apa yang berlaku di Tunisia. Mereka nampaknya tidak pasti apakah ‘pemberontakan’ yang berlaku ini berdampak baik atau buruk terhadap mereka! Sesungguhnya kemunculan revolusi baru ini adalah suatu yang tidak terduga oleh Barat. Apa yang terjadi ke atas Ben Ali ini sebenarnya sangat penting bagi seluruh dunia Arab lainnya khususnya kepada para penguasa diktator Arab. Sebagaimana yang ditulis oleh seorang pengulas akhbar The Washington Post, ancaman terbesar Amerika di Timur Tengah bukanlah peperangan, tetapi revolusi!

Di sebalik kegembiraan kita melihat kebangkitan rakyat menumpaskan pemerintahan diktator lagi khianat, kita harus ingat dan waspada bahawa apa yang telah kita lihat sejauh ini hanyalah sebuah ‘pengulangan’ terhadap satu putaran kejahatan yang sama. Tunisia sebelum ini di perintah oleh presiden Habib Bourgiba yang tidak kurang kediktatorannya berbanding Ben Ali. Borguiba yang bukannya pemimpin popular (di hati rakyat) telah berkuasa selama 30 tahun sebelum ‘dipaksa’ meletakkan jawatan. Sebaik keluar dari mulut buaya, rakyat Tunisia kemudiannya telah masuk pula ke mulut harimau di bawah pimpinan Ben Ali selama 23 tahun. Sesungguhnya Ben Ali hanyalah lingkungan ‘orang dalam’ di dalam pemerintahan Borguiba. Demikianlah apa yang terjadi kini, Perdana Menteri Ghannouchi, juga adalah dari lingkungan ‘orang dalam’ Ben Ali, yang hanya akan menggantikan Ben Ali, namun akan tetap melanjutkan pemerintahan kuku besi yang sekular. Apa yang berlaku cumalah pertukaran ‘wajah’ pemimpin, bukan sistemnya, ibarat Bush yang diganti oleh Obama. Umat Islam sesungguhnya memerlukan pertukaran sistem, dari sistem kufur-sekular kepada sistem Islam di bawah pemerintahan Khilafah. Pertukaran sistemlah yang sebenar-benarnya diperlukan oleh kaum Muslimin, bukannya pertukaran pemimpin!

Kebangkitan rakyat di Tunisia ini merupakan yang pertama di dunia Arab hingga berjaya menggulingkan sebuah pemerintahan kejam. Justeru, ia sesungguhnya memberi impak dan pengajaran yang penuh makna, baik kepada penguasa diktator lainnya mahupun kepada Barat yang menjadi tuan mereka:-

Pertama: Pemimpin-pemimpin jahat ini harus ingat bahawa kekuasaan mereka sesungguhnya tidak akan bertahan lama dan Allah Maha Berkuasa merentap kekuasaan mereka dalam sekelip mata sahaja. Kekejaman dan pengkhianatan mereka kepada umat hanya akan menuai kebencian demi kebencian yang akhirnya akan membangkitkan umat untuk menjatuhkan mereka. Kesabaran umat terhadap pemimpin ada batasnya dan apabila ia sudah tidak dapat dibendung, maka tunggulah saat kehancuran pemimpin tersebut.

Kedua: Krisis ekonomi dan politik yang terjadi di Tunisia (dan lain-lain negara umat Islam) tidak lain adalah kerana penerapan sistem kapitalisme yang penuh dengan ketidakadilan dan kerosakan. Sistem kapitalisme hanya menguntungkan segelintir elit (pemerintah dan kroni) yang hidup penuh kemewahan dengan memerah keringat rakyat dan membolot segala kekayaan negara. Juga, ia hanya memberikan keuntungan kepada perusahaan-perusahaan asing khususnya perusahaan Barat yang wujud di negara umat Islam. Manakala pada masa yang sama, rakyat terus dihimpit penderitaan. Kesemua kesengsaraan yang dialami oleh rakyat ini akhirnya akan menumbuhkan kesedaran yang akan menggerakkan mereka untuk ke istana-istana pemerintah untuk ‘merobohkannya’.

Ketiga: Para penguasa diktator yang bertuankan Barat ini hendaklah sedar bahawa tatkala umat Islam bangkit untuk menghumban mereka dari kerusi kekuasaan, maka pada ketika ini Barat tidak akan dapat melakukan apa-apa! Sesungguhnya Barat yang mereka ‘sembah’ itu amat lemah dan tidak akan dapat menyelamatkan mereka. Barat memang amat terkenal dengan sikap pragmatis di mana sekiranya seseorang ‘hamba’ itu masih berguna kepada mereka, maka mereka akan ‘menyimpannya’, namun tatkala kepentingan politik dan ekonomi penjajahan mereka sudah tidak lagi dapat diteruskan oleh sang hamba tersebut, maka Barat akan terus cuci tangan. Tidak ada istilah ‘sentiasa setia’ di dalam kamus Barat, malah jika perlu hapuskan kawan baiknya sendiri, mereka akan melakukannya. Tumbangnya rejim diktator di negeri-negeri umat Islam sesungguhnya hanyalah ‘menunggu waktu’. Kezaliman demi kezaliman yang mereka lakukan dan kegagalan sistem kufur yang mereka terapkan hanya akan mempercepatkan mereka untuk turun dari bangku empuk kekuasaan.

Keempat: Barat hendaklah sedar bahawa kewujudan diktator tajaannya di negeri-negeri umat Islam sesungguhnya tidak akan bertahan lama. Umat Islam semakin hari semakin semakin sedar dan bangkit serta ingin kembali kepada Islam. Mereka telah semakin sanggup untuk menyerahkan harta dan nyawa mereka kepada Allah demi untuk membuang segala kejahatan dan kekufuran yang membelenggu mereka. Maka, Barat kini seharusnya menghitung hari-hari yang berlalu dan mempersiapkan diri mereka untuk menuju perkuburan mereka di mana hal ini akan berlaku sedikit masa lagi apabila umat Islam telah berjaya menegakkan semula Daulah Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah…

***************************************************************************
[Berikut adalah terjemahan surat yang dikeluarkan oleh Hizbut Tahrir Pusat atas apa yang berlaku di Tunisia, yang disebarkan ke seluruh dunia, khususnya di Tunisia sendiri]

Bismillahirahmanirahim

Pemerintah Diktator Zine Al Abidine Ben Ali Melarikan Diri Sebagai Pengecut, Namun ‘Kembali Semula’ Melalui Tingkap Dan Pintu Yang Sama, Setelah Begitu Banyak Menumpahkah Darah

Pada 17/1/2011, pembentukan kerajaan baru Tunisia telah diumumkan yang diketuai oleh Perdana Menterinya, muka lama yang muncul kembali, Mohammed al-Ghanoushi. Beliau pernah berkhidmat di bawah Presiden yang digulingkan, Ben Ali. Anggota kabinet baru yang dibentuk kebanyakannya terdiri daripada para politikus parti pemerintah taghut, Tajammu’ Dusturi, dengan mengekalkan enam orang menteri dari kabinet Ben Ali di jawatan masing-masing. Di antaranya adalah para menteri dari kementerian yang memiliki autoriti iaitu Kementerian Pertahanan, Keselamatan Dalam Negeri, Kewangan, dan Luar Negeri. Al-Ghanoushi kemudiannya memasukkan tiga orang anggota parti pembangkang ke dalam kementerian yang tidak penting bagi menipu rakyat dengan konsep ‘Kerajaan Kesatuannya’!! Demikianlah cara bagaimana para pengikut Ben Ali mengekalkan kedudukan mereka di kerusi empuk pemerintahan dan parti sekalipun Ben Ali telah diusir!!

Dengan penuh kehinaan mereka menjilat darah suci yang telah ditumpahkan sejak 30 hari kebangkitan rakyat Tunisia yang bermula pada 17/12/2010, setelah begitu lama membiarkan rakyat Tunisia kelaparan, dibelenggu kemiskinan, pengangguran dan penyakit,  penuh dengan penindasan dan kezaliman. Seorang pemuda yang bernama ‘Albu Azizi’ telah berhadapan dengan ‘maut’ selepas agen perisikan polis menembak kereta yang membawa barangan jualannya yang sangat sedikit jumlahnya, tidak cukup pun untuk menyelamatkan dirinya dari mati kebuluran! Setelah kejadian itu, rakyat Tunisia telah bangun menentang pemerintah yang kejam. Mereka menuntut hak untuk hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam yang adil, bukan lagi di dalam negara yang para penguasanya telah merampas segala kekayaan, diisi ke dalam istana-istana mereka dan membiarkan rakyat hidup dalam kemiskinan dan di ambang kematian!

Wahai rakyat Tunisia! Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya keberanian rakyat Tunisia telah lama bersinar dalam lipatan sejarah sejak Allah memuliakan mereka dengan agama Islam. Mereka bak menara yang memancarkan cahaya dan dari Tunisialah bermula misi pembukaan Utara Afrika dan Andalusia yang gilang gemilang. Tunisia dikenali sebagai negeri Panglima Islam, Uqbah, yang telah membawa misi Islam ke utara Afrika sehingga sampai ke Lautan Atlantik. Di tepian Lautan Atlantik ini beliau berdiri lalu melaungkan, ‘Seandainya aku tahu di seberang sana ada daratan, pasti akan ku harungi ombak lautan ini untuk ke sana (dan membebaskannya)!’ Inilah Tunisia yang subur dengan putera-puteranya (yakni) para pemuda mujahidin. Allah SWT berfirman,

“Orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan urusan jual-beli daripada mengingati Allah, mendirikan solat dan memberikan zakat. Mereka takut kepada hari di mana digoncangkan hati dan penglihatan”
[TMQ an-Nur (24):37].

Sesungguhnya kesengsaraan belum pernah dirasai di Tunisia melainkan selepas penjajah kuffar yang diketuai Perancis ketika itu berjaya menakluknya dan memisahkannya daripada Daulah Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1881. Selepas itu tersebar di dalamnya kerosakan dan Tunisia dijajah dengan penuh kekerasan dan kekejaman. Para pejuang Muslim di Tunisia telah bangkit meskipun beribu-ribu jiwa telah syahid, namun para pejuang ini terus menyusun saf-saf mereka, menyerahkan jiwa raga mereka di jalan Allah sehinggalah mereka diberikan kemenangan oleh Allah. Para penjajah Perancis dihalau dengan penuh kehinaan pada pertengahan abad yang lalu. Namun demikian, belum sempat rakyat Tunisia menuai hasil kemenangan mereka untuk mengembalikan pemerintahan Islam, muncul pula para pengkhianat yang membeli singgahsana dengan menjual agama mereka, lalu menukarkan posisi Perancis dengan British yang akhirnya meletakkan Bourguiba dan Ben Ali sebagai pemerintah yang amat menindas rakyat! Tunisia telah menjadi ‘barang pertaruhan’ kerakusan penguasa tempatan dan pentas persaingan antarabangsa, khasnya selepas Amerika mengetuai usaha membersihkan Tunisia daripada pengaruh Eropah yang lemah!

Pada hari ini, kami ingin memperingati semula peristiwa lalu. Kami merasakan bahawa darah suci yang telah mengalir dahulu, mengalir sekali lagi hari ini dan sebelum sempat umat ini meraih hasilnya dengan menegakkan pemerintahan Islam yang akan membuatkan kerajaan Ben Ali dengki, pemerintah taghut kembali memerintah dengan wajah yang sama. Mereka ini tidak akan pernah memelihara maruah negara, dan tidak akan memberikan keadilan sama sekali!

Wahai rakyat Tunisia! Wahai kaum Muslimin!

Masalah utama bukanlah terletak pada peribadi diktator Ben Ali, tetapi terletak kepada ‘sistem’ ciptaan manusia yang ditinggalkannya, kerana sistem itulah yang melahirkan para diktator yang zalim…dan darah suci yang mengalir di bumi Tunisia ini, tidak akan melupakan peristiwa tersebut dan tidak akan memaafkannya. Bukankah Al-Mubazza’, Ghannoushi, dan Qallal adalah merupakan tonggak utama pemerintahan taghut yang menjilat darah rakyat yang tidak berdosa? Bukankah para menteri itu yang mengarahkan tentera sekutu mereka menumpahkan darah rakyat? Sesungguhnya darah suci yang mengalir di bumi Tunisia ini tidak akan mengampunkan dosa kalian yang merelakan penguasaan Al-Mubazza’, Ghannoushi dan Qallal serta kuncu-kuncu mereka yang menumpahkan darah itu, serta menyebarkan kerosakan di muka bumi. Dosa-dosa kamu tidak akan diampunkan kecuali apabila telah tercapai matlamat pengorbanan ini (yakni) terhapusnya sistem ciptaan manusia yang kejam dari akar umbinya dan tertegaknya hukum Allah dengan berdirinya Khilafah Rashidah bagi menerangi dunia dengan cahayanya dan menyebarkan kebaikan serta menggembirakan kaum Muslimin dengan pertolongan dari Allah Azza wa Jalla.

Wahai rakyat Tunisia! Wahai kaum Muslimin!

Sesungguhnya pemimpin yang dipercayai tidak akan mengecewakan pengikutnya. Hizbut Tahrir dengan ini ingin membangkitkan jiwa kalian bagi menyahut seruan darah suci yang telah ditumpahkan sepanjang 30 hari kebangkitan kalian. Sesungguhnya darah yang tumpah ini menyeru kalian agar tidak berdiam diri terhadap sistem ciptaan manusia yang kejam di hadapan mata kalian. Sesungguhnya darah yang tumpah ini menyeru agar kalian membuang segala ramuan dan ubatan dari Barat berserta orang-orang suruhannya daripada negeri kalian…Sesungguhnya darah yang tumpah ini menyeru agar kalian menyahut seruan Allah, supaya ditegakkan Khilafah Rashidah yang merupakan janji Allah dan RasulNya untuk kalian…Sesungguhnya darah yang tumpah ini menyeru bahawa beginilah caranya untuk mengembalikan kehidupan yang mulia serta menghilangkan kesengsaraan iaitu dengan mencampakkan undang-undang manusia dan menggantikannya dengan undang-undang Pencipta manusia.

“Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu, maka dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka. Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit” [TMQ Taha (20):123-124].

Apakah kalian akan menjawab seruan ini wahai kaum Muslimin?

Hizbut Tahrir
14 Safar 1432H / 18 Januari 2011

Kemungkaran terbesar yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini adalah penerapan sistem dan peraturan kufur. Umat Islam juga dinafikan sebuah  Negara Khilafah Islamiah yang boleh menerapkan keseluruhan sistem Islam.  Menubuhkan Negara Islam adalah amal makruf yang paling besar. Dengan penubuhan sebuah Negara Khilafah, semua urusan umat Islam dapat dilakukan mengikut peraturan Islam dimana akhirnya dapat melahirkan sebuah masyarakat Islamiah. Hanya Negara Khilafahlah yang dapat melindungi Islam dan menyebarkan dakwah Islam keseluruh dunia.

Kewajipan mendirikan Negara Islam
Natijah dari ketiadaan Khilafah menjadikan kita terpaksa hidup dalam masyarakat yang menerapkan undang-undang ciptaan manusia dan meninggalkan peraturan-peraturan yang diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Islam hanya dilaksanakan untuk urusan peribadi sahaja, malah, semakin hari menjadi semakin berkurangan. Kita juga menyaksikan pemerintah yang juga agen-agen kufur, merobek-robek Agama Allah dan membuat pelbagai interpretasi yang berpihak kepada mereka. Mereka lebih takut kepada musuh-musuh Allah ini, berbandingkan takut kepada Allah Subhanahu Wa Taala. Mereka dibiarkan menguasai urusan –urusan umat dan merompak hasil-hasil bumi umat Islam.

Ketiadaan Khilafah juga mengakibatkan musuh-musuh Islam ini menghina kepercayaan suci umat Islam tanpa mendapat sebarang reaksi balas dari mana-mana Negara. Mereka berterusan memfitnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wa Sallam, memperlekehkan al-Quran, mempersendakan pakaian Muslimah, melarang pembinaan kubah dimasjid-masjid, dan mereka juga mereka-reka cara penyembahan umat Islam sepertimana yang berlaku di Amerika dimana seorang wanita mengetuai satu perhimpunan untuk solat berjemaah. Khilafah itu ibarat perisai bagi mempertahankan seluruh umat Muslim dari pihak kufur.  Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda,

Dan sesungguhnya Imam itu perisai dibelakang orang –orang yang berperang dan dia melindungi mereka.” [HR Muslim]

Kini, Islam telah menjadi sepertimana yang pernah diterangkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam didalam  hadisnya,

Simpulan Islam itu akan terlerai satu persatu dan umat Islam akan berpautan dari seorang keseorang yang lain, simpulan yang pertama terlerai ialah pemerintahan dan yang terakhir ialah solat”  [Riwayat Ahmad]

Oleh itu, simpulan pertama pemerintahan Islam terlerai apabila Britain menghancurkan Khilafah melalui agennya Mustafa Kamal Attartuk dan selepas itu hukum-hukum Islam terlerai satu demi satu.  Akhirnya, tiada lagi pemerintahan Islam dalam masyarakat sepertimana yang telah ditentukan oleh Islam.

Oleh itu adalah satu kewajipan bagi setiap umat Islam, lelaki dan perempuan untuk berusaha mengembalikan Negara Khilafah Islamiah, yang akan memastikan kekuasaan Islam dan menghancurkan dominasi kufur.

Kewajiban untuk memerintah dengan Islam

Allah Subhanahu Wa Taala telah mewajibkan umat Islam diperintah oleh Islam dan tidak sekali-kali diperintah oleh undang-undang yang lain daripada Islam. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman;

Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” [TMQ Al Maidah (5):49]

Dan Allah Subhanahu Wa Taala berfirman lagi;

“..Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang—orang yang fasik.”  [TMQ Al Maidah (5):47]

Perintah untuk berhukum dengan Islam adalah perintah untuk membina Negara Khilafah kerana hanya dengan pemerintahan Negara Khilafah, hukum-hukum Islam dapat dilaksanakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallampernah bersabda;

Para nabi telah memerintah Bani Isreal, apabila seorang Nabi meninggal dunia, seorang nabi yang lain akan menggantikannya, tetapi tidak akan ada lagi Nabi selepas aku. Kemudian akan ada ramai Khulafa’. Mereka bertanya: Apakah yang kamu perintahkan kepada kami? Beliau menjawab: Berikanlah bai’at kepada mereka seorang lepas seorang.”

Berdasarkan kepada hadis ini, para Ulama terdahulu memahami status Khilafah didalam Islam.

Al-Juzairi berkata, “Imam-imam (dari ke empat -emapat mahzab) – semoga Allah merahmati mereka- bersetuju bahawa Khilafah adalah satu kewajipan dan umat Islam harus melantik seorang pemimpin yang akan melaksanakan peraturan – peraturan agama dan menuntut keadilan keatas pemerintah yang menindas. Mempunyai dua pemimpin adalah haram bagi umat Islam”.

Didalam Tafsir Al-Qurtubi 264/1, dinyatakan bahawa, “Sesungguhnya manusia telah dijadikan sebagai Khalifah dimukabumi ini.  Ayat ini merujuk kepada pemilihan seorang Imam atau Khalifah dimana dia perlu didengar dan dipatuhi, supaya dunia ini bersatu dibawah pimpinannya dan hukum-hukum dilaksanakan tanpa membezakan kewajipan diantara umat dan pemerintah…”

Al-Qurtubi juga berkata bahawa, “Khilafah adalah umpama tiang yang menyokong tiang-tiang yang lain.”

Didalam Sahih Muslim (mukasurat 205, jilid 12), An-Nawawi berkata,“(Para ulama) bersependapat bahawa ia adalah satu kewajipan  keatas umat Islam untuk melantik seorang Khalifah.”

Ibn Hazam menyatakan didalam “Fasal min al – Nihal 87/4” bahawa, “Kesemua ahlu-sunnah bersetuju melantik Imam (Khilafah) adalah fardhu keatas umat Islam. Ia adalah satu kewajipan keatas mereka untuk taat dibawah kekuasaan Khalifah dalam melaksanaan peraturan –peraturan Allah dan memimpin mereka mengikut peraturan –peraturan Syariah.”

Didalam “al-Farak bayn al-Firak” Baghdadi berkata, “Imam (Khilafah) adalah fardhu keatas umat supaya seorang Imam itu dilantik untuk menerapkan Syariah dan dipatuhi.”

Al-Mawardi menerangkan dalam “Ahkam al-Sultaniyyah” bahawa, “Pelantikan Khilafah adalah satu kewajipan.

Ibnu Taymiyyah menerangkan dalam “Siyaasah Shariyyah” bahawa, “Ia adalah satu kewajipan untuk mengetahui bahawa jawatan Khilafah ialah salah satu daripada kewajipan dalam Agama. Sesungguhnya, tidak akan ada kekuatan Agama kecuali dengannya…ini adalah pendapat yang dipersetujui oleh ulama salaf seperti al-Fadl ibn ‘Iyaad, Ahmed ibn Hanbal dan lain-lain”.

Cara untuk mengembalikan semula Daulah Islamiah
Setelah mengetahui dengan jelas bahawa mendirikan Daulah Islamiyah adalah satu kewajipan, kita harus merujuk pula kepada Syariah untuk  melaksanakannya.  Allah Subhanahu Wa Taala telah memerintahkan kita berusaha untuk mendirikan Daulah Islamiyah dengan memberikan satu metodologi yang jelas seperti berikut:

Menubuhkan parti politik
Allah Subhanahu Wa Taala telah memerintahkan supaya menubuhkan satu kumpulan dikalangan umat Islam dalam melaksanakan dakwah dan melakukan amar makruf nahi mungkar. Allah Subhanahu Wa Taala berfirman,

Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari   yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”.  [TMQ Ali’ Imran (3):104]

Ayat ini menegaskan kewajipan untuk menubuhkan satu kumpulan atau parti dan menjelaskan peranan kumpulan tersebut.  Perkataan “ummah” didalam ayat ini merujuk kepada kumpulan atau kelompok atau jemaah atau parti.

Didalam buku “Ahkamul – Quran”, Abu Bakar b. Al-Arbi menerangkan bahawa “Ummah bermaksud kelompok”.

Imam Al-Tabri menerangkan didalam bukunya “Jamaa Al-Bian” bahawa ayat ini bermaksud, hendaklah ada “sekelompok” diantara kamu yang menyeru manusia kepada Islam dan kebenarannya.”

Garis kasar tentang fungsi parti juga telah diterangkan dalam ayat ini,iaitu menyeru kebaikan memberi maksud bahawa tugas semua umat Islam adalah mengerjakan amal makruf nahi mungkar dan harus dilaksanakan.

Al-Khair” merujuk kepada keseluruhan Islam, berdakwah untuk pelaksanaan keseluruhan Islam dan bukan sebahagian – sebahagian.  Ini semua hanya dapat dilakukan melalui Daulah Islamiyah dan ketika ketiadaan Khilafah, ia adalah satu seruan untuk mendirikan Daulah yang menerapkan semua hukum-hukum Islam.  Ada hukum Islam yang dilaksanakan secara individu seperti solat dan puasa, tetapi banyak lagi hukum yang tidak dapat dilaksanakan secara individu seperti hudud, jihad untuk menyebarkan Islam dan memenuhi segala keperluan seluruh masyarakat sepertimana yang terdapat dalam ayat diatas. Oleh yang demikian, dakwah harus dilakukan untuk mengembalikan Daulah Islam kerana perintah yang terdapat dalam ayat tersebut hanya dapat dipenuhi melalui keberadaan Daulah Islamiyah.

Ayat tersebut secara amnya merujuk kepada fungsi parti yang menyeru kemakrufan dan mencegah kemungkaran termasuk keatas pemerintah yang merupakan satu perkara yang lebih penting dari memuhasabah pemerintah. Sebaliknya, jika Daulah telah berdiri, maka kelompok ini akan memuhasabah pemerintah diatas sebarang kecuaian urusan umat dan kesalahan penerapan hukum Islam. Semasa ketiadaan Daulah, kelompok ini akan mempersoalkan alasan mengapa pemerintah tidak menerapkan Islam atau berusaha untuk mendirikan Daulah Islamiah.

Seruan kepada penerapan Islam secara menyeluruh dan menyeru pemerintah supaya bersatu teguh kearah amar makruf nahi mungkar adalah satu kerja politik. Ini dikatakan berpolitik kerana muhasabah pemerintah adalah satu kerja politik. Ini dikatakan berpolitik kerana memuhasabah pemerintah adalah satu aksi politik. Oleh yang demikian, ayat ini menyeru kepada penubuhan kumpulan-kumpulan politik yang berasaskan Islam, yang menyeru umat kearah penerapan Islam secara keseluruhan, memuhasabah pemerintah dan mendirikan Addin. Tuntutan ayat ini tidak dapat dipenuhi jika kumpulan-kumpulan ini hanya bekerja  untuk memperbaiki individu-individu dan menjauhi politik.

Berpolitik dalam Islam bererti mengurus urusan umat dan menjaga kepentingan mereka mengikut Islam. Ini bertentangan dengan konsep politik yang sering dikatakan kotor serta perlu menipu dan berbohong.  Berlainan dengan maksud politik dalam Islam.

Oleh yang demikian, penubuhan parti-parti politik berasaskan kepada wahyu dan undang-undang Islam adalah satu kewajipan keatas semua umat dan lebih dari satu parti dibenarkan selagi ianya berasaskan Islam.

Tugas berpolitik ini wajib keatas lelaki mahupun perempuan.  Mereka menyertai parti untuk menjalankan kewajipan dan bekerja bersama-sama parti mengikut sunah Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wa Sallam untuk menggubah masyarakat dari  Darul Kufur kepada Darul Islam melalui penubuhan Daulah Khilafah Islamiyah.

Kumpulan ini akan mempelajari Sirah dan perbuatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dijadikan asas perjuangan untuk mencapai matlamatnya.  Allah Subhanahu Wa Taala telah menjadikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam ikutan terbaik dan ia adalah fardhu bagi kita untuk mengikutnya. Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Taala didalam al-Quran;

Sesungguhnya telah ada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap  (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah”. [TMQ Al Ahzab (33):21]

Allah Subhanahu Wa Taala juga telah berfirman;

Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah“. [TMQ Al Hasyr (59) :7]

Metodologi Parti
Pada hari, umat Islam berada didalam situasi yang sama sepertimana yang dialami oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam ketika di Mekah dimana undang-undang kufur dilaksanakan sebelum Daulah Islamiyah didirikan di Madinah.  Oleh itu, didalam usaha untuk mendirikan Daulah Islamiyah, parti perlu mengikut contoh yang terdapat dalam sirah.

Ketika meneliti masa di Mekah sehingga penubuhan Daulah Islamiyah di Madinah, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam melalui beberapa tahap yang khusus dan jelas seperti berikut:

Tahap pembinaan (Tatsqif)
Tahap ini berlangsung selama tiga tahun seperti yang diperintahkan dalam ayat 1 – 3 dari Surah Al Muddatsir.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam telah menyebarkan Islam kepada orang ramai dan berjaya membina keimanan kepada orang-orang yang menerima Islam.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam membina parti politiknya dari kalangan orang-orang yang telah menerima Islam.  Mereka dikenali sebagai sahabat  (ra), iaitu pengikut RasulullahSallallahu Alaihi Wa Sallam yang dibimbing dan dibentuk dengan pemikiran Islam.

Tahap berinteraksi dengan umat (Al-Tafa’ul ma al Ummah)
Tahap ini bermula sebagai respons kepada ayat 94, Surah al-Hijr dimana  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dan para  sahabat mula berdakwah secara terbuka kepada masyarakat sepertimana yang dilakukannya kepada individu-individu tertentu.  Beliau memperkenalkan kumpulannya kepada masyarakat Mekah dengan menghimpunkan para sahabat dalam dua barisan  yang bertawaf mengelilingi Kaabah dan diketuai oleh Umar Radhiallahu Anhu dan HamzahRadhiallahu Anhu.

Ketika ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersemuka dengan dengan masyarakat Quraish mengenai sembahan-sembahan, kepercayaan-kepercayaan dan pemikiran mereka.  Beliau sentiasa mendapat wahyu dari ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan isu-isu ini.  Kumpulan ini mengutuk perbuatan masyarakat Quraish yang mengambil riba, menanam anak-anak perempuan hidup-hidup, menipu sukatan dan berzina. Selain dari itu, ketika ini banyak ayat-ayat al-Quran diturunkan, menempelak pemimpin-pemimpin Quraish dan membongkar konspirasi mereka menentang dakwah beliau dan sahabat-sahabatnya

Pada tahap ini jugalah, Rasulullah meminta pertolongan (nusrah) dengan mendatangi kabilah-kabilah meminta bantuan fizikal dan material dalam usaha mendirikan Daulah Islamiyah.

Tahap terakhir – pengambil-alihan kekuasaan (Istimal Hukmi)
Setelah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menerima nusrah dari kabilah Aus dan Khazraj, di Madinah, maka terbinalah Daulah Islamiyah di sana dimana beliau sendiri yang menjadi pemimpinnya.

Hizb-ut-tahrir mengikut metodologi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam berdakwah
Hizb-ut-Tahrir benar-benar mengikut metodologi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam usaha mendirikan Negara Khilafah. Sepertimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam dalam menentang amalan-amalan korup masyarakat Mekah, Hizbut Tahrir berjuang secara intelektual menentang amalan-amalan korup masyarakat dengan mendedahkan penyimpangan, pendustaan dan percanggahan masyarakat dari Islam.  Oleh yang demikian, Hizbut Tahrir dengan tegas menyerang demokrasi, patriotisme, nasionalisme, pemikiran ekonomi Kapitalis dan dalam perjuangan ini, Hizbut Tahrir tidak berkompromi dengan sebarang korupsi, malah mencabar semuanya yang bertentangan dengan pemikiran Islam.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam yang mendedahkan keburukan pemimpin-pemimpin Quraish, Hizbut Tahrir juga berpolitik untuk berjuang menentang sistem pemerintahan kuffar Barat yang dipaksakan keatas umat Islam.  Hizbut Tahrir mencabar pemerintah-pemerintah agen kuffar ini dengan mendedahkan pengkhianatan  dan persekongkolan mereka dengan kuasa –kuasa penjajah, memuhasabah pengabaian mereka keatas umat serta penyimpangan mereka dari pemerintahan Islam , adalah sebahagian dari perjuangan politik Hizbut Tahrir.

Kesemua perbuatan ini bertujuan untuk membebaskan umat dari konsep-konsep korup dan pemikiran-pemikiran kufur serta mendedahkan pemerintah-pemerintah serta penjajah-penjajah yang mendokong dibelakang pemikiran tajaan Barat ini..  Perasaan dan emosi orang ramai kemudiannya akan dibina berasaskan pemikiran dan peraturan Islam yang akan menjadi satu kebiasaan dimana pendapat umum  dibentuk dalam masyarakat untuk menggalakkan orang ramai bertindak mengikut sepertimana yang diterapkan oleh Islam dan Hizb akan mengetuai umat dalam penerapan Islam.

Islam tidak akan dapat diterapkan dengan hanya merubah pemikiran–pemikiran dan emosi sahaja, sebaliknya sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam,adalah satu keperluan untuk mendapatkan sokongan material (nusrah) dari orang-orang yang memegang tampuk kekuasaan untuk menjadikan Islam sebagai satu kekuasaan.  Hizb menyeru masyarakat dan orang –orang yang memegang kekuasaan untuk memainkan peranan mereka dalam menyingkirkan pemerintah-pemerintah boneka agen Barat dan memberikan nusrah kepada Hizbut-Tahrir untuk mendirikan kembali Daulah Islam.

Alhamdulillah, dalam situasi hari ini, seruan untuk mendirikan Khilafah telah tersebar diseluruh dunia Islam dan keinginan umat Islam untuk menerapkan Islam semakin melonjak-lonjak.   Hizb-ut-Tahrir bergantung harap kepada Allah Subhanahu Wa Taala dalam perjuangan dengan penuh keazaman, komitmen dan keikhlasan.  Hanya AllahSubhanahu Wa Taala sahaja yang dapat mengurniakan kemenangan, maruah dan nusrah kepada umat dan Hizb apabila dikehendakiNya.  InsyaAllah, hari dan detik tersebut akan tiba dan semua akan bergembira dengan pertolongan Allah.

Disini juga perlu dijelaskan bahawa hukum Syariah melarang perjuangan secara fizikal (kekerasan) menentang pemerintah-pemerintah dalam mendirikan Daulah Islamiyah, mahupun menyertai sistem politik semasa yang korup, tanpa mengira demokrasi ataupun tidak. Sesungguhnya Hizbut Tahrir tidak memperjuangkan kedua-duanya.

SN Keluaran 15 Oktober 2010

 

alt

SIAPA YANG AKAN MEMBEBASKAN DR. AAFIA SIDDIQUI?

 

[SN234] Di saat pelbagai penderitaan yang melanda dunia, khususnya dunia Islam, baik dari segi kemiskinan, jenayah, peperangan, penahanan, penyeksaan, pembunuhan, pengkhianatan dan sebagainya yang masih tidak berkesudahan, terdapat sekelompok puak yang masih tidak peduli itu semua dan terus tenggelam dalam seribu macam kenikmatan dan kemewahan serta terus berusaha mengejar publisiti dan glamour. Setelah menggelar dirinya sebagai ‘Wanita Pertama’ Malaysia, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah berusaha bersungguh-sungguh menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama (First Lady Summit) di Kuala Lumpur. Sebagai rakyat, kita harus mempersoalkan untuk apakah Sidang Kemuncak ini diadakan dengan menghabiskan banyak duit rakyat?

 

Apakah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat dengannya? Kita juga harus mempersoalkan berapa juta Ringgit Malaysia-kah yang telah dibelanjakan untuk mengadakan Sidang Kemuncak yang tidak berfaedah itu dan dari manakah peruntukan tersebut datang? Harakahdaily.com melaporkan bahawa sebelum ini, Rosmah telah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran tersebut untuk isteri beliau itu. Persidangan Wanita Pertama yang bermula pada 10 Oktober di hotel Palace of The Golden Horses itu disertai 15 Wanita Pertama dan enam wakil Wanita Pertama dan 20 orang menteri yang bertemakan “Hari Ini Kanak-kanak, Esok Pemimpin”. Walaupun persidangan ini ternyata tidak mendapat sambutan (hanya 15 dari 196 negara), namun di akhir persidangan tiga hari itu, satu deklarasi telah dibuat yang akan dikemukakan oleh Rosmah kepada badan kufur terbesar dunia iaitu PBB.

 

Menurut Wikipedia, gelaran ‘First Lady’  adalah berasal dari Amerika Syarikat pada tahun 1849 apabila Presiden AS ketika itu, Zachary Taylor menggelar Dolley Madison sebagai ‘First Lady’ semasa upacara pengebumiannya melalui sebuah ucapan yang ditulis Zachary sendiri. Gelaran First Lady mendapat pengiktirafan negara pada tahun 1877 apabila Mary C. Ames menulis sebuah artikel di dalam akhbar New York City, The Independent yang melaporkan pelantikan Presiden Rutherford B. Hayes di mana isterinya Lucy Webb Hayes digambarkan sebagai the First Lady. Gelaran First Lady kemudian terus sinonim dengan isteri-isteri Presiden AS berikutnya sehinggalah sekarang. Begitulah sejarah gelaran First Lady di mana ia tidak bernilai setitik pun di sisi Islam kerana dicedok dari negara kufur dan dari orang-orang kafir. Janganlah sehingga kita tergolong dari golongan yang disebutkan oleh Rasulullah , ‘Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia adalah sebahagian dari kaum tersebut’ [HR Ahmad]. Sautun Nahdhah kali ini ingin mengungkapkan penderitaan yang telah dan sedang di alami oleh seorang Muslimah yang mana kisah menyayat hatinya ini langsung tidak mendapat perhatian, baik dari ‘Wanita Pertama’ mahupun suaminya mahupun juga dari mana-mana pemimpin umat Islam yang begitu ramai saat ini!

 

Dr. Aafia Siddiqui Yang Tidak Mendapat Pembelaan


Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California. Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan biadab” dan memasuki Korea Utara secara haram. Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutus untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II. Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan.

 

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan. Wanita malang itu bernama Aafia Siddiqui. Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika. Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Islam dan beliau tidak mempunyai pemimpin yang boleh menjaga serta menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Aafia Siddiqui dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac 1972. Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan kedoktoran di England. Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang penghafal al-Quran. Dr. Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-ulang kali, diseksa dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya. Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak berkuasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan yang tidak diketahui.

 

Walaupun kehilangannya telah dilaporkan namun langsung tidak ada tindakan daripada pihak berkuasa Pakistan, malah sebaliknya seminggu selepas kehilangan beliau, bapanya telah didatangi oleh sepasukan ejen perisikan dan diugut agar tidak mendedahkan kehilangan Aafia kepada umum jika tidak mahu berdepan dengan risiko buruk. Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar ‘Tahanan 650’ telah dimasukkan ke Pengkalan Udara Bagram di Afghanistan. Yvonne Ridley, penulis cageprisoners.com telah menulis tentang Tahanan 650 (Aafia) yang menceritakan kisah penyeksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau telah dirogol berulang-kali selama lebih empat tahun. Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema (dengan jeritan kesakitan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan lain untuk melancarkan mogok lapar. Yvonne menggelar beliau sebagai ‘wanita seram’ kerana beliau sudah mirip seperti hantu di mana tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui siapa sahaja yang mendengarnya. Hal seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat.

 

Kedua-dua pihak baik kerajaan Pakistan mahupun Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehinggalah kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media. Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal terus dilemparkan bahawa beliau telah merampas senjata dari tangan seorang tentera Amerika dan menembak beberapa orang pegawai tentera Amerika. Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradiksi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008. Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kawasan halaman Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa buku panduan (manual) tentang letupan dan ‘bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bekas yang bertutup’ bersamanya. Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika (walhal tiada siapa pun di antara mereka yang tercedera) namun sebaliknya Aafia telah tertembak dirinya sendiri dalam kejadian itu.

 

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan ke atas Aafia semasa beliau ditahan di bawah jagaan Amerika di mana salah satu dari buah pinggangnya telah dibuang, beberapa batang giginya telah dicabut, hidung beliau telah dipatahkan dan diperbetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna, rambut beliau dicabut dengan cara yang menyakitkan dan luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna menyebabkan darah berterusan mengalir. Beliau juga sering dipukul dengan objek keras dan dipaksa berjalan di atas Al-Quran dalam keadaan bogel dan banyak lagi penyeksaan lainnya yang langsung tidak berperikemanusiaan. Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di mahkamah untuk dibicarakan dengan berkerusi roda dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sewajarnya. Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim, “Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

 

Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang. Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara bahawa beliau sangat risaukan anak-anaknya terbiar kelaparan, kebuluran dan diseksa. Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan. Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, “Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama. Ianya sangat lama. Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun di dalam penjagaan pihak Amerika dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

 

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan tahap kesihatan yang amat buruk. Beliau juga sering diperlakukan dengan cara yang memalukan, dibogelkan dan disiasat seluruh anggota badan dengan cara yang amat menghinakan selepas setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah. Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau. Satu laporan menyatakan bahawa beliau berkemungkinan telah menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang. Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder). Laman web Justice For Aafia Coalition (JFAC) melaporkan bahawa kesemua anak Aafia juga diculik bersama ibu mereka dan berada di bawah tahanan Amerika secara berasingan dan nasib mereka tidak diketahui sehinggalah ke tahun 2008 apabila salah seorang anaknya, Ahmed Siddiqui dilepaskan dari tahanan AS selepas kesnya terbongkar. Sejurus dibebaskan Ahmed menceritakan bagaimana detik-detik dia diculik bersama ibunya dan adik-adiknya yang lain dan salah seorang dari adiknya yang bongsu yang masih bayi telah terbunuh. Ahmed juga menceritakan bagaimana dia diseksa oleh tentera Amerika bersama sebilangan kanak-kanak yang lain.

 

Sejak 2008 apabila kes Dr. Aafia ini didedahkan oleh Asian Human Rights Commision dan diketahui media dan di bawa ke mahkamah, AS terus-menerus membuat pendakwaan dan perbicaraan karut ke atas wanita malang ini. Setelah melalui siri perbicaraan yang panjang dan menjengkelkan, akhirnya, pada 23 September 2010 yang lalu, Dr. Aafia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 86 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS di Manhattan, New York atas kesalahan cubaan membunuh. Satu hukuman yang langsung tidak masuk akal oleh sebuah negara yang kononnya bertamaddun dan memperjuangkan hak asasi manusia!

 

Khilafah Sebagai Pembela

 

Wahai kaum Muslimin! Lihatlah betapa jahatnya AS, baik di bawah pimpinan Bush mahupun Obama yang mana pemimpin umat Islam (termasuk Perdana Menteri Malaysia) sedang berbaik, menagih dan meraih keagungan dengannya. Saksilah wahai saudaraku betapa dahsyatnya penderitaan yang telah dan sedang ditanggung oleh seorang Muslimah tanpa mendapat sedikitpun pembelaan dari para pemimpin Islam dari negara manapun! Sungguh, para pemimpin ini benar-benar pengkhianat kepada Allah dan Rasul dan kepada kaum Muslimin dan mereka tunduk kepada Amerika la’natullah. Pihak berkuasa Pakistan dengan kejinya menculik dan menyerahkan seorang Muslimah kepada kuffar Amerika, sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda: “ Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya (kepada pihak yang menindas)” [HR Bukhari].

 

Selain Dr. Aafia, sesungguhnya masih ramai Muslimin dan Muslimat yang sedang mengalami penderitaan yang sama di dalam penjara di Guantanamo, Abu Ghraib, Bagram dan pusat-pusat tahanan rahsia CIA. Beginilah keadaan umat Islam tatkala tidak ada Khalifah sebagai pembela.

 

Pada zaman Rasulullah SAW, seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa’ telah mempermainkan kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat hujung kain yang dipakainya kepada kerusi dan menyebabkan auratnya tersingkap apabila beliau bangun. Seorang Muslim yang kebetulan berada di situ terus bingkas membela dengan membunuh Yahudi tadi. Kaum Yahudi kemudiannya membalas dengan membunuh pula Muslim tersebut.  Keluarga Muslim itu telah meminta bantuan kaum Muslimin yang lain dan berita ini sampai kepada Rasulullah SAW. Baginda lalu terus memimpin pasukan tentera dan menyerang Yahudi Bani Qainuqa’. Selepas lima belas hari dikepung, Yahudi Bani Qainuqa’ berjaya dikalahkan dan seluruh bangsa terlaknat itu dihalau dari tempat tinggal mereka.

 

Imam Ibnu Athir mencatatkan dalam Al-Kamil fi-Tarikh, sebuah kisah yang terkenal mengenai seorang Muslimah yang telah ditangkap oleh puak Rom dan ditahan di satu tempat bernama Amuriyyah. Tidak puas dengan menahan beliau, mereka juga telah cuba untuk mencabul kehormatan Muslimah itu. Bersendirian dan ketakutan, wanita itu memanggil nama Khalifah pada ketika itu “Wahai Mu’tasim, wahai Mu’tasim”. Tatkala berita ini sampai kepada Mu’tasim, beliau terus menyahut seruan Muslimah tadi dan dengan penuh keberanian melaungkan, “Labbaik” (Aku datang menyahut seruanmu). Mu’tasim mempersiapkan bala tenteranya dan melancarkan jihad ke atas Rom demi menyelamatkan Muslimah tersebut. Beliau berjaya mengalahkan musuh dan menakluki Amuriyyah. Imam Sayuti di dalam Tarikh al-Khulafa’ menulis bahawa 3000 tentera Rom telah terkorban dan 30,000 yang lain ditawan di dalam peperangan ini. Muslimah tadi berjaya dibebaskan dan kemuliaannya dikembalikan. Qutaibah, komander pasukan tentera Muslim berkata, “Demi Allah! Selepas ini tidak akan ada seorang pun wanita Muslim yang akan (dibiarkan) dihina…”

 

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mengirim sepucuk surat kepada tahanan perang Muslimin di Konstantinopel dengan menulis, “Kalian mengatakan diri kalian adalah tahanan perang (walhal) sebenarnya, kalian bukanlah begitu. Kalian telah dipenjara kerana berjihad di jalan Allah. Aku ingin memberitahu kalian, apabila aku memberi sesuatu kepada semua kaum Muslimin, aku akan memberikan lebih kepada kaum keluarga kalian dan aku mengirimkan si fulan bin si fulan dengan (membawa) 5 dinar untuk setiap seorang dari kalian. Seandainya bukan kerana aku risaukan penguasa diktator Rom yang akan merampasnya dari kalian, sudah pasti aku akan mengirimnya lebih lagi. Aku juga telah mengutus si fulan bin si fulan untuk memastikan pembebasan setiap dari kalian, tanpa mengira berapa pun wang tebusan yang perlu dibayar. Maka bergembiralah kalian! Assalamu’alaikum.”

 

Wahai kaum Muslimin!

Lihatlah bagaimana sedikit nukilan dari tinta emas sejarah Islam yang membuktikan betapa Daulah Khilafah benar-benar menjaga kehormatan dan kemuliaan walau hanya seorang Muslimah. Lihatlah juga bagaimana Negara Kufur Amerika yang menjaga rakyatnya di mana ‘bekas Presiden’ sendiri di hantar untuk membebaskan rakyatnya yang ditahan. Lihatlah pula bagaimana (jika pun ada) reaksi dari pemimpin umat Islam sekarang terhadap Dr. Aafia Siddiqui dan lain-lain tahanan Muslim yang ada di penjara kuffar! Apakah dengan segala kisah seperti ini masih tidak menyedarkan kalian wahai kaum Muslimin, betapa perlunya kita kepada Khilafah? Apakah kalian masih mahu terus berdiam diri dari usaha menegakkan Khilafah dan masih ingin terus membiarkan pemimpin sekular yang tidak mempedulikan umat Islam ini berkuasa? Sungguh, tidak ada kata-kata lebih baik yang boleh diluahkan kepada pemimpin yang membiarkan umat ini menderita, yang masih bermewah-mewah dengan segala harta, pangkat dan kedudukan tatkala saudara-saudara kita yang lain sedang bersabung nyawa menahan seksa, kecuali dengan perkataan “Bersenang-senanglah kamu wahai para pemimpin pengkhianat! Sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan apa yang kamu lakukan dan sesungguhnya azab Allah sedang menanti kamu.”

 

Sumber: mykhilafah.com(sn234)

SN Keluaran 08 Oktober 2010

 

alt

HARTA HARAM, KE MANA MAHU DIBELANJAKAN?

 

[SN233] Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP sekali lagi diserang hebat oleh UMNO dan media massa kepunyaan mereka. Kali ini adalah rentetan pendedahan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di mana wang tersebut telah digunakan untuk sumbangan kepada warga emas yang miskin [UM 25/09/10]. Hasilnya, puluhan warga emas telah memulangkan semula wang tersebut di dalam majlis ‘besar-besaran’ yang ‘dianjurkan’ oleh UMNO. Hampir kesemua warga emas yang memulangkan wang tersebut diwawancara oleh pihak media yang begitu teruja ingin melaporkan hal itu. Sebagaimana diketahui umum, wang tersebut telah dikembalikan atas alasan bahawa ia adalah bersumber dari judi atau telah bercampur dengan sumber judi.

 

Sebagai respon kepada pendedahan tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengesahkan bahawa kerajaan negeri memang ada menerima wang derma dari syarikat judi tersebut, namun ia digunakan untuk membantu orang bukan Islam yang miskin kerana di Pulau Pinang terdapat juga golongan bukan Islam yang miskin. Manakala bantuan yang disalurkan kepada orang Islam adalah datang dari hasil lebihan belanjawan negeri yang dapat mereka jimatkan selama ini. Guan Eng menegaskan bahawa beliau tahu haram hukumnya bagi orang Islam menerima wang judi dan beliau tidak berbuat demikian, tetapi UMNO dan media talibarut merekalah yang telah memfitnahnya sedemikian rupa sebagai modal politik bagi mencari semula pengaruh mereka yang sudah hilang di Pulau Pinang [Harakahdaily]. Sebagai reaksi di atas isu ini, mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, sesebuah dana daripada sumber berkenaan (sumber judi) jatuhnya tidak haram jika disatukan dengan dana-dana lain. Beliau juga memberitahu, kerajaan negeri Kelantan juga mendapat sumber kewangan daripada kedai-kedai pajak gadai dan pembayaran cukai arak bagi memperoleh pendapatan [UM 27/09/10]. Manakala Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercadang untuk mengasingkan punca hasil dari sumber judi dan arak daripada punca-punca hasil yang sah tidak lama lagi untuk kerajaan negeri jelapang padi tersebut [Harakahdaily].

Itulah sebahagian dari siri serangan yang dilakukan oleh UMNO ke atas pembangkang sejak kemenangan pembangkang memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya umum ke-12 dulu. Kadang-kadang kita merasa pelik dengan kedangkalan berfikir yang mereka tunjukkan. Siapa tidak tahu bahawa kerajaan UMNO adalah kerajaan (yang meluluskan) judi? Baru sahaja negara dikejutkan dengan tindakan maksiat UMNO yang telah meluluskan judi bolasepak sempena piala dunia, kini mereka ingin bercakap tentang kerajaan Pulau Pinang yang mengagihkan hasil judi. Tidakkah mereka ada ‘sedikit kesedaran’ bahawa wujudnya kesemua kelab-kelab judi di Malaysia, termasuklah kelab lumba kuda di Pulau Pinang tersebut adalah berpunca dari hasiltangan mereka sendiri? Begitulah juga dengan industri judi lainnya, kilang arak, kelab malam dan lain-lain benda haram yang tumbuh subur di sekitar Kuala Lumpur, Genting Highland, Bukit Tinggi, Ipoh dan lain-lain, bukankah kesemua ini merupakan ‘anak haram’ yang keluar dari ‘rahim’ UMNO sendiri? Sungguh aneh cara kerajaan sekular ini menangani isu ini di mana hasil judi mereka persoalkan tetapi kelab judi mereka biarkan! Mereka cuba memercik air di dulang seolah-olah tidak tahu bahawa ia akan terpercik ke muka sendiri!

Pengurusan Harta Ghulul Menurut Islam

Keharaman judi di dalam Islam adalah suatu yang qath’ie (pasti). Justeru, harta yang diperolehi melalui perjudian adalah haram untuk dimiliki, dimanfaatkan (sendiri) atau pun diagihkan (kepada orang lain). Firman Allah SWT,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Oleh itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kalian beruntung” [TMQ Al-Maidah (5):90].

Oleh yang demikian, tidak boleh (haram) adanya sebarang aktiviti atau pusat perjudian di dalam sebuah negara Islam. Jika hal ini wujud, maka pelakunya akan dikenakan uqubat (hukuman) dan harta yang terkumpul (jika ada) dari aktiviti perjudian itu akan diurus mengikut hukum syara’ (akan diterangkan selepas ini). Sebagai Muslim, kita hendaklah faham bahawa walaupun judi haram ke atas orang Islam, namun judi juga tidak boleh dilakukan oleh orang kafir di dalam negara Islam. Hal ini adalah sebagaimana zina, mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Semua ini adalah haram di dalam Islam dan bukanlah keharaman itu semata-mata berlaku ke atas orang Islam, di mana orang kafir boleh berzina, mencuri dan merogol sesuka hati. Kita mesti ingat bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang negara. Maka larangan berjudi, berzina, mengambil riba, mencuri dan sebagainya adalah termasuk di dalam undang-undang negara yang mana rakyatnya tidak kira Islam mahupun kafir dilarang melakukan semua itu dan uqubat akan dikenakan ke atas setiap pelakunya sama ada Muslim mahupun kafir tanpa kecuali.

 

Itu dari satu sisi. Dari sisi lain yang perlu difahami adalah kedudukan harta yang diperolehi dari sumber-sumber yang haram, sekiranya hal ini memang berlaku di dalam Daulah Islam, bagaimanakah cara Khilafah menguruskannya? Harta yang diperolehi dari para wali/gabenor (pemerintah di peringkat Wilayah), para amil (pemerintah di peringkat Imalah) dan para pegawai negara (penjawat awam) melalui cara yang tidak syar’ie baik ia diperolehi dari harta milik negara atau harta milik masyarakat, dikenali sebagai harta ghulul (curang). Mereka tidak boleh mengambil harta-harta tersebut. Mereka hanya berhak ke atas elaun, imbuhan ataupun gaji yang telah ditetapkan untuk mereka sahaja. Setiap harta yang mereka perolehi melalui (jalan) pemanfaatan jawatan, kuasa atau status kepegawaian mereka, maka harta tersebut dianggap ghulul. Harta tersebut adalah harta haram dan tidak boleh dimiliki kerana ia tidak diperolehi melalui jalan yang syari’e. Mereka wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemilik asal jika diketahui dan jika tidak diketahui maka harta itu disita serta diserahkan kepada Baitul Mal (Perbendaharaan). Pengharaman ghulul adalah berdasarkan firman Allah SWT,

“..dan barangsiapa yang curang (yaghlul), pada hari kiamat ia akan datang membawa hasil kecurangannya”
[TMQ Ali-Imran (3):161].


Dari Muaz bin Jabal, ia berkata,

“Rasulullah SAW mengutusku ke Yaman. Setelah aku berangkat, baginda mengutus orang lain menyusulku. Aku pun pulang kembali. Rasulullah SAW bertanya kepadaku, ‘Tahukah engkau mengapa aku mengutus orang untuk menyusulmu? Janganlah engkau mengambil sesuatu tanpa izinku, itu merupakan ghulul (kecurangan). Barangsiapa yang berbuat curang, pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan memikul beban kecurangannya. Kerana itulah aku memanggilmu, sekarang berangkatlah untuk melaksanakan tugasmu” [HR Tirmizi].


Di dalam kitab Al-Amwal Fi ad-Daulah al-Khilafah, Syeikh Abdul Qadim Zallum merincikan harta-harta yang termasuk dalam kategori ghulul iaitu:-

 

Pertama: Rasuah, iaitu harta yang diberikan kepada wali, amil atau pegawai negara dengan maksud memperolehi maslahat mengenai suatu kepentingan yang sepatutnya diputuskan oleh mereka tanpa bayaran. Rasuah adalah haram seluruhnya (mutlak) baik apapun bentuknya, sedikit atau banyak, melalui apa cara sekalipun ia diserahkan atau diterima. Hal ini dinyatakan oleh Nabi SAW melalui Abu Hurairah ra,

“Laknat Allah terhadap pemberi rasuah dan penerimanya di dalam (urusan) pemerintahan” [HR Abu Daud].


Begitu juga dalam hadis lain dari Abdullah bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Laknat Allah terhadap pemberi dan penerima rasuah” [HR Tirmizi].


Harta yang diterima melalui cara rasuah wajib dipulangkan kepada pemiliknya (jika diketahui) atau disita dan disimpan di dalam Baitul Mal (jika pemiliknya tidak diketahui) manakala pelaku rasuah, saksi serta perantaranya akan dikenakan uqubat.

 

Kedua: Hadiah atau hibah yang diperoleh oleh para penguasa atau pegawai negara seperti halnya rasuah. Mereka tidak boleh menerimanya sama sekali meskipun pihak yang memberi hadiah tersebut pada saat itu tidak mempunyai kepentingan tetapi ia ingin memperoleh kepentingan di kemudian hari. Harta jenis ini dikategorikan sebagai haram berdasarkan peristiwa Ibnu Utabiyyah yang ditugaskan sebagai amil zakat oleh Nabi SAW ke suatu tempat. Ibnu Utabiyyah kemudian menyerahkan zakat yang dikumpulnya bersama hadiah yang diberi orang kepadanya. Kemudian Rasulullah SAW mengharamkan hadiah tersebut [HR Bukhari-Muslim]. Sepertimana harta rasuah, harta yang diperolehi dengan cara hibah ini mesti dikembalikan kepada pemiliknya atau dimasukkan ke Baitul Mal.

 

Ketiga: Harta yang diperolehi para penguasa dan penjawat awam yang berasal dari harta atau tanah milik negara atau milik masyarakat yang diambil dengan jalan pemaksaan, kekerasan, tekanan dan penyalahgunaan kuasa. Kesemua harta yang diperolehi dengan cara ini adalah haram dan merupakan suatu kezaliman. Hal ini sama dengan kecurangan dan pelakunya akan masuk neraka berdasarkan hadis Nabi SAW,

“Barangsiapa yang secara zalim mengambil sejengkal tanah, maka kelak ia akan dikalungi Allah dengan (belenggu seberat) tujuh lapis bumi” [HR Mutafaq Alaih].


Harta ini wajib dikembalikan kepada pemiliknya (jika diketahui) atau dimasukkan ke dalam Baitul Mal (jika pemiliknya tidak diketahui). Tindakan seperti ini pernah dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz tatkala menerima kekhilafahan dengan mengembalikan seluruh harta dan tanah yang diambil Bani Umayyah dari masyarakat secara tekanan kekuasaan.

 

Keempat: Harta samsarah (agency/pengejenan) dan ‘amulah (brokerage/komisyen) yang diperoleh para penguasa dan pegawai negara melalui bayaran oleh perusahaan asing atau lokal di atas jasa atau balasan kepada pemeliharaan kepentingan mereka. Seluruh harta seperti ini dianggap sebagai ghulul dan haram hukumnya. Hadis dari Mu’az bin Jabal di atas menjadi dalil kepada keharaman ghulul dalam hal ini.

 

Samsarah dan ‘amulah merupakan harta yang diperolehi oleh penjawat awam tanpa diketahui oleh negara (‘bawah meja’) dan perbuatan ini dianggap sebagai rasuah kerana ia diberikan perusahaan terbabit bagi mendapatkan kontrak atau projek dan sebagainya demi mencapai kepentingan mereka, bukannya kepentingan umat mahupun negara.

 

Kelima: Harta penyelewengan (misappropriation), iaitu harta yang diperolehi oleh para penguasa dan penjawat awam melalui jalan penyalahgunaan harta negara yang berada di bawah kawalan mereka di dalam membiayai tugas pekerjaan mereka. Termasuk di dalam hal ini misalnya menaikkan jumlah tuntutan (claim) perjalanan, penipuan, pemalsuan dokumen/invois atau mengambil kesempatan di atas kelalaian petugas lain. Semua ini adalah perolehan harta secara ghulul yang wajib disita dan dimasukkan ke dalam Baitul Mal.

 

Umar al-Khattab sering melakukan hal ini di mana beliau ‘mengaudit’ para pegawainya dan mana-mana pegawai yang didapati memiliki kelebihan harta akan disita dan dimasukkan ke dalam Baitul Mal. Pendek kata apa sahaja yang diperolehi oleh penjawat awam melalui cara yang tidak syar’ie, maka harta ini adalah kepunyaan Baitul Mal. Termasuk dalam masalah ini juga adalah harta yang diperolehi oleh seseorang dengan cara ‘penambahan kekayaan’ yang diharamkan oleh syara’ kerana ia adalah perolehan haram dan tidak sah dimiliki. Justeru, sesiapa sahaja yang memperolehi penambahan harta dengan cara (memakan) riba, ia tidak berhak memiliki harta tersebut kerana penambahan harta dengan cara riba adalah dilarang oleh Allah. Wajib mengembalikan harta riba tersebut kepada tuan asalnya (jika diketahui) dan jika tidak diketahui tuannya, maka hendaklah dikembalikan ke Baitul Mal. Begitulah juga dengan harta yang diperolehi dari hasil judi. Ia adalah haram untuk dimiliki atau dimanfaatkan oleh orang tersebut.

 

Keenam: Harta  yang  bersumber  dari  denda  yang  dikenakan  oleh negara ke atas orang-orang yang tersabit kesalahannya sama ada berbuat dosa (maksiat) melanggar undang-undang negara atau peraturan-peraturan administratif dan seumpamanya. Denda ditetapkan oleh Islam berdasarkan sunnah yang diriwayatkan melalui Amru bin Syu’aib dari bapanya dan dari datuknya yang bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai buah-buahan di pokok, maka sabda Rasulullah SAW,

“Siapa sahaja yang memetik buah (di atas pokok) sekadar untuk memakannya (kerana keperluan mendesak) dan dia tidak mengambilnya, maka dia tidak dikenakan hukum apapun. Dan siapa sahaja yang mengambil buah dari pokok itu, maka ia dikenai denda dua kali ganda, dan dikenakan hukuman”
[HR Abu Daud dan Nasa’ie].

 

Denda ini merupakan ketetapan Islam di bawah hukuman ta’zir. Khalifah berhak menentukan jenis-jenis kesalahannya dan hukumannya serta kadar denda menurut ijtihadnya.

 

Demikianlah serba sedikit penjelasan mengenai pengurusan harta-harta ghulul di dalam Islam. Kesimpulannya, harta ghulul hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya jika diketahui dan hendaklah dimasukkan ke dalam Baitul Mal jika pemiliknya tidak diketahui. Persoalan seterusnya yang perlu difahami adalah, apabila harta ghulul tersebut telah dimasukkan ke dalam Baitul Mal, maka status harta tersebut kini adalah sebagai milkiyah ad-daulah (hak milik negara) yang mana hak tasarruf (pemanfaatan) harta ini adalah terletak di tangan Khalifah.

 

Oleh itu, Khalifah berhak menyalurkan kepada siapapun warganegara yang memang berhak untuk mendapatkannya. Pada saat harta itu disalurkan, maka status harta tersebut telah berubah menjadi halal bagi siapa sahaja warganegara yang telah menerimanya. Ini kerana, pemberian dari negara merupakan cara yang dibenarkan syara’ (sah) bagi seseorang memiliki harta.

 

Berbalik kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang, antara perkara yang perlu difahami di dalam kes ini adalah ‘status’ Lim Guan Eng itu sendiri sebagai seorang penguasa negeri Pulau Pinang yang bukan beragama Islam. Statusnya tidak ubah sepertimana kedudukan penguasa di Amerika, Britain, Perancis, Sepanyol, China, Brazil dan lain-lain, yakni, sama-sama kafir. Oleh yang demikian, sumber pendapatan negara/negeri yang diperolehi dari hasil judi, arak, pelacuran, saham, insuran dan sebagainya merupakan harta yang ‘halal’ bagi mereka dan mereka berhak memberinya kepada mana-mana warganegara yang mereka kehendaki tidak kira Muslim mahupun non-Muslim, baik itu merupakan pemberian percuma ataupun di dalam bentuk bayaran gaji/upah. Oleh sebab itulah, seorang Muslim tidak dikira berdosa jika bekerja dengan sebuah kerajaan kufur dan menerima gaji dari kerajaan kufur (selama mana jenis pekerjaannya sah di sisi syarak) meskipun sumber pendapatan negara/negeri yang berkenaan adalah dari sumber yang haram seperti judi, arak, cukai, pelacuran dan seumpamanya. Walaupun hakikatnya penguasa kafir tersebut adalah berdosa besar di sisi Allah kerana kekufuran atau kesyirikannya kepada Allah dan sumber haram yang diambilnya serta kerana hukum kufur yang diterapkannya, namun seseorang ‘penerima hadiah/derma’ ataupun ‘penerima gaji’ dari kerajaan kufur tidaklah dikira haram atau berdosa.

 

Begitulah juga keadaannya dengan penguasa Muslim yang memberi hadiah atau gaji kepada rakyatnya dari sumber yang haram sebagaimana halnya kerajaan Malaysia hari ini. Walaupun penguasa tersebut telah melakukan dosa besar kerana mengambil pendapatan negara/negeri dari hasil judi, arak, cukai, minyak, rasuah, saham, riba dan sebagainya, namun warganegara yang menerima hadiah atau gaji tidaklah berdosa di sisi Islam. Ini kerana, hak tasarruf harta-harta tersebut terletak pada penguasa tadi. Ringkasnya, kita hendaklah membezakan di antara hukum orang yang memberi dan hukum orang yang menerima. Kita juga hendaklah membezakan ‘pihak’ yang memberi itu sendiri dari segi sama ada ia adalah penguasa/kerajaan atau syarikat atau individu. Berbeza dengan penguasa, syarikat atau individu tidak mempunyai hak tasarruf ke atas harta ghulul atau harta haram lainnya. Maka haram bagi syarikat atau individu terbabit untuk mengambil atau memberi harta ghulul dan haram pula bagi seseorang untuk menerima harta ghulul dari syarikat atau individu tersebut. Inilah kedudukan syara’ terhadap harta ghulul yang mana kita lihat masalahnya amat sukar untuk diatasi atau diselesaikan sekarang kerana institusi negara itu sendiri sudah amat korup dan bercelaru. Kerana itulah kita memerlukan sebuah negara Khilafah yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang akan menghilangkan segala keburukan ini dan akan meletakkan hukum Allah di tempat letaknya.

Wallahu a’lam.

 

Sumber: mykhilafah.com(sn233)