Posts Tagged ‘reminder’

Hari kelahiran insan yang paling bermakna dalam diri umat Islam, iaitu Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallamtiba lagi. Seperti kebiasaan, hari kelahiran Baginda disambut dengan meriah oleh umat Islam di negara ini. Laungan penceramah dan sisipan bahan-bahan bertulis yang mengetengahkan slogan “Contohi perjuangan Rasul”, “Rasulullah teladan kita”, dan “Contohi Akhlak Rasul” sudah dapat dijangka oleh umat Islam setiap kali tibanya hari yang penuh bermakna ini. Namun sayangnya semua itu seringkali hanya tinggal sebagai slogan-slogan yang kering tanpa makna. Buktinya, sudah berpuluh-puluh tahun umat ini meraikan Maulidur Rasul, tetapi tetap saja umat hari ini sangat jauh daripada gambaran umat Islam yang sebenar sebagaimana masyarakat Islam yang dibangun oleh Rasulullah di Madinah, iaitu masyarakat yang dibangun atas dasar aqidah Islam, berhukum atas dasar aqidah Islam dan juga dipersatukan atas dasar aqidah Islam.

Apakah sebenarnya yang terjadi dengan umat Islam saat ini? Mengapa sudah puluhan tahun Maulidur Rasul diperingati, namun tetap tidak tampak adanya perubahan yang bererti kepada umat Islam? Apabila diteliti dan dikaji dengan lebih mendalam, terdapat dua punca utama mengapa semua ini  berlaku.

Pertama; Maulidur Rasul hanya diperingati sekadar sebagai majlis keraian, tanpa meninggalkan kesan yang mendalam terhadap individu mahupun masyarakat. Seringkali Maulidur Rasul diraikan sebagai sesuatu acara yang rutin, dan menjadi suatu kemestian yang tidak boleh tidak untuk dilaksanakan setiap tahun. Hal ini kerana tarikh Maulidur Rasul telah siap tercatat dalam kalendar dan sudah menjadi agenda kebiasaan pada tahun-tahun sebelumnya.

Pelbagai program seperti ceramah umum, penganugerahan, perarakan dan juga jamuan makan diadakan bagi memeriahkan peringatan Maulidur Rasul tersebut. Jika kemeriahan yang menjadi sasaran, maka jelaslah itu sudah berjaya diraih.  Namun, umat jelas terlepas pandang bahawa memperingati hari kelahiran Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan para sahabatnya.  Bahkan pada awal kewujudan majlis sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan untuk menumbuhkan rasa cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Jika benar demikian, maka timbul persoalan sama ada sudahkah momentum Rabiul Awal ini berjaya untuk menambahkan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam yang mana sering kita ingati kelahirannya? Bagaimana pula dengan komitmen untuk sentiasa mencontohi serta meneladani apa-apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi kita yang Mulia ini?

Dua perkara, iaitu cinta dan ketaatan kepada Baginda Rasulullah inilah yang sepatutnya menjadi perhatian utama sekaligus perlu untuk kita usahakan dengan istiqamah.  Ini disebabkan oleh cinta kepada Allah dan RasulNya merupakan suatu kewajiban syar’i yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [TMQ at-Taubah (9): 24]

Dari Anas r.a., dia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman seorang hamba hingga aku lebih dicintai daripada keluarganya, hartanya, dan seluruh manusia yang lainya.” [ Mutafaq ‘alaih]

Saidina Umar juga pernah berkata, “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada mana-mana manusia yang ada di dunia ini kecuali jiwaku yang berada di dalam jasadku”. Kata-kata Umar Radhiallahu Anhu. ini disambut oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dengan tegas: “Tiada sesiapa pun yang benar-benar menjadi Mukmin sejati sehinggalah aku lebih dicintainya walaupun daripada dirinya sendiri”. Mendengarkan sabda yang mulia ini, Umar RA lantas berkata: “Demi Tuhan yang menurunkan Kitab kepadamu, sekarang ini engkau lebih aku cintai daripada diriku yang berada di dalam jasadku”. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallambersabda: “Sekarang (barulah kamu mempunyai iman yang sempurna) wahai Umar! [Bukhari dan Muslim]

Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, sebagaimana halnya kecintaan kepada siapa pun dan pada apa-apa pun pasti menuntut sejumlah pengorbanan tertentu, dan bukanlah sekadar diwujudkan dengan kata-kata dan puji-pujian ke atas Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, kesan sewajarnya yang dituntut daripada kaum Muslim adalah kewajipan dan ketaatannya untuk mengikuti dan meneladaninya, bukan semata-mata hanya tertumpu dalam akhlak atau nilai moral baginda sahaja, tetapi juga dalam seluruh gerak-kerja dan perilaku baginda. Demikianlah sebagaimana firman Allah berikut yang bermaksud: “Katakanlah, “Jika kalian (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kalian.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [TMQ ali Imran (3): 31].

Ibn Katsir dalam tafsirnya turut menyatakan bahawa ayat di atas merupakan kata putus bahawa siapa pun yang mengaku mencintai Allah, sementara ia tidak mengikuti jalan hidup Nabi Muhammad, maka dia adalah pendusta, sehinggalah dia betul-betul mengikuti seluruh syariat Muhammad dan agama yang dibawanya di dalam seluruh ucapan dan perilakunya. Manakala, dalam Tafsir al-Qurthubi, al-Azhari, menyatakan, “Mencintai Allah dan Rasul-Nya ditunjukkan dengan mentaati keduanya dan menjalankan perintah keduanya.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman yang maksudnya: “Sungguh telah ada suri teladan yang baik pada (diri) Rasulullah bagimu,(yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah.”  [TMQ al-Ahzab(33): 21]

Kedua:  Kesalahfahaman tentang cara mencontohi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam.  Sebagaimana yang sering diingatkan oleh para penceramah,  umat Islam mesti sedar bahawa perasaan cinta sahaja kepada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam tidaklah mencukupi tanpa diikuti dengan usaha untuk meneladani Baginda Sallallahu Alaihi wa Sallamdalam segala perbuatan.  Akan tetapi, isu bagaimana dan dalam apa-apa jua perkara yang menuntut kita  meneladani Rasulullah secara praktikalnya masih tidak difahami oleh umat Islam. Majoriti antara kita lebih cenderung untuk bersikap parsial, iaitu mengambil suatu bahagian dan meninggalkan suatu bahagian lainnya.  Ini jelas dilihat apabila kita memilih untuk memenuhi kewajipan dalam aspek ritual-spiritual tetapi meninggalkan aspek lainnya yang lebih luas, termasuk dalam sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, perundangan, hukuman, pendidikan dan lain-lain.  Hal ini seolah-olah Baginda tidak meninggalkan apa-apa panduan untuk kita, walhal sebenarnya Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga telah memberikan contoh dalam melaksanakan perkara-perkara tersebut.  Kita harus sedar bahawa Rasulullah bukan sahaja seorang ahli ibadah, malah baginda juga merupakan seorang suami, ayah, ahli politik yang agung, pemimpin dalam struktur sama ada ketua negara mahupun ketua angkatan perang, malah baginda sendiri juga merupakan seorang ahli perang.  Rasulullah juga merupakan seorang pendakwah, pembawa risalah Allah, penyebar Islam dan pembawa rahmat ke seluruh alam.

Oleh itu, di saat ini kita sepatutnya sudah menyedari sama ada kita benar-benar sudah memenuhi seruan baginda atau tidak.  Mengapa saat ini kita masih tidak mahu meninggalkan riba’ dan transaksi-transaksi batil yang dibuat oleh sistem kapitalisme, tidak mahu mengatur urusan sosial dengan aturan Islam, tidak mahu menjalankan pendidikan dan politik Islam, tidak mahu menerapkan hukum-hukum Islam (seperti qishâsh, potong tangan bagi pencuri, rejam bagi pezina, sebat bagi pemabuk, hukuman mati bagi yang murtad, dll), juga tidak mahu mengatur pemerintahan/negara dengan aturan-aturan Islam?  Bukankah semua itu  pernah dipraktikan oleh RasulullahSallallahu Alaihi wa Sallam selama bertahun-tahun di Madinah dalam kedudukannya sebagai kepala Negara Islam (Daulah Islamiyah)?  Bahkan para sahabat dan pencinta Rasulullah yang sejati juga telah menuruti jejak langkahnya dengan menerapkan sistem Islam kaffah ke dalam kehidupan baik individu, masyarakat mahupan negara.

Khatimah
Kini, sudah saatnya kita mencintai Rasul bukan hanya sebatas kata-kata, terhenti di lisan atau semasa Maulidur Rasul sahaja, tetapi wajib bagi kita mengkaji dan mengikuti serta menzahirkan perjuangan hidup Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan ini.

Wahai kaum Muslimin!  Zaman kenabian telah berakhir dengan pengutusan Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam, Nabi yang terakhir dan penutup segala nabi. Kalian sekali-kali tidak akan dapat menjadi nabi, tetapi kalian boleh memilih di antara dua jalan. Pertama, untuk hidup mulia denganmeneruskan teladan yang ditinggalkan Nabi Allah SAW atau kedua, hidup dalam kehinaan kerana meninggalkan sunnah Nabi.  Bagi kedua-dua jalan itu ada penyudahnya yang Allah sediakan bagi kalian di Akhirat.  Wallahu`alam.

Soalan :

Seringkali kita diperdengarkan tentang haramnya mengumpat atau bercerita tentang hal orang lain (ghibah). Namun begitu, apakah benar ghibah adalah haram untuk semua keadaan?


Jawapan :

Berdasarkan dalil-dalil berkenaan Ghibah, para ulama dan sebahagian besar mereka bersepakat bahawa secara umumnya mengumpat(Ghibah) adalah haram . Ghibah dibolehkan untuk tujuan yang sah mengikut syari’at, di mana ada permasalahan yang  tidak dapat diselesaikan kecuali hanya dengan melakukan ghibah tersebut.

Ini adalah berdasarkan kepada perbuatan Rasulullah yang membenarkan dan tidak melarang Ghibah pada keadaan tertentu seperti yang disebutkan  dalam dalil-dalil di bawah.  Terdapat enam situasi yang membolehkan Ghibah dilakukan:

Pertama, mengadukan kezhaliman (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu


Kedua
, permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb). Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.


Ketiga
, permintaan fatwa (al istiftâ`). Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan. Tetapi lebih tepat dan lebih afdal jika ia mengatakan, bagaimana pendapat anda tentang orang atau seseorang, atau seorang suami yang telah melakukan hal seperti ini? Oleh itu, ia akan dapat memperoleh jawapan tanpa perlu menceritakan perinciannya iaitu tanpa perlu menyebut siapa orangnya dan sebagainya. Meskipun demikian, tetap dibolehkan untuk melakukan perincian (at ta’yîn), sebagaimana yang akan diceritakan di dalam hadits dari Hindun seperti di bawah nanti.

Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa situasi antaranya adalah ; menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya). Hal ini dibolehkan menurut ijma’ kaum muslimin. Bahkan boleh menjadi wajib untuk suatu keperluan tertentu. Contoh lainnya adalah meminta pandangan atau pendapat (musyawarah) tentang seseorang calon suami/isteri yang bakal di nikahi (mushâharah), kerjasama, memutuskan kerjasama, mua’amalat dan lain sebagainya, atau tentang hubungan kejiranan. Maka wajib bagi orang yang dimintai pendapat itu untuk tidak menyembunyikan maklumat berkenaan orang yang ingin diketahui. Bahkan ia mesti menyebutkan sikap-sikap buruknya yang memang diniatkan untuk melakukan nasihat. Contoh lainnya lagi adalah jika seseorang melihat orang lain yang belajar agama pada orang yang berbuat bidaah atau orang fasik dengan niat untuk mendapatkan ilmu dari pelaku bidaah dan orang fasik tersebut, lalu dengan itu dikhuatiri ia akan mendapat kemudaratan, maka ia mesti menasihatinya dan memberikan penjelasan mengenai keadaan sebenarnya. Dengan syarat, dia benar-benar bermaksud untuk memberi nasihat. Hal ini berkemungkinan untuk terjadinya kekeliruan kerana kadangkala si pemberi nasihat memiliki rasa cemburu dan iri hati sehinggakan syaitan mencampuradukkan antara nasihat dan rasa cemburu dan iri hati. Syaitan menghadirkan bayangan padanya bahawa hal itu adalah nasihat dan akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Hal ini merangkumi situasi di mana seseorang itu memiliki kekuasaan dan dia tidak melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Terdapat kemungkinan yang berlaku iaitu dia memang tidak layak atau fasiq mahupun lalai, atau yang sejenis dengannya. Maka, adalah wajib hal itu dilaporkan kepada orang atasan yang memiliki kekuasaan yang lebih tinggi daripadanya agar kelalaian itu dapat diatasi atau digantikan dengan orang yang lebih berkebolehan. Orang atasan tersebut mestilah mengambil pendekatan yang sesuai dengan  keadaan orang yang lalai tersebut tanpa berlengah dan sepatutnya berusaha menasihati si pelaku kesalahan itu agar istiqamah ataupun menggantikannya dengan orang lain yang lebih amanah.


Kelima
, seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.


Keenam
, panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf). Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan.

Inilah enam sebab yang disebutkan oleh para ulama dan disepakati oleh sebahagian besar mereka. Berikut adalah di antara dalil-dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan mengumpat/ghibah di dalam keadaan seperti di nyatakan di atas adalah di bolehkan:

عن عائشة رضي الله عنها أن رجلا استأذن على النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ “ائذنوا له، بئس أخو العشيرة‏؟‏ ‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏‏.‏

Dari Aisyah radhiallahu anha bahwa seseorang meminta izin pada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, lalu beliau berkata: izinkanlah ia, seburuk-buruk saudara suatu kabilah. [Muttafaq Alaih]

Al Bukhari berhujjah dengan hadis ini mengenai kebolehan berghibah terhadap ahlul fasad (pembuat kerosakan) dan ahlu ar rayb (menciptakan keraguan).

وعنها قالت‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ ‏”‏ما أظن فلانًا وفلانًا يعرفان من ديننا شيئًا‏”‏ ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)‏‏.‏ قال الليث بن سعد أحد رواة هذا الحديث‏:‏ هذان الرجلان كانا من المنافقين

Dan masih dari Aisyah, ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, aku melihat si fulan dan si fulan tidaklah mengetahui sedikitpun dari perkara agama kami. [HR al Bukhari]. Al Layts ibn Sa’ad—salah seorang perawi hadits ini—berkata: kedua orang yang disebut di sini adalah orang munafiq.

وعن فاطمة بنت قيس رضي الله عنها قالت‏:‏ أتيت النبي صلى الله عليه وسلم، فقلت‏:‏ إن أبا الجهم ومعاوية خطباني‏؟‏ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏‏”‏أما معاوية،

فصعلوك لا مال له ، وأما أبوالجهم، فلا يضع العصا عن عاتقه‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Fathimah binti Qays radhiallahu anha, ia berkata: aku mendatangi Nabi Sallallahu Alaihi wa sallam lalu aku berkata, sesungguhnya Abul Jahm dan Mu’awiyah telah mengkhitbahku. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata, adapun Mu’awiyah adalah orang fakir, ia tidak mempunyai harta. Adapun Abul Jahm, ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. [Muttafaq alaih]

Dan dalam riwayat Muslim, haditsnya berbunyi:

‏”‏وأما أبو الجهم فضراب للنساء‏”‏

Adapun Abul Jahm ia suka memukul wanita.

Ini merupakan penjelasan dari riwayat sebelumnya yang mengatakan ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya. Juga dikatakan bahwa makna ia tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya adalah katsiirul asfaar, yakni banyak bepergian atau merantau.

وعن زيد بن أرقم رضي الله عنه قال‏:‏ خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في سفر أصاب الناس فيه شدة، فقال عبد الله بن أبي‏:‏ لا تنفقوا على من عند رسول الله حتى ينفضوا وقال‏:‏ لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها الأذل فأتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم، فأخبرته بذلك، فأرسل إلى عبد الله بن أبي ، فاجتهد يمينه‏:‏ ما فعل، فقالوا‏:‏ كذب زيد رسول الله صلى الله عليه وسلم فوقع في نفسي مما قالوا شدة حتى أنزل الله تعالى تصديقي ‏{‏إذا جاءك المنافقون‏}‏ ثم دعاهم النبي صلى الله عليه وسلم، ليستغفر لهم فلووا رءوسهم‏.‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)

Dari Zaid bin Arqam radhiallahu anhu, ia berkata: “kami pernah keluar bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dalam sebuah perjalanan di mana orang-orang ditimpa kesusahan. Lalu Abdullah bin Ubay berkata, jangan engkau memberi infaq kepada orang-orang yang bersama Rasulullah supaya mereka bersurai meninggalkan Rasulullah.. Lalu ia berkata lagi, “sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah, pastilah orang yang kuat akan mengusir orang-orang yang lemah dari sana”. Kemudian aku mendatangi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa sallam, lalu aku menceritakan hal tadi, maka beliau mengutus kepada Abdullah bin Ubay, namun ia bersumpah bahwa ia tidak melakukannya. Lalu orang-orang mengatakan¸ “Zaid telah membohongi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam”. Lalu beliau(Sallallahu alaihi wa Sallam) mencelaku dengan keras atas apa yang orang-orang katakan hingga Allah Subhanahu wa Taala menurunkan apa yang dapat membenarkanku “apa bila datang orang-orang munafiq” (TMQ Al Munaafiquun:1). Kemudian Nabi SAW memanggil mereka untuk memintakan ampun bagi mereka, tapi mereka memalingkan wajah mereka.” [Muttafaq alaih]

وعن عائشة رضي الله عنها قالت‏:‏ قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صلى الله عليه وسلم ‏:‏ إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه، وهو لا يعلم‏؟‏ قال‏:‏ ‏”‏خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف‏”‏ ‏(‏‏(‏متفق عليه‏)‏‏)‏

Dari Aisyah radhiallahu anha, ia berkata: Hindun isteri Abu Sufyan berkata kepada Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam, “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah seorang laki-laki yang pelik, ia tidak memberikan kepadaku apa yang mencukupi aku dan anakku kecuali apa yang aku ambil secara diam-diam tanpa pengetahuannya”. Lalu Nabi Sallahu Alaihi wa Sallam berkata “Ambillah apa yang mencukupimu dan anak-anakmu dengan cara yang baik (bil ma’ruf)” [Muttafaq Alaih]

بسم الله الرحمن الرحيم

 

KEMBALI PADA SYARI’AH & KHILAFAH:
KUNCI KEMENANGAN UMAT ISLAM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(3X) الله أكبر الله أكبرالله أكبر

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ هُوَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ جَعَلَ الْيَوْمَ عِيْدًا لِلْمُسْلِمِيْنَ، وَحَرَّمَ عَلَيْهِمْ فِيْهِ الصِّيَامَ، وَنَزَّلَ الْقُرْآنَ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ، وَهُوَ خَيْرَ النِّعَمِ.

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ لاَنَبِيَّ بَعْدَهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى مَنِ اصْطَفَى، مُحَمَّدٍ بْنِ عَبْدِ اللهِ، وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ وَالاَهُ.
أَمَّا بَعْدُ، فَياَ عِبَادَ اللهِ أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

وقال الله تعلى

كُنْتُمْ خَيْرَ اُمَّةٍ اُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَاْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ‌ؕ وَلَوْ اٰمَنَ اَهْلُ الْكِتٰبِ لَڪَانَ خَيْرًا لَّهُمْ‌ؕ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُوْنَ وَاَكْثَرُهُمُ الْفٰسِقُوْنَ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik” [TMQ Ali-‘Imran (3): 110]

Sidang jamaah rahimakumullah,

Dalam ayat 110 daripada surah Ali-Imran yang saya bacakan tadi membawa maksud, kita (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang Allah ta’ala utuskan di kalangan umat manusia disebabkan kita melaksanakan tiga perkara; yang pertama, kita menegakkan kema’rufan. Yang kedua, kita mencegah kemungkaran. Dan yang ketiga, kita tetap dalam keimanan yang kukuh terhadap Allah SWT. Namun pada hari ini, tanggal 1 Syawal 1431H, mimbar ingin bertanyakan kepada sidang jamaah sekalian, adakah kita semua berada di kedudukan yang sebenar sepertimana yang Allah sebutkan di dalam ayat ini? Atau adakah kita telah terkeluar daripada tuntutan yang terdapat padanya? Marilah sama-sama kita renungkan dan memuhasabah diri masing-masing.

Sidang jamaah dikasihi sekalian,

Sama ada kita sedar ataupun tidak, mutakhir ini, Islam dan umatnya masih terus menerus dihina oleh musuh-musuh Islam. Bahkan unsur penghinaan juga muncul dari kalangan umat Islam sendiri, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Kita dapat melihat apa yang berlaku di New York baru-baru ini, sekumpulan manusia yang anti-Islam telah melaungkan slogan-slogan kufur yang menghina Islam dan umat ini. Begitu juga di Bradfrod, England. Yang terbaru, kita mendapat penghinaan yang keji daripada pengguna laman sosial Facebook dan yang seumpama dengannya. Apakah punca sebenar kepada permasalahan ini? Adakah kita redha dengan hanya berdiam diri dan menyembunyikannya di dalam hati? Inilah keadaan realiti umat Islam pada hari ini, kita dihina oleh musuh-musuh kita, tetapi kita tidak mampu untuk bergerak menghadapi mereka.

Di Palestin, senjata-senjata Israel tidak pernah sunyi daripada meletus dan mengorbankan saudara-saudara kita di sana. Rundingan demi rundingan yang diketuai oleh para pemimpin pengkhianat terus mendapat liputan media massa di seluruh dunia. Namun, itu semua tidak pernah menghentikan pembunuhan di sana sini. Tangan-tangan kita terus menghulurkan bantuan makanan dan perubatan, tetapi adakah itu semua dapat ataupun telah menghentikan kebiadaban makhluk terkeji rejim Israel laknatullah itu? Sama juga halnya di Iraq, adakah telah selesai pertumpahan darah suci kaum Muslimin daripada serangan kejam tentera kuffar Amerika Syarikat? Sedangkan kita masih lagi dapat mengikuti berita-berita duka di kaca TV dan di dada-dada akhbar mengenai kematian umat Islam di sana akibat penjajahan negara pengganas nombor satu di dunia itu sejak perang Teluk pada tahun 1989. Turut mewarnai berita-berita duka kaum Muslimin; di Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Mindanao, Selatan Thai termasuk di Pakistan yang masih tenat dengan musibah banjir! Tentera-tentera musuh terus mara membedil dan menyembelih kaum Muslimin tanpa simpati. Tetapi kehinaan ini masih belum dapat ditebus dan dibalas!

Sidang jamaah yang dirahmati Allah,

Dari aspek ekonomi, pada hari ini kita dapat melihat, tidak ada satu pun belahan dunia Islam yang menampilkan cara hidup yang makmur melainkan masing-masing masih lagi dijajah dengan ekonomi kufur melalui sistem kapitalisme, di mana hak manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup dinafikan. Yang miskin terus ditindas, diperkotak-katikkan, dieksploitasi dan dianiaya oleh golongan yang kaya. Kita dapat melihat kesengsaraan saudara-saudara kita di Afrika yang berdepan dengan masalah kebuluran dan kekurangan zat makanan. Kita melihat di Indonesia yang menghadapi kemelaratan yang melampau terutamanya selepas berlakunya renjatan ekonomi akibat krisis matawang dunia baru-baru ini. Kita juga dapat melihat betapa kos sara hidup hari ini semakin meningkat sedangkan jumlah pendapatan seisi rumah masih berada di tahap lama. Institusi perbankan riba semakin mengukuh dan berleluasa. Jumlah hutang baik di sisi individu mahupun negara terus naik mencanak. Kejatuhan nilai matawang akibat serangan para spekulator dalam pasaran matawang terus membimbangkan dan banyak lagi fakta-fakta runsing dan gawat tentang ekonomi yang menunjukkan bahawa semua ini tidak akan menemui jalan penyelesaian. Ternyata kita umat Islam masih lagi terkebelakang, bukan terkehadapan! Kita masih belum mencapai umat yang terbaik seperti yang dinyatakan dalam hal ini.

Bagaimana pula dengan aspek sosial? Gejala buang bayi, zina, hamil luar nikah, peningkatan jumlah perceraian, sumbang mahram, rogol dan sebagainya masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pengurangan  melainkan peningkatan! Statistik yang membimbangkan ini terus menghantui kita kerana biar apapun strategi dan langkah yang diambil, ia tetap berlaku dan terus bertambah dari sehari ke sehari. Kita tetap belum dapat menyelesaikannya. Kita tidak mungkin menduduki posisi umat yang terbaik berbanding yang lain dalam aspek ini.

Sidang jamaah yang dikasihi,

Segala permasalahan yang disebutkan tadi terus berlaku dan memuncak akibat daripada 3 sebab;

Yang pertama, ia adalah akibat daripada kelalaian kita sendiri sebagai umat Islam terhadap peraturan hidup. Kita telah dibius dengan cara hidup sekular, melalui cara hidup barat yang memisahkan agama daripada kehidupan. Kehidupan jenis ini sangat rosak lagi merosakkan kerana ia tidak diatur oleh wahyu yang diturunkan kepada umat manusia melalui Al-Quran dan Sunnah RasulNya. Kita tidak mengambil syariah itu secara sepenuhnya,  tetapi sebaliknya kita memisah-misahkannya lalu menjadikannya berjuzuk-juzuk. Disebabkan sekularisme, dakwah yang berlaku di kalangan kita pada waktu ini  bukan lagi merupakan dakwah yang menyeluruh, tetapi hanya tertumpu dalam hal-hal tertentu sahaja iaitu aqidah, ibadat (seperti thaharah, solat, puasa, sedekah, zakat, haji) dan juga akhlak. Sedangkan soal politik, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem sosial, jihad dan sebagainya tidak lagi dilihat sebagai suatu kewajiban yang wajib untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian kerana itu semua telah dipisahkan oleh sekularisme melalui ejen-ejennya. Kesannya, kita mengamalkan Islam secara sebahagian dan mengambil peraturan hidup kufur untuk menampung sebahagian kehidupan kita yang lain.

Yang kedua, adalah akibat daripada munculnya para pemimpin khianat yang sentiasa mengkhianati kita umat Islam. Dalam segenap perkara kita dapat menyaksikan sendiri pengkhianatan mereka dengan mata kepala kita, sepertimana yang berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir dan wilayah-wilayah Islam yang lain yang sedang diserang dan diperangi oleh musuh-musuh Islam, para pemimpin pengkhianat ini masih merantai dan memenjara kekuatan tentera umat Islam daripada berjihad dalam menentang kekuatan kuffar di luar sana!  Begitu juga dengan penerapan ekonomi kapitalisme, para pemimpin pengkhianat ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meningkatkan kekayaan dan kemakmuran ekonomi di kalangan kroni-kroni mereka sahaja, sedangkan rakyat terus menerus dibiarkan menderita dan dihimpit dengan tekanan hidup yang bersangatan. Harta kekayaan umat terus dirompak dengan cara yang profesional serta mereka mencabuli hak hidup jamaah kaum Muslimin. Itulah jiwa mereka, menindas dan mengkhianati rakyat! Selain itu, mereka juga terus membiarkan gejala sosial meningkat kerana itulah peluang untuk mereka membentuk projek-projek pembaikan yang memakan kos yang tinggi! Demi Allah, merekalah pengkhianat yang mengkhianati umat Islam. Mereka redha dengan kuffar barat tetapi mereka memusuhi Islam dan umatnya, biarpun wajah dan nama mereka sama seperti kita! Kepimpinan mereka perlu segera ditolak agar pengkhianatan mereka ini dapat dihentikan dengan serta-merta.

Yang ketiga, adalah akibat daripada kehilangan pelindung dan perisai, yakni negara Islam, Khilafah. Sepertimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya, bahawa “Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana daripada belakangnya umat berperang, dan dengannya umat berlindung (riwayat Ahmad). Sejak daripada tahun pertama Hijriyah, Rasulullah SAW dan para sahabat r.a. telah bersama-sama berjuang dan membina sebuah negara Islam di Madinah. Pemerintahan negara Islam ini diteruskan oleh Khulafa’ Ar-Rasyidin, dan kemudian disambung dan diteruskan pula oleh para Khalifah sesudah mereka melalui Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, sehinggalah akhirnya diruntuhkan pada tanggal 28 Rejab 1342H di Turki. Dahulu, negara Islam Khilafah memayungi kehidupan umat Islam dan seluruh manusia dengan penuh keadilan dan kemakmuran. Tetapi setelah runtuhnya Khilafah Uthmaniyah yang terakhir di Turki, maka bermulalah detik hitam yang mengundang segala kesengsaraan hidup bagi seluruh umat manusia, khususnya umat Islam, sepertimana yang dapat kita saksikan pada hari ini. Umat Islam telah hilang pelindung dan perisainya, syariah Islam sudah tidak lagi menjadi sistem dan peraturan hidup yang mampu  membahagiakan kita semua.

Sidang jamaah rahimakumullah,

Satu-satunya jalan keluar daripada seluruh permasalahan besar umat ini adalah dengan kita kembali menempatkan semula syariah dan Khilafah dalam kehidupan kita. Inilah satu-satunya sistem yang yang sempurna yang telah dikurniakan oleh Allah melalui RasulNya kepada kita. Usahlah kita berlengah lagi daripada berusaha untuk mengembalikannya. Yakinlah saudara-saudara, bahawa dengan cara ini sahajalah kehidupan kita kembali menjadi mulia dan diredhai oleh Allah SWT. Ini juga merupakan janji daripada Allah dan RasulNya. Kita wajib untuk kembali menghayati tsaqafah Islam melalui kelas-kelas pembinaan serta menyebarluaskannya kepada umat agar ia kembali menjadi peraturan hidup kita. Kita juga wajib untuk membai’at seorang Khalifah daripada kalangan kita umat Islam, di mana dengan keberadaannya, ia akan menerapkan seluruh hukum-hukum Allah serta membuang segala peraturan kufur daripada kehidupan kita. Demi Allah, usaha ini bukan suatu pilihan dan tidak boleh dilengah-lengahkan lagi. Ia merupakan suatu kewajipan yang utama di samping kewajipan fardiyah yang lain.

وقال الله تعلى
 

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْۤا اَطِيْعُوا اللّٰهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُوْلَ وَاُولِى الْاَمْرِ مِنْكُمْ‌ۚ فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِىْ شَىْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلَى اللّٰهِ وَالرَّسُوْلِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ‌ؕ ذٰلِكَ خَيْرٌ وَّاَحْسَنُ تَاْوِيْلاً

 

 “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul, dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah (Kitab Al-Quran) dan RasulNya (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian itu adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” [TMQ An-Nisaa’ (4) : 59]

KHUTBAH KEDUA

<Mukaddimah khutbah>

 

وقال الله تعلى

 

يٰۤاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا اتَّقُوْا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ‌ۚ وَّاتَّقُوْا اللّٰهَ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌۢ بِمَا تَعْمَلُوْنَ‏

Wahai kaum Muslimin!

Bertaqwalah kepada Allah, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang sejati. Janganlah kalian mengabaikan ketaqwaan kepadaNya walau sesaat kerana ketaqwaanlah yang menjadi perisai diri daripada terjerumus kepada kemaksiatan dan dosa. Kerjakanlah segala perintah Allah. Jauhilah kalian daripada  kemungkaran dan kemaksiatan kepadaNya. Takutlah kalian kepada balasan di Hari Akhirat kelak, hari di mana tidak berguna lagi harta, takhta dan warisan. Tidak ada sesiapa yang dapat membantu kita kecuali segala amalan perbuatan kita semasa di dunia. Adakah bekalan kita semua telah cukup dalam ingin berhadapan dengan Allah azza wa jalla di padang mahsyar kelak?

Sesungguhnya kalian adalah umat Islam, kalian wajib hidup sebagai umat yang satu. Diharamkan bagi kalian untuk berpecah-belah. Sekiranya kalian sudah mulai sedar, maka berusahalah untuk menyatukan kembali umat yang berpecah ini menjadi satu. Tegakkan kembali kemaarufan dengan syariah Islam. Dan cegahlah setiap kemungkaran dengan kekuatan dan kekuasaan. Semua ini tidak mungkin berlaku selagi kalian tidak bangkit. Semua ini tidak mungkin menjadi kenyataan selagi kalian hidup dalam perpecahan. Maka usahakanlah penyatuan umat ini dengan aqidah dan syariah. Sedarlah kalian wahai kaum Muslimin, bahawa sesungguhnya kemuliaan itu hanya wujud bersama Islam. Dan Islam tidak akan berdiri tanpa syariah. Kekuatan dan kekuasaan syariah hanya ada pada sebuah negara, iaitulah Daulah Khilafah Islamiyyah Ar-Rasyidah. Kalian tidak ada jalan lain untuk kembali mulia selain daripada bersama Islam dengan mendirikan semula Daulah Islam yang telah diruntuhkan dahulu. Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dan janganlah kalian bersengketa sesama sendiri. Mohonlah keampunan dan kemudahan daripada Allah azza wa aalla. Semoga kalian memperoleh keredhanNya, di dunia mahupun di akhirat.

Janganlah kalian lupa, penuhkanlah setiap langkah kalian di muka bumi ini dengan kalimah suci. Berzikirlah kepadaNya serta berselawatlah ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan hidup kita semua diberkati Allah dan beroleh kemenangan. Wallahua’lam.

 

وَللهِ الْحَمْدُ , الله أكبر الله أكبرالله أكبر

 

-mykhilafah.com-

Posted by: muhammadghazi

___________________________________________________

Assalamualaikum,

Pertamanya ingin saya jelaskan sejelas-jelasnya bahawa penulisan ini langsung tidak berniat untuk memburuk-burukkan mana-mana pihak. Kedua, saya langsung tidak berniat untuk mencetus api permusuhan melalui penulisan ini. Ketiga, seruan saya pada kali ini langsung tidak mempunyai motif politik demokrasi kepartian. Keempat, saya bukanlah ejen yang diupah oleh mana-mana pihak untuk menulis demi kepentingan parti lawan. Kelima, pendirian saya terhadap demokrasi dan juga jalan menuju kebangkitan tetap sama seperti sebelum ini. Keenam, saya mohon supaya rakan-rakan seperjuangan daripada PAS supaya menerima penulisan ini sebagai nasihat daripada saudara seaqidah yang ikhlas tanpa sebarang kepentingan melainkan kepentingan Islam. Ceritanya begini… Saya mempunyai sebuah akaun dalam laman rangkaian sosial dan saya mempunyai rangkaian kenalan yang terdiri daripada latar belakang yang pelbagai. Salah seorang daripadanya merupakan seorang penyokong kuat DAP – salah satu daripada komponen yang membentuk Pakatan Rakyat yang turut disertai PAS. Kita semua sudah maklum akan fakta-fakta berikut.

 

1) DAP memperjuangkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

2) DAP mendokong perlembagaan berparlimen dan memperjuangkan kesamarataan melalui konsep “Malaysian Malaysia” dan terkini “Middle Malaysia”.

3) Pimpinan DAP pernah mengeluarkan kenyataan membantah pelaksanaan hudud (apatah lagi syariah Islam) sekeras-kerasnya.

 

Antara ucapan yang dapat saya nukilkan termasuklah kenyataan “Langkah mayat saya dahulu…”. Terkini isu hudud ini kembali bangkit apabila Karpal Singh mengemukakan pandangan beliau berkenaan hudud. Hudud tidak dapat menyelesaikan masalah sosial katanya. Bertitik tolak daripada pernyataan tersebut maka timbullah polemik berkenaan isu hudud ini. Pihak BN khasnya UMNO memainkan isu ini habis-habisan demi kepentingan politik mereka. Saya meragui keikhlasan mereka dalam memperjuangkan isu hudud ini. Saya dapati kebanyakan mereka (dan bukan semua ya…) memainkan isu ini semata-mata untuk mengenakan PAS serta menarik sokongan Melayu Muslim kembali kepada mereka. Jika benar mereka memperjuangkan Islam, mengapa sehingga ke hari ini mereka masih bersungguh-sungguh mempertahankan perlembagaan kufur yang jelas bertentangan dengan Islam? Berbalik kepada kenalan saya itu (merangkap penyokong tegar DAP), beliau memaparkan sebuah artikel yang dipetik daripada laman rasmi DAP Malaysia berkenaan isu hudud. Artikel tersebut merupakan pernyataan media (media statement) yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada 22 Ogos 2010. Bagi saya, tiada apa yang baru pada artikel tersebut, kerana saya sudah benar-benar faham akan ideologi yang didukung oleh DAP melalui perlembagaan parti dan juga kenyataan pemimpin-pemimpin mereka.

 

Namun apa yang menyebabkan saya tertarik untuk berkongsi tentang isu ini dalam penulisan kali ini adalah disebabkan oleh komen-komen yang menyusul di bawah artikel tersebut pada akaun kenalan saya itu. Berikut merupakan komen-komen yang diberikan antara penyokong DAP itu (saya label sebagai ‘A’) dan juga seorang lagi temannya, ‘B’.

 

A: [In the section on “Religion”, Pakatan Rakyat made the following commitment:

…”Religion

Religion and other beliefs practiced by Malaysians should form the basis of unity that is founded on good universal values. Malaysians have almost fallen into the boiling pot of discord and tension that was caused by manipulation of religious differences. This should not happen in a genuinely democratic Malaysia, with Islam occupying a special position whilst the rights of other religions are guaranteed.] ~ of quote.

———-

B: PAS is also consistent with it’s struggle to make malaysia an islamic country with hudud as it’s law.

———-

A: ‘B’ – Practicality is the word here. How many seats does PAS have in PAKATAN RAKYAT to have to say that it can implement the HUDUD!!! Besides to implement the HUDUD, the HUQUQ has to be first established. To establish HUQUQ, human rights, equality & total justice have to be implemented first of all! =)

 ———-

B: Do you mean ,when the PAS govt draft the Hudud law for both Kelantan and Terengganu then, they already established the so call Huquq ? The constituition failed them from going ahead though.That give them the upperhand over UMNO on religious ground.

———-

B: In politics everything is possible.Especially with no law pass to prevent hoping (anti hoping law). You might see defections which will swing everything to their favour. There is no permanent friends or enemies in politic.

———-

A: ‘B’ – You know as well that Hudud is a law. If it is a law than it has to be accepted by society as a whole. PAS at the moment does not have enough seats to make Hudud a law in this country. Hence the constitution is left to remain unchanged. Huquq is actually human rights in Islam. And as a human right, there must be equality among all races regardless of status and religion and justice which is totalitarian.

———-

B : It’s not as easy as you think ,acceptance by society as a whole. just ask the DAP leadership and see how many agreed with Karpal and TGNA.

———-

B : The worse scenario is UMNO has less seat than PAS in the next PRU.Do you think PAS will resist cooperation with UMNO if it can achieve it’s dream.The last PRU talk failed b’cos UMNO has more seat than PAS and as such it does not benefit PAS as they still can’t achieved their goal.

———-

A : ‘B’ – You still haven’t got it. The majority of seats represents the voice in the parliament. PAS just does not have the number of seats to do so. Hudud cannot be made a law in this country unless the majority of seats in the parliament says so. In order to implement hudud, under Islam huquq must first be established. Huquq is human rights in Islam and that means no special privileges for Malays. Every person is treated equally. At the moment, I am not sure that PAS can be agreeable even to all Malays……=)

———-

B : UMNO = PAS definitely will make up for the 2/3 majority. It’s simple mathemathics . If PR win narrowly next PRU don’t rule out a PAS UMNO govt from defections like I said earlier.

———-

A: UMNO = PAS definitely will make up for the 2/3 majority???? I doubt so! We still have PKR! And I don’t think UMNO will ever agree with Hudud as it will take away their special privileges. =)

———-

B : PAS will definitely go ahead with the HUdud ,just like when they draft the Hudud in Kelantan and Terengganu which I doubt has established Huquq (assuming the constitution never failed them then)

———-

B : When you lost the govt of the day anyting is possible,by doing so at least they still have some part to remain in govt. this is politic.

———-

A : ‘B’ – As I have said, PAS will not be able to get enough seats in the Parliament to implement Hudud

———-

B : A merger of PAS-UMNO will make it possible

———-

B : It’s possible if PAS has more seat than UMNO and they merge to form the govt,with PAS as tai kor.Do you think they will resist if UMNO agreed to them .It’s only a probabilities but don’t rule out.

———-

A : ‘B’ – Would UMNO give up Malay status in order to unite with PAS & implement Hudud? I would rather think it is unlikely.

———-

B : Are you sure PAS and PKR has given up Malay status.It’s like chameleon when they speak to different audience without really dealing into that in a Chinese majority audience.

———-

B : Both parties try to shows fairness to all but at the same time holding to clause 153 of the constituition when dealing with Malay

———-

A : ‘B’ – PAS may have implemented Hudud in Kelantan but it is the Federal Government which retains the Malay status under the federal constitution Article 153. Very simply put, PAS will have to put up enough seats in the Parliament in order to amend the constitution. PAS cannot have hudud & Malay special privileges at the same time because it is not according to Islamic Huquq (Human Rights)

———-

B : I’m glad DAP is holding to it’s stand on Malaysia as a secular state.There should never be any compromise on their part.Bravo!

 ———-

 

Iktibar

 

1. Komen-komen tersebut datang daripada penyokong DAP sendiri dan bukannya rekaan saya. Jelaslah bahawa mereka bukannya ‘tidak faham’ tentang hudud, tetapi mereka ‘tidak mahu’ kepada hudud.

 

2. Ada dalam kalangan pejuang PAS (termasuk pimpinan) yang cuba “melunakkan” hudud pada pandangan non-Muslim dengan cara menerapkannya “hanya kepada Muslim”. Tetapi tindakan tersebut bukan sahaja tidak bertepatan dengan syarak (sudah dijelaskan sebelum ini, dan akan dijelaskan semula insya Allah sekiranya ada permintaan), bahkan ‘tidak laku’ dalam kalangan non-Muslim secara umumnya. Buktinya, sila lihat semula pendirian DAP berkenaan hal ini. Mereka bukannya tak bersetuju dengan hudud ke atas non-Muslim, tetapi mereka tidak bersetuju terhadap penerapan hudud sama sekali!

 

3. Realiti politik demokrasi pada hari ini jelas menunjukkan bahawa hampir-hampir mustahil bagi PAS untuk menerapkan Islam melalui demokrasi. “Practicality is the word here”, komen si A. Sepertimana yang dipaparkan dalam komen tersebut, jelas daripada maksudnya yang tersirat menunjukkan bahawa DAP bijak bermain dalam sepak terajang demokrasi bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Mereka yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai selagimana Melayu Muslim berpecah kepada tiga parti iaitu UMNO, PAS, dan PKR. Biarpun UMNO berjaya membentuk kerajaan gabungan bersama PAS, majoriti masih tidak akan tercapai kerana PKR masih ada. Semestinya PKR tidak akan bergabung dengan UMNO kerana kewujudan PKR sendiri lahir daripada konflik yang menyebabkan pemimpin mereka iaitu Anwar Ibrahim dipecat dan disingkir daripada kerajaan. Lainlah kalau DSAI sanggup menjilat ludahnya sendiri sepertimana sebilangan pemimpin Semangat 46 yang kembali kepada UMNO setelah mereka “membakar jambatan”.

 

Namun bukan itu sahaja yang menjadi penghalang, sebaliknya kita perlu jelas bahawa Perlembagaan Malaysia sendiri merupakan penghalang terbesar kepada cita-cita PAS dalam menerapkan syariah Islam. Sekiranya mereka hendak mengubah undang-undang negara, maka dengan sendirinya akan terbatal sekiranya bercanggah dengan perlembagaan. Ini jelas termaktub dalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

Perkara 4. Undang-undang utama Persekutuan. (1)

 Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

 

Inilah jerat ataupun mekanisme penghalang yang telah berjaya ditanam oleh Lord Reid dan suruhanjayanya sewaktu mereka menggubal perlembagaan Malaysia. Jerat inilah yang menjadikan ‘warisan’ tinggalan British berkekalan di Malaysia dan akan berterusan sehinggalah ada dalam kalangan mereka yang memegang kekuasaan dan ikhlas (ahlu quwwah) tampil untuk mengubahnya.

 

4. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat tentang keharaman mengamalkan, menerapkan serta menyebarkan demokrasi biarpun setelah dijelaskan dalil-dalil keharamannya. Saya tidak akan memaksa kalian sehinggalah kalian sendiri menerimanya setelah menilai hujah-hujah tersebut. Alhamdulillah, setelah melalui siri demi siri pembahasan pendirian saya bukan sahaja tidak goyah bahkan semakin teguh.

 

Namun, ingin saya jelaskan di sini, bahawa perjuangan menegakkan Islam melalui demokrasi bukan sahaja tidak menuruti thariqah dakwah Rasulullah SAW, bahkan realitinya juga tidak akan sama sekali berpihak kepada Islam. Sebaliknya saban hari Islam semakin terpinggir bersama-sama kekuasaan Melayu-Muslim yang saban hari semakin terhakis. Tidakkah kalian menyedari hakikat ini? Ataupun kalian cuba menipu diri sendiri?

 

Hujah “Pemimpin kami terdiri daripada kalangan ulama’, mustahil mereka tidak mengetahuinya. Mustahil kamu lebih pandai daripada mereka” adalah tidak absah. Sampai bila lagi kalian cuba berkompromi dengan memperkenalkan pelbagai istilah seperti tahalluf siyasi, negara berkebajikan dan sebagainya? Sedangkan sekutu kalian dalam Pakatan Rakyat, DAP, dengan jelas sekali tidak akan berkompromi terhadap pendirian mereka. Manakala PKR pula hanya memperjuangkan agenda sempit mereka yang cuba disalut dengan slogan “keadilan”. Usah berharap pada UMNO dan juga Barisannya.

 

Sudah tiba masanya untuk kalian meninggalkan gelanggang demokrasi yang kufur itu. Lebih lama kalian berada di dalamnya, lebih banyak keburukan yang akan menimpa berbanding kebaikan. Marilah kita bersama-sama berjuang mengikut thariqah perjuangan Rasulullah saw. Perjuangan tanpa kompromi, perjuangan tanpa kekerasan, dan perjuangan yang ikhlas demi menegakkan Islam dalam kehidupan – baik di peringkat individu, masyarakat, mahupun aspek kenegaraan.

 

Wahai Umat Islam khasnya di Malaysia,

 

Sudah tiba masanya untuk kalian membebaskan diri daripada belenggu ini. Sudah tiba masanya untuk kalian kembali menerapkan Islam secara syumul tanpa sebarang kompromi. Tidak perlu mengambil sikap apologetik, kerana kita bukannya pesalah! Tidak perlu bermuka-muka, kerana kita bukannya hipokrit! Tinggalkan politik demokrasi kepartian, amalkan politik Islam yang hakiki. Politik yang berpaksikan amar makruf nahi mungkar dalam ertikata yang sebenar. Politik yang meletakkan Islam tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripadanya. Politik yang merentas sempadan palsu rekaan penjajah kuffar.

 

Ayuh, bersempena dengan bulan yang mulia ini marilah kita mengukuhkan iltizam kita terhadap Islam. Marilah kita tinggalkan segala kepentingan peribadi dan agenda tersembunyi. Marilah kita berjuang menegakkan Islam secara hakiki, kembalikan syariah Islam melalui perjuangan intelektual tanpa kekerasan. Kembalikan Islam melalui perjuangan khilafah – perisai bagi kaum Muslimin. Dengan kembalinya khilafah, Islam akan dikembangkan ke seluruh penjuru dunia melalui dakwah dan jihad. Melalui khilafah juga kita akan menyatukan kembali umat Islam di seluruh dunia serta membela nasib mereka yang tertindas.

 

Semua ini akan hanya tinggal retorik sekiranya tiada kesedaran untuk bangkit dalam diri kalian. Justeru, marilah kita merenung sejenak apa yang saya kongsikan dalam artikel ini dan tanyalah kepada diri kita sendiri, “Sudahkah aku melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang Muslim tanpa memikirkan darihal ini? Sekiranya aku membiarkan sahaja seruan ini tanpa memikirkan natijah yang timbul seandainya status quo pada hari ini tidak diubah, adakah aku tidak akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Cukupkah dengan melaksanakan ibadah mahdhah dan berakhlak mulia semata-mata, lalu meminggirkan aspek kenegaraan serta penerapan syariah Islam? Cukupkah dengan syiar (simbol) tanpa syariah?”

 

Segalanya bermula daripada diri anda. Benar, hidayah merupakan ketentuan Allah, tetapi kitalah yang berusaha untuk mencarinya.

 

Renung-renungkan. Wallahua’lam.

 

*As posted by Muhammad Ghazi. Original articel can be found in his wordpress.

Businesswoman launches first British halal make-up

Reuters –  Thursday, August 19

BIRMINGHAM, England, Aug 19 – As a Muslim, Samina Akhter was disturbed to find some of her make-up contained pig by-products so she came up with a solution — a range of halal make-up, free from alcohol and animal products.

Under Islamic law, alcohol and certain meats are forbidden with pork especially taboo so Akhter was shocked to learn some of the products she used contained alcohol and even pig placenta.

So she devised her own make-up line, Samina Pure Make-up, launched from her home in Birmingham in June this year after two years of testing which now boasts to be Britain’s first company to sell halal-certified cosmetics.

“This has been on my conscience,” Akhter, 41, a mother of five, told Reuters Television.

“I realised many do contain ingredients that are not permissible to Muslims to eat and I just started thinking, well if it’s not permissible to eat, then why should I put it on my face?”

The range, which is mainly sold online, includes items like foundation, blusher, eyeshadows and lipsticks, priced from about 8 pounds and is initially targeted at the almost one million Muslim woman living in Britain.

Mascara is still unavailable as the process of making a halal version is still being studied.

Akhter said in keeping with Islamic law, her make-up is made by manufacturers in Australia and Europe from plant extracts, minerals, essential oils and vitamins.

The cosmetics are certified by the independent Halal Certification Authority Australia.

Akhter said she now has more than 500 customers and interest in the cosmetics has come from Malaysia,Indonesia, Singapore and the Middle East.

She said the halal range, free of chemicals and animal products, had also proved popular with vegans and vegetarians.

Some Muslim leaders have criticised Akhter for exploiting a religious concept.

But she argues there is demand for halal make-up with about 1.6 billion Muslim worldwide but only a small number of companies offering cosmetics or other bath products that conform to halal standards.

“The reaction I’ve had from women so far has been so positive and encouraging,” said Akhter who is looking to expand beyond Britain and to get her products into pharmacies and stores.

“I really feel that this product has … actually filled a gap in the market. So it’s not a case of trying to cash in. It’s a case of providing people with something they’re looking for.”

(Reporting by Reuters Television, Editing by Belinda Goldsmith)

Ukuran halal dan haram…

Apabila kita hanya memandang konsep halal haram hanya dari segi ingredients maka ini lah yang akan berlaku. Hanya sibuk berusaha menghalalkan sesuatu yang dari sudut lainnya adalah jelas diharamkan.

Mungkin saja ada dikalangan kita menganggap ini suatu usaha yang baik kerana sekurang-kurangnya `kita berjaya’ untuk mengesan elemen-elemen yang haram dalam apa-apa yang digunakan seharia-harian. Ya,jelasnya kita bersetuju. Di satu bahagian ianya tampak begitu positif sekali. Namun, di satu bahagian yang lain ianya jelas mempermain-mainkan hukum Allah itu sendiri. Hal ini kerana, apabila berlaku pencampuran antara yang haq dan yang batil, ianya tetap batil.

Demikian juga halnya dalam isu kosmetik untuk berhias-hias sebagaimana dikalangan wanita kini gemar lakukan. Tanpa menyedari, mereka sibuk mencari produk kosmetik@make-up yang halal untuk membolehkan mereka merias wajah dan diri. Sikap ini kelihatan seolah-olahnya usaha yang sungguh murni dan terpuji dalam menjaga dan mengambil kira hukum syarak dalam kehidupan seharian. Namun, cukupkah hanya dengan usaha yang sedemikian? Bagaimana dengan kefahaman dari segi hukum syaraknya? Bagaimana dengan pelaksanaannya secara kaffah???

Hakikatnya, ternyata para wanita (Muslimah) tetap menipu diri sendiri dalam usaha untuk tampil `halal’.  Bahkan sentiasa tertipu dan terperangkap dalam permainan Kapitalis yang inginkan wanita Muslim untuk makin menjauhi agamanya!

Hal yang demikian kerana tabarruj sendiri sudah jelas diharamkan. dan make-up itu merupakan tingkah laku berhias berlebih-lebihan  yang sudah sejelas-jelasnyanya termasuk dalam tabarruj.

Sebagaimana diriwayatkan oleh ALi r.a., Rasulullah s.a.w menjawab persoalan Fatimah berkenaan dengan keadaan wanita penghuni neraka:

“Fatimah, adapun perempaun yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

Aduhai Muslimah,

Rasulullah s.a.w merasa sangat sedih kerana banyaknya golongan wanita Islam yang menghuni neraka dek kerana kezalimannya terhadap diri sendiri…. menjauhkan diri dari ketetapan Tuhannya dan agamanya. Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?

Muslimah yg dikasihi Allah,

Rias lah diri hanya untuk yg berhak. Namun, jauhilah tabarruj yg dilarang oleh Tuhan mu!

Ayuh Muslimah, keluarlah dari kepompong kapitalis yang menjadikan manusia itu sebagai masyarakat jahiliyyah! Takutlah kepada azab Allah. Kembalilah kepada Nya. Sesungguhnya Allah itu amat Pengasih dan Maha Besar PengampunanNya bagi hamba-hambaNya yang bertakwa.

***Terdapat banyak dalil berkenaan tabarruj dan tatacara penampilan (berpakaian)dalam Islam. Bolehlah merujuk syarahannya dalam kitab-kitab yang sedia ada, atau merujuk mana-mana artikel berkenaan aurat, tabarruj, dan pakaian. Wallahu a’lam. Mudah-mudahan kita bisa meraih petunjuk Allah s.w.t demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku…
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman


Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti..paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti


Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

***********************

Sajak ini ana perolehi daripada forward message. Sungguh bagus karangannya, dan inshaAllah demikian juga penghayatannya. Namun yang demikian, kata-kata dirangkap ke-dua sajak berkenaan yang berbunyi, alquran…bakal kau syairkan ..” kedengaran agak tidak tepat kerana hakikatnya al-Quran bukanlah syair. Bahkan pembacaannya juga bukan sekdara untuk disyairkan atau ditarannumkan.. sebaliknya untuk dijiwai, dihayati, diselami dan yang paling penting diamalkan isi kandungannya. Wallahu a’lam.

Namun, secara keseluruhan ana menyukai sajak ini. Tahniah kepada yg menukilkannya. Sama-samalah kita melalui bulan Ramadhan kali ini dengan lebih baik dna mudah-mudahan keberkahannya Allah kurniakan buat kita semua. AMeen.

Soalan:

Saya membaca sebuah hadis dari Abu Dawud dimana dia berkata:

محرم ذو معها إلا بريداً ا تسافر أن لآخر واليوم بالله تؤمن لامرأة يحل لا

“Seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat tidak dibolehkan melakukan perjalanan tanpa seorang mahram”,

jadi bagaimanakah perkara ini jika kita mengambil kira sebuah hadis lain:

لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا معها ذو محرم

“Seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat tidak dibolehkan bermusafir untuk waktu perjalanan yang mengambil masa sehari semalam tanpa seorang mahram”,

walaupun mengetahui waktu perjalanan boleh dilakukan kurang dari sehari?

Jawapan :

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas (semoga Allah merahmati mereka) bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

لا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم

“Seorang wanita tidak boleh bermusafir tanpa seorang mahram”

Ini adalah larangan untuk wanita bermusafir secara amnya kecuali disertai oleh seorang mahramnya. Batas waktu perjalanan yang dimaksudkan dalam bermusafir ini adalah sehari, sehari semalam, dua atau tiga hari:

1) Al –Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Omar (tiga hari), dan dari Abi Sa’eed Al-Khudari (dua hari) dan dari Abu Hurairah (sehari semalam) dan dari Ibnu Abbas dan Ibnu Omar (sehari semalam).

2) Muslim meriwayatkan dari Ibnu Omar (tiga, lebih dari tiga) dan dari Ibnu Sa’eed Al-Khudari (dua hari, tiga, lebih dari tiga) dan dari Abi Hurairah, Ibnu Abbas dan Abi Hurairah (sehari semalam).

3) Al-Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa’eed Al-Khudari (lebih tiga hari), dan dari Abi Hurairah (sehari semalam). 4) Ibnu Majah meriwayatkan dari Abi Sa’eed (lebih tiga).

5) Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Omar (tiga), dan dari Abdallah Ibnu Omar (tempoh masa tiga hari), dan dari Abi Hurairah (tiga hari, tempoh perjalanan satu hari suntuk), dan dari Abi Sa’eed (tiga hari, dua hari, tiga, lebih dua hari, dua hari).

6) Al-Darmi meriwayatkan dari Abi Sa’eed (lebih tiga hari).

7) Abu Dawud meriwayatkan dari Abi Hurairah (satu malam, sehari semalam). Dan sebelumnya ia diriwayatkan dari Abi Hurairah (jarak perjalanan). Oleh yang demikian, batas waktu bermusafir yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Al-Tirmidzi, Ahmad, Al-Darmi dan Abu Dawud dalam erti tempoh masa (tiga hari, atau tiga malam, dua hari, sehari semalam, satu malam).

Setelah meneliti perkara yang mutlak keatas perkara yang terhad (muqayad), serta mengumpul segala bukti, Hukum Syarak bagi seorang wanita adalah tidak dibolehkan bermusafir untuk tempoh masa yang singkat tanpa seorang muhrim, bererti tidak dibolehkan juga untuk bermusafir untuk tempoh satu malam, kerana tidak boleh bermusafir untuk tempoh satu malam juga membawa maksud tidak boleh bermusafir untuk tempoh dua atau tiga hari,.kerana dalam bahasa Arab, penggunaan kata – malam membawa maksud keseluruhan hari – sehari semalam .

Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

سوياً ليال ثلاث الناس تكلم ألا آيتك قال

“Tanda bagimu ialah bahawa kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sihat” [TMQ Mariam : 10]

Dan Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

قال آيتك ألا تكلم الناس ثلاثة أيام إلا رمزا

“Allah telah berfirman: Tandanya bagimu, kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari, kecuali dengan isyarat.” [TMQ Al-Imran : 41]

Didalam kedua – dua ayat tersebut, malam bermaksud hari. Orang-orang Arab berkata:

كتبته لكذا ليلة خلت من شهر كذا,

“Saya menulisnya untuk beberapa malam yang berakhir pada bulan ini atau itu” yang bermaksud untuk beberapa hari.

Oleh yang demikian, bermusafir untuk tempoh masa sehari semalam adalah dilarang kecuali bersama suami atau mahram, dan inilah yang telah kita adopsi.

Apa yang didapati dari riwayat Abu Dawud adalah had jarak perjalanan (بريدا) dan jaraknya adalah empat parasang, iaitu lebih kurang 22 kilometer dan apa yang boleh difahami dari riwayat ini adalah seperti berikut:

  1. Ia menghadkan jarak bermusafir, yang bermaksud bukan tempoh waktu perjalanan. Oleh itu seorang wanita memerlukan seorang mahram jika bermusafir sejauh 22 kilometer tanpa mengambil kira perjalanan tersebut mengambil masa sehari atau dua hari.

Manakala hadis yang satu lagi menerangkan had waktu bermusafir iaitu sehari semalam, tanpa mengira sama ada dia merentas seratus atau beratus kilometer. Oleh itu, bercakap mengenai jarak akan membatalkan masa dan bercakap tentang masa akan membatalkan jarak.

Maka, di sini ada percanggahan pendapat dan apabila ada percanggahan pendapat, kita perlu mengambil yang lebih banyak kemungkinan kerana lebih nyata dari hadis Al-Bukhari, Muslim dan Sirah yang lain, malah dalam kebanyakan periwayatan Abu Dawud, beliau juga merujuk kepada tempoh masa, kerana semua ini melebihi periwayatan Abu Dawud sendiri yang hanya sekali merujuk jarak perjalanan

بريدا) .2. Periwayatan Abu Dawud mengenai jarak perjalanan (بريدا) adalah seperti berikut: Yusuf Ibnu Musa berkata kepada kami, dari Jareer dari Suheil dari Saeed Ibnu Abi Sa’eed dari Abi Hurairah, dia berkata bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر بريداً إلا معها ذو محرم

“Seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat dilarang untuk bermusafir – sejauh jarak perjalanan – kecuali dengan seorang mahram”.

Abu Dawud sendiri meriwayatkan dari Sa’eed Ibn Sa’eed dari Abi Hurairah empat hadis dimana beliau sendiri menyatakan sehari semalam. Abu Dawud juga meriwayatkan dari Sa’eed Ibn Abi Sa’eed dari bapanya dari Abi Hurairah, dua hadis dimana yang pertama dia berkata (satu malam) dan yang kedua dia berkata (satu hari dan satu malam). Oleh itu, semua periwayatan dari Abu Dawud setelah Sa’eed Ibn Abi Sa’eed (sekali setelah bapanya dan yang lain) setelah Abi Hurairah, beliau menyebut pembatasan kepada tempoh masa (sehari semalam).

Ahmad meriwayatkan hadis tersebut sama seperti Sa’eed Ibn Abi Sa’eed dari bapanya selepas Abi Hurairah yang menyebut keseluruhan hari: Hanya ada satu periwayatan dari Abu Dawud dari Sa’eed Ibn Abi Sa’eed selepas Abi Hurairah tentang jarak perjalanan.

Kesemua periwayatan ini menunjukkan dengan jelas Abi Hurairah meriwayatkan dari Sa’eed Ibnu Abi Sa’eed (atau bapanya) sehari semalam, dan tidak menyebut tentang jarak perjalanan.

Oleh yang demikian, berkemungkinan (sehari semalam) seperti yang kami sebut didalam buku sistem sosial bermaksud; لا يحل لامرأة تؤمن بالله واليوم الآخر أن تسافر مسيرة يوم وليلة إلا مع ذي محرم “Seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat dilarang bermusafir selama sehari semalam tanpa mahram”.

Seperti yang anda perhatikan, kami menyatakan perkara yang berkemungkinan, dan kami tidak memberi sebarang pendapat yang muktamad tentang perkara ini. Kedua, adalah apa yang kami perkatakan ialah dia boleh bermusafir kurang dari sehari semalam tanpa seorang mahram, tetapi kami tidak mengatakan bahawa dia harus berbuat sedemikian, kerana jika dia tidak mahu bermusafir dalam masa setengah hari kecuali dengan mahramnya, maka dia boleh berbuat demikian. Perkara yang lebih mustahak adalah dia dilarang bermusafir untuk tempoh masa sehari semalam kecuali dengan seorang mahram.

Oleh: Sheikh Ata ibn Khaleel Abu al- Rashta