Posts Tagged ‘sahabat’

Sabda Sallallahu alaihi wa Sallam:
Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”

IBU PARA PAHLAWAN

Sahabiyyah ini adalah antara wanita mukminah yang menyajikan jalan-jalan tauladan dan termasuk salah seorang wanita yang memberikan kesaksian kebenaran bagi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Baginda Rasul turut menjanjikan imbalan kebaikan dan mendoakan barakah baginya. Ketika iklim iman menggantikan kegelapan jahiliyyah dan mentari hidayah mulai terpancar di tanah Madinah, sahabiyyah ini hidup dan tampil sebagai penolong bagi Islam, mencurahkan sekalian yang dimiliki dan menjadi ibu kepada dua orang anaknya yang gugur sebagai syuhada’; dua pahlawan Islam yang segar di dalam medan sejarah.

Inilah dia, Kabsyah bintu Rafi’ bin Muawiyah bin Ubaid bin Al-Abjar Al-Ansyariyah Al-Khudriyah. (Thabaqat Ibn Saad, 8/37; Al-Isti’ab, 4/383; Usdul  Ghabah [7230]; Al-Istibshar,hal. 129)

Beliaulah ibu yang Arasy Ar-Rahman pun bergoncang kerana kematian anak-anaknya. Beliaulah ibu yang memutuskan perkara dengan hukum Allah dari atas langit ketujuh. Anak beliau ialah penjaga Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ketika Perang Badar, yang juga pemegang panji dari golongan Ansar, serta salah seorang ahli majlis syura Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ketika itu. Anak beliau adalah As-siddiq kedua setelah Abu Bakar Radiallahu Anhu. Anak beliau jugalah wakil Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam di saat Perang Buwath. Dari rumah pasangan Kabsyah bintu Rafi’ dan Muadz bin An-Nu’man inilah, lahirnya sosok-sosok peribadi Saad bin Muadz, Amru bin Muadz, Iyas, Aqrab dan Ummu Hizam. Maka, setelah mendengarkan nama-nama ini, masihkah kita menginginkan tambahan karamah untuk memuliakan beliau?.

PENGISLAMAN

Madinah menerima tetamu, seorang pemuda dari Mekah, duta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam; Mushab bin Umair. Beliau ditugaskan untuk mengajarkan Al-Quran kepada penduduk Madinah dan menjelaskan hukum-hukum berkaitan permasalahan agama. Risalah Islam akhirnya tersebar ke perkampungan Bani Al-Asyal. Dua orang pemimpin Aus, Usaid bin Hudhair dan Saad bin Muadz lantas melafazkan keislaman mereka. Peristiwa pengislaman keduanya dirakamkan di dalam beberapa kitab sirah. Setelah Saad bin Muadz memeluk Islam, beliau lantas berdiri di hadapan kaumnya, Bani Abdul-Asyhal, seraya berkata kepada mereka : “ Wahai Bani Abdul Asyhal, bagaimanakah pendapat kalian tentang kepimpinanku di tengah-tengah kalian?”

Soalan yang dilontarkan Saad dijawab oleh pengikut-pengikut beliau: “Engkau pemimpin dan orang yang paling utama di antara kami”.

Beliau kemudian berkata: “Sesiapapun di antara kalian, lelaki ataupun wanita dilarang berbicara denganku melainkan dia telah menjadi seorang Muslim atau Muslimah!”.

Pada petang hari yang sama, tiada seorang pun dari kalangan Bani Abdul-Asyhal melainkan mereka telah memeluk Islam. Ibnul Jauzy Rahimahumullah menyebutkan bahawa perkampugan Bani Abdul-Asyal merupakan perkampungan Ansar pertama yang menerima Islam (Shifahush-Shafwah, 1/455). Ummu Saad (Kabsyah bintu Rafi’) segera menyatakan keislaman beliau, malah mendapatkan kebahagiaan yang besar di atas nikmat keimanan tersebut. Rumah beliau menjadi tempat menetapnya duta Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam, yang dari situlah angin keimanan berhembus ke seluruh pelosok Madinah.

Kebaikan mula memancar dari para wanita Ansar dan Ummu Saad merupakan salah seorang wanita mukminah yang menyimpan kebaikan-kebaikan tersebut. Kelebihan ini turut diakui oleh Ibn Saad dengan berkata: “ Orang yang pertama berbaiat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam ialah Ummu Saad, Kabsyah bintu Rafi’ bin Ubaid, Ummu Amir  bintu Yazid bin As-Sakan serta Hawa’ bintu Yazid bin As-Sakan.”

PENIUP SEMANGAT JIHAD ANAK-ANAKNYA

Berbagai kitab sejarah dan biografi telah menyajikan peribadi mulia dan keutamaan-keutamaan yang dimiliki oleh Kabsyah bintu Rafi’, seperti keberanian, kebenaran, kebaikan dan keprihatinan beliau kepada tetangga. Beliau juga mempamerkan contoh terbaik yang mencerminkan kedudukan beliau yang sangat istimewa di sisi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam . Beliau terkenal kerana keberanian dan kesabaran beliau di dalam membela baginda nabi dan mendorong anak-anaknya untuk terjun ke medan jihad dan syahid di jalan Allah.

Di dalam Perang Badar, beliau meniupkan semangat kepada kedua anak beliau, Saad bin Muadz dan Amru bin Muadz Radiallahu Anhuma, agar berangkat dan berjihad kerana Allah dengan sebenar-benar jihad, sehinggalah kedua-duanya mendapat cubaan yang berakhir dengan khabar kemenangan.

Di dalam Perang Uhud, Ummu Saad turut terlibat secara langsung bersama beberapa wanita Muslimah lainnya. Berita kekalahan tentera kaum Muslimin dan gugur syahidnya anak beliau, Amru bin Muadz sampai ke pengetahuan beliau. Namun, berita-berita tersebut ternyata kurang penting bagi ibu ini berbanding keselamatan baginda nabi. Beliau lantas bersegera ke medan peperangan dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan dan keselamatan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Saat itu juga, beliau memanjatkan puji dan syukur kepada Allah seraya berkata: ”Selagi aku melihat engkau dalam keadaan yang selamat, maka musibah ini (kematian Amru bin Muadz) adalah terasa sangat ringan”

Di saat Perang Khandaq meletus, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam mengarahkan para wanita muslimat dan kanak-kanak yang turut serta untuk berlindung di dalam benteng Bani Haritsah yang telah siap dibina. Turut sama di kalangan mereka ialah Aisyah Ummul Mukminin Radiallahu Anha dan Ummu Saad. Aisyah menuturkan bahawa Saad bin Muadz berlalu untuk menyertai pasukan perang dengan mengenakan baju besi yang pendek, sehingga seluruh tangannya terdedah. Beliau juga menyandang tombak yang dibanggakannya sambil melantunkan bait syair Hamal bin Sa’danah Al-Kalby: Teguhkan hatimu barang sejenak dalam gejolak medan laga; Jangan pedulikan kematian jika sudah tiba saatnya. Mendengar perkataan anaknya, Ummu Saad lantas menasihatkan anaknya agar bersegera supaya tidak ketinggalan walau sesaatpun tanpa bersama-sama Rasulullah. Beliaulah yang tidak henti-henti menasihati dan meniupkan semangat jihad di dalam dada anak-anaknya. Beliau berkata: ”Wahai anakku, cepatlah berangkat kerana demi Allah, engkau sudah terlambat!”

Di dalam peperangan tersebut, Saad terkena anak panah lemparan Hibban Al-Urqah yang memutuskan urat di dekat mata kakinya. Saat itu, Saad sempat berdoa kepada Allah dengan doanya yang sangat masyur,

Ya Allah, jika Engkau masih menyisakan peperangan melawan Quraisy, maka berikanlah aku sisa umur untuk aku menyertainya. Tidak ada kaum yang lebih aku sukai untuk memeranginya kerana Engkau, selain dari kaum yang telah menyakiti Nabi-Mu, mendustakannya dan mengusirnya. Ya Allah, jika Engkau menjadikan peperangan antara kami dengan mereka, maka jadikanlah mati syahid bagiku dan janganlah Engkau uji aku sehingga aku merasakan senang kerana dapat mengalahkan bani Quraizhah”

Tenyata Allah mengabulkan doa Saad bin Muadz. Yahudi Bani Quraizhah melanggar perjanjian yang telah dimeterai bersama Baginda Nabi. Keputusan tentang Bani Quraizhah diserahkan kepada Saad bin Muadz. Beliaulah yang memutuskan agar kaum lelaki Bani Quraizhah dibunuh, manakala kaum wanita dan kanak-kanaknya dijadikan tawanan. Sebaik saja urusan Bani Quraizhah diselesaikan, luka di kaki Saad semakin parah dan akhirnya beliau meninggal dunia.

Sekali lagi, Ummu Saad diuji dengan kehilangan anak beliau. Kekaguman wajar diberikan kepada ibu ini lantaran kesabaran dan kekuatannya menerima ujian tersebut. Jasad Saad diusung dan dikebumikan di Baqi’. Kesedihan Ummu Saad terpancar jelas di wajahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam menghibur beliau dengan bersabda,

Adakah air matamu tidak dapat dibendung dan apakah kesedihanmu tidak dapat dihilangkan? Sesungguhnya anakmu adalah orang pertama, Allah tersenyum kepadanya dan Arasy bergoncang kerana kematiannya“ (Syiar Alamin-Nubala’, 1/293: Thabaqat Ibn Saad, 3/434; Majma’ Az-Zawa’id, 9/309)

Hatinya lantas gembira dengan perkhabaran Baginda. Beliau hanya mengharapkan pahala kebaikan di sisi Allah dan RasulNya di atas kematian kedua-dua anaknya sebagai syuhada’, apatahlagi setelah mengetahui ketinggian martabat seorang syahid. Beliau mendahulukan kecintaan kepada Allah dan RasulNya di atas segala sesuatu yang di mata manusia lainnya sangat berharga, termasuklah harta dan anak-anak. Di atas sifatnya inilah, maka beliau layak mendapatkan khabar gembira daripada Allah dan RasulNya sebagai penghuni syurga.

BAGINYA JAMINAN SYURGA

Ummu Saad menerima khabar gembira sebagai penghuni syurga secara langsung dari Rasulullah sewaktu berakhirnya Perang Uhud (Al-Maghazy, 2/315-316; As-sirah Al-Halabiyah, 2/545-546). Saat Baginda Nabi mengetahui gugurnya Amru bin Muadz selain sebelas orang lagi syuhada’ medan uhud, Baginda lantas bersabda,

Wahai Ummu Saad, terimalah khabar gembira dan sampaikanlah khabar gembira kepada keluarga mereka, bahawa orang-orang yang terbunuh di antara mereka saling berteman di dalam syurga, semuanya dan mereka diberi syafaat untuk keluarganya”

Baginda turut mendoakan Ummu Saad dengan doa yang istimewa,

Ya Allah, singkirkan kesedihan hati mereka, ringankanlah musibah mereka dan berilah pengganti yang baik bagi orang-orang yang mereka tinggalkan”.

Dari Anas bin Malik Radiallahu Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda,

”Barangsiapa yang sabar dan ikhlas mencari pahala kerana kematian tiga anaknya, maka dia akan masuk syurga” Ada seorang wanita yang berdiri seraya berkata, ” Bagaimana dengan dua orang anak?” Baginda kemudiannya menjawab, ”Begitu pula dua orang anak” [HR Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, An-Nasaei dan Ahmad].

Inilah sekilas tentang sirah sahabiyyah mulia ini. Semoga keikhlasan dan kesabaran beliau dalam mendidik anak-anaknya sehingga menjadi pendamping utama Rasulullah yang tidak pernah gerun dan sentiasa bersemangat di medan dakwah dan jihad menjadi teladan yang layak untuk dicontohi oleh ibu kaum muslimin hari ini.

Wallahu’alam

SUMBER: Mykhilafah.com

Seorang pemuda yg meminta izin kpd Nabi saw utk membenarkan dia berzina,

Dalam riwayat Imam Ahmad yang bersumber dari Abu Umamah diceritakan bahwa seorang anak muda menghadap Rasulullah SAW dan berkata, “Izinkan saya berzina”.

Orang-orang pun ramai mencaci-makinya. Nabi berkata, “Mendekatlah”. Pemuda itu mendekat, lalu terjadilah dialog:


Nabi : “Sukakah engkau jika ibumu berzina?”
Pemuda: “Tidak, demi Allah yang menjadikan diriku tebusanmu”
Nabi : “Orang lain juga tidak suka jika ibunya berzina”.
Nabi : “Sukakah engkau kalau anak perempuanmu yang berzina?”.
Pemuda: “Tidak, demi Allah”.
Nabi : “Orang lain pun tidak akan senang kalau anak perempuan mereka berzina”.
Nabi : “Sukakah engkau kalau saudara perempuanmu berzina?”
Pemuda: “Tidak, demi Allah”.
Nabi : “Demikian juga orang lain, mereka tidak akan senang kalau saudaranya berzina”.

Ber-turut-turut Nabi SAW menanyakan pendapat pemuda itu jika yang berzina adalah saudara perempuan ayah atau ibunya, pemuda itu pun selalu menjawab, “Tidak, demi Allah”. Nabi pun membalas, “Orang lain pun tentu tidak suka”.

Lalu Nabi meletakkan tangannya di ubun-ubun pemuda itu dan berdo’a: “Allahummaghfir dzanbahu wa thahhir qalbahu wa hashshin farjahu” (Ya Allah, ampunilah dosanya, sucikan hatinya, dan peliharalah kemaluannya).” Sejak saat itu, pemuda itu tidak pernah berpaling dari ketaatan kepada Allah SWT.

Wallahu a’lam.

<“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” [TMQ At-Tahrim (66):6]>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Keempat-empat khalifah Islam yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita.

Syd. Abu Bakar r.a. berkata :

Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya. Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.

Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula. Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab r.a. berkata :

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.

Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.

Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan r.a. berkata :

Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

  1. Hatinya selalu berniat suci,
  2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah,
  3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa),
  4. Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah,
  5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :

  1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’.
  2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
  3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
  4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
  5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
  6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
  7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
  8. Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Wallahu’alam.

Sekian.

Endnotes/Sumber: Akh Mujahid al-Faqir.

<Dan kehidupan dunia ini adalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? [6:32]>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Apabila bersahabat

Posted: February 4, 2010 in sharing.is.caring
Tags: ,

Diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab & punya harapannya sendiri.

Antaranya ialah :-

1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.

4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.

5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat.

6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.

7. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.

8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita.

9. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanyamenyekat perhubungan dgn insan lain.

10. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan hati yg pasang surut.

11. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh memburukkan keadaan.

12. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang dikurnia oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.”

Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?”

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Wallahu a’lam.

Sekian.

Endnote/Sumber: Jaisyun Amal @  AMAL TAIPING Blogspot

<Dan kehidupan dunia ini adalah permainan dan senda gurau. Sedangkan akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? [6:32]>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

بسم الله الرحمان الرحيم

Mush’ab bin Umair tiba di Madinah sebagai utusan Rasulullah saw. untuk mengajarkan ajaran Islam kepada orang-orang Ansar yang telah berbaiat kepada Nabi dan menjadi imam solat mereka. Saat itu, Abbad bin Bisyir termasuk orang yang hatinya telah diberi hidayah oleh Allah. Beliau datang ke majlis ta’lim Mush’ab, untuk mendengar penjelasannya. Tidak lama kemudian, beliau menyatakan keislamannya. Sejak itu, beliau berada dalam barisan kaum Ansar yang diredhai Allah dan mereka ridha kepadaNya.

Pada suatu hari, Nabi telah berhijrah ke Madinah selepas orang-orang beriman dari Mekah tiba terlebih dahulu. Bermulalah terjadinya peperangan-peperangan untuk mempertahankan diri dari serangan-serangan kafir Quraisy dan sekutunya yang tidak henti-henti memburu Nabi dan umat Islam. Kekuatan pembawa cahaya dan kebaikan bertarung dengan kekuatan gelap dan kejahatan.

Pada setiap peperangan itu, Abbad bin Bisyir berada di barisan hadapan, berjihad di jalan Allah dengan gagah berani dan bermati-matian dengan cara yang sangat hebat. Mungkin peristiwa yang kita paparkan di bawah ini dapat mengungkapkan sekelumit kisah dari kepahlawanan tokoh mukmin ini.

Setelah Rasulullah saw. dan kaum muslimin selesai menghadapi musuh dalam Perang Dzatur Riqa’, mereka sampai di suatu tempat dan bermalam di sana. Rasulullah memilih beberapa orang sahabatnya untuk berjaga secara bergiliran. Di antara mereka terpilih ialah ‘Ammar bin Yasir dan Abbad bin Bisyir yang berada pada satu pasukan.

Apabila Abbad melihat kawannya ‘Ammar sedang penat, beliau mencadangkan agar ‘Ammar tidur terlebih dahulu dan beliau akan berjaga. Apabila Ammar telah berehat dengan cukup, giliran ‘Ammar pula yang berjaga untuk menggantikannya.

Abbad melihat bahwa keadaan sekelilingnya aman. Maka, timbul sesuatu dalam fikirannya, mengapa beliau tidak mengisi waktunya dengan melakukan solat sehingga pahala yang akan diperoleh berlipat ganda? Kemudian beliau bangkit melakukannya.

Tiba-tiba, ketika beliau sedang berdiri membaca sebuah surah AI-Qur’an selepas membaca surah Al-Fatihah, sebuah anak panah menusuk di pangkal lengannya. Anak panah itu dicabut dan beliau meneruskan solatnya. Tidak lama kemudian datang pula anak panah kedua yang mengenai anggota badannya. Tetapi, beliau tidak ingin menghentikan solatnya. Beliau hanya mencabut anak panah itu seperti kali pertama, dan melanjutkan bacaan surahnya. Dalam gelap malam itu musuh memanahnya kembali . Untuk kali ketiga Abbad menarik anak panah itu dan mengakhiri bacaannya. Setelah itu, beliau ruku’ dan sujud, sementara tenaganya telah lemah disebabkan sakit dan penat. Ketika sujud, beliau menghulurkan tangannya kepada kawannya yang sedang tidur di sampingnya dan ditarik-tariknya hingga ia terjaga. Kemudian , Abbad bangkit dari sujudnya dan membaca tasyahud, lalu menyelesaikan solatnya.

Ammar terjaga setelah mendengar suara kawannya yang terputus-putus menahan sakit, “Gantikan aku untuk berjaga karena aku terkena panah.” ‘Ammar bangun dari tidurnya hingga menimbulkan ketakutan musuhnya. Mereka melarikan diri, sedangkan ‘Ammar berpaling kepada temannya seraya berkata, “Subhanallah! Mengapa engkau tidak membangunkanku ketika dipanah pada kali pertama tadi.” Abbad menjawab, “Ketika aku solat tadi, aku membaca beberapa ayat Al-Qur’an yang sangat mengharukan hatiku sehingga aku tidak ingin memutuskannya. Demi Allah, kalau tidak kerana akan mensia-siakan pos kawalan yang ditugaskan Rasul kepada kita, sungguh, aku lebih suka mati daripada meneruskan bacaan ayat-ayat yang sedang kubaca itu.

Abbad sangat mencintai Allah, Rasul dan agamanya. Kecintaan itu memenuhi segenap perasaan dan seluruh kehidupannya. Sejak Nabi saw. berpidato dan mengarahkan pembicaraannya kepada kaum Ansar, ia termasuk salah seorang di antara mereka.

Sabdanya, “Hai golongan Ansar! Kamu semua adalah inti, sedang golongan lain bagai kulit. Maka, tak mungkin aku dicederakan kalian.”

Sejak saat itu, yakni sejak Abbad mendengar ucapan ini dari RasulNya, dari guru dan pembimbingnya kepada Allah, ia rela menyerahkan harta, nyawa dan hidupnya di jalan Allah dan di jalan RasulNya. Karena itu, kita temui dia berada di arena pengorbanan dan medan perjuangan sebagai orang pertama. Sebaliknya, di waktu pembahagian keuntungan dan harta rampasan perang, sukar untuk menemuinya.

Di samping itu, ia adalah seorang ahli ibadah yang tekun , seorang pahlawan yang gigih dalam berjuang, seorang dermawan yang rela berkorban, dan seorang mukmin sejati yang telah menyumbangkan hidupnya untuk keimanannya. Kelebihannya ini telah dikenali di antara sahabat-sahabat Rasul.

Aisyah, Ummul Mu’minin, pernah berkata tentang dirinya, “Ada tiga orang Ansar yang kelebihannya tidak dapat ditandingi oleh seorang pun. Mereka adalah Sa’ad bin Mu’adz, Usaid bin Hudhair, dan Abbad bin Bisyir.”

Orang-orang Islam golongan pertama mengetahui bahwa Abbad adalah seorang tokoh yang memperolehi kurnia berupa cahaya dari Allah. Penglihatannya yang jelas dan terang, dapat mengetahui tempat-tempat yang baik dan meyakinkan tanpa mencarinya dengan susah-payah.

Bahkan, kepercayaan sahabat-sahabatnya mengenai cahaya ini sampai pada tahap yang lebih tinggi, bahwa beliau merupakan benda yang dapat terlihat. Mereka sepakat berkata bahwa bila Abbad berjalan di waktu malam, terbitlah darinya bekas-bekas cahaya dan sinar yang menerangi jalan yang akan dilaluinya.

Dalam peperangan menghadapi orang-orang murtad setelah wafat Rasulullah saw., Abbad memikul tanggungjawab dengan keberanian yang tiada tandingan. Apalagi dalam pertempuran Yamamah, di mana kaum muslimin menghadapi bala tentara yang paling kejam dan paling berpengalaman dibawah pimpinan Musailamah al-Kadzab. Saat itu, Abbad melihat bahaya besar yang mengancam Islam. Maka, jiwa pengorbanan dan kepahlawanannya mengambil bentuk sesuai dengan tugas yang dibebankan oleh keimanannya. Hal itu meningkat ke tahap yang seiring dengan kesedarannya akan bahaya tersebut hingga menjadikannya sebagai parajurit yang berani mati, yang tak menginginkan yang lain kecuali syahid di jalan Allah.

Sehari sebelum Perang Yamamah itu berlaku, Abbad mengalami suatu mimpi yang kemudiannya diketahui tafsirannya bahawa akan terjadi di arena pertempuran sengit yang melibatkan kaum muslimin. Marilah kita panggil seorang sahabat mulia, Abu Sa’id al-Khudri, untuk menceritakan mimpi yang dilihat oleh Abbad, ta’birnya, serta peranannnya yang mengagumkan dalam pertempuran yang berakhir dengan syahid.

Abu Sa’id bercerita, “Abbad bin Bisyir berkata kepadaku, ‘Hai Abu Sa’id, aku semalam bermimpi melihat langit terbuka untukku kemudian tertutup lagi. Aku yakin bahawa ta’birnya, insya Allah, aku akan menemui syahid.” “Demi Allah.” ujarku, “itu adalah mimpi yang baik.” “Di waktu Perang Yamamah itu kulihat ia berseru kepada orang-orang Anshar, ‘Pecahkan sarung-sarung pedang kalian dan tunjukkan kelebihan kalian.’ Maka, mereka menyerbu dengan tangkas bersama sejumlah empat ratus orang dari golongan Anshar hingga mereka sampai ke pintu gerbang , lalu bertempur dengan gagah berani.

Ketika itu, Abbad semoga Allah memberinya rahmat menemui syahid. Wajahnya kulihat penuh dengan bekas tusukan pedang dan aku mengenalinya hanya dengan melihat tanda yang terdapat pada jarinya. Demikianlah Abbad naik ke taraf yang sesuai untuk memenuhi kewajipannya sebagal seorang mukmin dan golongan Anshar yang telah berbaiat kepada Rasul untuk menyumbangkan hidupnya bagi Allah dan menemui syahid di jalanNya.

Pada awalnya ia melihat medan pertempuran sengit itu lebih berpihak pada kemenangan musuh, teringat ucapan Rasulullah terhadap kaumnya, golongan Ansar, “Kalian adalah inti. Oleh itu, tidak mungkin aku dicederakan oleh kalian.” Ucapan itu memenuhi rongga dada dan hatinya, sehingga, seolah- olah, saat itu Rasulullah masih berdiri mengulang-ulang kata-katanya itu. Abbad merasa bahwa seluruh tanggung jawab peperangan itu terpikul hanya di atas bahu golongan Ansar atau di atas bahu mereka yang sebelum golongan lainnya.

Ketika itu, beliau naik ke atas sebuah bukit lalu berseru, “Wahai golongan Ansar! Pecahkan sarung-sarung pedang dan tunjukkan keistimewaan dari golongan lain.” Ketika seruannya dipenuhi oleh empat ratus orang pejuang, Abbad bersama Abu Dujanah dan Barra’ bin Malik mengerahkan mereka ke taman maut, suatu taman yang digunakan oleh Musailamah sebagai benteng pertahanan. Pahlawan besar itu pun berjuang sebagai seorang lelaki, sebagai seorang mukmin, dan sebagai seorang warga Ansar.

Pada hari yang mulia itu, Abbad menemui syahidnya. Tidak salah mimpi yang dilihat dalam tidurnya semalam. Bukankah beliau melihat langit terbuka, kemudian setelah beliau masuk ke celahnya yang terbuka itu, tiba-tiba langit bertaut dan tertutup kembali. Mimpi itu ditakwilkannya bahawa pada pertempuran yang akan terjadi ruhnya akan naik ke Tuhan dan Penciptanya. Sungguh benar mimpi itu dan benar pula ta’birya. Pintu-pintu langit telah terbuka untuk menyambut ruh Abbad bin Bisyir dengan gembira, yakni seorang tokoh yang oleh diberi cahaya oleh Allah.

 

Wallahu’alam.

Kredit: Akh Khalid

<Ilaahi…Anta MaqSuudi, wa ridhoka maTluubi>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

بسم الله الرحمان الرحيم

Bayaran Bantuan Harian Kepada Umar

Umar juga hidup dengan berniaga. Apabila beliau dilantik menjadi khalifah selepas Saidina Abu Bakar, beliau pun mengumpul orang ramai dan berkata kepada mereka:

“Aku menyara hidupku dengan berniaga. Disebabkan kamu semua telah melantikku sebagai khalifah, aku tidak dapat lagi pergi berniaga. Jadi bagaimana dengan saraanku sekarang?”.

Berbagai saranan diberikan agar bayaran harian daripada Baitul Mal diberikan kepadanya. Ali r.a tidak berkata apa-apa. Lalu Umar pun meminta pandangannya:

“Wahai Ali! Apakah pendapat kamu?”

Beliau menjawab:

“Aku cadangkan agar sejumlah wang diambil mencukupi bagi keperluan keluargamu”.

Umar menerima cadangannya dan jumlah bayaran harian yang sederhana ditetapkan untuknya.

Kemudian beberapa orang termasuk Ali, Uthman, Zubair dan Talhah mencadangkan agar bayaran itu ditambah kearana bayaran sebelum itu jauh daripada mencukupi. Tetapi tiada seorang pun yang berani mengesyorkannya kepada Umar r.a.

Mereka pun berjumpa dengan Ummul Mukminin Hafsah, anak perempuannya dan memintanya mendapatkan persetujuan daripada Umar tanpa menyebutkan nama orang-orang yang mengesyorkannya. Apabila perkara ini dibawa oleh Hafsah, Umar menjadi begitu marah dan berkata:

“Siapakah yang mengesyorkan perkara ini?”

Hafsah menjawab:

“Berikan pendapatmu dahulu”.

Umar:

“Jika aku mengetahui mereka, nescaya aku akan ku tampar muka mereka. Hafsah! Ceritakanlah kepadaku pakaian Rasulullah yang terbaik yang ada di rumahmu?”

Hafsah:

“Sepasang kain kemerah-merahan yang dipakai oleh Rasulullah pada hari Jumaat atau tatkala menerima perutusan”.

Umar:

“Apakah jenis makanan yang terbaik yang pernah dimakan oleh Rasulullah di rumahmu?”

Hafsah:

“Kami makan roti barli biasa. Pada suatu hari daku telah menyapu sekeping roti daripada bekas minyak sapi dan baginda makan dengan penuh selera dan menyungguhkannya kepada orang lain”.

Umar:

“Apakah jenis hamparan tidur yang terbaik yang digunakan oleh Rasulullah di rumahmu?”

Hafsah:

“Sehelai kain tebal. Pada musim panas ia dilipat empat dan pada musim sejuk ia dilipat dua, sebahagian dijadikan selimut untuk menutupinya”.

Umar:

“Hafsah! Pergilah beritahu orang-orang ini bahawa Rasulullah telah menunjukkan satu tauladan peribadinya. Aku mesti ikut teladan itu. Perumpamaan bagi kami bertiga yakni aku, Rasulullah dan Abu Bakar adalah seumpama tiga orang yang bermusafir melalui sebatang jalan yang sama”.

Orang yang pertama (Rasulullah) yang memulakannya dengan perbekalan dan telah mencapai matlamatnya. Yang kedua (Abu Bakar) mengikuti jejaknya dan telah bertemu dengannya. Sekarang orang yang ketiga sedang dalam perjalanan. Jikalau dia menuruti jejak mereka nescayalah dia juga akan bertemu dengan mereka. Jika tidak menyimpanglah dia.

Terlewat kerana membasuh pakaian

Suatu ketika beliau terlewat untuk solat Jumaat lalu beliau memberitahu jemaah :

“Maafkan aku tuan-tuan semua. Aku terlewat disebabkan pakaianku sedang dibasuh dan aku tidak punya pakaian lain”.

Umar dan tepung roti

Suatu ketika beliau sedang menghadapi makanan, seorang sahabat

‘Utbah bin Abi Farqad meminta izin untuk berjumpa dengannya. Beliau mengizinkannya dan menjemputnya makan bersamanya. ‘Utbah pun mulalah makan tetapi roti terlalu kasar sehinggalah beliau tidak dapat menelannya. Beliau pun bertanya:

“Kenapa tuan tidak menggunakan tepung yang lebih baik untuk rotimu wahai Umar?”

Beliau berkata:

“Adakah setiap orang Islam mampu memperolehi tepung yang baik untuk membuat rotinya?”

Lalu ‘Utbah menjawab:

“Tidak. Tidak semua orang Islam mampu untuk berbuat sedemikian”.

Umar berkata lagi:

“Oh! Kamu ingin agar aku mengecapi segala kelazatan ketika aku masih di dunia”.

Begitulah antara kisah mengenai kezuhudan para sahabat nabi. Dengan menjadikan sahabat nabi sebagai contoh, sekurang-kurangnya kita merasa malu untuk berlumba-lumba di antara satu sama lain dalam mengejar kemewahan duniawi.

Wallahu’alam.

Kredit/Endnotes: Akh Kamal Zharif, Akh Mujahid, Halaqah-online, Sirah Sahabat Rasulullah s.a.w, mislimin, muslimat, translators, authors, distributors, readers, etc.

<Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

بسم الله الرحمان الرحيم

Kisah Umar dan Seorang Pemuda

Suatu ketika beliau sedang sibuk dengan satu pekerjaan yang penting. Pada ketika itu, datang seorang membawa pengaduan mengenai suatu hal kecil agar beliau dapat menyelesaikannya. Umar r.a lalu memukul bahu pemuda itu sambil berkata:

“Apabila aku duduk untuk menerima perkara tersebut, kamu tidak datang menemuiku tetapi apabila aku sibuk dengan lain-lain perkara yang penting kamu mencelahiku dengan perkara remeh temeh”.

Pemuda itu pun pergi dari situ. Tetapi Umar r.a memanggilnya kembali dan memberinya cemeti lalu berkata:

“Pukullah aku dengan cemeti ini supaya kesalahanku terbalas”.

Pemuda itu berkata;

“Aku maafkan kamu kerana Allah”.

Umar r.a pulang ke rumahnya lalu bersolat taubat dua rakaat serta mencela dirinya sendiri:

“Wahai Umar! Kamu dahulukan hina maka Allah mengangkat darjatmu, kamu sesat tetapi Allah telah memberikan kamu hidayah kepadamu, kamu dulu sangat mengaibkan tetapi Allah memuliakan kamu serta mengurniakan kamu kekuasaan terhadap orang lain. Sekarang apabila salah seorang datang kepadamu mengadu mengenai sesuatu kesalahan yang telah dilakukan terhadapnya untuk diselesaikan, kamu memukulnya? Apakah jawapan yang akan kamu berikan di hadapan Allah kelak?”.

Beliau menangis begitu lama seperti tangisan kanak-kanak kecil.

Kisah Umar dan Si Ibu Yang Memasak Batu

Suatu hari Umar membuat rondaan biasanya ke Harrah bersama hambanya Aslam. Nun jauh di sana kelihatan suatu cahaya api. Beliau berkata:

“Mungkin di sana ada sebuah khemah. Mungkinkah suatu khalifah yang tidak dapat memasuki Bandar kerana waktu telah gelap. Marilah kita melihat hal mereka dan menguruskan keselamatan yang perlu untuk mereka”.

Apabila tiba di sana didapati seorang wanita dan beberapa orang kanak-kanak sedang menangis. Sebuah periuk berisi air sedang terjerang. Umar menyapanya dengan salam dan dengan keizinan daripada wanita itu beliau datang menghampirinya. Lalu Umar bertanya:

“Mengapa kanak-kanak itu menangis?”.

Wanita itu tidak mengenali Umar dan dia menjawab pertanyaan Umar dengan sedih:

“Mereka lapar”.

“Apakah yang ada dalam periuk?”. Umar bertanya.

“Hanyalah air dijerang bagi mendiamkan kanak-kanak itu agar mereka pergi tidur dengan harapan makanan sedang disiapkan untuk mereka apabila meraka bangun nanti. Ah! Allah akan mengadili Umar pada hari kiamat kelak kerana membiarkan aku dalam kesusahan.”  kata wanita itu.

Umar menangis apabila mendengar kata-kata wanita itu.

“Semoga Allah merahmatimu. Bagaimanakah Umar dapat mengetahui kesusahanmu ini?’.

Wanita itu menjawab:

“Apabila dia menjadi amir kami, dia perlulah tahu mengenai kami”.

Umar pun kembali ke Bandar dan terus ke Baitul Mal. Beliau mengisi tepung, kurma, lemak dan pakaian serta wang dinar ke dalam karung. Apabila telah siap diisi beliau berkata kepada Aslam:

“Sekarang letakkanlah karung ini di belakangku wahai Aslam”.

Aslam enggan lalu menjawab:

“Wahai Amirul Mukminin, biarlah aku sahaja yang memikulnya”.

Umar enggan mendengar kata-kata Aslam malah beliau mendesaknya agar membenarkannya memikul barang itu di atas pundaknya sambil berkata:

“Apa! Mahukah kamu memikul beban dosaku pada hari akhirat? Aku mesti membawa karung ini  kerana aku akan disoal mengenai wanita ini pada hari akhirat kelak”.

Dengan perasaan yang berat Aslam meletakkan barang tersebut di atas belakang Umar lalu bergerak pantas ke khemah wanita tadi. Aslam mengikut beliau dari belakang. Beliau memasukkan sedikit tepung, kurma dan lemak ke dalam periuk dan mengacaunya. Beliau menghidupkan api untuk memasaknya.

Aslam berkata;

“Aku lihat asap melalui celah-celah janggut Umar yang tebal”.

Seketika kemudian masakan tersebut siap. Beliau sendiri yang melayani keluarga itu. Setelah kenyang beliau menyimpan bakinya untuk kegunaan mereka di kemudian hari. Kanak-kanak tersebut sangat gembira setelah memperolehi makanan dan mereka bermain dengan riangnya selepas itu. Wanita itu sangat gembira dan berkata:

“Semoga Allah memberi ganjaran kepadamu kerana kebaikanmu. Selayaknya kamulah yang mengambil tempat Umar sebagai khalifah”.

Beliau duduk seketika di suatu penjuru yang berdekatan sambil memerhatikan kanak-kanak tersebut. Kemudian kembali ke Madinah. Dalam perjalanan pulang beliau berkata kepada Aslam:

“Tahukah kamu Aslam, mengapa aku duduk di situ? Aku telah melihat kesusahan mereka, maka begitulah juga aku mahu melihat mereka riang dan ketawa untuk seketika”.

Menangis dalam Solat

Dikatakan bahawa tatkala Umar mengimami solat Fajar, beliau selalu membaca Surah Kahf, Thaha dan lain-lain surah sambil menangis begitu kuat sehingga kedengaran tangisannya sehingga ke beberapa saf di belakangnya. Suatu ketika beliau membaca Surah Yusuf dalam solat Fajar sampailah beliau ayat 86 yang bermaksud:

“Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui”.

Lantas beliau menangis bersungguh-sungguh sehingga tidak boleh meneruskannya lagi. Dalam solat Tahajjudnya kadang kala beliau akan jatuh dan mendatangkan keuzuran disebabkan terlampau banyak menangis.

Wallahu’alam.

Kredit/Endnotes: Akh Kamal Zharif, Akh Mujahid, Halaqah-online, Sirah Sahabat Rasulullah s.a.w, mislimin, muslimat, translators, authors, distributors, readers, etc.

<Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

سم الله الرحمان الرحيم

Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.

Peristiwa pengIslaman Saidina Umar Al-Khattab  bermula apabila pada suatu hari orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W. Umar menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut.

Dalam perjalanan, beliau bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah.

“Mahu ke mana engkau wahai Umar?”

“Aku mahu membunuh Muhammad!” jawab Umar.

“Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani

Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.

Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya.

Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata:

“Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik  perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.

Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a. Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.

Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran. Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya sambil berkata:

“Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah  kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.

Adik iparnya menjawab:

“Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.

Umar bertanya kepadanya:

“Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.

Adik iparnya menjawab:

“Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’’.

Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya. Adiknya meluahkan perasaannya:

“Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim.   Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.

Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya.

Adiknya berkata:

“Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.

Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur.

Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:

“Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.

(Surah Thaha : ayat 14)

Lantas Umar bersuara:

“Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.

Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata:

“Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah; “Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”.

Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.

Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali. Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram.

Abdullah bin Mas’ud berkata:

“PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.

Wallahu’alam.

Kredit/Endnotes: Akh Kamal Zharif, Halaqah-online, Sirah Sahabat Rasulullah s.a.w, mislimin, muslimat, translators, authors, distributors, readers, etc.

<Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya.>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء


بسم الله الرحمان الرحيم


It is well known that the Prophet Muhammad (may Peace and Blessings be upon him) was indeed the perfect man. He was a devoted seeker of Truth, a warner and exhorter, a person of good cheer and pleasantness, a brilliant leader, a courageous and yet reluctant warrior, a statesman par excellence and the teacher of teachers. He was a compassionate ruler and spiritual leader, but many do not know that the Holy Prophet Muhammad (may Peace and Blessings be upon him) had an extraordinary sense of humor!

Indeed, the Holy Prophet (may Peace and Blessings be upon him) would laugh and joke often. He enjoyed playing with children, especially his grandsons Hasan and Husayn (RA). The Prophet allowed his grandson to climb atop his back while he was in prostration as reported by al-Hafid Abu-Na’im (RA) on the Authority of Abu Bakr (RA) saying,

“The Messenger of Allah (s.a.w.) was leading us in prayer. Hasan, who was still a child, would come to him while he was in prostration, and sit on his back or sometimes on his neck. The Prophet (s.a.w.) would lift him tenderly. When the prayer was finished, they (the Muslims) asked him: ‘O Messenger of Allah! You are doing to this boy what you do not do to another person?’ ‘He is my basil,’ he replied.””

The Prophet’s playfulness was also coupled with a beautiful sense of humor. He smiled often and would make jokes with members of his community. For example,

“Once, an old woman came up to him and asked for paradise. He said, “Old women do not enter the paradise.” The woman started crying. As she started leaving the room, the Prophet, showing his subtle sense of humor, stopped her and said, “Old women will become young before entering the heaven.” (Tirmadhi)

Another recording of the Prophet’s life describes him laughing and joking with another man. The hadith says,

“A man broke his fast (intentionally) during Ramadan. The Messenger of Allah (saws) commanded him to emancipate a slave or fast for two months, or feed sixty poor men. He said, “I cannot provide.”

The Apostle said, “Sit down.” Thereafter, a huge basket of dates was brought to the Messenger of Allah. He said, “Take this and give it as charity.” He said, “O Messenger of Allah, there is no one poorer than I.” The Messenger of Allah thereupon laughed so that his canine teeth became visible and said, “Eat it yourself.”

The Prophet brought an uplifting spirit that penetrated the hearts of people. There is a story mentioned about the Prophet and a common merchant that tells us just a little about the spirit he carried,

“One of his companions was Zahir, who used to trade in metal objects. Once the Prophet was passing by the bazaar, he saw Zahir and playfully grabbed him from behind and said, “Will anyone buy this slave?” Zahir laughed and said, “O Messenger of Allah, whoever buys this slave will be in loss.” The Prophet smiled and said, “In Allah’s eyes, your value is high.”

On another occasion a man approached the Prophet (may Peace and Blessings be upon him) and asked him for a camel ride. The Prophet said, “I would give you a camel’s child”. The man said, “O Messenger of Allah. What will I do with a camel’s child?” The Prophet smiled and said, “Is there any camel who is not the progeny of a camel?”

In summary, the Holy Prophet, the perfect man (may Peace and Blessings be upon him) was an image of admiration. He was clear and resolute in matters of importance and obtained the highest character as the Qur’an tells us,

“Verily you are of a high and nobel character.” (68:004)

But he also was a dear friend and beloved companion. His sense of humor brought warmth and love to those who were around him. He never passed someone without a smile and his high achievement of good manners have become the example and traditions of Muslims the world over. This is the Prophet Muhammad (may Peace and Blessings be upon him) and his tradition of good humor. May we all work intensely toward achieving good manners and a healthy sense of humor, amin.

Wallahu’alam.

Endnotes/Sources: Saifuddin, and otrs.

<Aduhai teman, tidakkah kau sedar bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan? Maka, perlulah kita bersegera kembali kepada hakiki. Menuai bekalan bagi menempuh perjalanan ke negeri abadi itu… Sesungguhnya teman, persinggahan ini cumalah satu… sekali sahaja… hanya satu tiket, satu perhentian… bangunlah, usah kita terus terleka dalam mimpi yang sementara ini…>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

بسم الله الرحمان الرحيم

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.

Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.

Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”

8)
Wallahu’alam.

<Aduhai teman, tidakkah kau sedar bahawa dunia ini hanyalah suatu persinggahan? Maka, perlulah kita bersegera kembali kepada hakiki. Menuai bekalan bagi menempuh perjalanan ke negeri abadi itu… Sesungguhnya teman, persinggahan ini cumalah satu… sekali sahaja… hanya satu tiket, satu perhentian… bangunlah, usah kita terus terleka dalam mimpi yang sementara ini…>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء