Posts Tagged ‘tauhid’

Siapakah yang akan membebaskan Aafia Siddiqui?


Pada bulan Mac 2009, dua orang wartawan wanita dari Amerika, Euna Lee dan Laura Ling, telah ditahan oleh tentera pengawal sempadan Korea Utara ketika sedang melakukan liputan untuk sebuah rancangan TV Terkini yang berpusat di California.  Mereka kemudiannya dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana “berkelakuan ganas” dan memasuki Korea Utara secara haram.  Ketika menjalani hukuman penjara, pihak Amerika telah berusaha keras untuk membebaskan kedua-dua wanita itu dan pada bulan Ogos 2009, bekas Presiden Amerika, Bill Clinton telah diutuskan untuk berbincang dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong II.  Perjumpaan itu ternyata berhasil dan kedua-dua wartawan wanita itu kemudiannya dibebaskan. 

Pada bulan Mac 2003, seorang wanita juga ditawan dan dipenjarakan.  Wanita malang itu bergelar Aafia Siddiqui.  Sepertimana wartawan Amerika tadi, beliau juga seorang wanita, menerima pendidikan dan bekerja di Amerika dan ketiga-tiga anak beliau adalah warganegara Amerika. Namun, tidak seperti wartawan Amerika yang ditahan enam tahun selepas beliau itu, Aafia adalah seorang wanita Muslimah dan beliau tiada pemimpin yang boleh memelihara serta mengurusi masalah yang dihadapinya. 

Inilah kisah beliau


Dr Aafia Siddiqui telah dilahirkan di Karachi, Pakistan pada 2hb Mac, 1972.  Beliau merupakan salah seorang daripada anak-anak Mohammad Siddiqui, iaitu seorang pegawai perubatan yang mendapat pendidikan dan latihan perubatan di England, dan Ismet.  Beliau juga adalah ibu kepada tiga orang cahayamata dan merupakan seorang yang “tahfiz” al Quran.  Dr Aafia dan ketiga-tiga orang anaknya telah ditahan oleh Ejen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan kemudiannya diserahkan ke pihak Amerika di Afghanistan, di mana beliau telah dipenjarakan di Bagram dan dirogol berulang-kali, dicabul kehormatannya dan dikasari selama bertahun-tahun lamanya.  Satu laporan di dalam akhbar Pakistani Urdu pada ketika itu menyatakan bahawa Aafia dan anak-anaknya telah diculik oleh pihak penguasa Pakistan dan dimasukkan ke pusat tahanan.

Moazzam Begg dan beberapa orang bekas tahanan Amerika yang lain melaporkan bahawa seorang tahanan wanita digelar “tahanan 650” telah dimasukkan ke Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan.  Yvonne Ridley, penulis Cageprisoners.com telah menulis tentang “tahanan 650”(Aafia), mengenai kisah penyiksaan dan penderaan ke atasnya di mana beliau dirogol berulang-kali selama empat tahun.

“ Tangisan dan raungan wanita tidak berdaya ini bergema (dengan penuh nada penyeksaan) di dalam penjara itu, sehingga mendesak para tahanan untuk melancarkan mogok lapar.” Yvonne menggelar beliau sebagai wanita bayangan kerana beliau adalah mirip seperti hantu, sesuatu yang tangisan, rintihan dan raungannya terus menerus menghantui sesiapa sahaja yang mendengarnya.  Suara seperti ini tidak akan pernah berlaku pada wanita Barat.”

Kedua-dua pihak kerajaan Pakistan dan pihak bertanggungjawab di Amerika menafikan sebarang pengetahuan tentang kisah pemenjaraan dan penahanan Aafia sehingga kisah beliau terbongkar ke perhatian umum dan mendapat tumpuan pihak media.  Fitnah dan pertuduhan serta merta direka terhadap beliau kononnya beliau telah terlibat dengan keganasan dan tuduhan tidak masuk akal bahawa beliau telah merampas senjata dari pegangan seorang tentera Amerika dan menembak seorang pegawai tentera Amerika. Pada 4hb Ogos 2008, pendakwaraya persekutuan di Amerika mengesahkan bahawa Aafia Siddiqui telah diekstradikasi dari Afghanistan ke Amerika di mana beliau telah ditahan sejak pertengahan bulan Julai 2008.  Pihak pentadbiran Amerika mengatakan bahawa Aafia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Afghanistan di luar kompaun Gabenor Ghazni dan memiliki beberapa manual tentang letupan dan “bahan kimia merbahaya di dalam sebuah bikar yang bertutup” yang terdapat di dalam pegangannya.  Mereka seterusnya menuduh bahawa ketika ditahan reman, Aafia telah melepaskan tembakan kepada pegawai-pegawai pihak berkuasa Amerika(tiada sesiapa diantara mereka yang tercedera), namun sebaliknya, Aafia sendiri yang 

Pada bulan Ogos 2008, sebuah penulisan dalam The News telah mendedahkan penderaan yang telah dilakukan terhadap Aafia semasa beliau ditahan di bawah penjagaan Amerika:

•    Sebelah dari buah pinggangnya telah dibuang

•    Semua gigi beliau telah dicabut

•    Hidung beliau telah dipatahkan dan dibetulkan semula dalam keadaan yang tidak sempurna

•  Luka tembakan beliau tidak dirawat dengan sempurna, menyebabkan darah berterusan mengalir dari lukanya dan dibiarkan membasahi pakaian beliau

Pada 11hb Ogos 2008, akhbar Reuters melaporkan, Aafia muncul di hadapan mahkamah untuk bersidang dengan berkerusi roda, dan peguamnya telah merayu kepada hakim supaya memastikan beliau mendapat rawatan perubatan yang sepatutnya.  Elizabeth Fink, salah seorang peguam beliau berkata kepada hakim:

“ Dia telah berada di sini selama seminggu wahai Tuan Hakim, dan tiada seorang doktor pun yang merawat beliau, walaupun pihak berkuasa Amerika tahu bahawa beliau telah ditembak.”

Peguam Aafia, Elizabeth Fink memberitahu hakim persekutuan di New York bahawa terdapat bukti yang menunjukkan Aafia telah dipenjarakan dan diperlakukan tanpa peri kemanusiaan dalam jangka masa yang panjang.  Menurut dokumen yang diserahkan oleh Fink kepada mahkamah, Aafia telah memberitahu kakitangan penjara, beliau sangat risaukan anak-anaknya dibiarkan kelaparan, kebuluran dan diseksa.  Beliau seterusnya menyuruh mereka untuk membungkus makanan dari pinggannya dan menghantarkan kepada anaknya di Afghanistan.

Seorang lagi peguam beliau, Elaine Whitfield Sharp berkata, 

“Kami tahu beliau pernah berada di penjara Bagram untuk jangka waktu yang lama.  Ianya sangat lama.  Menurut klien saya, beliau ditahan di sana beberapa tahun didalam penjagaan pihak Amerika, dan beliau diperlakukan dengan amat kejam.”

Aafia kekal di pusat tahanan Amerika di New York, dengan keadaan tahap kesihatan yang amat teruk, beliau juga sering dihadapkan dengan penghinaan yang memalukan, dibogelkan dan di siasat seluruh rongga dengan cara yang amat menghinakan setiap kali beliau menerima pelawat secara sah ataupun selepas muncul di mahkamah.  Beliau kemudiannya menolak untuk berjumpa dengan para peguambela beliau.  Satu laporan juga menyatakan bahawa beliau berkemungkinan menghidap kerosakan sel-sel otak dan sebahagian dari usus kecil beliau telah dipotong dan dibuang.  Peguamnya berkata bahawa Aafia menunjukkan gejala-gejala yang konsisten dengan penghidap Tekanan Perasaan Disebabkan Trauma (Post Traumatic Stress Disorder)

Perbicaraan Aafia Siddiqui akan bermula pada minggu ini.

Lihatlah! Betapa dengan ketiadaan Khilafah, Aafia Siddiqui dan seluruh Muslim di dunia ini adalah seperti orang yang merempat, tiada negara dan tiada pembelaan, seperti yang diperingatkan oleh Sallallahu Alaihi wa Sallam, Kita adalah seperti buih-buih dan puing-puing yang di hanyutkan oleh arus lautan.

“Manusia akan suatu masa nanti menyeru sesama mereka untuk menyerang kalian seperti orang-orang yang mengelilingi hidangan”. Ada yang bertanya, “Adakah ini berlaku kerana bilangan kami yang kecil ketika itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, “ Tidak, bahkan jumlah kalian banyak namun kalian adalah seperti buih-buih yang dibawa air. Allah mengangkat kegerunan musuh terhadap kalian dari dada-dada mereka dan mencampakkan penyakit wahn ke dalam jiwa-jiwa kalian”. Ada yang bertanya, “Wahai Rasul Allah, apakah penyakit wahn itu?”.

Rasulullah SAW menjawab, “Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.” [Abu Daud dan Ahmad]

Penyakit wahn inilah yang telah menyebabkan pihak berkuasa Pakistan dengan kejinya menculik dan menyerahkan seorang wanita Muslimah kepada pihak kuffar Amerika, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda:

“ Seorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lainnya, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya yang lain kepada pihak yang menindas” [HR Bukhari]


Penyakit wahn ini jugalah yang menghalang para pemerintah di dalam wilayah-wilayah Islam untuk mengangkat jari-jemari dan tangan-tangan mereka untuk mempertahankan maruah dan kehormatan kaum Muslimah dan membebaskan bukan sahaja Aafia, malahan beribu-ribu kaum Muslimin yang merengkok di dalam penjara di Guantanamo, Bagram dan pusat-pusat tahanan rahsia CIA, sedangkan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda mengingatkan mereka:

“ Sesungguhnya, adalah menjadi kewajipan ke atas kaum Muslimin untuk membebaskan tahanan mereka ataupun membayar tebusan untuk mereka”

Penyakit wahn ini jugalah yang mendorong para pemimpin Dunia Islam untuk memenjara, menyeksa dan mendera beribu-ribu golongan Muslim yang ikhlas berjuang menegakkan Islam, di dalam penjara kejam mereka, sedangkan Hisham bin Hakeem meriwayatkan, :

Aku bersaksi bahawa sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam telah bersabda: “ Allah akan menghukum mereka yang menghukum orang lain di dunia.” [HR Muslim]

Namun begitu, kita haruslah sedar dan ingat bahawasanya kita sebenarnya bukanlah sentiasa merempat dan bahawa kita tidak pernah mempunyai Negara yang membela kaum Muslimin.  Tatkala Negara(Daulah) Islam wujud suatu ketika dahulu, maruah dan kehormatan para wanita Muslimah telah dipelihara dan tahanan-tahanan Muslim dibebaskan.

Pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa’ telah mencabul kehormatan seorang wanita Muslimah dengan mengikat hujung kain yang dipakainya kepada kerusi dan menyebabkan auratnya tersingkap.  Seorang lelaki Muslim yang kebetulan berada di situ ketika itu, telah bangun membela dengan membunuh Yahudi tadi.  Kaum Yahudi kemudiannya membalas dendam dengan membunuh pula lelaki Muslim itu.  Kaum keluarga lelaki Muslim itu telah meminta bantuan kaum Muslim yang lain, dan Baginda SAW telah menghantar pasukan tentera Muslim untuk menyerang Yahudi Bani Qainuqa’ dan selepas lima belas hari bertempur, kaum Muslim berjaya menghapuskan seluruh Bani Qainuqa’ dari tanah Madinah.

Imam ibnu Athir mencatatkan dalam “Al-Kamil fi Tarikh”, sebuah kisah yang terkenal mengenai seorang wanita Muslimah yang telah ditangkap oleh puak Rom dan ditahan di satu tempat bernama ‘Amuriyyah.  Tidak puas dengan menahan beliau, mereka juga telah cuba untuk mencabul kehormatan wanita Muslimah itu.  Bersendirian dan ketakutan, wanita itu memanggil nama Khalifah pada ketika itu “Oh Mu’tasim”.  Seorang lelaki menyaksikan kejadian ini, lantas bertemu dengan Khalifah Mu’tasim dan memaklumi beliau tentang kejadian itu.  Tatkala Mu’tasim mendengar rintihan wanita itu, beliau menyahutnya dengan penuh keberanian, “Labbaik (Aku datang menyahut seruanmu).”  Mu’tasim mempersiapkan sepasukan bala tenteranya dan melancarkan serangan untuk menyelamatkan wanita itu.  Pasukan tentera beliau telah menawan pihak musuh dan memasuki ‘Amuriyyah.  Selepas menghancurkan kubu kuat musuh, mereka sampai kepada wanita itu serta berjaya membebaskannya.


Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula telah mengirim sepucuk surat kepada Tahanan Perang Muslimin di Konstantinopel.  Beliau memberitahu mereka:

“Kalian mengatakan diri mu adalah Tahanan Perang. Sebenarnya, kalian bukanlah begitu.  Kalian telah dipenjarakan kerana berjihad untuk Allah.  Aku ingin memberitahukan kalian semua, apabila aku memberi sesuatu kepada semua kaum Muslimin, aku akan memberikan lebih kepada kaum keluarga kalian dan aku mengirimkan sipulan dan sipulan dengan 5 dinar untuk setiap seorang dari kalian.  Seandainya bukan kerana aku risaukan penguasa diktator Roman yang akan merampasnya dari kalian, sudah pasti aku akan mengirimnya lebih lagi.  Aku juga telah mengutus sipulan bin sipulan untuk memastikan pembebasan setiap dari kalian, tanpa mengira berapa pun wang tebusan yang perlu dibayar.  Maka bergembiralah kalian! Salam Sejahtera.”

Wahai Amerika dan Sekutunya!

Pada hari ini kamu membunuh kaum lelaki, wanita dan anak-anak Muslim kami, menyeksa dan memenjarakan kami serta merampas sumber semulajadi dan tanah-tanah kepunyaan kami.  Tetapi ingatlah dan sedarlah kamu bahawasanya perkara ini hanyalah sementara sahaja.  Kebangkitan Islam sedang berlaku dan penyakit wahn itu sedang dirawat dan sedang mencair secara perlahan-lahan dengan ikatan pemikiran dan akidah Islam yang menebal dan kian utuh.  Kamu sudah tentunya menyedari akan hal ini, maka sebab itu lah kamu melancarkan peperangan menentang keganasan dan membelanjakan berbillion-billion wang untuk menakluki wilayah-wilayah serta tanah-tanah kami.

Nantikanlah! Tatkala kemenangan dari Allah Subhanahu wa Taala telah tiba, dan wilayah-wilayah kaum Muslimin bersatu di bawah pemerintahan satu Khalifah, yakinlah bahawasanya Negara Daulah Islamiyyah yang terbentuk itu akan mempergunakan seluruh kekuatan politik, ekonomi dan ketenteraannya untuk membebaskan seluruh tahanan kaum Muslimin dan memelihara kehormatan para Muslimah .

Allahu Akhbar!!!

Sumber/Endnotes: MyKhilafah.com, Kak Insyirah Ameer, drafiaa.org etc.

<Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan dengannya, manusia diberi peringatan. (TMQ Ibrahim [14]: 52)>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

بسم الله الرحمان الرحيم

Berikut adalah antara perkara-perkara yang dapat melembutkan hati kita, inshaAllah;

1) Takut akan datangnya maut secara tiba-tiba sebelum kita sempat bertaubat.

2) Takut tidak menunaikan hak-hak Allah secara sempurna. Sesungguhnya hak-hak Allah itu pasti diminta pertanggungjawabannya.

3) Takut tergelincir dari jalan yang lurus, dan berjalan di atas jalan kemaksiatan dan jalan syaitan.

4) Takut memandang remeh atas banyaknya nikmat Allah pada diri kita.

5) Takut akan balasan siksa yang segera di dunia, kerana maksiat yang kita lakukan.

6) Takut mengakhiri hidup dengan su’ul khatimah.

7) Takut menghadapi sakaratul maut dan sakitnya sakaratul maut.

8 ) Takut menghadapi pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

9) Takut akan azab dan prahara di alam kubur.

10) Takut menghadapi pertanyaan hari kiamat atas dosa besar dan dosa kecil yang kita lakukan.

11) Takut melalui titian yang tajam. Sesungguhnya titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam dari pedang.  (Titian Sirat-ul-mustaqim)

12) Takut dijauhkan dari memandang wajah Allah.

13) Perlu mengetahui tentang dosa dan aib kita.

14) Ma’rifah kita terhadap nikmat Allah yang kita rasakan siang dan malam sedang kita tidak bersyukur.

15) Takut tidak diterima amalan-amalan dan ucapan-ucapan kita.

16) Takut bahwa Allah tidak akan menolong dan membiarkan kita sendiri.

17) Kekhawatiran kita menjadi orang yang tersingkap aibnya pada hari kematian dan pada hari timbangan ditegakkan.

18) Hendaknya kita mengembalikan urusan diri kita, anak-anak, keluarga, suami dan harta kepada Allah SWT. Dan jangan kita bersandar dalam memperbaiki urusan ini kecuali pada Allah.

19) Sembunyikanlah amal-amal kita dari riya ke dalam hati, kerana terkadang riya’ itu memasuki hati kita, sedang kita tidak merasakannya.

Hasan Al Basri rahimahullah pernah berkata kepada dirinya sendiri.

“Berbicaralah engkau wahai diri. Dengan ucapan orang sholeh, yang qanaah lagi ahli ibadah. Dan engkau melaksanakan amal orang fasik dan riya’. Demi Allah, ini bukan sifat orang mukhlis”.

20) Jika kita ingin sampai pada derajat ikhlas maka hendaknya akhlak kita seperti akhlak seorang bayi yang tidak peduli orang yang memujinya atau membencinya.

21) Hendaknya kita memiliki sifat cemburu ketika larangan-larangan Allah diremehkan.

22) Ketahuilah bahwa amal sholeh dengan sedikit dosa jauh lebih disukai Allah daripada amal sholeh yang banyak tetapi dengan dosa yang banyak pula.

23) Ingatlah setiap kali kita sakit bahwa kita telah istirahat dari dunia dan akan menuju akhirat dan akan menemui Allah dengan amalan yang buruk.

24) Hendaknya ketakutan pada Allah menjadi jalan kita menuju Allah selama kita sehat.

25) Setiap kita mendengar kematian seseorang maka perbanyaklah mengambil pelajaran dan nasihat. Dan jika kita menyaksikan jenazah maka khayalkanlah bahwa kita yang sedang diusung.

26) Hati-hatilah menjadi orang yang mengatakan bahwa Allah menjamin rezeki kita sedang hatinya tidak tenteram kecuali sesuatu yang ia kumpul-kumpulkan. Dan menyatakan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dari dunia, sedang kita tetap mengumpul-ngumpulkan harta dan tidak menginfakkannya sedikit pun, dan mengatakan bahwa kita pasti mati padahal dia tidak pernah ingat mati.

27) Lihatlah dunia dengan pandangan I’tibar (pelajaran) bukan dengan pandangan mahabbah (kecintaan) kepadanya dan sibuk dengan perhiasannya.

28) Ingatlah bahwa kita sangat tidak kuat menghadapi cubaan dunia. Lantas apakah kita sanggup menghadapi panasnya jahannam?

29) Di antara akhlak wanita mu’minah adalah menasihati sesama mu’minah.

30) Jika kita melihat orang yang lebih besar dari kita, maka muliakanlah dia dan katakana kepadanya, “Anda telah mendahului saya di dalam Islam dan amal sholeh maka dia jauh lebih baik di sisi Allah. Anda keluar ke dunia setelah saya, maka dia lebih baik sedikit dosanya dari saya dan dia lebih baik dari saya di sisi Allah.”

Wallahu’alam.

<Membirkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi… [U.Z.A.R]>

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

بسم الله الرحمان الرحيم

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati. Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.

Semua orang takut mati, tetepi ada yang berlebihan sekali, ada pula yang takutnya itu sedikit sahaja, bahkan ada yang tak takut sama sekali, malah berani dan ingin mati. Ketakutan terhadap mati adalah kerana dua hal :-

Kerana kurang atau tidak adanya pengetahuan kita tentang mati, keadaan mati dan keadaan selepas mati adalah gelap. Semua orang takut menempuh tempat yang gelap dan tidak diketahui. Kerana doa dan kesalahan yang sudah bertumpuk dan tidak bertaubat, sehingga mendengar kata mati sudah terbayang azab dan seksa yang diperolehinya akibat dosa dan kesalahan tadi. Bagi orang cukup pengetahuan dan keyakinan terhadap hidup sesudah mati dan merasa dirinya tak pernah melakukan dosa dan kesalahan, maka baginya tak ada ketakutan terhadap mati malah ingin mati. Tetapi agama Islam melarang orang ingin cepat mati, agar dapat hidup melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya. Dan kalau ingin hidup lama adalah dengan tujuan agar dapat semakin banyak melakukan kebaikan bukan pula untuk dapat lebih banyak menumpuk harta dan kekayaan atau keturunan.

Ada beberapa petunjuk Rasullullah s.a.w. untuk selalu zikrul maut (ingat akan mati) ini, antara lain :-

1) Perintah memperbanyak mengingati mati :”

Perbanyaklah mengingat-ingat sesuatu yang melenyapkan dan menjadikannya segala macam kelazatan (kematian).” ( Riwayat At-Turmudzi )

2) Mengingati kematian dapat melebur dosa dan zuhud :

Perbanyaklah mengingati kematian, sebab yang demikian itu akan menghapus dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.” ( Riwayat Ibnu Abiddunya )

3) Kematian sebagai penasihat pada diri sendiri :

Cukuplah kematian itu sebagai penasihat.” ( Riwayat Ath-Thabrani dan Baihaqy )

4) Orang cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati :

Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.” (Riwayat Ibnu Majah dan Abiddunya)

Hadis-hadis di atas menerangkan kepentingan mengingati mati dalam individu Muslim. Sesungguhnya dengan mengingati mati, ia akan dapat membentengkan diri daripada terpengaruh dengan kelazatan duniawi yang bersifat sementara. Hal ini, inshaAllah akan meneguhkan lagi keimanan kita terhadap hari akhirat yang kekal abadi.

Ternyata mengingati mati merupakan salah satu senjata yang ampuh dalam menentang naluri duniawi seperti kecintaan melampau pada harta, keturunan, [dll.] dalam diri individu, disamping ianya merupakan salah satu usaha dalam mendekatkan diri hamba pada Allah s.w.t. maka, jelaslah bahawa, mengingati mati merupakan penasihat yang berguna manusia terhadap dirinya sendiri dan orang lain.

Orang yang benar-benar ingat dan percaya akan kematian, alam barzakh, dan hari akhirat, dan yang paling penting percaya akan pertemuan dengan Allah s.w.t, sudah pasti akan mengingati kematian dan sentiasa menjadikannya sebagai salah saatu usaha dalam mengurus kehidupannya di dunia ini berlandaskan syriat Allah s.w.t demi meraih redhaNya, di dunia dan akhirat.

Orang sebeginilah yang hakikatnya celik pancaindera dan mindanya. Bahkan selayak-layak digelar sebagai orang yang benar-benar cerdik sebagaimana disebut dlam hadis riwayat ibn Majah di atas. Subhanallah, inilah petanda orang-orang yang beruntung kerna mereka benar-benar yakin dan sedar bahawa realiti kehidupan hari ini  adalah sementara dan pinjaman semata-mata serta penuh dengn kepalsuan. Dan sesungguhnya, pertemuan dengan Allah, hari akhirat, syurga dan neraka itulah yang sebenar-benarnya hala tuju kehidupan.

Maka, beruntunglah orang-orang yang penuh keyakinan serta disusuli dengan usaha-usaha sewajarnya dalam mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi kematian…yang menjadi persinggahan dalam menuju jalan menuju ke kehidupan abadi….dan sesungguhnya hanya amal lah yang menemani…

Agar selalu ingat kepada kematian perlu dilakukan perkara-perkara berikut :

1) Menyaksikan orang yang sedang sakaratul maut. Betapa dasyatnya dan menakutkan lebih-lebih kalau berdosa. Keadaan sakaratul maut ini digambarkan oleh Rasullullah dalam hadisnya yang bermaksud :

Sakitnya sakaratul maut itu kira-kira tiga ratus sakitnya pukulan pedang.” ( Riwayat Abiddunya ).

Sesungguhnya Nabi s.a.w. mempunyai segelas air ketika hendak meninggal dunia. Baginda memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian mengusap wajahnya dengan air itu dan berkata :

Ya Allah, semoga Tuhan mempermudah kepada saya terhadap sakaratul maut ini.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

2) Mengunjungi orang sakit, sebab hujung dari penyakit ini tidak lain adalah kematian. Dari itu kita selalu waspada dan berhati-hati.

3) Melakukan ziarah kubur, sebagaimana sabda Rasullullah :

“Lakukanlah ziarah kubur kerana ia mengingatkan mati.” ( Riwayat Muslim )

4) Sentiasa ingat akan Allah s.w.t dan Dia ada di mana-mana. Merasakan diri selalu diawasi Allah s.w.t. dimana saja kita berada. Oleh dengan demikian sentiasalah beramal yang baik. Rasullullah s.a.w. bersabda :

“Seutama-utama iman seseorang itu ialah bahawa ia mengetahui dengan sungguh bahawa Allah s.w.t. itu ada bersama dengannya di manapun ia berada.” ( Riwayat ‘Ubadah bin Shamit )

5) Sedarilah bahawa perasaan kita sering disaksikan oleh anggota badan kita sendiri, yakni oleh lidah, tangan, kaki, kulit, telinga, mata dan hati. Hal ini difahamkan Allah dalam Al-Qur’an yang bermaksud :

“Pada hari (ketika) lidah tangan dan kaki mereka menyaksikan atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (  TQM, An-Nur: 24 )

6) Begitu pula agar disedari bahawa perasaan kita selalu disaksikan. Dilihat dan diikuti oleh siang dan malam bumi tempat kita berpijak, langit serta malaikat Raqib dan Atib dan malaikat-malaikat lainnya. Allah s.w.t. berfirman :

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” ( TQM, Qaf: 16-18 )”

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran dimuka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.” ( TQM, Ar-Ra’d: 11).

(Malaikat ini disebut malaikat Hafazhad)

Sebagaimana disebutkan di atas bahawa mati adalah satu kejadian yang paling berat, paling menakutkan dan paling mengerikan. Satu kejadian yang pasti akan dihadapi dan dialami oleh setiap manusia, atau kejadian yang tak dapat dihindari dengan cara bagaimanapun juga. Para Nabi dan Rasul, jin dan malaikat sekalipun tidak dapat menghindari diri dari kematian ini.

Dalam Al-Qur’an Allah s.w.t. menjelaskan :

1) Kepastian tentang mati :

a) Kematian itu datang sesuai dengan ajal yang telah ditetapkan ke atas mereka (manusia).

b) Ke mana saja manusia pergi/berlari kematian tetap akan mengejarnya.

c) Kematian datang tanpa pilih umur, tanpa pilih waktu dan tempat.

2) Cara mati :

Rasullullah s.a.w. bersabda :

Apabila telah tiba hukum Allah kepada seorang hamba untuk mati dan dikuburkan pada suatu tanah, Allah mengadakan suatu keperluan baginya untuk pergi ke tempat itu (sehingga mati dan dikuburkan pada tanah di situ). ( Riwayat At-Tirmudzi )

MAKAnya; setiap manusia pasti akan menempuh kematian dan kematian itu akan menemui kita pada bila-bila masa sahaja. Kematian akan menjelma sama ada melalui pelbagai cara sebgaimana yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. Saat itu takkan berubah dan berganjak biar sedetik pun. ia tetap akan datang apabila sampai masanya. Walaupun manusia itu tidak bersedia atau pun tidak mahu akan kematian itu. Ia tetap akan hadir.

Hal demikian jelas sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Setiap jiwa manusia pasti akan menempuh mati”. (TQM, Ali Imran, 185)

dan

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh”. (TQM, An-Nisa’ 78).

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha mendapatkan husnul khatimah pada penghujung kehidupan. Husnul Khatimah bermaksud kesudahan hidup di dunia yang baik, manakala, sebaliknya su’ul khatimah iaitu berakhirnya kehidupan manusia sebagai penyudah yang buruk.

“Ya Allah,

Jadikan lah sebaik-baik umurku pada hujungnya,

dan sebaik baik amal ku adalah pada hujung akhir nya ,

dan sebaik baik-baik hariku adalah pada saat aku bertemu Mu.”

(An-Nawawi)

Ameen.

Kredit:

Al Quran, hadith

and syukran to Mujahid al-faqir and otrs. 🙂

الحمد لله و

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء

Ibn ul Qayyim al Jawziyyah

Quoted in “The Weakening of Faith – Its Symptoms – Causes & Cure”
by Shaykh Muhammad Saleh al-Munajjid
© 1997 Daar of Islamic Heritage

Ibn Al-Qayyim described Allah’s Greatness, saying,

He governs the affairs of the various kingdoms and He commands and forbids, creates, sustains, gives death, gives life, gives power, strips power (to and from whom He wills) and alternates the night and day. He gives varying fortunes to people and alternates governments (and states), destroying some and bringing some into existence. His Command and Power are dominant in the heavens and their zones, the earth and all that which is on and in it, in the seas and in the air.

His Knowledge has encompassed everything and He counted everything. He hears all types of voices and they do not confuse Him. Rather, He hears each voice in its distinct language and need, and no voice will make Him busy from fulfilling the need of another, and no need will ever escape His Perfect Knowledge (and His Power to deliver). He does not become bored because of the many needs of those who need. His Sight encompasses all that which there is.

He sees the movement of a black ant on a barren rock during a dark night. To Him, the Unseen is uncovered end the secret is secret no more,

“Whosoever is in the heavens and on Earth begs of Him (its needs from Him). Every day He has a matter to bring Forth (such as giving honor to some, disgrace to some, life to (some, death to some, etc.).” [55:29]

He forgives an evil deed, makes depression vanish and brings reprieve from disasters, relief for whoever needs it, wealth for the poor, guidance for the misguided, light for the lost, help for he who is desperate, fullness for the hungry, cover for the barely clothed, cure for the ill and ease for he who suffers.

He accepts he who repents, gives reward for he who does good, gives aid for he who was dealt with injustice, destroys an arrogant person, covers mistakes, gives safety after fear end elevates some people and humiliates others.

If those who inhabit His heavens and His earth and all those whom He created, whether mankind or the Jinns, had hearts similar to the most pious heart, His Kingdom will not increase.

If all His creation, whether mankind or the Jinns, had hearts similar to the heart of the most wicked heart, this will not decrease from His Kingdom. Also, if all those who inhabit His heavens and His earth, all mankind and all the Jinns, the dead and the living, stand up on one strip of land and each asks Him for his need, and He then fulfils their needs, this will not decrease from what He has a bit.

He is the First, nothing is before Him, the Last, nothing is after Him, the Most High, nothing is above Him, and the Most Near, nothing is nearer than Him. He, Exalted and Ever High as He is, is the Best Whom one can and should remember, the only One Who deserves to be worshiped and thanked, the Kindest of all those who own and the Most generous of all those who are asked to give. He is the King Who has no partner, the One Who has no competitor, the Samad (Self-Sufficient) Who has no offspring, and the Ever High, none like unto Him.

Everything perishes save His Face and every kingship is bound to perish except His. He will only be obeyed by His Leave, and His Knowledge uncovers all disobedience to Him. When He is obeyed, He thanks for it, and when He is disobeyed, He grants forgiveness (for those who truly repent to Him).

Every punishment from Him is just and every bounty is a grace. He is the Closest Witness and the Nearest One with His Perfect Care. He controls the forelocks of everything and has the full records of all deeds end the books of all ages. The hearts are unmasked to Him and the secret is unveiled. His giving and punishing is merely a Command,

“Verily, His Command, when He intends a thing, is only that He says to it, ‘Be, and it is!’” [36:82].



1.KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

2.KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

-Surah Al-Baqarah ayat 216

3.KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

– Surah Al-Baqarah ayat 286

4.RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”

– Surah Al-Imran ayat 139

5.BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

-Surah Al-Imran ayat 200

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

Surah Al-Baqarah ayat 45

6.APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .”

-Surah At-Taubah ayat 111

7.KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.”

-Surah At-Taubah ayat 129

8.ARGHHH AKU TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

“… .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

-Surah Yusuf ayat 12

sesungguhnya Allah telah mencukupkan kita dengan nikmatNya dalam pelbagai hal. Namun kenapa kita mengharap pada selain daripada Nya? Kembalilah pada Allah… sesungguhnyaa itulah sebaik-baik jalan pada semua persoalan… InshaAllah.

Wallahu’alam.