Posts Tagged ‘tabarruj’

 

SN Keluaran 29 Oktober 2010

alt

ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) MENGHINA ISLAM!

 

[SN236] Jika selama ini kita hanya mendengar dan menyaksikan puak kuffar menghina Islam tetapi kali ini kita dikejutkan dengan peristiwa penghinaan ke atas Islam yang terjadi di Islamic Fashion Festival (IFF) yang dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Rosmah yang memberi ucaptama di dalam Festival Fesyen Islam yang berlangsung di Sporting Club, Monte Carlo pada 9 Ogos 2010 beberapa kali mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat ke majlis itu. Antara yang turut hadir di majlis tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia sendiri. Walaupun festival tersebut telah lebih dua bulan berlalu, namun gambar-gambar dan video mengenainya agak baru sahaja tersiar di internet yang menunjukkan betapa majlis tersebut telah menghina Islam. Agak pelik kenapa media arus perdana yang selama ini senantiasa melaporkan ucapan Najib mahupun Rosmah di majlis yang dihadiri mereka sebagai berita utama, namun kali ini majlis ini tidak mendapat liputan meluas seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

 

Dewan Pemuda PAS telah membantah keras tindakan Rosmah yang dianggap menghina Islam di mana beberapa demonstrasi di adakan di masjid-masjid utama di beberapa buah negeri pada Jumaat lepas. Fathul Bari yang juga anak kepada bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin yang menjadi wakil UMNO Perlis yang pertama kali berbahas dalam Perhimpuan Agung UMNO 2010 yang lalu cuba membela isteri ketuanya ini dengan menegaskan bahawa “pihak pembangkang sepatutnya menyiasat terlebih dahulu hal itu dan meneliti adakah Rosmah melakukan kesalahan itu secara sengaja atau tidak. Adakah Rosmah mengetahui perkara tersebut atau tidak. Adakah Rosmah terpaksa atau tidak,” katanya. “Mengapa tidak kita menarik tangannya, bersendirian dengannya bertanya kepadanya terlebih dahulu apa yang berlaku? Adakah dia mengetahui majlis seperti ini dilangsungkan atau tiba-tiba dia terkejut dikaitkan fesyen itu dengan Islam”, ujarnya [BH 23/10/10]. Terlalu terburu-buru nampaknya wakil Perlis ini ‘menghentam’ pembangkang dengan merujuk kepada IFF yang dihadiri Rosmah di Jakarta walhal apa yang dimuhasabah oleh pembangkang adalah merujuk kepada IFF yang dihadiri Rosmah di Monte Carlo. Fathul Bari yang diiktiraf oleh UMNO sebagai ulama muda nampaknya sudah menjadi pengampu yang baik walaupun baru muncul di pentas politik sekular tanahair dan nampaknya bakal menjadi alat UMNO yang berkesan dalam menangkis serangan pembangkang, sebagaimana tokoh agama lainnya yang telah menjual akhirat mereka demi sedikit habuan dunia yang diberi oleh UMNO.

 

Di dalam ucapan Rosmah yang boleh dilayari di laman web peribadinya [http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=223], isteri Perdana Menteri Malaysia itu telah menyatakan dengan bangga bahawa “This Malaysian-inspired festival has made the journey of a thousand miles here to Monaco. As Patron of the IFF, I am most honoured and privileged to be here in Monaco, an international capital of luxury fashion that has inspired the creations of many fashion designers around the world” (Festival yang diinspirasikan oleh Malaysia ini telah menempuh perjalanan beribu batu hinggalah sampai ke sini, Monaco. Sebagai penaung IFF, saya merasa amat terhormat dan istimewa untuk berada di Monaco, pusat fesyen antarabangsa yang terhebat yang telah memberikan inspirasi kepada lahirnya pencipta-pencipta fesyen seluruh dunia). Berdasarkan sedikit sedutan ucapan ini dan teks penuh ucapan Rosmah yang boleh dilayari di alamat di atas, sesungguhnya setiap orang yang ada keimanan dan ikhlas hatinya boleh menilai apa yang dilakukan oleh Rosmah (dan Najib) yang dalam keadaan sedar dan ‘sengaja’ hadir dalam majlis tersebut serta boleh ‘menilai’ pula ucapan dan sikap mengampu Fathul Bari sebagai seorang ulama baru yang cuba menonjol dan naik di dalam UMNO. Apa yang jelas, dari ucapan Rosmah sendiri menunjukkan bahawa dia telah terlibat di dalam penganjuran IFF, malah di dalam ucapannya, dia mengakui yang dia telah menjemput Putera Monaco, Prince Albert II ke majlis tersebut dan berterima kasih kepada putera tersebut kerana sudi hadir. Rosmah juga tanpa berselindung memberitahu dan mengucapkan terima kasih kepada sponsor majlis tersebut iaitu Tourism Board of Sarawak (Lembaga Pelancongan Sarawak).  Entah berapa banyak duit rakyat Sarawak yang telah disapu dan apakah faedahnya kepada rakyat Sarawak dengan penganjuran majlis di Monte Carlo itu tidaklah kita ketahui. Namun apa yang jelas dari festival fesyen tersebut adalah telah berlakunya penghinaan ke atas Islam dengan mereka menamakannya sebagai “Islamic fashion” walhal pakaian-pakaian yang diperagakan oleh model-model yang terlibat, bertentangan sama sekali dengan Islam. Banyak fesyen yang mendedahkan aurat secara langsung baik bahagian atas mahupun bahagian bawah tubuh para model wanita itu. Ada yang berpakaian tipis sehingga menampakkan warna kulitnya. Malah salah seorang model memakai baju yang berlogokan perkataan Arab “Muhammad” yang menutupi bahagian dada dan kemaluan, yang dieja dalam keadaan tonggang terbalik. Kesemua fesyen tersebut, selain tidak menutup aurat dengan sempurna, adalah bersifat “tabarruj” dan bertentangan dengan Islam. Sebagai Muslim, kita perlu faham bahawa bukan sahaja ‘fesyen’ yang diperagakan itu haram, malah ‘majlis’ itu sendiri adalah haram. Festival fesyen tersebut sebenarnya adalah sebuah festival maksiat tetapi telah dikatakan sebagai festival fesyen Islam. Sungguh, hal ini amat-amat memalukan dan menghina Islam! Baik penaung, penganjur mahupun mereka yang hadir dalam festival tersebut telah berada dalam satu majlis yang memaksiati Allah dan RasulNya.

 

Aurat Wanita Di Khalayak Ramai & Tabarruj

 

Sejak diutusnya Rasulullah SAW, kedudukan wanita telah dimuliakan oleh Islam yang selama ini terhina di bawah sistem Jahiliyyah. Islam memandang bahawa wanita adalah aurat yang perlu dijaga dan Islam telah merincikan hukum berhubung hal ini. Islam telah membezakan perbincangan aurat wanita di dalam dua keadaan:-

 

(i) di dalam hayatul khasas (kehidupan khas yakni di rumah)

(ii) di dalam hayatul am (kehidupan umum yakni di luar rumah atau di khalayak ramai).

 

Untuk tujuan penulisan ini, kami hanya akan menyentuh kedudukan aurat wanita di dalam hayatul am. Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT,

 

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak daripadanya” [TMQ an-Nur (24):31].

 

Ibn Abbas menafsirkan kalimat “yang biasa tampak daripadanya” sebagai wajah dan kedua telapak tangan. Menurut Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani di dalam kitabnya Nizam al-Ijtima’ei Fi al-Islam, yang dimaksud dengan “yang biasa tampak daripadanya” adalah ‘wajah dan kedua telapak tangan’, kerana kedua anggota tubuh wanita inilah yang biasa tampak dari para Muslimah di hadapan Nabi SAW dan baginda membiarkannya. Kedua anggota tubuh wanita ini pula yang biasa tampak dalam pelaksanaan ibadah-ibadah tertentu seperti haji dan solat.

 

Di samping itu, dalil lain yang menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya adalah sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya seorang anak perempuan jika telah haid (baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali wajah dan kedua tangannya hingga pergelangan tangan” [HR Abu Daud]. Dalil-dalil ini dengan jelas menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Juga dengan jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutupi auratnya, yakni ia wajib menutupi seluruh tubuhnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangannya.

 

Larangan atas kaum wanita untuk menampakkan perhiasannya adalah larangan untuk menampakkan auratnya. Adanya larangan untuk menampakkan aurat, secara dalalatul iltizam menunjukkan atas larangan (terhadap lelaki) melihat bahagian tubuh wanita yang dilarang untuk ditampakkan.

 

Seperkara lagi, Asy-Syari’ telah mewajibkan penutup aurat itu harus berupa sesuatu (pakaian) yang boleh menutupi warna kulit, ertinya kain penutup (pakaian) wanita itu wajib menutupi kulit sehingga tidak boleh diketahui (dibezakan) bahagian yang berwarna putih dari yang merah atau coklat. Jika tidak demikian, maka pakaian tersebut tidak dinilai sebagai menutup aurat.

 

Oleh kerana itu, jika kain penutup (pakaian) itu adalah tipis (transparan) yang tetap menampakkan warna kulit yang ada di baliknya, maka kain penutup seperti itu tidak boleh dijadikan penutup aurat. Sabda Nabi SAW, “Tidak boleh terlihat dari dirinya” merupakan dalil yang jelas bahawa Asy-Syari’ telah mensyaratkan di dalam sesuatu yang digunakan menutupi aurat agar tidak terlihat aurat yang ada di baliknya. Ertinya, harus menutupi kulit, tidak menampakkan apa yang ada di baliknya. Inilah hukum tentang menutup aurat. Hukum ini perlu dibezakan dengan hukum pakaian wanita dalam hayatul am dan juga hukum tabarruj (dibincangkan di bawah).

 

Menutup aurat sahaja tidak mencukupi apabila seseorang wanita itu berjalan di jalan umum, sebab As-Syari’ telah menetapkan pakaian tertentu bagi wanita apabila ia berada di dalam hayatul am dan ia juga tidak boleh ber-tabarruj.

 

Pakaian wanita dalam hayatul am terdiri dari dua jenis iaitu:-

(i) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan

(ii) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

 

Mengenai kewajipan pakaian bawah (libas asfal), Allah SWT berfirman, “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” [TMQ al-Ahzab (33):59].

 

Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah seperti milhafah (semacam jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

 

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) umpama jubah yang lurus dari atas hinggalah ke bawah. Maksud milhafah/mula’ah adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya.Jika ia tidak memiliki mula’ah atau milhafah, hendaklah ia meminjamnya dari saudaranya, jirannya atau kerabatnya. Jika ia tidak dapat meminjamnya atau tidak ada yang mahu memberinya pinjam, maka ia tidak boleh keluar rumah tanpa mengenakan pakaian tersebut.

 

Diriwayatkan dari Ummu ‘Athiyah yang berkata, “Rasulullah SAW memerintahkan agar kami mengeluarkan para wanita yakni hamba-hamba sahaya perempuan, wanita-wanita yang sedang haid, dan para gadis pingitan, pada hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha. Wanita-wanita yang sedang haid, mereka memisahkan diri tidak ikut menunaikan solat, tetapi tetap ikut menyaksikan kebaikan dan (mendengarkan) seruan kepada kaum Muslimin. Aku lantas berkata, ‘Ya Rasulullah, salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab’. Rasulullah lalu menjawab, ‘Hendaklah saudaranya memakaikan (meminjamkan) jilbabnya kepada wanita itu” [HR Muslim].

 

Dalil-dalil di atas menunjukkan dengan jelas tentang pakaian wanita di kehidupan umum. Allah SWT di dalam kedua ayat di atas, telah mendeskripsikan pakaian tersebut yang telah diwajibkan kepada wanita untuk dikenakan dalam kehidupan umum, dengan deskripsi rinci, lengkap dan menyeluruh.

 

Untuk pakaian atas (libas ‘ala), wanita disyariatkan/diwajibkan memakai khimar iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Allah SWT berfirman, 

“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya” [TMQ an-Nur (24):31].

 

Maksudnya, hendaklah para wanita mengulurkan kain penutup kepalanya ke leher dan dadanya, untuk menyembunyikan apa yang tampak dari belahan baju dan belahan pakaian, berupa leher dan dada. Dan hendaknya tudung itu telah siap atau tersedia untuk dikenakan apabila wanita keluar ke pasar-pasar atau berjalan di jalanan atau berada di khalayak ramai.

 

Maka jika seorang wanita telah mengenakan libas asfal dan libas ‘ala ini, barulah boleh ia keluar dari rumahnya menuju kehidupan umum. Jika ia tidak mengenakan kedua jenis pakaian ini, maka haram baginya berada dalam hayatul am.

 

Mengenai tabarruj, Islam mengharamkan kaum wanita untuk ber-tabarruj. Allah SWT berfirman, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid) yang tiada ingin kahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan” [TMQ an-Nur (24):60]. Ayat ini melarang wanita yang sudah tua untuk ber-tabarruj iaitu tatkala ayat ini meletakkan syarat terhadap wanita tua itu dalam menanggalkan atau melepaskan pakaian yang boleh untuk ditanggalkan, hendaklah ia tidak ber-tabarruj.

 

Mafhumnya, ayat ini merupakan larangan tabarruj. Mafhum muwafaqah dari ayat ini adalah, jika kaum wanita yang sudah tua dilarang melakukan tabarruj, maka apatah lagi wanita selain mereka (wanita yang lebih muda). Firman Allah yang lain, 

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah”[TMQ Al-Ahzab (33):33].

 

Allah SWT juga berfirman, 
“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan”
[TMQ an-Nur (24):31].

 

Apa jua perbuatan lain yang menyerupai apa yang disebutkan di dalam ayat ini dinilai sebagai tabarruj. Tabarruj maknanya adalah, ‘menampakkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki asing (bukan mahram)’. Dikatakan di dalam bahasa Arab, tabarrajat al-mar’ah (seorang wanita bertabarruj) ertinya az-harat zinataha wa mahasinaha li al-ajanib (wanita itu telah menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki ajnabi -bukan mahramnya-).

 

Terdapat sejumlah hadis tentang larangan atas setiap perbuatan yang dinilai sebagai tabarruj. Abu Musa al-Asy‘ari menuturkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, “Wanita mana sahaja yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium aromanya, maka ia (seperti) wanita yang berzina (pelacur)” [HR Ibn Hibban & al-Hakim].

 

Maksudnya, seperti wanita yang berzina dalam hal dosanya. Rasulullah SAW juga bersabda, 
“Ada dua golongan di antara penghuni neraka yang belum pernah aku lihat keduanya, suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang dan perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain (kepadanya), (hiasan) kepala mereka seperti ponok unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium aroma syurga. Walhal sesungguhnya aroma syurga itu boleh tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian”
[HR Muslim].

 

Kesemua dalil di atas secara jelas menunjukkan larangan (keharaman) tabarruj. Oleh itu, apa jua perhiasan atau make-up yang dapat menarik pandangan lelaki dan dapat menampakkan kecantikan wanita, maka ia termasuk tindakan tabarruj jika seorang wanita muncul di dalam kehidupan umum dengan perhiasan seperti itu dan ia telah berdosa.

 

Khatimah

 

Sesungguhnya Islam telah memuliakan wanita dan meletakkan beberapa hukum khusus untuk kaum hawa ini agar ia tidak menjadi bahan atau objek yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya. Tidak sebagaimana sistem Kapitalis hari ini yang telah menjadikan wanita sebagai bahan komoditi, alat dan objek seks semata-mata, Islam telah memberikan satu kehidupan yang unik dan tenteram untuk kaum wanita. Islam telah melarang wanita untuk melakukan segala bentuk perbuatan yang mengandungi bahaya terhadap akhlak atau yang dapat merosakkan masyarakat. Kerana itu, seorang wanita dilarang untuk bekerja dengan pekerjaan yang dimaksudkan untuk memanfaatkan ‘aspek kewanitaan’ mereka.

 

Diriwayatkan dari Rafi’ ibn Rifa’ah, ia menuturkan bahawa, “Nabi SAW telah melarang kami (mendapat hasil) dari pekerjaan seorang pelayan wanita kecuali yang dikerjakan dengan kedua tangannya. Beliau bersabda (sambil menunjukkan), ‘begini’ dengan jari-jemarinya seperti membuat roti, memintal, atau menenun” [HR Ahmad].

 

Maksudnya, seorang wanita dilarang untuk bekerja sebagai pelayan di tempat-tempat penjualan untuk menarik pelanggan. Juga, wanita di larang bekerja di pejabat-pejabat atau di kaunter-kaunter apa sekalipun dengan maksud untuk memanfaatkan unsur kewanitaannya dalam rangka mencapai tujuan-tujuan tertentu. Wanita dilarang sama sekali (haram) bekerja sebagai pelayan bagi lelaki, sebagai model, pramugari dan pekerjaan-pekerjaan lainnya yang bertujuan ‘memanfatkan’ unsur kewanitaannya. Di sinilah Islam telah meletakkan satu kemuliaan kepada kaum hawa sebagai seorang yang bergelar wanita, isteri dan ibu di mana Islam telah menetapkan bahawa wanita adalah aurat yang perlu dijaga, bukan dieksploitasi.

 

Namun sayangnya di sebalik semua kemuliaan yang diberikan oleh Islam, terdapat segelintir wanita yang sengaja memilih jalan untuk menjerumuskan diri mereka ke jurang neraka.

 

Na’uzubillah min zalik.


 

Advertisements

Businesswoman launches first British halal make-up

Reuters –  Thursday, August 19

BIRMINGHAM, England, Aug 19 – As a Muslim, Samina Akhter was disturbed to find some of her make-up contained pig by-products so she came up with a solution — a range of halal make-up, free from alcohol and animal products.

Under Islamic law, alcohol and certain meats are forbidden with pork especially taboo so Akhter was shocked to learn some of the products she used contained alcohol and even pig placenta.

So she devised her own make-up line, Samina Pure Make-up, launched from her home in Birmingham in June this year after two years of testing which now boasts to be Britain’s first company to sell halal-certified cosmetics.

“This has been on my conscience,” Akhter, 41, a mother of five, told Reuters Television.

“I realised many do contain ingredients that are not permissible to Muslims to eat and I just started thinking, well if it’s not permissible to eat, then why should I put it on my face?”

The range, which is mainly sold online, includes items like foundation, blusher, eyeshadows and lipsticks, priced from about 8 pounds and is initially targeted at the almost one million Muslim woman living in Britain.

Mascara is still unavailable as the process of making a halal version is still being studied.

Akhter said in keeping with Islamic law, her make-up is made by manufacturers in Australia and Europe from plant extracts, minerals, essential oils and vitamins.

The cosmetics are certified by the independent Halal Certification Authority Australia.

Akhter said she now has more than 500 customers and interest in the cosmetics has come from Malaysia,Indonesia, Singapore and the Middle East.

She said the halal range, free of chemicals and animal products, had also proved popular with vegans and vegetarians.

Some Muslim leaders have criticised Akhter for exploiting a religious concept.

But she argues there is demand for halal make-up with about 1.6 billion Muslim worldwide but only a small number of companies offering cosmetics or other bath products that conform to halal standards.

“The reaction I’ve had from women so far has been so positive and encouraging,” said Akhter who is looking to expand beyond Britain and to get her products into pharmacies and stores.

“I really feel that this product has … actually filled a gap in the market. So it’s not a case of trying to cash in. It’s a case of providing people with something they’re looking for.”

(Reporting by Reuters Television, Editing by Belinda Goldsmith)

Ukuran halal dan haram…

Apabila kita hanya memandang konsep halal haram hanya dari segi ingredients maka ini lah yang akan berlaku. Hanya sibuk berusaha menghalalkan sesuatu yang dari sudut lainnya adalah jelas diharamkan.

Mungkin saja ada dikalangan kita menganggap ini suatu usaha yang baik kerana sekurang-kurangnya `kita berjaya’ untuk mengesan elemen-elemen yang haram dalam apa-apa yang digunakan seharia-harian. Ya,jelasnya kita bersetuju. Di satu bahagian ianya tampak begitu positif sekali. Namun, di satu bahagian yang lain ianya jelas mempermain-mainkan hukum Allah itu sendiri. Hal ini kerana, apabila berlaku pencampuran antara yang haq dan yang batil, ianya tetap batil.

Demikian juga halnya dalam isu kosmetik untuk berhias-hias sebagaimana dikalangan wanita kini gemar lakukan. Tanpa menyedari, mereka sibuk mencari produk kosmetik@make-up yang halal untuk membolehkan mereka merias wajah dan diri. Sikap ini kelihatan seolah-olahnya usaha yang sungguh murni dan terpuji dalam menjaga dan mengambil kira hukum syarak dalam kehidupan seharian. Namun, cukupkah hanya dengan usaha yang sedemikian? Bagaimana dengan kefahaman dari segi hukum syaraknya? Bagaimana dengan pelaksanaannya secara kaffah???

Hakikatnya, ternyata para wanita (Muslimah) tetap menipu diri sendiri dalam usaha untuk tampil `halal’.  Bahkan sentiasa tertipu dan terperangkap dalam permainan Kapitalis yang inginkan wanita Muslim untuk makin menjauhi agamanya!

Hal yang demikian kerana tabarruj sendiri sudah jelas diharamkan. dan make-up itu merupakan tingkah laku berhias berlebih-lebihan  yang sudah sejelas-jelasnyanya termasuk dalam tabarruj.

Sebagaimana diriwayatkan oleh ALi r.a., Rasulullah s.a.w menjawab persoalan Fatimah berkenaan dengan keadaan wanita penghuni neraka:

“Fatimah, adapun perempaun yang tergantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup rambutnya daripada lelaki yang bukan mahramnya. Perempuan yang lidahnya tergantung itu ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki hamun dan menyakiti hati suaminya. Perempuan yang kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya dengan tidak mendapat keizinan daripada suaminya dan tidak mahu mandi suci daripada haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri itu ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat-ngumpat orang. Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, ia memperkenalkan dirinya kepda orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya itu dilihat oleh lelaki lain. Perempuan yang diikat kedua-dua kakinya, tangannya diikat ke arah umbun-umbun dan disuakan dengan ular dan kala, ianya boleh bersembahyang dan berpuasa, tetapi tidak mahu mengambil air sembahyang dan tidak mahu mandi janabah (junub). Perempuan yang kepalanya itu seperti khinzir dan badannya berupa badan keldai ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang seperti anjing itu adalah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya”.

Aduhai Muslimah,

Rasulullah s.a.w merasa sangat sedih kerana banyaknya golongan wanita Islam yang menghuni neraka dek kerana kezalimannya terhadap diri sendiri…. menjauhkan diri dari ketetapan Tuhannya dan agamanya. Bagaimana pula dengan diri kita sendiri?

Muslimah yg dikasihi Allah,

Rias lah diri hanya untuk yg berhak. Namun, jauhilah tabarruj yg dilarang oleh Tuhan mu!

Ayuh Muslimah, keluarlah dari kepompong kapitalis yang menjadikan manusia itu sebagai masyarakat jahiliyyah! Takutlah kepada azab Allah. Kembalilah kepada Nya. Sesungguhnya Allah itu amat Pengasih dan Maha Besar PengampunanNya bagi hamba-hambaNya yang bertakwa.

***Terdapat banyak dalil berkenaan tabarruj dan tatacara penampilan (berpakaian)dalam Islam. Bolehlah merujuk syarahannya dalam kitab-kitab yang sedia ada, atau merujuk mana-mana artikel berkenaan aurat, tabarruj, dan pakaian. Wallahu a’lam. Mudah-mudahan kita bisa meraih petunjuk Allah s.w.t demi kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Firman Allah Swt:
Hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasan mereka, kecuali yang biasa tampak pada dirinya” (Surah An-Nur ayat 31)

Yang dimaksudkan dengan ‘yang biasa tampak pada dirinya’ adalah wajah dan kedua telapak tangan. Kedua-dua anggota tubuh wanita inilah yang biasa tampak pada kaum muslimah di hadapan Nabi saw dan baginda membiarkannya. Kedua-dua anggota tubuh wanita ini pula yang biasa tampak dalam ibadah-ibadah tertentu seperti haji dan solat. Kedua-dua anggota tubuh wanita ini biasa terlihat pada masa Rasulullah saw, yaitu pada masa ayat al-Quran masih turun. Disamping itu, terdapat hujah lain yang menunjukkan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangan.

Rasulullah saw bersabda:
Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat dari dirinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Imam Baihaqi juga meriwayatkan hadith yang berasal dari pertuturan Asma’ binti Umays. Ia bertutur demikian:


Rasulullah saw pernah masuk ke kamarAisyah binti Abu Bakar, sementara ia bersama dengan saudaranya Asma’ binti Abu Bakar, yang saat itu sedang mengenakan pakaian tipis yang bahagian lengannya longgar. Ketika Rasulullah saw melihatnya, beliau segera bangkit dan kemudian keluar kamar. Aisyah lantas berkata sambil mengikuti Rasulullah saw. Rasulullah tampak seperti melihat sesuatu yang tidak disukainya sehingga Aisyah pun menghampirinya. Akan tetapi kemudian, Rasulullah saw masuk kembali. Baginda lantas ditanya oleh Aisyah, mengapa baginda sampai bangkit dan keluar? Baginda kemudian bersabda ‘Tidakkah engkau melihat keadaannya? Ia seperti bukan wanita muslimah yang seharusnya hanya menampakkan ini dan ini.’ Baginda berkata demikian seraya mengambil kain dan menutupkannya pada kedua tangannya sehingga yang tampak hanya jari-jemarinya. Baginda melilitkan kain tersebut dengan kedua tangannya ke arah kepalanya hingga yang tampak hanya bahagian wajahnya.

Aisyah r.a telah menuturkan riwayat bahawa Asma binti Abu Bakar pernah masuk ke ruangan wanita dengan berpakaian tipis (transparan) sehingga Rasulullah saw berpaling seraya bersabda:

Asma, sesungguhnya perempuan itu, jika telah baligh, tidak pantas untuk ditampakkan dari tubuhnya kecuali ini dan ini(sambil menunjukkan wajah dan telapak tangan).

Riwayat Abu Bakar yang bersumber dari Ibnu Jurayi. Ia menuturkan bahawa Aisyah pernah berkata demikian:

Keponakan (anak saudara) perempuanku pernah masuk ke ruanganku seraya bersolek. Rasulullah saw kemudian masuk ke ruanganku sambil berpaling. Aku lantas berkata: ‘Wahai Rasulullah ia adalah anak saudara perempuanku, dan ia masih kecil.’ Akan tetapi, Rasulullah saw bersabda: ‘Jika seseorang wanita telah mengalami haid, ia tidak boleh menampakkan tubuhnya, kecuali wajah dan ini.’ Baginda berkata demikian sambil menggenggam tangannya dan membiarkan jari-jemarinya saling menggenggam antara satu sama lain.

Inilah dalil-dalil yang menunjukkan dengan jelas bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan kedua telapak tangannya. Pakaian apapun yang berfungsi sebagai penutup seluruh auratnya, kecuali wajah dan kedua telapak tangan, dianggap sudah mencukupi bagaimanapun bentuknya.

Syariat juga menetapkan agar pakaian tersebut menutupi kulit sekaligus warnanya, dimana sekiranya kain penutup itu tipis sehingga tetap menampakkan warna kulitnya, maka ianya masih belum dianggap menutup aurat.

Walaupun demikian, kita tidak boleh mencampur adukkan pembahasan tentang penutup aurat dengan pembahasan tentang pakaian wanita dalam kehidupan umum dan tentang topik tabarruj (mempamerkan kecantikan). Meskipun seseorang wanita telah mengenakan seluar panjang yang sudah dapat menutupi aurat dan tidak tipis, tidak beerti bahawa ia boleh memakainya dihadapan lelaki bukan mahram sementar menunjukkan kecantikan dan memperlihatkan perhiasannya. Jika melakukannya, walaupun ia telah menutupi auratnya, ia masih bertabarruj iaitu mempamerkan kecantikan yang tampak pada tubuhnya.

Tabarruj dilarang oleh syariat atas wanita. Walaupan ia telah menutupi auratnya belum tentu dianggap tidak bertabarruj. Atas dasar ini, kita tidak boleh mencampurkan pembahasan tentang topik menutup aurat dengan topik tabarruj, kerana keduanya berlainan. Topik tabarruj akan dibincangkan dalam tajuk berikutnya nanti.

Berbalik kepada pakaian wanita dalam kehidupan umum, seperti di jalanan umum, ketika urusan jual beli dan sebagainya, Allah Swt telah mewajibkan kepada wanita untuk mengenakan pakaian luar (yaitu pakaian yang dikenakan di luar pakaian sehari-hari) jika keluar(rumah) dan berada dalam kehidupan umum.

Mereka wajib mengenakan pakaian terusan iaitu jilbab (baca: jilbab, yaitu pakaian yang terus bersambung – tidak terpotong-potong – dari bahagian atas sampai kebahagian bawah tubuhnya – serupa jubah dan pakaian yang sepertinya).

Firman-firman Allah Swt:
Hendaklah mereka menutupkan kain tudung (khimar) ke dadanya dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya.” (Surah An-Nur ayat 31)

Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab mereka.” (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Ummu ‘Athiyah pernah bertutur demikian: Rasullullah saw memerintahkan kami – baik ia budak wanita, wanita haid, ataupun wanita perawan – agar keluar(menuju lapangan) pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi para wanita yang sedang haid diperintahkan untuk menjauhi dari tempat solat, namun tetap menyaksikan kebaikan dan seruan atas kaum muslim. Aku lantas berkata, “Ya Rasulullah, salah seorang diantara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah saudaranya meminjamkan jilbabnya kepadanya.

Di dalam hadith yang diriwayatkan dari Ibnu Umar. Ia menuturkan demikian:
Rasulullah saw pernah bersabda, “Siapa saja yang mengangkat pakaiannya kerana sombong, di Hari Kiamat nanti Allah Swt pasti tidak akan memperdulikannya.” Ummu Salamah lalu bertanya, “Jika demikian, lantas bagaimana dengan yang dilakukan para wanita atas bahagian bawah pakaian mereka?” Nabi menjawab, “Hendaklah mereka mengulurkannya sejengkal.” Ummu Salamah kembali bertanya, “Kalau begitu, kedua kaki mereka masih tampak?” Nabi saw kembali menjawab, “Jika demikian, hendaklah mereka mengulurkannya lagi sehasta, dan tidak menambahnya.”

Dalil-dalil di atas menjelaskan adanya suatu petunjuk mengenai pakaian wanita dalam kehidupan umum. Allah Swt telah menyebutkan sifat pakaian ini dalam dua ayat di atas tadi dengan perincian yang lengkap dan menyeluruh.

Mengenai pakaian wanita bahagian atas, Allah Swt berfirman:
Hendaklah mereka menutup kain kudung (tudung) ke dada mereka
(Surah An-Nur ayat 31)

Maksudnya, hendaklah para wanita menghamparkan kain penutup kepalanya di atas leher dan dadanya agar lipatan pakaian dalam dan pakaian luar pada leher dan dadanya tersembunyi.

Sementara itu, mengenai pakaian wanita bahagian bawah, Allah Swt berfirman:
Hendaklah mereka mengulurkan jilbab atas diri mereka” (Surah Al-Ahzab ayat 59)


Maksudnya, hendaklah para wanita mengulurkan pakaian yang dikenakan pada bahagian luar (jilbab) pakaian sehariannya (contoh pakaian harian iaitu baju kurung, T-shirt, seluar panjang dan sebagainya yang digunakan sebagai pakaian harian) jika mereka hendak keluar rumah.Tentang cara mengenakan pakaian luar (jilbab) tersebut, Allah Swt berfirman:
Janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa tampak pada dirinya.” (Surah An-Nur ayat 31)

Maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat perhiasan dan anggota tubuh mereka seperti kedua-dua telinga, kedua-dua lengan, kedua-dua betis kaki, ataupun selain itu kecuali apa yang biasa tampak pada diri mereka di dalam kehidupan umum. Ketika ayat ini turun yang biasa tampak pada diri wanita adalah wajah dan kedua tapak tangan.

Dengan gambaran yang terperinci di atas maka jelaslah bagaimana pakaian wanita dalam kehidupan umum dan apa sahaja kewajiban mereka berkaitan dengan pakaian tersebut.

Hadith yang dituturkan oleh Ummu ‘Athiyah yang menerangkan secara tegas tentang kewajiban wanita untuk mengenakan pakaian luar(jilbab) di atas pakaian seharian sekiranya hendak keluar rumah. Ketika itu, Ummu ‘Athiyah berkata kepada Rasul saw “Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab.” Rasulullah saw kemudian memerintahkan agar saudaranya meminjamkan jilbabnya yang dapat dikenakan di atas pakaian sehariannya. Jika saudaranya tidak meminjamkannya, samaada ia tidak mampu meminjam atau tidak diberi pinjam, maka dia tidak boleh keluar rumah kerana tidak mempunyai pakaian seperti yang telah disyariaatkan. Ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa perintah mengenakan jilbab bagi kaum wanita yang ingin keluar rumah adalah wajib. Dengan kata lain, wanita wajib mengenakan jilbab di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Sebaliknya jika ia tidak mengenakan jilbab, ia tidak boleh keluar rumah.

Hadith yang kedua pula menjelaskan bahawa Jilbab mestilah diulurkan ke bawah sampai menutupi kedua kakinya. Dalam hal ini yang penting menutup kedua kaki dengan mengulurkan jilbab sampai ke bawah bukan hanya menutup warna kakinya dengan stokin atau kasut semata-mata. Meskipun telah menutup aurat tetapi tidak dianggap sempurna jika tidak mengulurkan jilbab sampai ke bawah.

Dengan yang demikian jelaslah bahawa wanita wajib mengenakan jilbab atau pakaian luas di atas pakaian sehariannya jika hendak keluar rumah. Jika ia tidak memilikinya sedangkan ia ingin keluar, hendaklah ia meminjamnya daripada saudaranya atau wanita muslimah siapa saja yang bersedia meminjamkannya. Jika tidak ada yang meminjamkannya, ia tidak boleh keluar rumah sehinggalah dia mendapat pakaian tersebut. Jika ia keluar rumah tanpa mengenakan jilbab yang terdampar hingga ke bawah, beerti ia tetap dipandang berdosa, walaupun pakaian sehariannya telah menutupi seluruh auratnya. Sebab seorang wanita wajib mengenakan jilbab yang terdampar ke bawah hingga menutupi kedua kakinya. Menyalahi ketentuan ini dipandang berdosa di sisi Allah Swt.

Dalam konteks dimana seorang wanita dilihat oleh mahramnya, ia boleh menampakkan bahagian-bahagian tubuhnya yang menjadi tempat melekat perhiasannya, lebih sekadar wajah dan kedua telapak tangan, tanpa dibatasi bahagian-bahagian tubuh tertentu. Kebolehan ini secara mutlak ditetapkan oleh nash,

Allah Swt berfirman:
Katakanlah kepada wanita beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa tampak pada dirinya. Dan hendaklah mereka pun menutup kain kudung (tudung) ke dadanya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki kandung mereka, atau anak-anak lelaki tiri mereka, atau saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan lelakiyang tidaklagimemiliki hasrat seksual, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
(Surah An-Nur ayat 31)

Orang-orang yang disebut dalam ayat di atas boleh melihat bahagian-bahagian tubuh wanita mulai dari rambut, leher, pergelangan tangan, pergelangan kaki, dan bahagian-bahagian tubuh lain yang biasa menjadi tempat melekatkan perhiasan mereka (rantai, gelang dan sebagainya). Sebab dalam ayat di atas, Allah Swt menggunakan kata “wa la yubdina”, yaitu tempat melekatkan perhiasan mereka. Ertinya, wanita tidak boleh menampakkannya kecuali terhadap orang-orang yang telah disebutkan dalam ayat tersebut. Mereka inilah yang boleh melihat apa yag tampak pada wanita ketika mereka memakai pakaian sehari-hari.


Tabarruj

Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk dilihat oleh orang lain. Ia juga beerti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang harus disembunyikan. Namun begitu ia memberi maksud yang khusus, iaitu menampakkan perhiasan dan kecantikannya kepada lelaki lain yang bukan mahramnya. Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka syariat menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah Swt:
Dan janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu.”
(Surah al-Ahzab ayat 33)

Rasulullah saw sewaktu menerima baiah daripada seorang wanita Islam bernama Umaiah binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai suatu perkara yang mesti dipatuhi.

Rasulullah saw juga bersabda:
Aku telah melihat di dalam neraka, aku melihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya mereka sedikit yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suaminya dan kuat bersolek.

Ayat al-Quran berikut lebih menguatkan hadits di atas:
Perempuan-perempuan tua yang telah berhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada keinginan untuk menikah lagi, tiadalah atas mereka (pakaian luar) dengan tidak menampakkan perhiasan (menunjukkan kecantikan).”
[an-Nur:60]

Ayat tersebut menjelaskan bahawa wanita-wanita yang sudah mengalami menopouse boleh untuk menanggalkan jilbab (pakaian luar)-nya. Akan tetapi, mereka tetap wajib menutup auratnya dan tidak menampakkan perhiasan (kecantikan) yang ada pada diri mereka. Jikalau wanita tua yang telah menopouse pun dilarang untuk menunjukkan kecantikan (yang nampak pada tubuh badannya atau bersolek untuk mempamerkan kecantikan) yang ada pada dirinya, apatah lagi wanita yang masih subur tentu saja tidak boleh bertabarruj (menunjukkan kecantikan).

Kecantikan tubuh kenalah ditutup dengan hijab seperti yang disyariatkan iaitu menggunakan jilbab (serupa jubah) dan kain kudung (tudung) ketika keluar rumah menuju kehidupan umum atau ketika berdepan dengan bukan mahramnya. Syara’ juga melarang amalan bersolek dengan tujuan mempamerkan kecantikan dihadapan lelaki bukan mahram.

Daripada dalil-dalil di atas jelaslah bahawa bersolek untuk tujuan mempamerkan kecantikan dan menampakkan bahagian tubuh tanpa hijab (jilbab dan tudung) di hadapan bukan mahram adalah dilarang. Bagi seorang isteri hanya boleh bersolek untuk suaminya dan tidak boleh mempamerkan kecantikannya kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Hadith-hadith Berkaitan Dengan Aurat

Rasulullah saw bersabda:
Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.” (Hadith Riwayat Aththahawi)

Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw, Wahai Rasulullah saw, manakah bahagian aurat kami yang harus kami tutupi dan mana boleh kami biarkan?” Rasulullah saw lalu bersabda kepadaku, “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba sahayamu.” (Hadith Riwayat Bahz Ibn Hakim)

Jika ada diantara kalian yang menikahkan pembantu, baik seorang budak ataupun pegawainya, hendaklah ia tidak melihat bahagian tubuh antara pusat dan di atas lututnya, kerana bahagian tersebut termasuk aurat.” (Hadith Riwayat Amr Ibn Syuaib)

Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Ibn Abbas pernah berkata kepada saya, Mahukah anda saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab, “Ya.” Ia kemudian menceritakan bahawa wanita tersebut berkulit hitam. Wanita itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, “Aku ini menderita sakit ayan sehingga auratku sering tersingkap. Kerana itu, aku mohon anda berdoa berdoa kepada Allah Swt untukku.” Rasulullah saw menjawab, “Sesungguhnya jika engkau menghendaki dan berlaku sabar, balasannya adalah syurga. Akan tetapi, jika engkau menghendaki, aku boleh mendoakanmu supaya engkau sembuh.” Wanita itu berkata, “Kalau begitu, aku mahu bersabar. Akan tetapi, auratku sering tersingkap. Kerana itu, doakanlah agar auratku tidak teringkap.” Setelah itu, Nabi saw mendoakannya. (Hadith Riwayat Atha Ibn Abi Rabbah)


Mudah-mudahan Allah SWT memudahkan kita untuk melaksanakan setiap kewajiban yang telah Allah tetapkan serta mengukuhkan iman kita dengan menjadikan kita sentiasa tunduk dan terikat dengan hukum-hukum-Nya.

Wallahu’alam.

Pedoman Sistem Pendidikan Sekular: Fesyen Untuk Meraih Manfaat, Bukan Untuk Menut up Aurat!!

PARA pemenang bergambar bersama Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid (kemeja batik)

PARA pemenang bergambar bersama Naib Canselor UiTM Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid (kemeja batik)

Elemen Rekaan Eksklusif

PADA setiap tahun, para pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang telah menamatkan pengajian akan mempamerkan hasil rekaan masing-masing dalam satu pertunjukan fesyen khusus untuk mereka.

Mereka akan diberikan tema tertentu sebagai panduan dalam hasil rekaan pada setiap kali pertunjukan fesyen diadakan.

Tahun ini tema Elemen telah dipilih sempena Pertunjukan Fesyen Ijazah 2010 pelajar-pelajar Fakulti Seni Reka Fesyen UiTM yang diadakan baru-baru ini di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Elemen merupakan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi rekaan kreatif pelajar-pelajar semester akhir bagi memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen).

Bakat dan keupayaan pelajar yang memperoleh inspirasi daripada pelbagai sumber dan memilih elemen yang bersesuaian bagi projek rekaan mereka dapat dilihat daripada rekaan yang dipertontonkan.

Pertunjukan fesyen ini menggabungkan bakat, teori, rekaan, teknikal serta kebolehan pelajar-pelajar tahun akhir yang mengambil inspirasi daripada pelbagai sumber bagi menghasilkan koleksi mereka.

Setiap rekaan yang dilihat merupakan hasil titik peluh pelajar dan mempamerkan kepakaran pelajar bermain dengan elemen garisan, tekstur, perincian dan bagaimana mereka menggunakan teknik draping, pleating, ilusi dan drama yang mengangkat martabat fesyen sebagai satu hasil seni tulen.

Hasil rekaan memfokus pada satu kategori tertentu seperti koktel, kostum, kasual dan art-to-wear supaya pelajar dapat memberikan tumpuan pada setiap rekaan mereka.

Walaupun para pelajar diberi kebebasan bagi melahirkan hasil rekaan namun mereka tetap dipantau dan diberikan bimbingan daripada segi teknikal oleh pensyarah.

Paling penting hasil rekaan pelajar kelak mendapat pasaran daripada dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa. Pun demikian, aspek estetik masih diutamakan supaya para pelajar tidak tersasar daripada rekaan yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat Malaysia.

Usaha yang dilakukan oleh universiti yang pernah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 2008 ini merupakan satu cara ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan.

Seramai 44 orang pelajar sesi Disember 2009 hingga Mei 2010 telah mengambil bahagian dan setiap seorang pelajar mempersembahkan sebanyak lima helai rekaan baju yang berbeza. Ini bermakna sebanyak 220 helai rekaan dapat disaksikan pada malam persembahan yang turut disaksikan oleh Naib Canselor UITM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid, para pensyarah, ibu bapa dan bekas pelajar.

Sumber: Utusan Malaysia Online 02/06/2010


Pedoman Sistem Pendidikan Sekular: Fesyen Untuk Meraih Manfaat, Bukan Untuk Menutup Aurat!!

Luahan hati para aktivitis yang berada di atas Mavi Marmarra dalam misi bantuan ke Gaza yang menyaksikan kapal dengan misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G) bertukar menjadi tasik darah akibat serangan tentera Israel laknatullah cukup untuk membuat umat Islam dirundung kesedihan melihat kesengsaraan saudaranya. Malangnya, sebahagian remaja di negara 1Malaysia ini begitu teruja menyambut kejayaan mereka dalam merealisasikan aspirasi Barat iaitu kebebasan dan kepentingan manfaat. Keperitan yang dialami umat Islam di lain-lain belahan dunia seolah-olah tiada ada kena-mengena dengan mereka. Walhal Junjungan Mulia Muhammad Salallahu alaihi Wasallam telah mengingatkan: Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim)” [Hadis Riwayat Thabrani].

Hal ini adalah sesuatu yang tidak mengejutkan dalam dunia Kapitalis, yang mana apabila suatu perkara membawa keuntungan, nilai-nilai lain akan diketepikan. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala telah mengkhabarkan kepada kita mengenai kenyataan ini. Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”. [TQM Al-An’am(6): 116].

Realitinya, ideologi Sekular-Kapitalis lah yang sedang menjadi ikutan masyarakat dunia sekarang sehingga orang Islam sendiri sesat daripada syariat yang telah diciptakan oleh Penciptanya untuk panduan hidup manusia. Inilah yang berlaku kepada para belia harapan 1Malaysia di universiti assobiyah Melayu apabila mereka diberi kebebasan dalam melahirkan hasil rekaan pakaian. Rekaan mereka hendaklah menepati salah satu kategori samada koktel, kostum, kasual dan art-to-wear yang secara jelas tidak bersumber daripada Al-Quran dan As-Sunah.

Padahal Allah SWT telah menetapkan cara berpakaian tertentu bagi umat Islam. Bagi muslimah, Allah Subhanahu wa Taala telah mensyariatkan beberapa perkara untuk dipenuhi dalam berpakaian. Antaranya adalah suruhan untuk memakai tudung (khimar) sebagaimana maksud firman Allah dalam Surah An Nur ayat 31: …dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”, [TMQ An-Nur (24):31]

Wanita juga diperintahkan untuk mengenakan jilbab dalam kehidupan umum (public life) iaitu Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” [TQS Al-Ahzab (33) :59], serta larangan bertabarruj (berhias).

Dengan wujudnya pelbagai rekaan pakaian seperti yang dihasilkan oleh remaja-remaja ini, kaum Muslimah akan berpakaian kerana fesyen dan bergaya untuk kecantikan dan kemewahan dan bukan untuk menunaikan kewajipannya menutup aurat di hadapan laki-laki ajnabi. Perkara ini terbukti, sebagai contoh, baru-baru ini MEGA-Utusan Malaysia dan Butik MaMa telah menganjurkan Peraduan Muslimah Bergaya Bersama Ibu Tersayang yang telah membuka ruang kepada muslimah berfesyen untuk merebut hadiah lumayan iaitu berpeluang menghadiahkan ibu dengan wang tunai RM3,000 dan produk Butik MaMa bernilai RM500 serta peluang menjadi model tudung dan pakaian untuk butik tersebut bersama duta produk.(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Feminin&pg=fe_01.htm)

Apa yang anak-anak harapan ini lakukan adalah semata-mata untuk memenuhi kehendak duniawi mereka iaitu untuk memenuhi syarat program pengajian dua tahun Ijazah Seni Reka (Fesyen) di universiti itu. Dan sebagai kesan pemikiran kapitalis, mereka bercita-cita untuk menembusi pasaran dunia fesyen tanah air mahu pun antarabangsa dan seterusnya ke arah melahirkan lebih ramai pereka fesyen berwibawa negara pada masa hadapan.

Jadi, telah terang lagi bersuluh. Inilah produk keluaran sistem pendidikan Sekular yang melahirkan pelajar yang berorientasikan peperiksaan (exam-oriented student) semata-mata tanpa menitikberatkan pembentukan syakhsiyah Islam dalam diri setiap pelajar. Apa yang dititikberatkan adalah mereka perlu mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan untuk bersaing di pasaran kerja selepas tamat belajar.

Wahai umat Islam,
Bukalah matamu, celikkanlah mindamu,
Islam telah mengatur sistem pendidikannnya tersendiri. Sistem pendidikan Islam yang diterapkan kepada para pelajar hendaklah berteraskan aqidah Islam yang akan mencerminkan syakhsiyah Islam kepada setiap pelajar. Hasilnya, para pelajar akan meraih kecemerlangan yang seimbang dari segi akademik dan juga syakhsiyah Islamiyah kerana setiap ilmu yang diperolehinya akan digunakan untuk meraih redha Allah.

Wahai pemuda pemudi Islam sekalian!
Adakah kamu lupa pada tuntutan daripada Allah yang menciptakan kamu? Allah telah memberi peluang kepada kamu untuk berlabuh di dunia yang sementara ini bagi menyiapkan bekalan untuk hidup kekal di syurga nanti. Kesenangan-kesenangan duniawi itu hanya sebentar dan tidak kekal. Janganlah kamu terperdaya dengan kesenangan-kesenangan dunia, serta lalai dari memperhatikan urusan akhirat. Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” [TMQ Al-An’aam (6):32]

Allah telah melahirkan kamu ke dunia ini daripada rahim ibu kamu adalah untuk kamu mengabdikan dirimu kepada Allah Subhanahu wa Taala.Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi (beribadah) kepada-Ku.” [TMQ. adz-Dzariyat (51): 56]

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. “[TMQ Al-Insaan (76):2]

Sedarlah bahawa kamu sekarang telah dibelenggu oleh rantai demokrasi dan telah diperolok-olokkan oleh idea kebebasan ciptaan akal si Kuffar Barat. Ambillah Islam sebagai manual kehidupan kamu dan berjuanglah untuk merealisasikannya dalam kehidupan seluruh umat manusia di dunia ini. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis di bawah. Na’uzubillahi min zaalik!

“Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian kemudian dia (masih) bergembira, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka kemudian dia (masih) ketawa, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kadar ketentuan Allah kemudian dia (masih) kecewa, aku hairan (melihat) orang yang melihat bagaimana dunia memutar belitkan penghuninya kemudian dia (masih) tenang hati terhadap dunia, aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab kemudian dia (masih) tidak beramal.” [HR Ibn Hibban]

Wallahua’lam

Sumber: mykhilafah

بسم الله الرحمان الرحيم

SOALAN:

Saya tahu bahawa Tabarruj adalah cara berpakaian atau perbuatan berhias secara berlebih-lebihan yang boleh menarik perhatian. Jadi, jika Khimar (tudung) seseorang wanita itu kecil, maka kelihatan leher atau rambut wanita tersebut, maka,  adakah ia dianggap Tabarruj? Walhal, rambut dan leher yang  kelihatan hanya sedikit dan tidak  menarik perhatian dimana kebanyakan wanita yang tidak berjilbab biasanya berjalan dijalan-jalan  dan mereka tidak menarik perhatian?

JAWAPAN:


Tabarruj adalah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian–bahagian sulit (aurat).  Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana Tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samada seseorang wanita itu menarik  perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah kerana tidak menutupi aurat, tetapi berhias. Contohnya perbuatan seperti memakai mak e-up dimuka, dijari, ditudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki.  Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan dimana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jadi, contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya didalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian, dan ini adalah dilarang,  walaupun tapak tangan bukanlah aurat.

Dan jika dia berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan dikakinya, walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang.

Jika seseorang wanita itu memakai sehelai tudung broked yang bukan kebiasaannya,  dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap Tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung.

(more…)